Isnin, 10 Januari 2011

Keputusan Final Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL)

Hari ini adalah hari penentuan Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL) yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Berikut adalah senarai peserta dan lagu yang layak masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu yang ke 25 (AJL 25) malam ini iaitu;

1. Faizal: Tahir Hanyut [Persembahan Terbaik]
2. Shahir: Kebahagiaan Dalam Perpisahan
3. Hafiz: Noktah Cinta [vokal terbaik, tempat ke 3]
4. Yuna: Cinta Sempurna
5. Hujan: Mencari Konklusi
6. Stacy: Jahat
7. Adira: Ku Ada Kamu
8. Black: Sofea Jane
9. Ana Rafali: Tolong Ingatkan Aku  [Juara AJL]
10. Meet Uncle Hussien: Drama King  [Tempat ke Dua]
11. Tomok: Berlari
12. A.P.I: Pelita
13. Faizal Tahir: Selamat Malam
14. Bunkface: Ekstravaganza

Lagu mana bakal menjadi juara AJL yang ke 25?

Sama-sama kita ngadap TV malam ni, itupun sambil lakukan aktiviti sosial. Mmmmmm ada sesiapa serbu stadium semata-mata nak nengok AJL tak?

PssssT: Aku kagum dengan Ana Raffali yang suka berbaju kurung dan kebaya...walaupun sambil main gitar ;) Dia ada identiti sendiri...

PssssT:  Ana Raffali kata di TV3: dia memang suka berbaju kurung.

Wardina Sifiyyah siap peluk-peluk Ana Raffali secara langsung di TV3 dalam MHI sebab kagum dan minat (Errrr...nampak macam kelakar pulak kan. Kenapalah dia boleh buat aksi paling manis secara langsung macam tu. Tolonglah, Wardina! Anda nampak tak profesional. Boleh tak tunggu masa iklan untuk adegan peluk memeluk tu?)

Mmmmm....ramai lagi tak anak muda kita suka berbaju kurung macam ni?

18 ulasan:

eelobor berkata...

ada beberapa penyanyi yang kenal tapi semuo lagu hok masuk2 akhir tuh, ambo tok rajim denga. hehehe, tok minat lah mano lagu2 lonih.

p/s: di stadium malawati pun ado program jugok...hihihihi

anyss berkata...

Eelobor: bukan semua lagu tu kena dengan selera kita (nampak sangat kita ni dah tua hu huh u hu). Lebih teruja nak tengok konsert Jamal Abdillah, tapi jauh sangat nunnnnnn nak kena masuk jem.

ieda berkata...

juara lagu tahun lepas .. akak miss .. tahun nie nak make sure tgk :))

anyss berkata...

ieda: AJL bukan agenda wajib untuk saya, selalu sahaja terbabas. Kalau tertengok, itu yang terheran tu... ;)

kalau tak ada apa sangat nak buat, saya lepak depan TV tetapi dengar tv sebab sambil buat kerja. jadi, usah ditanya apa yang ada di TV...tv hanya peneman meriahkan rumah yang macam "kubur berhantu" ;)

Azuan berkata...

jrg jugak tengok ajl melainkan duduk rumah...malas nak berbut channel..hehe

Cetusan berkata...

Saya undi lagu selimut putih.

Cetusan berkata...

Nak join sana, bca bismilLAH dulu, mana tau kena culik.

azieazah berkata...

Repeat comment:

Sejujurnya, AA tak pernah tengok Muzik-Muzik pun sepanjang tahun. Dah lama tak tengok..

Sebab tu bila sampai AJL, tak leh nak agak lagu mana yang best. Sekadar agak agak saja, berdasarkan lagu yang kerap dimain di radio...

Unknown berkata...

Dah masuk u ni x dapat tgk tv dah..hua3....

anyss berkata...

Azuan: chanel manapun saya tak kesah...selalunya jenis rencana lebih banyak pilih walaupun hanya dengar TV

anyss berkata...

ZZ: tak undi lagu mana2, sayang kredit sms hu hu hu

x pegi pun kena culik gak ;)

anyss berkata...

AA: saya memang dok depan TV kalau ada peluang, namun kepala tak tahulah adanya di dunia mana hu hu hu

anyss berkata...

shaheila: selamat datang. Belajar lebih penting. Dah habis belajar, ada kerja nanti...tak mau tutup tv pun ok ;)

belajar rajin2 ya

Sharinginfoz berkata...

segala penantian sudah terjawab

anyss berkata...

Sharinginfoz: Harapnya semua dah puas hati...

gadisBunga™ berkata...

mcm sengaja nak cetus kontroversi kan m nasir tu? sebab dia kan ketua juri. huhuhu~

tapi rasanya faizal tahir bengang sebab dia tak menang. huhuhu~

Kak Amy berkata...

Juara lagu tahun nie ok la...

anyss berkata...

GB: Kalau M.Nasir ketua jurinya...tak leh nak komen apalah ;)

Amy: macam tak berapa puas hati je ;)