Jumaat, 7 Januari 2011

Ohhhhhh! Aku dah Makin Kronik!

Rasa macam tak percaya juga bila aku tulis tiga entri tentang “cara menarik trafik” ke blog. Tiga entri tu….cayalah! Terkagum dengan diri sendirilah pulak. Waaaaaaaa macam otai pulak aku ni kan hu hu hu tarik nafas tahan perasan sekejab.

Nak Sangat Trafik, tulis Je Blog Pornografi

Cara ke Dua Tarik Trafik Blog Anda

Blog Masakan Ramai Peminatnya

Maklumlah, aku ni kan baru je semenjak dua menjak ni sahaja serius menulis entri kat blog ni. Sebelum ni pakai taram je. Ikut suka aje bila nak tulis, bila tak nak tulis. Ikut mood kononnya. Ikut kelapangan. Bagi aku, perkara paling sukar dilakukan adalah untuk menulis entri setiap kali. Satu pun payah nak kekalkan, apalagi dua tiga entri setiap hari. Sangat menggugah ketekalan hati. Namun, bila Azieazah kata “Mazidul yang sibuk tu pun boleh tulis entri dan balas komen” di blognya, terasa jugaklah pedasnya sekejab.

Terlalu banyak yang nak ditulis sebenarnya, namun bila entri perlu disiarkan setiap hari, banyak pula kerja lain terpaksa ditunda. Setiap hari ada aje kerja yang tertunda, tapi entri muncul pula pepagi hari. Huh! Sangat menggugah. Itu penyakit baru yang sukar nak ubat.

Penyakit nak tulis entri blog banyak-banyak, nak jejalan ke blog kawan-kawan yang masih juga belum sempat aku nak terjah semula walaupun dah nak masuk minggu ke dua tahun baru, aku masih lagi kalut. kalut yang entah apa-apa. terlalu banyak sangat kalut sampai aku sendiri tak tahu nak buat apa. nak buat yang mana dahulu.

Rumah dah lama bersepah. Minggu lepas adik datang dan buat operasi mop serta sapu lantai. Nasib baik dia datang kan hu huhu susah-susah kena jaga anak, kena pulak service rumah aku yang macam tongkang pecah. Bila pergi pejabat, kepala lagi serabut tengok meja yang bersepah macam tempat pelupusan sampah. Kertas bertimbun merata tempat. Atas lantai pun ada. Alahai!

Aku perlu kerja lagi keras dari tahun 2010. Gear 5 turbo ya. Namun, mood masih lagi suam-suam kuku. Pertama, sebab masih belum sihat sepenuhnya. Kedua, kepala biol dan berserabut dengan macam-macam benda yang nak kena buat tetapi masih belum disenaraikan sepenuhnya lagi. Ketika, tempat yang bersepah buatkan kepala aku juga jadi bersepah. Ahhhhhh! macam alasan yang sengaja dicari sahaja.

Maka, boleh dikatakan lengkaplah penyakit aku sekarang ni. Ada sesiapa nak jadi PA percuma tak? Aku memang memerlukan pengurus yang cekap. Isi borang permohonan ya…

12 ulasan:

ieda berkata...

dik go slow :))

Cetusan berkata...

Aha jawatan kosog pun, naik trafik juga, asalkan tau jbtan mana,u kerja menjawb komen, tanya jawab, kena keja 20jam, keja menolog jbtan ok kan, hit naik, rakyat luar nak sgt bertanya jawb dgn pegawai gomen nih..cuba buat.

eelobor berkata...

hehehe, kalu dok dekat, nak gak isi borang jadi PA tuh. untuk laki terbuka tak? hihihihi, nak suh muaz jadi PA cik anyss... hihihihi

thanx atas ucapan yer kat entri saya tuh....

anyss berkata...

ieda: akak, minggu depan dah kena gerak dengan gear 5 TURBO...banyaknya nak kena perjuangkan tahun ni. Ish! ish! ish! nampak macam terlalu mengejar DUNIA kan? namun, harapnya hasil akan dikutip dan dinikmati oleh orang lain juga...

anyss berkata...

ZZ: antara realiti dan fantasi di pejabat gomen sangat banyak...sesiapa yang tak mampu untuk adaptasi dengan gaya hidup begitu akan tersingkir perlahan-lahan ;)

InsyaAllah, selagi NIAT masih lagi betul, saya tetap kerja di sini. Kalau satu hari nanti, dah tak ada kat sini...maknanya NIAT tu dah terpesong (tak kiralah sikit ke banyak)

anyss berkata...

EElobor: lelaki ensem macam Muaz tak apa...boleh mohon hu hu hu

Kita tak rugi doakan kebahagiaan orang lain. Tumpang seronok dengan keluarga bahagia, moga-moga ke syurga.

Unknown berkata...

hehehehe..
kak baca entry nie ala-ala tersenyum gitu..maklumlah..dah lama kak simpan hasrat nak ada PA gak..tolong blogworking dan balas komen...hahahha

anyss berkata...

Citarasa Rinduan: PA untuk blog walking & jawab komen tu yang tak tahan nak gelak ;) ingatkan cari bibik uruskan rumah hu huhu

Cetusan berkata...

Memblog nak trafik satu kepuasan
,bercerita puas
info dan kerja sealiran dgn tema blog..
Aliran persepsi masing2
ada agendaupah belakang tabir.
Ada anssurance menulis..
Prinsip tak sama sambil nyelam sambik MLM Pun ada..teruskan..
Kalu boleh biar saham positif bukan saham negatif ngajak ke jurang melalaikan,ammin

anyss berkata...

ZZ: sangat mendalam

caluk@cencaluk berkata...

berblog dgn ikhlas lagi puas dari berblog nak kejar traffic $$$ -> just my 2 cents hu hu

Cetusan berkata...

berblog ikut prinsip bukan ikut KRONI dan Lalang satu pihak sokong BAWA rebah..menjadi pakturut atau bergantung LARIAN..berdirilah atas kaki sendiri dgn idea sendiri...