Sempena kedatangan tahun baru Hijrah, dan tahun baru Masihi, dan juga sambutan Hari Aku Menjadi Semakin Tua (Ulang tahun Kelahiran) pada Januari 19, (jangan lupa sediakan kek keju yang BESAU punya...dengan hadiah yang BESAU gilerrr jugak...lilin aku bawa sendiri hu hu hu) maka dengan ini aku dengan bangganya membuat pemasyuran bahawa aku akan adakan Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.
Ini dia banner yang tak lawak langsung;)
Syarat-syaratnya;
- Tulis satu cerita lawak yang benar-benar lawak; boleh buatkan aku ketawa sampai jatuh kerusi, di entri masing-masing. (Peringatan: LAWAK ya...bukan LUCAH!)
- Lekatkan logo Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia di annieyss@blogspot di si debar blog anda dan linkkan ke entri ini. Logo ini perlu dilekatkan sehingga keputusan pemenang diumumkan.
- Tinggalkan komen penyertaan anda di bahagian komen entri ini dengan menyertakan link entri cerita lawak bagi kontes ini di blog anda.
- Sertakan juga link blog yang menyarankan anda ikuti kontes ini (jika ada). Jika link blog anda didapati mendapat bilangan terbanyak, anda layak mendapat hadiah misteri. Hanya satu hadiah misteri sahaja akan terpilih. Sekiranya anda tidak menyertai kontest ini, tetapi blog anda tersenarai sebagai penyumbang link terbanyak, anda tidak layak untuk mendapat hadiah misteri tersebut. Hadiah akan diberikan kepada blog yang mendapat bilangan link kedua terbanyak.
Hadiah:
Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan cerita paling lawak mengikut pertimbangan para hakim.
Satu Hadiah Misteri untuk penyumbang link paling banyak (berdasarkan berapa banyak link diberikan peserta lain yang mengetahui kontes ini dari blog anda).
Semua hadiah (termasuk hadiah misteri) adalah berbentuk kerongsang mutiara (aku beli di Sabah) seperti contoh di bawah;
Setiap satunya berharga antara RM45-RM60 (harga orang Semenanjung yang beli, bah! Bukan orang Sabah ya...Orang Sabah beli akan dapat lebih murah berganda dari itu...)
Keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Kontes ini bermula 1hb Disember 2010 hingga 31hb Januari 2011.
Selamat berusaha. Mana tahu ini kontes aku yang pertama dan terakhir ;)
65 ulasan:
salam..
wah ada contest boleh join nie...
wahh! ada kontes... hehehe... tapi aku takde citer lawak... citer sedih takleh ke?
x pe lama lagi tarikh tutup tuh, hihihihi
Sekadar Berkongsi
GB 25 January. huuu~
tapi GB tak reti buat lawak la....kompem tak menang punye. pass
salam anyss,
saya ada tag awak kat blog saya.. hehe..
tak dapat kot nak join kontes ni sebab tak de ar citer lawak.. nanti fikir balik.. kalau ada ai join ehhh..
Amy: Selamat datang. Haaaaaa ni first time saya wat kontes...rugi tak masuk ;)
Dina: Mesti ada...cuba ko ingat balik. Cerita buat2 pun ok gak asal lawak. Aku dah penat nak nangis ni hu hu hu
Eelobor: Saje bagi masa lama sikit...nak bagi Eelobor reka cerita paling lawak ;)
GB: waaaaa berkongsi bulan kita ya ;)
Cuba apa salahnya...
Aanas: wsalam.
Alamak! kena tag ke?
----> apa salahnya cuba. Ada masa tak lucu untuk kita, lucu bagi orang lain ;)
aduh2 x daya nak buta contest dahhh huhuh
tapi adiah2 dia menarik heheheh
ieda: hu hu hu comel tu ;) kena pi sabah baru dapat tau ;)
apa yg Encik MT boleh wat ngan hadiah tuh? letak kat kemeja? haha!
As'salam..
Insyaallah nanti amy join ye.
ada kontes,,mau join jugak tapi kena cari idea dulu nih,,hehe
Latest Entri :
Senyum Itu Sedekah
Bila Si Dia Bertanya
Encik MT: Tak leh ek?
Amy Syaquena: Wsalam. Join jangan tak join...
eiela: masa masih panjang...sempat lagi cari idea, jangan terlepas ;)
salam..
tahniah..
selamat bercontest..
mesti mahal kan mutiara tu..?
Nak demand sikit, butang baju melayu takde ke??mutiara sabah tu la
Zulkbo: Wsalam. terima kasih. Suka2 meriahkan alam maya ni je...
Kalau beli di KLCC memang ratus2 lah, tapi sebab pegi redah sendiri beli kat Sabah, adalah juga dalam lingkungan RM40-60 jugaklah seketul
Imanshah: Alamak! semuanya broach je...butang baju melayu tak de la...
Kalau sdr yang menang, nanti saya hadiahkan Gambir Sarawak...minggu depan nak pi KCH ;)
waaa... contest
Tengah berusaha nihhh...
copy paste tak bleh ek? mesti ori sendiri punya jer kan?
Rasanya dlm syarat tak sebut lak berapa kali penyertaan. Sorang hanya bleh buat 1 citer saja ek? Tak leh try 2,3 kali cerita?
Cewahhh macam ler aku nak ni terrer sangat nak buat citer lawak. Jadi pelawak bleh lah.
Hamzah: jom join...mana tau bertuah ....bolehlah bagi kepada pujaan hati
Azieazah: ubahsuai sesedap rasa sikit oklah. Mana ada lawak ori kan, kecuali pengalaman sendiri.
banyak pun tak apa, menang hanya sekali. Tak taulah pula kot2 terbuka hati pula nak bagi kepada penyertaan terbanyak ;) (mana tau kan...mentang2lah broach tu banyak hu huhu)
Kena kelik bulan madu dlm hujan, mungkn akan timbul idea lawak..jeng jeng..
ZZ: Ohhhhh hatiku menderita...
Tahniah ZZ, selamat bulan madu. Bekwah tak ajak orang ek hu huhu ---> lapa gula weh!
gua tak de idea lawak
alamak tak retilah nak buat lawak..tq sudi jemput akak join yer
Brutalsolo: idea brutalpun tak apa
kak ina: sama-sama Q ;)
he he -> tu aje mampu aku sumbang kih2
i'll try to post out something for u okey. kena dig out balik entri lepas2 hehehe..
Caluk: hu hu hu ko memang sadis!
Fina: Mmmmmmm ada pun benda lawak ya ;) jom join reramai
hai.. salam singgah di sini! wah, masuk je terus ada contest! boleh di cuba ni! :)
errr aku dah promo kau punya contest kat blog aku he he
nak join kontest ni pon aku ni xpandai nk tulis entry yg lawak2...tp xper lah...aku support u all sume...
aku tlg promosi utk ko kat blog aku. semoga ramai yg join kontes ko ni.
Kella: Wsalam. Selamat datang...itu namanya rezeki...
Caluk: terima kasih daun keladi...
Ayie: Tun mahathir pun reti wat lawak kat radio era tau...sesaje je nak melawak ceriakan hidup ;)
Su: Terima kasih daun keladi...ko pun join samalah ;)
Salam anyss...
Belum arif sangat nk join contest..
terkial-kial lagi hehehe
moga berjaya ;)
nak masuk~ plis2
hasleena: join je...kalau tak mula, mana nak ada pengalaman. kontes ni kan acara suka-suka aje
maiyah: terima kasih
Shahjiehan: sila! sila! sila!
salam tuan umah..
ni penyertaan dri aku..
http://ikutdanaku.blogspot.com/2010/12/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html
id aku= akuorgkmpng
1ns4n b14a4: wsalam. Dah semak. Penyertaan diterima. Tahniah. Anda peserta pertama ;)
nampak mcm best...nanti kakD join ye..
wahh.. best.. :)
LadyZul: sila! sila! dialu-alukan...masa masih panjang
Heidi: cubalah...meriahkan tahun baru
salam dik..
skrg ni xde idea le.. pale kosong huhuu
hye..saye dh join ur contest...mekaseh ye..mmg mantap adiahnye..
http://chinky-winky.blogspot.com/2011/01/lawak-ke.html
mimie: penyertaan diterima ;)
sori smalam nk wt, tp internet down plak..ni link nye.
http://imanaqrabin.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html
utk syarat no 2, sy x tau nk bwt..kalau x kberatan, tlg ajarkan...
nhaz: ok
Alahai nyss..aku tak reti la nak reka citer lawak ni.Pengalaman aku pun tak tau nak cerita yang mana satu,senang cerita aku tak pandai nak bercerita la.
aku tolong promote contest ko kat kawan2 giveaway aku ye
jieda: cerita lawak orang yang penah dengar pun ok jugak.
Terima kasih daun keladi ;)
salam kenal Anyss..
tak sangka kita berkongsi bulan kelahiran yg sama. So, saya try masuk Kontes ini ye..sila semak!
http://itissmile.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html
syarat yg ke 4..saya tak berapa paham. Tapi saya mmg masuk terus ke blog ini dan terus buat kontes..tak ada dari mana2 blog pon. hehe...
tak dapat nak join.. tak reti nak cerita lawak2 :D
saye Join :)
http://ezanidmacontest.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-lawak-sedunia.html
try tgk cite ni cukup lawak ke tak lawak
http://therosputih.blogspot.com/2011/01/kontes-cerita-paling-lawak-sedunia.html
i join jugak...kasi support rakan blogger lain...=)
Ezan idma: diterima
Ros puteh: diterima
xdak hadiah ke utk peserta pertama..
hehehe
x sempat nk join contest...ape2 pon follow back ea
Catat Ulasan