Kita (akulah tu…) selalu anggap
Apa yang kita suka, orang lain pun suka
juga
Apa yang sedap di lidah kita, sedap juga
di lidah orang lain
Apa yang cantik di mata kita, cantik
juga di mata orang
Apa yang wangi di hidung kita,
Wangi juga di hidung orang lain
Apa yang kita selesa lakukan, orang lain
pun selesa juga
Lalu, bila orang lain bertoleransi
dengan kita dalam apa-apa hal
Kita anggap orang itu sealiran dengan
kita
Kita anggap orang itu suka apa yang kita
suka
[belum kira lagi yang kita paksa orang
untuk suka apa yang kita suka]
Gemar apa yang kita gemar
Padahal, dia sebenarnya mahu kita jadi
diri kita yang sebenar
Padahal, dia suka bila hati kita suka
Padahal, dia cuba untuk suka apa yang
kita suka
Padahal dia hanyalah sekadar ambil hati
kita
[berapa banyak sukaaa daaaaaa!]
Kenapalah kita selalu saja alpa bahawa
Orang lain pun ada kesukaan mereka
sendiri
Orang lain pun mahu kita sukakan apa
yang dia suka
Sama seperti dia cuba untuk suka apa
yang kita suka
Ini hanyalah entri suka-suka, moga anda
juga suka.
3 ulasan:
hehehehe..... sebab tuh aku suka baca kat sini
“Awak Suka Saya Tak?” hehehehehe
jangan sampai suka terpaksa.
PAKEJ HAJI ALIF TRAVEL DAH KELUAR DARI RM 16,450. DI BAWAH BIMBINGAN USTAZ HJ AHMAD SHUKRI MAKLUMAT LANJUT 0351928001
Catat Ulasan