Rabu, 5 Januari 2011

Cara ke Dua Tarik Trafik Blog Anda

Entri hari ni sambungan dari entri Nak Sangat Trafik, tulis Je Blog Pornografi yang aku tulis semalam. Sebenarnya entri yang aku tulis tu agak panjang, jadi nak belajar pendekkan entri, aku dah patahkan kepada 3 entri. Cara ke dua untuk tarik trafik ke blog anda adalah;

2. Jadikan Blog Anda penuh dengan kisah sensasi dunia hiburan; cerita artis, gosip, gambar, kahwin dan cerai, skandal sana sini, perangai buruk artis, artis melaram, kekayaan dan harta benda mana-mana artis, kereta spot yang dimiliki...pendek kata segala-galanya tentang dunia hiburan. Letakkan juga lagu-lagu terkini yang menjadi kegilaan ramai dan boleh didownload secara percuma.

Ini merupakan blog atau laman web kedua tertinggi yang akan diterjah. Trafik memang akan tinggi. Kalau tak percaya, cuba tengok murai.com, tengok aje blog-blog berkaitan artis yang wujud masa kini. Trafik sentiasa sahaja ada. Iklan nuffnang tak pernah berhenti berkelip silih berganti walaupun siang buta. Kalau macam blog aku ni...tengah malam buta je iklan melintas. Sesaat dua timbul siang hari, lepas tu tunggulah nanti bulan timbul...itupun kalau nak timbul lagi, selalunya jarang nak timbul ;)

Letakkan gambar-gambar artis yang comel, lagu-lagu popular yang boleh didownload secara percuma (pastikan anda tidak langgar hak cipta ya), cerita ceriti mereka yang sedang hangat diperkatakan; tak kesahlah tentang skandal ke, gosip ke, kisah cinta, cerita kahwin cerai, kes mahkamah, paling pembaca nak tahu cara hidup dan harta yang mereka miliki (aku pun tak tahulah kenapa ramai sangat orang nak tahu pasal harta benda orang lain). Paling malaspun, tampal ajelah gambar-gambar mereka ketika melaram ke mana-mana anugerah. Letakkan sinopsis drama-drama terkini yang sedang meletup di kaca tv yang mereka lakonkan...

Soalnya, siapa yang nak kena jadi paparazzi? Kalau maklumat tersebut adalah cerita dan gosip yang dah ditulis di mana-mana akhbar atau blog, masihkah akan diserbu? Mungkin, sangat susah untuk aku tulis tentang dunia mereka kerana aku tidak begitu mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan Malaysia. Anda yang prihatin, dah tentu tahu segala hinggakan Lisa Surihani suka makan tom yam pun anda tahu (aku yang suka makan tom yam sebenarnya, tak tahulah kalau-kalau Lisa Surihani juga suka tom yam hu hu hu Er...Cik Bintang, kita pergi makan tom yam lagi sekali ya).

Hujung dua minggu yang entah berapa banyak lepas dah, tetapi sebenarnya tahun lepas (nampak sangat aku sediakan koleksi entri ya...), penerbangan aku bersama segerombolan artis Malaysia tetapi mungkinkah anda akan percaya kalau aku katakan yang hanya Mr. Os seorang sahaja aku kenal? Hu hu hu memang sah lah aku tak boleh buat blog hiburan ya...

14 ulasan:

Mama Zara berkata...

point yg betul- kalo buat psl artis, sure trafik mencanak kan...

Cetusan berkata...

jika nak cerita hiburan muzik..masa sikit sangat dlm sehari..cerita filem cerita ulasan drama TV dll..cari sendiri..blog lain..

tiada dalam blog saya..banyk cerita lain lagi nak tumpu..

Cetusan berkata...

oppss saya tak nak kredit percuma saham..nanti

terokai seni berkata...

berbloh dengan harapan tak merepek nanti takde buat dosa kering

abigemok berkata...

betul2! kalo nk traffik lebat, tulis pasal artis, ke seks. mmg sure trafik lebat dari google. x caya? cubalah :)

anyss berkata...

Mama Zara: ramai orang suka cerita ceriti artis...tak payah nak pikir apa-apa

Zz: SAHAM tetap dapat sama ada positif atau negatif...terpulang kat kita nak saham yang macam mana

anyss berkata...

Cemomoi: "berbloh" tu gapo dia?

Kyuubi: hu hu hu sape nak kena buat dulu ni?

Cetusan berkata...

provokasi...Anysssssss bergambar dgn seorang Dato'

anyss berkata...

Zz: Datuk tu dah lama meninggal ;)

Tiny Sams berkata...

tul ker.. yer2..
lawat blog saya bie-pentashidup
artis panassss

Tiny Sams berkata...

yep ... tul2..'
lawat la blog saya.. baru lagi tue
bie-pentashidup.blogspot.com

anyss berkata...

Bie88: saya tak suka benda2 panas kecuali neskepe panas je...lain2 nak yang SEJUKKKK mata memandang ;)

Polan berkata...

mmm tu klu untuk blog persolly la tp klu utk blog cm aku ni business cm ne bro?
http://polanshop.blogspot.com/

cydayf berkata...

erm, betullah tu..hew hew