Memaparkan catatan dengan label peminat misteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peminat misteri. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2016

Peminat Misteri Siri Dua



Dialog Hari ni

Sambungan Dialog tentang Peminat Misteri petang semalam. Masih lagi lagu GERUA, tapi ambo dah tak mau joget-joget dah. Asal terima panggilan je ambo stress. Makanya, dialog berikutpun berlaku;

Ambo: Ya, ada apa boleh saya bantu?
Dia: Errrr …dah lupa saya ke?
Ambo: Saya yang mana tu ya?
Dia: Sampai hati awak dah lupa…semalam saya telefon.
Ambo: Maaflah, semalam agak banyak juga saya terima telefon. Awak yang mana satu ya?
Dia: Wah, ramainya peminat. Alaaaa semalam, yang saya kata saya suka awak tu…yang kita bertembung di tandas tu.
Ambo: Ohh! Ada apa ya? Apa yang boleh saya bantu? [Ni ayat masa kerja, kalua dah lepas kerja mungkin boleh ubah jadi “Hah apa hal? Nak apa?”…boleh gitu?]
Dia: Saya nak tanyalah….boleh ke tak. Saya suka awak ni. Saya nak jadi kawan awak ni. Saya nak pergi merisik ni

Fuh!! Tarik nafas sat.
Ambo: Maaflah, saya ni kena jaga hati ramai orang. Jadi saya minta maaflah ya
Dia: Tak apa! Tak apa! tak payah minta maaf. Saya memang nak jadi kawan awak ni…

Penat tau cakap berlapik, guna ayat sastera tahap sasterawan negara. Ambo bukan reti sangatpun.
Ambo: Macam ni lah ya, saya berterus terang. Dengar ya…saya sebenarnya kena jaga hati ramai orang, bukan hati awak saja. Jadinya, saya minta maaf kalau saya tak boleh jadi kawan awak. Nanti hati orang lagi satu tu merajuk, saya lagi susah. Awak faham kan maksud saya?
Dia: Saya nak jadi kawan awak jugak!

Adussss!! Parah!
Macam mana ya nak block nombor orang huhuhuhu?

Mmmmm dah tau dah kan kenapa aku masih jugak belum kahwin padahal umur dah senja. Orang kata memilih sangat. Kenalah pilih, bukannya ada waktu percubaan yang boleh batal kontrak kalau tak sesuai atau ganti baru bila tak suka. Konfiden terlajak payah jugak kan huhuhuhu itu yang berlaku sumpahan aku tak akan berkahwin kalau tak kahwin dengan dia tu.

Sedang selidik mana dia dapat nombor telefon ambo huhuhuhu bagi pelempang sat kat tukang bagi tu!

Rabu, 23 Mac 2016

Peminat Misteri



Dah lama jugak tak dapat panggilan hangit serupa ini. Peminat Misteri. Tetiba petang semalam, dapat panggilan yang buatkan aku rasa macam popular pulak huhuhuhu Gini ceritanya:

Telefon nyanyi lagu Gerua, ambo tetiba rasa macam Kajol nak lari-lari tepi laut sambil angkat skirt, dengan air memercik di kaki. Selepas jawab salamnya, maka terjadilah dialog seperti di bawah;

Dia: Saya Z, peminat awak
Ambo: Err…er…errr…
Dia: Awak ingat lagi tak, kita bertembung di pintu tandas dulu…

Alahai! Tandas itu memang unisex, tiap hari ambo bertembung dengan orang bukan sama jantina. Apa nak heran pun.
Ambo: Err…er…errr…
Dia: Saya nak berkenalan dengan awak ni…kampong awak kat mana ya?
Ambo: Err…er…errr… nak berkenalan dengan saya ke nak berkenalan dengan kampong saya?
Dia: Nak kenal dengan awaklah. Nak hantar orang merisik.

Sudah! Makhluk mai dari manapun aku tak tau ni.
Ambo: Err…er…errr…

Menakutkanlah pulak. Tetiba rasa macam tak selamatlah pulak. Masih fobia dengan peminat misteri lepas. Semua maklumat ambo dalam tangannya. Alahai! 

Tetiba muncul tajuk telemovie baru di benak “Cinta berputik di pintu jamban”

Mentang-mentanglah baru belajar cara tulis skrip drama telemovie, semua benda nak buat tajuk huhuhuhuhu

Adusssss!!!! Stress!!!

Khamis, 11 Oktober 2012

Suara Tanpa Wajah


Fuhhhhhhh! Tajuk pun...macam entri seram pulak! Entri ni bukan pasal hantu ya...mentang-mentang malam ni malam Jumaat, terus je nyebut pasal hantu ya. Cubalah fikir positif sikit...baca yasin ka, baca ayat al Kahfi ka...zikir ka, dok panggil hantu mantu pulak, dah macam saluran TV kat Malaysia ni. Asal malam Jumaat je tayang drama hantu. Asal malam Jumaat je, tayang filem hantu...gamaknya hantu ni hanya hidup malam Jumaat je kot hu hu hu ampunnnnnn! terleter pada mukadimah entri pulak hu hu hu!

Aku kerap ditanya mengapa tak ada muka aku di blog, di FB...

Ada yang aku jawab secara terperinci, ada yang aku jawab dengan gurauan “buNga tu lebih cantik dari muka aku”.

Aku tak boleh like FB mazidul sebab syaratnya perlu ada “wajah” asli, bukannya bermukakan bunga biar secantik manapun bunga itu. Pinggan tak retak, nasi tak dingin...dah tuannya tak hendak, aku memang sedar diripun. Jadi tak payahlah aku like like FB tersohor itu.

Aku memang tak gemar letak muka comot ni kat blog atau FB. Memang sedar diri comot. Kecomotan aku itu akan mempengaruhi keseluruhan gambar. Gambar yang sepatutnya indah itu, jadi tak indah sebab ada muka aku kat situ. Boleh bayangkan?

Namun, andai kalian pernah baca entri aku yang lepas, sebenarnya masih terselit juga aku kat dalam beberapa keping gambar. Biasanya gambar pemandangan tu penuh dengan kehadiran aku yang kecil sekonet je tak nampak mukapun kecuali ada yang sudi guna kanta pembesar. Dah tentulah gambar tu bukan nak tayang perabut sebab aku letak gambar pemandangan indah.

Errrr...sebenarnya rumah aku tak ada perabutpun, sebab tu tak tayang. Kalau ada perabut mewah, gamaknya TERtayang jugak hu hu hu

Sebab utamanya tak mahu terjebak lagi dengan peminat misteri yang lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan. Aku dah alaminya. Aku dah rasa macam mana sengsaranya. Risau nak datang kerja, tidak tenteram balik rumah kerana segala gerak geri bagai diperhatikan. Fobia tau! Trauma!

Sebab tu aku mudah risau bila ada rakan-rakan muat naik gambar yang ada muka aku secara maya. Sangat risau. Namun, ada masa aku kena akur yang aku tak mampu untuk paksa orang supaya tidak muat naik muka comot aku ni. Comot pun comey jugak kot hu hu hu alahaiiii! Terperasanlah pulak!

Terpulanglah kalau ada yang rasa aku suka main sembunyi-sembunyi. Maklumlah, masa kecik dulu, tak sempat nak main, dah tua nak senja macam ni baru mula nak main. 

Namun aku sedar tentang satu perkara: tanpa wajah di dunia maya, aku dianggap "tidak boleh dipercayai" dan kehadiran aku "diragui" keikhlasannya. 

Terpulang! Aku tak ganggu sesiapa...kalau kalian rasa terganggu, bukan salah aku kan? Daku hanyalah sekuntum bunga dahlia di facebook dan seekor katak hijau di blog. bukan sesiapapun.

 

Selasa, 28 Februari 2012

Peminat Misteri tu Mengasyikkan atau Menyusahkan?


Ada peminat misteri memang seronok kalau zaman remaja dulu
Secret admirer buat hati rasa melambung seronok
masa tu, secret macam mana pun paling-paling curi-curi jelling je
tak adalah sampai hantar ayam bagai
[3 ekor tu…boleh sembelih, masak kari sedap ayam kampong!]
ngeri lagi kalau dah sampai tahap hantar seluar dalam bagai
kalau yang belum guna letak dalam kotak tu masih ada tanda harga
boleh juga sedekah kat orang
bila dah guna…fuhhhh lain macam pulak rasa seramnya
berdiri bulu roma eden
errrr ini kisah yang berlaku di wangsa maju yang boleh dibaca di ondscene

kalian ada kisah peminat yang misteri sebegitu?
atau misteri hanya tahap jelling jelling senyum senyum sipu sipu malu
dan tidak bahayakan kesihatan awam?
jenis kedua boleh kita jumpa di mana-mana
siap simpan jadi kenangan indah zaman remaja
namun bila berhadapan dengan situasi pertama,
sangat merisaukan kerana semua gerak geri kita diperhatikan
dan kita tak tahu siapa musuh kita itu.

Masa awal-awal kerja dulu
aku pernah juga berdepan dengan situasi ada secret admirer begini
bukan di rumah, tapi kat pejabat
jadi, gerak geri aku bagaikan diintip
macam ada cctv pulak, apa yang aku buat dia tahu
aku dating pejabat jam berapa, balik jam berapa
macam dia tahu. langkah aku sampai je kat pejabat
belum duduk lagi, telefon dah bunyi
bila angkat, SENYAP. Diam. Sepi. Tak bersuara.
kadang-kadang bunyi dengus nafas je
panggilan yang serupa aku akan terima selepas jam 5 petang
macam tahu je aku balik lambat.

Awalnya aku buat tak tahu je, macam tak ganggu apa-apa
lama-lama makin kerap kena ganggu dengan macam-macam gaya
tapi bila aku terima satu surat tanpa nama pengirim
…isinya adalah gambar 18sX yang diprint dari website
sakit kepala juga dibuatnya sebab aku mula sedar yang orang itu
serius dan jadikan aku sebagai sasaran
setelah bincang dengan bos, akhirnya dia jadi seketeri aku pulak
yang akan jawab semua panggilan selepas waktu pejabat

agak lama gangguan itu berlanjutan hingga jadi kes di bahagian keselamatan
dah tentu tak ramai orang tahu kecuali orang tertentu
dan aku pula terpaksa mengubah banyak rutin dalam hidup
masa pergi dan balik kerja berubah, bos benarkan aku datang dan balik sesedap rasa
parking kenderaan juga di tempat berbeza setiap hari
hingga pernah jadi, aku lupa parking kat mana
makan, shoping dan sebagainya juga berubah
semua tu untuk kelirukan sang peminat misteri yang menyusahkan hidupku itu

semua tu senyap dan berhenti macam tu sahaja
aku tak sedarpun sejak bila si peminat itu dah mula tak minat
siapa kata ada peminat misteri itu membahagiakan?
siapa kata semua peminat misteri berikan kita bunga-bunga
yang indah berkembang di taman hati?

Aku memahaminya andai selepas ini, si Jelita dihadiahi 3 ekor ayam dan
seluar dalam terpakai itu akan alami trauma untuk berada di rumah sendiri
sebagaimana aku pernah alami rasa cinta yang merudum
setiap kali pergi kerja sedangkan aku sangat sukakan kerja aku itu.



PsssT: Gambar Tatoo di dada Erykah Badu, artis kulit hitam amerika 
dipaparkan dalam the Star. Hari ini, diputuskan konsert Erykah badu di Kuala Lumpur
 telah dibatalkan. Batal???????
Yupppp! batal!
Nak tengok rupa tatoo yang menyebabkan konsert ini dibatalkan 
boleh dilihat di google search image
aku tak sudi nak letak wajahnya yang "tak berapa nak lawa" itu kat sini
terutama bila ada tatoo sebegitu.