Sempena kedatangan tahun baru Hijrah, dan tahun baru Masihi, dan juga sambutan Hari Aku Menjadi Semakin Tua (Ulang tahun Kelahiran) pada Januari 19, (jangan lupa sediakan kek keju yang BESAU punya...dengan hadiah yang BESAU gilerrr jugak...lilin aku bawa sendiri hu hu hu) maka dengan ini aku dengan bangganya membuat pemasyuran bahawa aku akan adakan Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.
Ini dia banner yang tak lawak langsung;)
Syarat-syaratnya;
- Tulis satu cerita lawak yang benar-benar lawak; boleh buatkan aku ketawa sampai jatuh kerusi, di entri masing-masing. (Peringatan: LAWAK ya...bukan LUCAH!)
- Lekatkan logo Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia di annieyss@blogspot di si debar blog anda dan linkkan ke entri ini. Logo ini perlu dilekatkan sehingga keputusan pemenang diumumkan.
- Tinggalkan komen penyertaan anda di bahagian komen entri ini dengan menyertakan link entri cerita lawak bagi kontes ini di blog anda.
- Sertakan juga link blog yang menyarankan anda ikuti kontes ini (jika ada). Jika link blog anda didapati mendapat bilangan terbanyak, anda layak mendapat hadiah misteri. Hanya satu hadiah misteri sahaja akan terpilih. Sekiranya anda tidak menyertai kontest ini, tetapi blog anda tersenarai sebagai penyumbang link terbanyak, anda tidak layak untuk mendapat hadiah misteri tersebut. Hadiah akan diberikan kepada blog yang mendapat bilangan link kedua terbanyak.
Hadiah:
Tiga pemenang akan dipilih berdasarkan cerita paling lawak mengikut pertimbangan para hakim.
Satu Hadiah Misteri untuk penyumbang link paling banyak (berdasarkan berapa banyak link diberikan peserta lain yang mengetahui kontes ini dari blog anda).
Semua hadiah (termasuk hadiah misteri) adalah berbentuk kerongsang mutiara (aku beli di Sabah) seperti contoh di bawah;
Setiap satunya berharga antara RM45-RM60 (harga orang Semenanjung yang beli, bah! Bukan orang Sabah ya...Orang Sabah beli akan dapat lebih murah berganda dari itu...)
Keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Kontes ini bermula 1hb Disember 2010 hingga 31hb Januari 2011.
Selamat berusaha. Mana tahu ini kontes aku yang pertama dan terakhir ;)