Memaparkan catatan dengan label Kontes cerita paling lawak sedunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kontes cerita paling lawak sedunia. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

Akhirnya! Pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia Aku Jumpa

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh! Lama gilerrrrr kan baru aku nak umumkan siapa pemenangnya. Macamlah ramai sangat peserta. Macamlah panjang bebenornya aku nak kena baca.


Sebelum tu…aku nak kena mintak maaf zahir batin kepada semua peserta yang dah pasti sangat tertunggu-tunggu nak tahu keputusannya. Walaupun hadiahnya bukanlah kaw-kaw sangat, tak lah mahalpun hadiah kerongsang tu, tak juga secantik mana…dari terbiar berhabuk, apa salahnya berkongsi dengan orang lain. Moga-moga, mutiara itu menjalin ikatan baru yang lebih mahal daripada nilainya yang tidak seberapa itu.

Aku juga nak berterima kasih kepada semua peserta yang turut serta dengan kontes ini. Ini kontes pertama yang aku anjurkan, jadinya aku memang tak target ramaipun akan ikut serta. Aku pun sedar, tak ramai orang baca blog aku ni. Dan, aku sendiripun tak pasti adakah aku akan adakan kontes lain atau tidak pada masa hadapan. Kalau tengokkan masa, ikut macam sekarang ni, sangat-sangat terkejar-kejar masa itu. Macam tak cukup hari. Terlalu banyak masa rehat perlu dikorbankan. Masa tidur juga. Mmmmmm impikan mimpi macam semalam! Sampai terlupa untuk bangun!

Setelah menelaah semua entri lawak yang ikut serta, berbincang serba sedikit dengan juri jemputan (yang tidak mahu nama dan blognya dipaparkan di sini. Sekalung terima kasih untuk juri jemputan...), kami sepakat untuk memilih pemenang berdasarkan keaslian, jenaka yang spontan dan bahasa. Maka, kami telah putuskan tiga pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia adalah seperti berikut;


Pemenang Pertama


Pemenang Kedua


Pemenang Ketiga
Blognya sangat berat untuk aku loading…dah lama tunggupun hanya katak ini je muncul. nasib baik aku dah salin dan tampal siap-siap lawaknya dalam word. Kepada tuan punya katak ini…anda adalah pemenang!


Tiada hadiah misteri kerana blog mereka dijadikan rujukan oleh peserta lain. semua peserta kontes mendapat maklumat terus dari blog ini. Keputusan adalah muktamad.

Semua pemenang perlu emailkan saya di annieyss@gmail.com dan nyatakan alamat untuk penghantaran hadiah.

Tahniah kepada para pemenang. Kepada peserta yang tidak berjaya, boleh sertai kontes yang lain pada masa hadapan. Itupun kalau aku ada kesempatan untuk anjurkannya. Doa-doakanlah aku ada masa ya ;)

Niatnya nak tulis paling pendek yang dapat…memang sangat-sangat kejar masa, tapi dah terpanjang jugak.

Rabu, 16 Februari 2011

Terkini Tentang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Aku pernah anjurkan kontes ni Disember lepas yang boleh dilihat dalam entri ini


Dah tamat pun kontes ini pada 31 Januari lepas. Mesti peserta kontes tersebut dok tertunggu-tunggu siapa gamaknya yang akan menang. Walaupun hadiahnya taklah seberapa, namun, bila kita masuk mana-mana peraduannya, kita tetap teruja nak tahu kan siapa yang menang.

Setakat ni, aku pernah masuk kontes yang dianjurkan blogger sebanyak tiga kali. Kali pertama masuk, aku menang tempat kedua. Namun sampai sekarang (selepas dua tahun berlalu), hadiahnya aku masih belum dapat. Kontes kedua aku masuk kontes bergambar, hanya tersenarai dalam 10 terakhir sahaja. Itu pun dah puas hati. Kontes ke tiga aku masuk dengan tulis puisi tentang kapcai buruk aku tu. Juga tak menang.

Memahami situasi rasa ingin tahu itu, aku telah cuba sedaya upaya untuk tidak panjangkan masa menunggu itu. Namun kehidupan aku yang sentiasa sahaja tidak cukup hari menyebabkan ia tetap tertunda. Maaf ya kawan-kawan dengan kelewatan ini.

Aku tetap tak pernah lupa hutang aku ni. Jadinya, entri kali ini aku paparkan semua link peserta kontes berkenaan. Bolehlah kita sama-sama baca dan sama-sama ketawa ya...

masa anjurkan kontes ni dulu, aku hanya target 5 orang je yang akan masuk. Bila dah tamat tarikh kontest berkenaan, inilah semua peserta kontes berkenaan;











Bolehlah ke blog mereka untuk baca cerita lawak tersebut. Sama-sama kita hiburkan hati ;)

Kepada semua peserta kontes, pemenangnya akan diumumkan tidak lama lagi. Sila bersabar seketika lagi ya...lawak anda sedang diadili.

Selasa, 8 Februari 2011

Pengumuman kepada Peserta Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Wahhhhhhhhhhh lama nyeee tak kemaskini blog ni kan?
Ada orang rindu tak?
Ada orang jengah blog ni cari sesuatu tak?

Ha ha ha soalan tak boleh blah kan?
Okeylah, entri ni pendek sahaja. Maklumlah, lepas cuti memang banyak kerja kena buat...termasuklah terlupa nak masuk mesyuarat. Pelik tak? Tak pelikpun...itu memang sindrom selepas cuti he he he

Entri ini hanya nak umumkan kepada peserta kontes Cerita Paling Lawak Sedunia bahawa ...er errrrr aku belum sempat lagi nak baca cerita-cerita lawak yang masuk kontes ni. Sabar ya...hidup aku memang kelam kabut tengah kejar masa untuk hantar report study. Kalau tak hantar report tu, tak dapat daftar.


Harap-harapnya minggu depan aku dah boleh hantar report tu...lepas tu bolehlah aku belek-belek mana satu cerita lawak yang boleh buatkan aku jatuh kerusi tergeli-geli hati nanti. Boleh ya?

Boleh la....Pleaseeeeeee!

Isnin, 31 Januari 2011

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia



Sempena kedatangan tahun baru Hijrah, dan tahun baru Masihi, dan juga sambutan Hari Aku Menjadi Semakin Tua (Ulang tahun Kelahiran) pada Januari 19, (jangan lupa sediakan kek keju yang BESAU punya...dengan hadiah yang BESAU gilerrr jugak...lilin aku bawa sendiri hu hu hu) maka dengan ini aku dengan bangganya membuat pemasyuran bahawa aku akan adakan Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.

Ini dia banner yang tak lawak langsung;)



Syarat-syaratnya;
  1. Tulis satu cerita lawak yang benar-benar lawak; boleh buatkan aku ketawa sampai jatuh kerusi, di entri masing-masing. (Peringatan: LAWAK ya...bukan LUCAH!)
  2. Lekatkan logo Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia di annieyss@blogspot di si debar blog anda dan linkkan ke entri ini. Logo ini perlu dilekatkan sehingga keputusan pemenang diumumkan.
  3. Tinggalkan komen penyertaan anda di bahagian komen entri ini dengan menyertakan link entri cerita lawak bagi kontes ini di blog anda.
  4. Sertakan juga link blog yang menyarankan anda ikuti kontes ini (jika ada). Jika link blog anda didapati mendapat bilangan terbanyak, anda layak mendapat hadiah misteri. Hanya satu hadiah misteri sahaja akan terpilih. Sekiranya anda tidak menyertai kontest ini, tetapi blog anda tersenarai sebagai penyumbang link terbanyak, anda tidak layak untuk mendapat hadiah misteri tersebut. Hadiah akan diberikan kepada blog yang mendapat bilangan link kedua terbanyak.

Hadiah:
Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan cerita paling lawak mengikut pertimbangan para hakim.
Satu Hadiah Misteri untuk penyumbang link paling banyak (berdasarkan berapa banyak link diberikan peserta lain yang mengetahui kontes ini dari blog anda).
Semua hadiah (termasuk hadiah misteri) adalah berbentuk kerongsang mutiara (aku beli di Sabah) seperti contoh di bawah;




Setiap satunya berharga antara RM45-RM60 (harga orang Semenanjung yang beli, bah! Bukan orang Sabah ya...Orang Sabah beli akan dapat lebih murah berganda dari itu...)

Keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Kontes ini bermula 1hb Disember 2010 hingga 31hb Januari 2011.

Selamat berusaha. Mana tahu ini kontes aku yang pertama dan terakhir ;)

Anda Masih Belum Terlambat

Yup! masih belum terlambat lagi. Apa yang belum terlambat ni?

Belum terlambat lagi untuk sertai Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia yang aku anjurkan. Masa aku umumkan buat kontes ni Disember tahun lepas, aku tak teringatpun yang aku akan terlebih-lebih sibuk hingga tak sempat nak promosipun kontes tersebut dan berblogwalking.


Ingatkan bulan baru di tahun baru (2011), jadual aku yang padat itu akan teratur semula, tetapi tetap juga tidak berubah. setiap hari penuh dengan rutin harian yang kian bertambah dengan hujung minggu juga terisi dengan pelbagai aktiviti sosial dan bermasyarakat. tak sempat pun nak jejalan ke blog rakan-rakan (kecuali beberapa rakan tetap yang aku jarang ketinggalan ikuti perkembangan mereka—walaupun ada masanya, terpaksa qada baca entri yang lepas-lepas juga).

Pada pendapat kalian, perlu tak dilanjutkan tempoh kontes tu?
Ikut syarat asal, masanya bermula disember hingga 31 januari 2011. Anda boleh baca keterangan lanjut tentang kontes ini di kontes cerita paling lawak sedunia.

Katalah tempohnya dilanjutkan, adakah kalian rasa aku masih punya waktu yang banyak untuk promosikan? Mmmmm kalau ikutkan planner harian, jadual aku sentiasa penuh terisi walaupun pada hujung minggu. Ada tak sesiapa yang sukarela promosikan kontes ni untuk aku? Hu hu hu

Walau bagaimanapun, aku berterima kasih dan berbesar hati dengan beberapa pihak yang turut promosikan kontes ni. Mereka adalah;


Kepada rakan-rakan yang suka menunggu tarikh akhir baru nak sertai kontes ni, bolehlah mula tulis entri tentang kontes ini dengan menyertakan satu cerita lawak di blog masing-masing. Masa masih lagi ada. Jom join reramai sementara masa masih ada beberapa hari sahaja lagi ni...

Selasa, 14 Disember 2010

Mana Nak Angkut Kasut Aku Tu?

Sempena Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia yang aku anjurkan dalam blog ni, aku nak kongsi satu cerita lawak yang pernah berlaku. Untuk menyertai kontes ini, cerita lawak berkenaan tidak semestinya anda alami sendiri, asal lawak dan boleh buat orang tersenyum, kira okey aje. Tak kesahlah kisah yang pernah anda baca atau dengar, atau alaminya sendiri…asalkan anda gunakan ayat sendiri untuk cerita, masih boleh diterima untuk peraduan ini.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1996, 1997 atau 1998 yang lalu. Dah lama tu, tapi tetap aku ingat sampai hari ni. Masa tu aku masih lagi student. Pada satu hari minggu, aku telah ke KL, lebih tepat lagi Sentral Market untuk jumpa seorang kawan. Jumpa tau, bukan pergi dating. Pada masa tersebut, manalah ada lagi KLCC ke, Midvaley ke, Time Squere ke…kira macam Central Marketlah tempat yang popular untuk bertemu sesiapa selain Lot 10.

Masa itu juga baru sahaja diperkenalkan komuter. Jadi, dari Bangi aku ke sana naik komuter dan turun di stesen Kuala Lumpur. Masa tu manalah ada lagi stesen Midvaley atau KL Sentral. Tak wujud lagi (Apa nak wujudanya stesen tu kalau Midvaley sendiri pun belum wujud). Jadinya, dari stesen keretapi KL tu, aku berjalan ikut Daya Bumi, Pejabat Pos Besar dan seberang sungai melalui jambatan ke CM. Masa tu juga, rail LRT sebelah CM tu baru je siap separuh, belum sepenuhnya lagi.

Selepas jumpa kawan yang akan ke Sabah itu, aku menapak semula ke stesen KL melalui bawah terowong rel LRT untuk menyeberang sungai. Di bawah terowong itu, ada seorang tukang kasut (warga Indonesia) sedang menyiapkan kasut-kasut pelanggan. Masa tu tak ada orang. Jadi, aku pun singgahlah sekejab. Maklumlah, student memang kayap untuk beli kasut baru. Kenalah tampal tapak kasut selalu.

Abang itu berikan aku selipar Jepun kaler biru (kalerpun aku masih ingat lagi tau) untuk aku pakai sementara dia siapkan tapak kasut aku. Aku duduk kat kerusi kecil yang dia sediakan sambil perhatikan dia buat kerja.

Tiba-tiba, abang tu kemas semua barang-barang dia. Masukkan semua kasut-kasut yang perlu dia betulkan ke dalam kotak kayu (termasuk kasut aku), kemudian selamba badak je pergi dari situ. Alamak! Apa dah jadi ni?

Alamak! mana boleh jadi ni. macam mana aku nak balik Bangi nanti? tak kan nak pakai selipar Jepun kaler biru tu kot? Kasut aku macam mana? Esok nak masuk kelas pakai apa? [hanya satu itu ajelah kasut yang aku ada. Mahal pulak tu kasut tu (aku beli di Petaling Street dengan harga RM6.90 tu tau…mahal!]

Menceceh je dia hilangkan diri dari situ. Sekelip mata lesap. Nak je aku jerit “Wehhhhh! Kasut buruk aku!!!!”

Malangnya aku hanya terpinga-pinga sahaja. Lidah kelu untuk menjerit. Kepala blur sekejab.

Aku dah putus asa. Nak tak nak kenalah balik bangi dengan pakai selipar Jepun warna biru tu juga. Baik sikit dari jalan kaki ayam kan? Penganiayaan mental betul!
Bila aku bangun, keluar dari terowong tu…aku nampak pihak berkuasa DBKL berlambak kat kawasan tu. Patut pun Abang si tukang kasut tu lari…rupa-rupanya ada penguatkuasa. Penguatkuasa tu pula semuanya muda belia lagi. Mereka jerit sekali je, terus abang tukang kasut tu menapak datang semula. Tertunduk-tunduka dia buka semula kotak harta karun yang dilarikannya tadi. Terpaksalah dia tampal kasut aku sampai siap kat situ.

Apa jadi pulak dengan aku?

Huh! Teruk kena urat dengan abang-abang penguatkuasa. Macam-macam tanya. Akhirnya tanya nombor telefon. Masa tu henset belum masuk Malaysia lagi kot. Kalau ada pun mahal tahap dewa. Jadi, bagi ajelah nombor telefon apa-apapun, bukannya dia boleh check masa tu juga kan? Hu hu hu jahat!

Abang tukang kasut tu pula sambung melarikan dirinya selepas siap tampal tapak kasut aku hu hu hu …sangat tak kelakar kan?

Apa-apa je lah labu, asalkan ada yang boleh senyum sikit-sikit tu pun kira okeylah ya…

Hah, apalagi? Dah boleh mula tulis cerita lawak yang kelakar gila untuk Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia dah ni…Selamat melawak ;)