Memaparkan catatan dengan label bonda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonda. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Februari 2012

Rindu Azlina Aziz


Dah lama tak dengar suara emas Azlina Aziz
Masa kecik dulu, selalu berkumandang suara dia
Antaranya Wajah Siapa di Hatimu dan
Wajahmu di Mana-mana
Sesekali ada juga diputarkan di Klasik Nasional


Beberapa hari lepas, beberapa stesen radio ada putarkan lagu merdu ini;


Sebenarnya aku memang bukan manusia yang prihatin sangat dengan dunia hiburan
Banyak perkara aku tak tahu dan selalunya tak ambil tahupun
Namun, bila dengar beberapa kali lagu yang indah itu
Paling utama irama dan liriknya sangat berbeza
Dengan lagu-lagu lain bersifat semasa
Aku mula tertanya-tanya gerangan penyanyinya
Mulalah Tanya Enche Google nan hensem tu…
Ohhhhh terubat juga rinduku pada si Jelita Azlina Aziz yang arwah bondanya itu
Antara artis kesukaanku
Jom layan betapa klasiknya lirik lagu ni…




Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)-Monoloque & Azlina Aziz

Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit
Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit


Tiba-tiba aku rasa dah jatuh Chenta dengan lagu ni
Errrr maklumlah...aku ni kan katak yang terlolong terlalak 
bawah tempurung dalam kotak di hujung kampung hu hu hu 



Ahad, 9 Mei 2010

Tasbih Cinta Ini Sentiasa Untukmu

Ketika membelek buku nota berkulit merah darah, aku temu sebuah puisi yang kuhasilkan dua tahun lepas. Tahun 2008. Tiap bait dan rangkapnya adalah bicara hati yang tak mampu dilafazkan lidah ini. Namun, itulah yang aku maksudkan. Itulah yang sangat-sangat ingin aku lafazkannya.

Biarpun Mek tak akan baca puisi ini, tak akan fahaminya biar seayat...di ruang yang tak berpenjuru ini, aku lekatkan suara hati tang tak terlafaz itu. Tiap patah katanya kulakarkan pada 2008, namun tajuknya baru sahaja aku lekatkannya seketika tadi.



Mek, Aku Terlalu Ingin


Mek, aku berusaha jadi anak terbaik
sentiasa patuh ingin seorang ibu
selalu redha mahumu
akan lunasi seluruh mimpimu
tunai semua hajatmu

Setiap detik kuingin jadi anak terbaikmu
yang menyenangkan hati lusuhmu
yang gembirakan minda jiwamu
yang ceriakan setiap harimu
yang menenangkan sepenuh ragamu

Mek, bantulah daku jadi anak terbaikmu
dalam upaya nan terbatas ini
restuilah aku terus gigih mencari redhaNya untukmu
dalam kehilangan daya tak terucap ini
kuingini contohimu mengharung payah hidup dalam sabar
kumahu sepertimu kebal menahan taufan sukar
tega menadah ribut gundah

Mek, kuingin jadi anak terbaikmu
yang akan sentiasa meranumkan kuntum senyummu
yang akan sentiasa membanggakanmu
yang akan selalu meriakanmu
yang akan selamanya mengekang gundahmu

Mek, aku terlalu ingin
menjadi anak terbaikmu dalam waktu terhad ini
biarpun upayaku kian terbatas
biarpun masa berlari itu terlalu pantas
dan aku lelah terjelepok kehilangan nafas
aku tetap ingin menjadi anakmu nan terbaik
biarpun, aku tidak pernah begitu
di matamu di hatimu.

Mek, aku tetap sentiasa ingin menjadi anak terbaikmu.



Kota Bharu
Mei 2008


Aku hanya mahu berikan semua yang terbaik untuknya. Sejak dahulu. Sampai bila-bilapun, sekalipun tiada siapa yang sedar. Sekalipun tanpa tahunya. Biarpun dia pernah nafikannya.


Mek, andai hasrat itu tidak sempat disempurnakan sehayat ini...ampunkanlah daku. Dayaku tak setinggi mana. Upayaku tak seteguh karangpun.






Mek, Selamat Hari Ibu.