Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok wajah hensem pelbagai aksimu
yang sering ditampal itu
tapi aku malu nak menatapnya
bila dikau menyeksikan diri dengan gaya macam-macam aksi
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
Bukan tak suka tengok dikau ubah status 14 juta kali sehari itu
tapi aku malu nak menatapnya
tiap patah kata penuh sopan santunmu itu
layak ditujukan kepada rakan-rakan di zoo sahaja
aku yang tidak berada di situ amat tidak selesa nak baca
maklumlah, itu kan perasaan-perasaan bersifat pribadi
ekslusif untuk sahabat di sana
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok dikau chating retis bagai
tapi aku malu menatap betapa buayanya dikau
mengayat setiap dara dan mak dara yang jadi rakanmu
bukan mesra itu kucemburui
namun bibit yang ada bak mengundang bala hubungan terlarang
kita kan ada budaya timur ada batas nan tersendiri
biarpun katamu: kat FB je…kat luar ai baik dan warak
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
bukan tak suka tengok komen dikau tentang rakan-rakan sendiri
namun bahasanya sangat menyentuh rasa
andai rakan sendiri dikau boleh sekasar itu, aku nanti bagaimana?
apa nak kujawab kepada rakan-rakanku sendiri
pastinya sangat hairan bila aku berrakan dengan orang sebegini
sejak bila pula gurauku cara sebegitu?
aku jua ada rakan yang perlu dijaga hatinya
aku juga ada hati yang perlu rakan jaga ia
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
sensitif dikau mengalahkan budak perempuan bawah umur
pantang tegur sikit meroyan berkoyan-koyan
menyembur bahasa WANGI merata alam
daku yang jauh beratus batupun tempiasnya terasa
panas telinga payah nak selindung
usah kata aku tak faham darah mudamu
aku juga pernah muda dan masih juga muda (ek?)
tak perlu tunggu tua (Bangka) untuk berubah lebih baik
usia itu hanya satu angka orang kata
tapi kalau dah bongkok sabut perangai macam bayi di bedungan
memang payah nak kata…tak terkata dah
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
Hari ni aku nak minta maaf, dah pendamkan FB Kamu di Wall
Nak SEKAT terus, tak sampai hati pula
tahu tak betapa aku tersiksa?
tahu tak betapa aku terdera?
sebelum aku meroyan hilang akal dek tingkahmu
baik aje diam-diam dipendam di wall
tak kacau sesiapa…
maaflah ya…memanglah sengaja tapi memang tak upaya
nak kawal diri nengok tingkahmu
bukan aku kenal pun!
Salah aku juga
asal orang add je terus terima
tak sampai hati kononnya
nak tunjuk baik kononnya
tak nak dikata sombong kononnya
akhir sekali...sendiri yang susah!
Padan muka aku!
2 ulasan:
Funny
terbaek (=
Catat Ulasan