Dah lama tak dengar suara emas Azlina Aziz
Masa kecik dulu, selalu berkumandang suara dia
Antaranya Wajah Siapa di Hatimu dan
Wajahmu di Mana-mana
Sesekali ada juga diputarkan di Klasik Nasional
Beberapa hari lepas, beberapa stesen radio ada putarkan lagu merdu ini;
Sebenarnya aku memang bukan manusia yang prihatin sangat dengan dunia
hiburan
Banyak perkara aku tak tahu dan selalunya tak ambil tahupun
Namun, bila dengar beberapa kali lagu yang indah itu
Paling utama irama dan liriknya sangat berbeza
Dengan lagu-lagu lain bersifat semasa
Aku mula tertanya-tanya gerangan penyanyinya
Mulalah Tanya Enche Google nan hensem tu…
Ohhhhh terubat juga rinduku pada si Jelita Azlina Aziz yang arwah
bondanya itu
Antara artis kesukaanku
Jom layan betapa klasiknya lirik lagu ni…
Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)-Monoloque & Azlina Aziz
Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka
Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit
Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit
Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit
Tiba-tiba aku rasa dah jatuh Chenta dengan lagu ni
Errrr maklumlah...aku ni kan katak yang terlolong terlalak
bawah tempurung dalam kotak di hujung kampung hu hu hu
3 ulasan:
Lama tak dengar citer Azlina Aziz ni kan? Zaman gemilang sama Jamal Abdillah, Ramlah Ram...dll
Adik dia Liza Aziz tu pun senyap jer kan?
Kalu petang2 dulu, KLFM selalu gak putar lagu “Wajah Siapakah yang dikau cariiiii....”
Diana: sebelum ni tak pernah dengar, tapi bila berkurung ditemani radio, banyak kali pulak diputar. Bila dengar berkali2 baru rasa istimewa ;)
Azieazah: hu huhu terkenang jaman2 dulu ek hu hu hu...
Catat Ulasan