Entri hari Jumaat, moga dapat manfaat…
Akhir tahun lepas, aku ada tulis entri
tentang
tragedi tsunami di Aceh telah difilemkan
dalam Hafalan Shalat Delisa
Sinopsis Filem Hafalan Shalat Delisa:
Lokasi atau latar dalam filem
atau novel ini di Pantai Lok Nga,
Salah sebuah pantai
yang indah di Aceh.
dengar cerita, untuk filem ni mereka tak buat penggambaran di Aceh
dengar cerita, untuk filem ni mereka tak buat penggambaran di Aceh
DELISA watak utama filem ini, berumur 5
tahun
Tinggal bersama 3 kakak dan umminya, manakala
Abinya
Berkerja di atas kapal yang hanya sesekali
menghubungi melalui telefon.
Delisa dijanjikan kalung berloketkan huruf D [bermakna
Delisa]
sekiranya berjaya menghabiskan hafalan bacaan
di dalam solat.
Delisa bersungguh-sungguh menghafal bacaan
dalam solatnya
Dia berpegang kepada nasihat ustaznya yang
mahukan dia kusyuk,
tidak hiraukan keadaan sekeliling waktu itu
apabila ujian amali solat dijalankan
Namun, semasa dia kusyuk menyelesaikan bacaan
solat berkenaan,
berlaku gempa dan tsunami hingga meragut nyawa
ahli keluarganya;
Kak Fatimah, Kak Zahrah, Kak Aisyah dan juga
Umminya.
Hebatnya filem ini kerana kuatnya watak
Delisa
Berdepan dengan kehidupannya walaupun
tsunami mengambil semua kakak
dan umminya, malah menyebabkan kakinya
terpaksa dipotong
dia kudung kaki kanan
dialognya "kaki Delisa dibawa air"
buatkan hati jadi sangat sebak
padahal kakinya terpaksa dipotong untuk selamatkan nyawanya
Astro dah tayang filem hebat ni, sesiapa
yang langgan astro boleh tengoklah ya
Aku hanya tengok di youtube sahaja
Terima kasih banyak-banyak kepada insane
baik hati
Yang muatnaikkan filem ini untuk
ditonton lebih ramai
dan dimanfaatkan bersama,
Anda boleh tengok filem hebat ini kat
bawah;
Filem Hafalan Shalat Delisa
Sayu je dengar lagu yang dialunkan dalam
filem ni
Syahdu dan sendu…
OST Hafalan Shalat Delisa
Setiap kali menonton sesebuah filem yang
hebat,
Aku suka tengok bagaimana filem tersebut
dihasilkan
Boleh tengok The Making Of Hafalan Shalat Delisa di bawah ni:
Aceh sangat akrab di hatiku
Banyak entri tentang Aceh aku paparkan
dalam blog ni
Semuanya kenangan, semuanya pengalaman
baru
Antaranya ada dalam entri pasal AngelinaJolie bertudung
Andai kalian nak tengok gambar-gambar
Pantai Lhok Nga
Boleh geledah entri menoleh ke belakang
Selamat menikmati sejuta rasa dalam filem ringkas ini,
namun...sangat mengesankan.
8 ulasan:
Filem adaptasi novel yang terbaik bagi saya, lebih best walaupun dibandingkan Di Bawah Lindungan Kaabah apalagi Ombak Rindu (OMG).
Mungkin sederhana dari semua segi tapi semuanya macam kena, menyentuh dan indah dalam kesederhanaannya.
Suara Rafly tu dasat laaa... lagu tu memang best.. rasanya kalau tengok kat pawagam mau aku nangis kuat-kuat ha ha ha.
staro mano sedak kak? nga siakap 3 raso?
Pertama kali kakcik menonton filem ini di saluran Astro First (di rumah adik), kemudian kakcik tonton youtube di tv dengan menggunakan 'line' Unifi.
Kali pertama memang kakcik menangis, tapi kali kedua hanya sendu.
Hajat di hati hendak juga tengok, tapi asyik tak lekat di rumah, tunggu masa sesuai, harus langgan.
Cik Bintang: Opssss! cukup tisu tak?
Eelobor: Sedak duye lagi rasanya
Kakcik: sesekali cuci mata...ok je kot ;)
Azieazah: Baik usha usha cari di youtube...tetiba je beberapa link yang upload dah delate semula. Sebelum semua kena delate, terjah tengok cepat2 ----> alaaaa tunggu je la depan Astro ;)
Catat Ulasan