Memaparkan catatan dengan label SBPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SBPA. Papar semua catatan

Khamis, 23 Februari 2012

Kenaikan Gaji Penjawat Awam SBPA hingga RM2500?


Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)
menuntut kenaikan gaji penjawat awam bagi tahun 2012
 antara RM700 hingga RM2500 dari gred 1 hingga gred 54
yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu bawah skim SSM
sebelum diperkenalkan pergerakan gaji baru di bawah skim SBPA

Tuntutan Kenaikan Gaji  CUEPACS adalah seperti berikut;
Gred 1 hingga Gred 16  (RM700)
Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000)
Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500)
Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800)
Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500)

 Penjawat awam yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada Aras 4
sehingga 31 Disember 2011 juga perlu diberi kenaikan gaji
errrr…aku tak ambik lagi ni melepaslah ek?

Ramai yang buat telahan bahawa pada 2.2.2012 (tarikh cantik jugaklah tu)
CUEPACS akan umumkan sesuatu
Jadi itulah ya yang diumumkan selain meminta
pekerja yang dah habis tangga gaji sebelum ini dibayar tunggakan
sebanyak RM500 (5 tahun)
5 tuntutan CUEPACS sebelum ini dan tuntutan kenaikan gaji di bawah SSM
Sebelum pergerakan gaji seterusnya dilaksanakan bawah skim SBPA

Kenaikan Gaji Penjawat Awam SBPA hingga RM2500?
yerrr sila percaya semua  tu bakal jadi nyata hu hu hu
tapi RM2500 tu dah pasti bukan aku
kalaulah gaji aku yang naik sebanyak tu
akan aku belanja mulut sendiri di Pizza San FRANCISCO berbulan-bulan
la la la berangan memang tak payah nak bayar
tak pakai modal apa-apa

5 tuntutan CUEPACS: 
Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah
Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum
Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA
Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam

Pasukan Petugas untuk Semak penstrukturan Semula SBPA
diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012     
lama lagi tu…aku ni dah kering kontang dok tunggu hujan turun
dua hari lepas dah bayar Yuran RM1010
nampak cantik je angka tu tapi kalau tukar dengan mesin basuh
tak payahlah aku basuh kain di sungai macam 
bawang putih bawang merah lagi kan?
memanglah yuran tu boleh tolak semula 
dalam borang pengistiharan cukai pendapatan  bakal isi sebulan dua nanti
tapi yang tahun lepas pun senyap je tak bayar balik ni macam mana?
yang kontang tetap poket aku jugak hu hu hu


PsssT: Opsssss Malaysia kena lanyak dek Jepun 0-4 dalam perlawanan kelayakan bola sepak kejohanan Olimpik London 2012. Anggap aje Harimau Malaya lupa nak mengaum malam ni. Jangan jadikan kekalahan di tangan opssss! di KAKI Jepun ni sebagai pematah semangat untuk menyokong pasukan negara. Dah namapun  main bola sepak, kalau tak menang akan kalah...tak pun seri.

PSSSST: siang tadi,

Jenaka SBPA pagi ni…


Sms Isteri: Bang, kalau tuntutan CUPEK peratus naik gaji tu Berjaya, ayang akan dapat kenaikan gaji RM1800…nak beli kereta barulah
SMS Suami: ok jugak tu…abang pun ada rancangan juga…nak kahwin baru.


Jangan marah ya…ini kisah BENAR berlaku depan mata aku pagi tadi tetapi ayat SMS tu dah diubahsuai sedikit.