Kalau rasa nak diberi layanan macam
peminta sedekah,
Mengaku ajelah diri anda sebagai student
Tak kiralah di kedai makan, atau di
pintu bank terkemuka
Anda memang akan dilayan dengan
sewajarnya
Macamlah kita bayar semua tu dengan
voucer buku 1Malaysia
Namun itulah hakikatnya
Siapa kata hebat jadi pelajar ni?
Siapa kata boleh nak bermegah? Tak ada
maknanya!
Akupun tak tahu sampai bila mentaliti orang Malaysia ni akan berubah
Suka sangat hukum orang dengan apa yang
dilihat
Apa yang didengar walaupun belum tentu
lagi semua tu betul
Kemudian buat analisis dan andaian yang
merepek
Paling tidakpun salahkan segala jenis
hantu
Mentang-mentanglah hantu tu tak boleh
nak jawab balik!
Tahu tak kenapa aku seronok jadi
pelajar?
Jadi orang yang sedang menimba ilmu?
Jawabnya terlalu mudah:
kalaupun waktu ini ditakdirkan umur aku
pendek
aku tergolong antara orang-orang yang
mati syahid
boleh gitu?
Jadi, kepada semua bank…walaupun aku
banyak hutang,
Kepada tauke kedai makan…walaupun aku tak
mampu makan sedap-sedap
(eh dah lupa ya…aku kan asal dari negeri
miskin
Mana mampu nak makan mewah dan sedap)
Kalaupun tak mampu nak bagi layanan bak
Tuan Puteri
Tak payahlah ada diskriminasi
Aku tau lah aku ni awet muda, macam
budak sekolah umur 17 tahun
Tapi mampu lagi takat nak beli behun sup
tak cukup rasa tu
PsssT: ini adalah
entri stress seorang aku yang nak kejar tarikh MATI esok, jadi sila abaikan
kelainan kromosom atau kecelaruan genetik…lebih tak boleh pakai kalau aku
katakan berlaku “kacau bilau hormon” dek
Perubahan ekstrogen, tapi belum sampai tahap menopause lagi ya…