Jumaat, 31 Oktober 2008

Syawal pun Berlalu



Hari terakhir Syawal.

Tak sedarpun Syawal telahpun memberikan lambaian Selamat Tinggal sejak sapaannya 30 hari lepas. Namun, esok dan lusa masih ada lagi orang buat rumah terbuka.


Esok hari pertama Zulkaedah.

Khamis, 30 Oktober 2008

Tahlil

Mungkin ramai yang bercelaru dengan hal-hal sebegini. jadinya aku pun copy dan tampalkan kat sini untuk kita sama-sama baca dari Berita Harian, Ahad 26 Oktober 2008, boleh juga disurf melalui link berikut di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/harini?day=Sunday




Ni bukan tahlil tapi khatam Qur'an dua orang adik aku yang hensem tu...

Tahlil bukan bidaah
Oleh Ziauddin Sharuddin


MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil. Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata tahlil atau sebarang perkataan yang merujuk kepada kalimah 'tiada Tuhan melainkan Allah' dilakukan di kebanyakan dunia Islam.


Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu. “Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya. Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.


“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya. Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama. Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui. “Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.


Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah. “Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya. Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu.


Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda. Tahlil arwah: Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud:

Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)


Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud:

Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad) Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya.



Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.”



Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah.


Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu. HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi. Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan.


Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar. Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.


Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud:


“Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).

Agungnya Cinta Kanda Lombok

Aku copy and paste artikel ni dari berita Harian hari ni, Khamis 30 Oktober 2008 yang boleh juga dibaca secara online melalui http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081030105533/Article/




KUALA LUMPUR: Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia mengesahkan bilangan wanita negara ini yang lari atau dilarikan ke republik itu meningkat kepada 18 kes tahun ini, berbanding hanya enam tahun lalu.


Sebahagian besar kes dilaporkan membabitkan mereka yang dikesan berada di Lombok, manakala beberapa kes di Sulawesi dan Aceh, dengan kebanyakan sudah berkahwin dengan lelaki Indonesia yang dikenali. Jurucakap kedutaan itu berkata, kes terbaru membabitkan wanita berusia 32 tahun yang dilaporkan ke kedutaan itu semalam. Wanita itu dikesan berada di Aceh, selepas lima hari dilaporkan hilang dari negara ini.


"Kita sedang mengesan dan mendapat maklumat lanjut mengenai wanita itu. Kes enam lagi wanita yang dilaporkan sepanjang tahun ini pula dalam proses dokumentasi, manakala 11 yang lain sudah diselesaikan. “Kira-kira 70 peratus daripada kes itu membabitkan wanita yang berada di Lombok,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Bila baca sebahagian daripada petikan di atas ni, serasa nak garu kepala pun tak kena. Nak usap dagu pun tak ada janggut yang nak diusap, nak tegakkan misaipun lagi la tak ada misai yang boleh ditegakkan. Semuanya jadi tak kenalah. Terkebil-kebil sajalah kelopak mata memandang skrin komputer.



Apa yang dikejar anak gadis tempatan sebenarnya? Kalau seorang dua bolehlah dikira kes terpencil di tempat yang terpencil juga. Sekarang ni kes dah semakin besar dan dibesar-besarkan. Malu mak bapak tu usah dikiralah. Tahan juga muka dengan lensa kamera, lensa tv. Angkara cintakah atau nafsu?





Kes anak gadis Malaysia lari ke Indonesia, bermasalah dengan warga Pakistan, Bangladesh dan warganegara lain bukannya kes baru. Sudah terlalu lama terjadi. Sejak kes Raja Bahrain melarikan kedua-dua anaknya dari Australia entah berbelas tahun lampau telah menyedarkan ramai pihak tentang masalah yang timbul apabila berkahwin dengan warganegara asing (sekalipun bukan semua warga asing sebegitu). Namun, selepas itu kes demi kes timbul. Itu setelah berlaku perkahwinan. Sebelum berkahwin, bagaimana? Namun, entah kenapa, anak gadis tempatan kita tidak juga serik.


Mungkin pengaruh filem asing semakin meluas di Malaysia. Peminat Shah Rukh Khan atau Amitabh Bachan akan terkejar-kejar mat Bangla atau Pakistan jual karpet. Peminat telenovela Bawang Putih Bawang Merah akan terlari lari mengikut Kanda Lombok. Selepas ini, warga mana pula akan jadi sasaran untuk dikejar?


Terkenang juga diri dengan cerita seorang rakan. Teman sekampungnya juga lari ke Indonesia setelah perkahwinannya ditentang keluarga. Cinta punya pasal sanggup sahaja redah onak dan duri. Dilambung gelombang di tengah samudera berbelas jam, berkelana di daratan berhari-hari. Terpaksa tukar warganegara kerana kesulitan untuk perbaharui visa tiap bulan. Anaknya juga warganegara Indonesia.


Begitu agungnya nilai cinta. Sanggup hidup bersusah payah makan ubi seperti zaman Jepun, tidak mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya kerana bukan warganegara dan hidup bertani dengan teknologi yang entah berapa puluh tahun tertinggal dari di negara sendiri. Agungnya cinta. Orang kata hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu di negara sendiri. Namun agungnya cinta mengatasi segala. Hujan Emas di Malaysia ditinggalkan untuk menikmati hujan batu, lembing, api dan entah apa-apa jenis hujan lagi di negara orang hanya kerana cinta. Agungnya cinta.





Barangkali aku bukanlah sang pencinta yang agung. Aku tak mampu untuk bertindak sejauh itu. Cinta tetap cinta. Namun tuntutan cinta ada batasnya. Cinta tak akan lepaskan keluarga semudah itu. Tak akan tinggalkan Malaysia tercinta ini, apalagi lurutkan status warganegara. Tak akan sia-siakan ilmu yang diperoleh di universiti dan menjadi petani tak bertamadun sebegitu. Kalaupun mahu jadi petani, jadilah petani moden.





Barangkali cintaku tak seagung cinta mereka. Aku tak sanggup hilang segala-galanya. Yang aku sanggup...kutip semuanya. Keluarga. Insan tercinta. Ilmuku. Kerjaku. Dan, Agungnya nilai cinta. Tamakkah diri?


Ada sesiapa berani sahut cabaran???

Selasa, 28 Oktober 2008

Muruku vs Lompat Tikam



27 Oktober 2008. Deepavali.

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.


Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada manusia yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada golongan yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dinyalakan bagi melambang kejayaan “kebaikan” mengatasi “kejahatan” yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.


Deepavali pada tahun ini jatuh pada hari Isnin, jadinya ramai yang berpeluang untuk bercuti panjang (tiga hari). Memandangkan Syawal masih lagi ada beberapa hari, ramai juga yang membuat rumah terbuka Aidilfitri termasuk Caluk Corner yang menjadikan rumah Su di Equine sebagai tempat pertemuan. Malangnya tidak semua orang dapat hadir, termasuk aku dan Dina.

Kesempatan cuti yang ada inilah dapat digunakan untuk bertemu teman-teman walaupun tiga hari berkenaan agak suntuk sebenarnya. Sabtu yang memenatkan pada satu aktiviti kesenian pembacaan puisi oleh penuntut asing yang kuhadiri, Ahad yang lelah hingga ke malam. Lalunya, Isnin itu sekalipun berat mata untuk kubuka, dengan darjah kemalasan yang tinggi, bangkit juga diri dari pembaringan kukuskan pulut. Teringatkan betapa sudah terlalu lama janjiku untuk buatkan Dina Lompat Tikam, sejenis kuih berperasa manis yang terkenal di negeri kelahiran Darul Naim itu, tak sampai hati pula andai aku berlenggang kosong.

Sebab Fad nak nengok macam mana rupernya lompat tikam tu, aku tampalkanlah gambarnya kat sini. Kalau nak rasa, terpaksalah Fad pegi rumah Dina ye....
Sepagi aku siapkan pencuci mulut itu dan jam dua petang terus bersiap untuk ke stesen komuter dengan meninjing beg kertas berisi Lompat Tikam yang masih lagi suam. Dan Dina mengambil aku di stesen Petaling, berhampiran dengan rumahnya. Sepinggan penuh spagetinya yang sedap itu kunikmati. Sampai hari ini kenyangnya masih terasa. Berkat ikhlas orang yang membuat.




Terima kasih, Dina. Susah payah buatkan spageti. Nasi impit dan potongkan lemang yang kau beli tu. Malangnya aku hanya mampu makan spageti sahaja. Perut penuh. Agaknya sempit benar perut aku ya...ataupun, pendek kot tali perut aku ni. Apapun, selain kuih raya berbalang yang kubawa balik (rumah Dina jadi port kuih raya aku sejak sebelum Aidilfitri), balikku itu juga bersama ikan pekasam dan ikan segar. Juga terima kasih pada Dina & family. Aku sendiri belum tahu entah bila boleh dihabiskan ikan-ikan itu.

Aku berjanji untuk tunjukkan Dina cara masakkan Lompat Tikam itu pada hari yang lain. Cara Ain makan buatkan aku rasa Dina memang patut belajar buatnya nanti.

Khamis, 23 Oktober 2008

Tangisan Alam



"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."
(Al Quran Al Karim Surah Al An'aam ayat 99)


Belakangan ini, hari sentiasa basah. Setiap hari. Dingin. Sejuk. Panas usah diharap hingga ke petang kerna belumpun tengahari, mendung datang berjujut-jujut. Terpenuh lenggang, terjemput lenggoknya. Kelam. Langit pun berjelaga.


Hari memang indah andai dapat main hujan. Merasa dinginya. Menikmati tiap butirnya yang menerpa ke muka. Mengusap tempias di muka jendelapun sudah mengasyikkan, apalagi andai berlarian di bawah hujan lebat. Sejuk namun menyegarkan. Dingin tetapi indah.


Kalaupun tidak tergamak untuk berlarian di tengah hujan bagai anak itik terlepas gok, sekadar memandang titisnya di hujung atap sudah memadai. Mengamati titiknya yang terpercik di cermin sudah pun mencukupi.


Namun hujan sebegini, tiap pagi yang kalau boleh mahu dilambatkan datangnya agar masa bergelumang dalam selimut boleh dipanjangkan sedikit, agak menganjak jadual harian. Pagi yang datang dengan kemalasan untuk bangkit, atau malam yang bertanding terlalu awal hingga ramai yang terbenam dengan resah dalam kesesakan jalan raya. Kalau boleh, hujan sebegitu mahu cepat sampai di rumah. Mahu segera bersiram. Segera dapatkan secawan the wangi dengan sepiring pisang goring panas. Mahu segera juga santapan malam. Apalagi, mahu lebih segera ke peraduan setelah lelah seharian mengejar dunia di tempat kerja. Kalau boleh.

Seperti juga hujan yang boleh saja turunnya bila-bila masa, kita seakan terlupa untuk memikirkan tentang hujan itu. Terlupa untuk menjaga alam agar tangisan langit tidak berladung terlalu lama di bumi. Lalunya, mahu disalahkan pada siapa andai banjir berlaku? Memang sudah berlaku pun.

Setiap tahun, kawasan banjir itu lebih banyak sebabnya kerana tersumbat saliran air. Sejak dahulu, jumlah tangisan awan itu tetap sama kalaupun tidak berkurang. Kalau dahulu, kawasan Pantai Timur yang dibelasah banjir saban tahun (ketika kecil dahulu, banjir berlarutan lebih sebulan. Dan kami adik beradik berpesta dengan pelbagai aktiviti: gali ubi, tangkap belalang, suluh ikan, cerut rumput untuk makanan kambing dan biri-biri dll), namun kini, negeri lain pula yang jadi mangsa. Negeri yang tidak pernah pun diserbu banjir sebelum ini. Sebabnya sama sahaja. Saluran tersumbat.


Penyebab tersumbat itu terlalu kecil bersumberkan alam seperti tanah mendak atau tumbuhan. Penyumbang utama penyumbatan sistem larian air adalah sampah sarap. Malu sebenarnya untuk mengaku yang orang Malaysia ni pengotor. Namun hakikatnya tetap ada.

Pernah anda lalu di kawasan pasar malam seusai waktu langsung pasar malam itu? Meloyakan. Pernah anda lalui kawasan Bazar Ramadhan selepas waktu berbuka puasa? Memualkan. Mana perginya disiplin diri? Kalaupun sampah sarap di Pasar malam dan bazaar Ramadhan itu akan diuruskan Majlis Perbandaran di kawasan berkenaan, mengapa sampah itu tidak dilonggok-longgokkan? Mengapa berterabur. Belum lagi diselongkar kucing. Digelidah anjing.


Di sekolah, anak-anak disemai untuk hargai kebersihan. Bersih itu amalan orang Islam. Keluar sahaja dari pintu pagar sekolah, anak-anak ini telah belajar bagaimana realitinya hidup dalam dunia Islam sebenar? Nampak macam terlalu menuduh dan merendahkan masyarakat Islam bukan? Bagi anda yang sudah naik angin dengan kenyataan itu, sila tarik nafas dulu. Sabar. Sabar itu sebahagian daripada iman.

Cuba tanyakan diri anda sendiri, setiap masjid yang anda singgah untuk ke bilik air dan tandasnya, berapa buah masjidkah yang anda puas hati dengan kebersihan bilik belakang itu? Surau atau masjid ini hanya menjadi tempat singgahan orang Islam. Hanya digunakan oleh orang islam. Orang bukan Islam tidak akan singgah untuk menggunakan kemudahan masjid atau surau andai mereka tidak terlalu terdesak.


Kiranya anda berhenti di sepuluh buah masjid atau surau, berapa buah masjid atau suraukah yang benar-benar menjaga bilik belakang itu sebagai patutnya? Bagaimana pula jika anda singgah di Shell atau Petronas dan gunakan bilik air di situ. Berapa buahkah stesyen minyak itu yang akan membuatkan anda memuntahkan semula makanan yang telah hadam dalam perut anda sejak semalam itu? Antara masjid atau surau yang dimuliakan itu dan stesyen minyak yang digunakan oleh semua bangsa dan agama, lokasi mana yang lebih bersih?
Anda tidak perlu emailkan jawapannya kepada saya. Jawablah kepada diri sendiri. Jawablah dengan jujur. Dengan seikhlasnya. Ataupun, kiranya anda bukanlah insan yang selalu menggunakan bilik belakang masjid atau surau, apa salahnya belajar untuk singgah bermula saat ini. Bukan semua masjid sebersih masjid Shah Alam. Tidak semua masjid indah di luar dan dalamnya seperti masjid Putrajaya. Masjid Negara. atau masjid-masjid gak lain yang punya pekerja untuk membersihkan kawasannya. Belajarnya menjejaki masjid lain dalam perjalanan ke pelbagai destinasi di Malaysia. Saksikanlah realitinya. Lalu, fikir-fikirkanlah.


Datok Nicol yang Ayu



Aku tak minat sukan, tetapi aku kagum dan bangga dengan tokoh sukan negara seorang ni. Entah berapa banyak piala dunia dia kuasai. Berbaloilah dapat gelaran Datok pun...


Berita ini aku peti dari Berita Harian, Isnin 20 Oktober 2008. Berita yang sama boleh dibaca secara online melalui alamat berikut http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20081019234746/Article/

Nicol rampas gelaran dunia

Oleh Harris Rajahdin

harajah@bharian.com.my

Menang ke atas pemain tuan rumah di final PEMAIN nombor satu dunia, Nicol David akhirnya berjaya menebus kehampaan tahun lalu apabila merampas kembali gelaran skuasy Terbuka Dunia dengan kemenangan ke atas harapan tuan rumah, Vicky Botwright di Manchester semalam.




Nicol, yang turun sebagai pilihan pertama, tercicir satu set pada permulaan –kali pertama dalam lima perlawanan sepanjang kejohanan– tetapi memenangi tiga permainan seterusnya, 5-11, 11-1, 11-6, 11-9 untuk merangkul gelaran ketiganya.


Kejayaan itu membolehkan pemain berusia 24 tahun itu melengkapkan misi balas dendamnya selepas menjuarai Terbuka British, Mei lalu-dua gelaran utama skuasy wanita yang terlepas daripada dakapannya tahun lalu. Ia juga adalah mahkota ketujuh yang dimenanginya tahun ini, melanjutkan rentetan tanpa kalah kepada 43 perlawanan sejak dikecewakan Shelley Kitchen dari New Zealand di pusingan kedua Terbuka Dunia 2007 di Madrid tahun lalu. Terdahulu dalam separuh akhir kelmarin, Nicol, tidak menghadapi masalah menundukkan pilihan ke-14 dari Ireland, Madeline Perry, 11-6, 11-8, 11-6 di separuh akhir.


Nicol, 24, mengakui dia banyak belajar dalam tempoh setahun selepas kekalahan mengejutnya pada pusingan kedua tahun lalu. "Dalam setiap kejohanan yang saya main, saya belajar mengenai diri saya dan dengan sistem kiraan mata baru ini, anda perlu kekal fokus. Anda tidak boleh kehilangan tumpuan."

Vicky, pilihan ke-11 pula akan mengucapkan selamat tinggal kepada jelajah profesional wanita Wispa selepas menerima tawaran sebagai ketua jurulatih di gelanggang kejohanan, Pusat Skuasy Nasional, Sportscity. Pemain berusia 31 tahun itu terlebih dulu menyekat juara dunia, Rachael Grinham pada pusingan kedua dan kelmarin, rakan senegaranya dari England, Jenny Duncalf menyerahkan kemenangan kepadanya apabila tidak meneruskan permainan selepas Vicky menang dua set 11-3, 11-6.


Selepas Sepuluh Malam



Berikut adalah artikel yang dipetik dari Berita Harian, Rabu 22 Oktober 2008, yang boleh juga dibaca secara online di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20081021224854/Article/


Otak Proaktif Selepas Jam 10 Malam

Kajian mendapati pekerja sukar selesai masalah selepas makan tengah hari masa paling kurang kreatif
LONDON: Satu hasil tinjauan terbaru mendakwa masa paling kreatif dan bertenaga bagi individu adalah jam 10.04 malam dan bukannya pada siang hari yang sememangnya diingini ramai berikutan waktu bekerja dan persekolahan.
Tinjauan penyelidik Universiti Katolik di Milan, Itali, menunjukkan otak kurang berkembang pada sebelah tengah hari. Berikutan itu, pekerja lazimnya sukar menyelesaikan masalah kerja selepas makan tengah hari, lapor Daily Telegraph semalam.
Masa paling kurang kreatif adalah jam 4.33 petang dan 92 peratus daripada 1,426 responden, mengakui mereka tidak bersemangat pada masa itu.

Kira-kira 25 peratus responden pula mengakui berjaga malam bagi mencari inspirasi atau idea baru bagi memanfaatkan tugasan mereka. Bercanggah dengan kepercayaan ramai pengurus, ramai mengakui waktu bekerja pada siang hari tidak mampu memberi semangat. Ditanya kaedah bagi mendapatkan kreativiti, seramai 44 peratus responden mendakwa mereka mandi.

Malangnya, biar pun cerdik, lebih separuh daripada idea kita lazimnya hilang buat selama-lamanya. Ini disebabkan apabila idea hadir, seramai 58 peratus orang ramai gagal menulisnya dengan segera, menyebabkannya terus hilang. Malah, berbanding lelaki, wanita terbukti lebih cemerlang dan cekap menulis idea mereka.
Seramai satu pertiga daripada mereka berusia lebih 35 tahun pula memilih untuk menulis idea di telapak tangan bagi mengelak lupa.
"Mereka yang suka berjaga malam lazimnya dapat mengemukakan idea lebih baik," kata hasil laporan penyelidikan berkenaan.

Hasil kajian pada 2006 menunjukkan golongan kreatif seperti pelukis dan penyajak terbukti mempunyai dua atau tiga kali ganda lebih ramai pasangan seks. – Agensi

Kiranya ada juga yang masih juga tidak mahu menguruskan otak dengan betul, nampak gayanya...amatlah sesuai otak mereka ini diproses menjadi otak-otak. sedap untuk dimakan! Menyelerakan!

Khamis, 16 Oktober 2008

Pagi nan Damai


Mentari pagi kemerahan diampu pula kabus yang terapung segenap Bangi.
Indah. Damai.
Biarpun kepala sendat dengan segala kerja yang perlu disiapkan, pagi yang indah berikan semacam ketenangan. Biarpun seketika.
Kalaulah sebegini tiap pagi...

Selasa, 14 Oktober 2008

Sesak Beraya






Ramai mengeluh dengan kesesakan lalulintas sepanjang musim perayaan terutama pada hari Sabtu dan Ahad sebelum serta selepas Aidilfitri. Semua orang rasa tertekan. Apa tidaknya, berjam-jam terkandas dalam kesesakan jalan raya jarak yang dilalui tak sampai satu kilometerpun.

Banyak juga kereta yang tersadai di tepi jalan. Sama ada enjin yang buat hal, petrol yang habis, atau kaki drivernya yang dah nak tercabut dek menukar klutch dan brek berjam-jam.

Berbelas jam pula untuk perjalanan dari kampong halaman ke kota raya atau sebaliknya. Malah ada yang terpaksa bermalam di mana-mana tempat sebelum meneruskan semula perjalanan keesokan harinya. Tetap sesak juga.

Seorang kenalan kakak melencongkan perjalanan ke Genting dan bermalam di sana satu malam kerana sudah terlalu letih. Genting lengang katanya. Hari Isnin, mereka meneruskan semula perjalanan kembali ke rumah dan terpaksa beli surat cuti sakit dari klinik. Namun, hari Isnian itu juga tetap sesak. Tengahari baru mereka tiba di rumah.


Sesak pada musim perayaan sudah lumrah. Sudah biasa. Apalagi bagi rakyat Negara Kelantan. Sesaknya ada di mana-mana. Satu negeri sesak bila musim perayaan tidak kira apa jenis raya. Deepavali. Tahun Baru. Tahun Baru Cina. Apalagi kalau Aidilfitri atau Aidiladha. Masing-masing mengambil peluang cuti untuk melepaskan rindu di kampong halaman.

Budaya balik kampong memang sebati dengan jiwa masyarakat kita. Sesak pun sanggup dihadapi. Sesak itu pula hanyalah sesak dengan kereta. Selesa pula. Pernahkan anda terfikir bila suatu masa nanti, sesak itu turut dialami bila menunggang motosikal? Boleh bayangkan bagaimana?

Fad Punya Tag


1. Aku seorang banyak cakap dan tak reti berhenti untuk cakap sebenarnya tapi…aku sedang berusaha untuk jadi pendiam balik.
2. Anti sesangat bila Nampak orang kurang ajar dengan orang tua…tak kira lah sapa asalkan lebih tua dari dia.
3. Sungguh pun aku ni graduan aku tetap percaya aku memang layak macam aku sekarang sebab aku tak pernah Berjaya sebelum ni. SEMUANYA GAGAL sampaikan sesapa yang jumpa aku sekarang mesti tak percaya.
4. Aku tak pernah rasa keseorangan sebab aku ada 'seseorang' yang sudi menemani aku setiap masa... iaitu buku nota!
5. Aku suka drama-drama perubatan macam ER, otonomy dan blab la bla
6. Aku jenis yang low profile. Di sekolah ramai yang tak kenal aku, sebut je nama aku mesti diorang ingat orang lain... begitu juga masa di U. Aku memang tak popular walaupun kawan2 aku tergolong dari orang yang popular hehehe... But I don't care! Sampai sekarang aku suka berserabai je bila luar waktu bertugas kecuali untuk perjumpaan yang sikit formal. Aku lebih selesa dengan seluar sukan dan tshirt walaupun pegi shooping.
7. Masa di tingkatan 4 aku pernah gaduh dan terajang dengan sorang mamat ni. Handsome gak, kecik comel…dia tapi perangai macam setan. Dah kena terajang kat belakang tu sekali…serik dia!
8. Aku suka dengar lagu yang orang jarang suka dengar aka lagu yang tak pernah tersiar kat biasa-biasa kecuali Klasik FM. Memalam aku dengar THR…golek sakan lagu Hindi. Dan penyanyi kegeramaran aku adalah Yusni Hamid, Rosiah Chik, Zainab Majid dan blab la bla…yang kalau depa nyanyi, gelas leh pecah!
7. Aku hanya beli, baca dan kaji novel-novel ditulis penulis yang BERAT isinya termasuk SN. Novel-novel popular yang ada dalam koleksi aku biasanya…FREE. Baca jugak, tapi terhadlah jumlahnya.
8. Aku memang pantang bila ada orang kacau aku tengah tido. Rasa macam nak bom je dunia ni. Kalau takdirnya ada gempa bumi ke, kebakaran ke…tak payah la kejutkan aku. Aku tak akan rasa hati kalau mati terbakau macam sate.
9. Tak suka sukan. Hanya sekadar jalan-jalan sekali sekala untuk keluarkan peluh dan nikmati alam semulajadi.
10. Aku tak reti memasak tapi aku lebih suka masak apa yang aku nak makan. Kalau tak sedap pun, tak leh nak komen apa-apa berbanding kalau aku beli. Mulut tak berenti mengomel kalau tak sedap.
11. Betul tidaknya semua yang diatas itu…sendrey mau ingatlah!

Mainan Baru Kot





Aku kena Tag dengan LieYSSa





Rules:1. The rules of the game get posted at the beginning

2. Each player answers the questions about themselves

3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog


Starting time : 5.23 pm


Name: Biarlah rahsia…family n kawan-kawan rapat panggil Eina
Sisters: 1 kakak dan 1 adik
Brothers: 1 abang 3 younger brothers
Shoe size: Tak tahu…sebat je mana-mana yang berkenan dan muat.
Height: Tak tahu tapi dalam passport antarabangsa aku yang dah mati tu tulis 155cm only. Aku rasa macam tinggi sikit dari tu (tidak termasuk kasut tumit aku)
Where do you live:
Bandar Baru bangi…dah berbelas tahun di sini, rasa memang selesa di sini. Pernah tinggal di Taman Medan PJ tetapi…stress.
Have you ever been on a plane:
Kapal terbang pernah jadi pengangkutan utama aku pada hujung minggu. Dah tak leh bau flight MAS lagi sekarang ni…nak muntah. Pernah cadangkan pada MAS tukar pewangi…
Swam in the ocean: Bercita-cita…tapi tak pernah kesampaian kerana macam diri perasan sesorang diri yang semua orang sedang memerhati susukku ketika basah.
Fallen asleep at school: Semasa tingkatan 6 satu sekolah kenaliku sebagai “Ratu Tidur”. Cikgu Ekonomi yang bagi gelaran tu. Bila jumpa balik kengkawan lama…naik semula kebangsawananku sebagai RATU.
Broken someone’s heart: Yes! Dah banyak kali! Kadang-kala aku tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa...dan ada kala yang lain, aku TERPAKSA lakukannya. Sorry!
Fell off your chair: Rasanya tak pernah...jatuh kat stesen komuter masa orang tengah ramai adalah, huh u huu…sadis!Sat by the phone all night waiting for someone to call: Rasa-rasa macam pernah…tapi tak ingatlah tunggu siapa yang telefon.
Saved e-mails: Banyak juga, especially email-email, video dan attachment yang berguna. Ada masanya save foto-foto dan attachment hingga akhirnya lupapun semua itu siapa yang hantar.
What is your room like: Bila kepalaku lapang, bilik dan rumah lapang dan teratur. Bila kepala sesak, rumah dan bilik akan sesak juga…
What’s right beside you: Buku catatan dan pen
What is the last thing you ate: Sahur jam 5.00 am dengan nasi putih, telur goring, ulam timun dan budu.


Ever had...
Chicken pox: Yup... masa sekolah rendah. Darjah enam.... dapat cuti seminggu...Sore throat: Agak selalu...terutama bila kena kerja outstation. 6 jam kerja tanpa henti woooo…
Stitches: Tak pernah. Walaupun ibu jari tangan kanan pernah luka teruk ketika gelas pecah masa dibasuh…letak minyak gamat saja. Takut!!!!!
Broken nose: Tidak pernahDo you Believe in love at first sight: Pernah. Akhirnya…Tipah tertipu!
Like picnics: Tersangat teruja kalau pergi sungai atau gunung atau bukit atau…kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau tak ada pilihan, baru pergi pantai…Lastly tak ada jugak pilihan yang bagus, pergi Taman Tasik Cempaka yang airnya…wangi semerbak. Ohhhh!


Who was/were...
The last person you danced with: Teringin nak belajar menari, tapi tak pernah ada peluang.
Last made you smile: Dah lama tak senyum…sekarang tengah stress, tak sempat nak senyum.
You last yelled at: Cuba sedaya upaya untuk tidak terpekik-pekik kat sesape…kalaupun hati nak meletup, try gak senyum walaupun senyum itu separa ikhlas.



Today did you...
Talk to someone you like: Tidak…malangkan?
Kissed anyone: Pun dah takde...Get sick: Beberapa hari lepas selsema, hari ni…tak sedarpun dah ok walaupun tak makan ubat pun.
Talk to an ex: Kalau boleh…tak ingin berada di bawah langit yang sama dengannya. Maaf, aku hanya berkata benar!
Miss someone: Rindu diriku yang lama...yang lebih baik dan sopan.
Who do you really hate: Orang yang terlalu kusayang…
Do you like your hand-writing: Sudah semestinya…hargai diri sendiri walaupun tiada harga bagi orang lain.
Are your toe nails painted: Never...masa kecik-kecik dulu pakai inai.
Whose bed other than yours would you rather sleep in: Mmmmm... biar betapa soft katil orang lain, katil buruk itu juga yang melenakanku ke alam mimpi yang indah…
What color shirt are you wearing now: Hitam-coklat
Are you a friendly person: Only to people I know. Tak kenal maka tak cinta.
Do you have any pets: pernah bela ikan puyu. Lebih suka tanam pokok.
Do you sleep with the TV on: Kalau tertidur depan TV bermakna aku dah bersepai letih sangat-sangat kerana tidurku hanya di katil sendiri.
What are you doing right now: Thinking of the answers to this super long tag...fikir bila lah nak habis soalan ni hu hu hu…LieYSSa, awatnya tak buat soalan yang lagi panjang?

Can you handle the truth: Yes, dah buktikan. Biar sepahit manapun. Biar apa orang fikir tentang aku, paling penting aku tahu kebenarannya apa. Peduli apa aku pada pandangan orang!
Are you closer to your mother or father: TIDAK. Dua-dua tak close. Aku bukan tergolong dalam senarai anak kesayangan hu hu hu.
Do you eat healthy: Trying to. Masak sendiri walaupun tak sedap…
Do you still have pictures of you & your ex: TIDAK. Tapak kasutnya pun tak ingin kulihat.
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Diri sendiri
Are you loud or quiet most of the time: Quiet
Are you confident: Confident but…sometimes TAK. Dan kini…mula jadi kurang confident. Kan best kalau boleh jadi diri sendiri yang lama!


5 things I was doing 10 years ago

1) Ada ramai kawan yang baik-baik belaka (kononnya)
2) Kerja gila-gila sampai lupa nak enjoy (30 hari sebulan…tanpa ada weekend untuk rest)
3) Runtuhkan rumah lama kami yang reput sana sini dan bina baru
4) Membina impian yang terlalu tinggi, bila tak kesampaian…SAKIT!
5) Studyku SANGKUT…entah bila nak sambung balik ni


5 things I would do if I were a billionaire

1) Nak round dunia dan dok Mekah lama-lama
2) Nak setel semua hutang
3) Nak buka yayasan untuk tolong anak yatim piatu dan golongan balu
4) Nak ada ramai kawan-kawan yang tak pernah ingat pasal status aku sebagai billionaire…ikhlas kawan dengan aku ler, bukannya dengan duit aku tu (berdasarkan pengalaman lepas ni)
5) Nak bina rumah idaman (kecil sahaja)…rumah kayu di kampong dikelilingi kehijauan (Cameron atau Fraser macam sesuai je), ada sungai, ada taman, ada bunga-bunga…



5 of my bad habits
1) Baran. Aku paling tak suka kalau aku MARAH. Sebab tu selalu elak untuk marah dengan senyum…walaupun senyum tu hambar jadinya.
2) Kedekut untuk diri sendiri tapi boros untuk orang lain
3) Tegas dengan semua orang. Boleh jadi seorang yang KEJAM hu hu hu kalau tak kena gaya…
4) Buat-buat TAK PAHAM. Masa aku buat-buat tak paham tu, jangan lah dok tanya-tanya lagi…karang aku BARAN lak, ramai yang susah…
5) Suka buat tak peduli dengan orang tertentu



5 places I am living
1) opis - most of the time aku kat opis...
2) bilik tido
3) bilik mandi

4) dapur
5) depan rumah siram pokok


5 people I tag:
Tak nak TAG sesapa…kesian depa tu. Penat nak kena wat tugasan ni. Panjang lebar la plak tu. Nasib baik kerja aku tu boleh hantar hujung minggu ni, kalau tidak…tak tau ler bila boleh jawab semua benda ni.

Finish: 6.52 pm: Lama gilerrrrr…jawab soalan exam pun tak lah lama sampai macam ni. 30 minit dah keluar dewan (Tak leh jawab lerr tu…)




Isnin, 13 Oktober 2008

Kebanggaan Semua




Tulisan ni aku copy n paste dari Kosmo! bertarikh 13 Oktober 2008. Boleh juga dilawati secara online di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


Aku bangga dengannya, bukan saja sebab dia agak hensem, tapi...sebab dia yang dapat berada di angkasa. Lainlah kalau aku yang dapat pergi, tak der maknanya aku nak banggga dengan dia pun....


Tidak semua gambar aku copy, so, bagi sesiapa yang nak nengok gambar-gambanya yang hensem tu...silalah ke laman web berkenaan. Bukan aku dengki dengan kehenseman dia yang semer orang suka nak nengok tu, tapi...malas nak save hu hu hu ...



Memori beraya di angkasa


Setahun sudah berlalu. Memori angkasa yang dicatat pada 10 Oktober 2007 kembali menerpa. Apa yang dikenangnya? Wartawan ADHAM SHADAN dan jurugambar NASIRRUDDIN YAZID melaporkan.


LANGIT senja berbalam-balam. Kepalanya didongakkan ke arah langit. Ada senyuman yang terukir di bibir. Jika ketika berusia 10 tahun, dia gemar merenung langit sambil membendung rasa ingin tahu. Kini, dia memandangnya kerana mengenang kembali memori di angkasa. "Ya, aku pernah berada di situ!" getus suara hatinya setiap kali memandang ke langit.


Setahun lalu, tarikh hari ini akan dikenang bukan sahaja oleh empunya diri, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 36, bahkan seluruh rakyat Malaysia. Detik 9.21 malam (waktu Malaysia), tanggal 10 Oktober 2007 menjadi saat penting apabila roket Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara, Sheikh Muszaphar meluncur ke angkasa.


Pemergiannya ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menghitung hari meraikan Aidilfitri, melayakkan dia menjadi angkasawan Islam pertama yang berpuasa dan berhari raya di angkasa.


KEBANGGAAN Malaysia. Sheikh Muszaphar ketika mengadakan telesidang bersama pemimpin negara dari ISS, Oktober tahun lalu.


Berada di angkasa dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan bagi memenuhi misi negara ketika itu meletakkannya dalam dua kemungkinan iaitu kembali ke bumi dengan jasad yang bernyawa atau mati tidak berpusara.


"Sudah setahun ya... Rasa seperti baru semalam sahaja," kata Sheikh Muszaphar sebaik sahaja saya cuba merungkai perasaannya setelah setahun meninggalkan angkasa di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Nadanya seakan tidak menyedari masa yang pantas berlari.


"Tentu sekali saya merinduinya. Ia pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Setiap angkasawan pasti merindui untuk kembali ke angkasa," ujarnya.


Katanya, ketika di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kebanyakan masa diisi dengan melakukan kerja-kerja penyelidikan. Beliau sendiri menjalankan penyelidikan mengenai mikrob di angkasa, kajian terhadap sel leukemia dan sel kanser hati dan kajian-kajian melibatkan kesan sel radangan dan tulang serta pengkristalan protein.


Dia juga melakukan kajian saintifik dinamakan Platform Orbit Berpusing (TOP) dan menjalankan kajian mengenai makanan bercirikan tradisi Malaysia.
"Masing-masing sibuk melakukan kerja 15 atau 16 jam sehari. Apabila tiba masa makan, barulah kami semua berkumpul," ujarnya.


Namun, seperkara yang tidak dapat dia lupakan ialah perasaan takjub berada di angkasa raya dan melihat Bumi dari tingkap kecil ISS.
"Di sana, saya rasa begitu dekat dengan Allah, Tuhan yang menjadikan alam semesta ini.


"Kadang-kadang saya tidak tidur malam. Sering kali saya mencuri pandang untuk melihat Bumi dari tingkap kecil ISS. Asal sahaja melihat Bumi, bulu roma saya pasti meremang. Mata saya tidak berkelip. Indah sungguh Bumi ciptaan Allah. Saya masih boleh nampak biru air laut, gunung-ganang dan kepulan awan dengan jelas memandangkan ISS hanya terletak 400 kilometer dari Bumi. Ketika itu, saya merasakan seperti mencapai infiniti dalam kehidupan.


"Tetapi, saya cuma pergi selama 11 hari. Saya berharap untuk berada di sana lebih lama," cerita doktor ortopedik yang merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik secara panjang lebar dan bersungguh-sungguh.


Walaupun berada jauh nun di atas angkasa, Sheikh Muszaphar berkata, dia tetap menunaikan ibadah solat dan puasa. Dia sempat berpuasa selama dua hari. Untuk menunaikan solat pula, dia mengikat kaki supaya lebih seimbang dalam keadaan mikrograviti. Cara beribadat dipraktikkannya berasaskan garis panduan yang telah diberikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


"Memandangkan saya adalah angkasawan Islam pertama menjelajah angkasa pada bulan Ramadan, ramai yang bertanya cara menunaikan solat dan berpuasa. Topik ini tidak pernah dibincang secara terperinci sebelum ini walaupun saya hanyalah orang Islam kesembilan di angkasa.


"Kalau diikutkan, saya perlu melakukan solat sebanyak 80 kali sehari kerana ISS dengan kelajuan 27,000 kilometer sejam mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari. Matahari pula terbit dan terbenam setiap 45 minit. Tetapi, Jakim menetapkan bahawa solat dilakukan lima kali sehari seperti biasa mengikut waktu Kazakhstan.


Ditanya bagaimana penerimaan krew-krew lain terhadapnya. Sheikh Muszaphar berkata:
"Mereka menghormati saya sebagai orang Islam dan begitu juga saya menghormati agama mereka. Penerimaan mereka amat baik.
"Semasa hari raya, saya turut menjamu mereka hidangan Malaysia yang dibawa bersama untuk dikaji seperti sate ayam, rendang daging, nasi himpit, nasi beriani, kuih bangkit dan gegulung pisang," katanya sekali gus memori Aidilfitri di angkasa setahun yang lalu kembali bertandang.


"Mereka mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saya. Kami menjamu selera dan mereka sukakan makanan Malaysia. Mula-mula sekali, saya jamu mereka sate sebab ia kegemaran saya. Masih terngiang di minda, pengalaman kami beramai-ramai makan kuih bangkit terapung, terbang dan 'ngap!' di udara," katanya sambil menjelaskan semua makanan adalah dalam bentuk ketulan yang dibeku kering dan dipaket.


Ditanya apakah rasa makanan-makanan itu di angkasa, Sheikh Muszaphar berkata:
"Di angkasa, tunas rasa sedikit berubah mengikut individu. Saya rasa menakjubkan sebab makanan kita rasa sedap, barang kali lebih sedap! Tetapi, makanan kegemaran saya seperti kentang lecek yang saya beria-ia pesan untuk dibawa langsung tidak disentuh. Ini kerana, rasanya berubah menjadi tidak sedap."


Sheikh Muszaphar bercerita, dia juga sempat melafazkan takbir raya di angkasa pada hari raya pertama dan ada merakamkannya.
Ditanya bagaimana pandangannya tentang program angkasa, Sheikh Muszaphar menyuarakan rasa kecewanya apabila ada sesetengah pihak skeptikal menganggap ia sebagai satu pembaziran.


"Sepanjang setahun ini, saya pergi ke banyak negara seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat untuk berkongsi pengalaman ketika di angkasa lepas. Begitu juga, saya menjelajah di dalam negara. Saya dapat lihat, semakin ramai kanak-kanak dan remaja berminat menceburkan diri dalam bidang aeroangkasa.


"Sebagaimana Yuri Gagarin menjadi sumber inspirasi bagi orang Rusia dan Neil Armstrong mengubah pola pemikiran rakyat Amerika Syarikat, saya harap saya juga mampu membakar semangat rakyat Malaysia untuk mendalami ilmu angkasa," katanya yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat atas jemputan Syura Islamic Council California dan Washington yang 'dahagakan' ilmu tentang beribadat di angkasa.


Ditanya bagaimana angkasa mengubah hidupnya, Sheikh Muszaphar berkata, dia tidak lagi menghiraukan perkara kecil dan remeh temeh.
"Apabila saya tengok Bumi dari angkasa. Ia terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan alam semesta yang amat luas ini tetapi di situlah berlakunya peperangan dan pelbagai persengketaan. Saya sedih. Ia sekali gus mengingatkan saya betapa kecilnya kita dan dunia ini begitu besar. Kini, saya lebih menumpukan kepada isu-isu global.


Sempena Aidilfitri ini, Sheikh Muszaphar menitipkan pesanan:
"Gunakanlah hari raya ini untuk merapatkan silaturahim antara kita. Minta ampun kepada ibu dan ayah. Katakan kepada mereka yang kita sayangkan mereka dan terhutang budi kepada mereka. Tunjukkan betapa kita menyayangi mereka."

Sama-sama Renungkan


I


Jumaat Malam motor pancit kala tergesa mahu balik seusai berbuka dengan hanya segelas air suam dan kurma. Niat di hati nak goreng nasi untuk berbuka malam itu. Tak kesampaian. Akhirnya, terpaksa tidur di pejabat. Itupun setelah mata pedih merenung skrin komputer. Esoknya, setelah mandi dan menjelajah seadanya di internet, diri kembali ke rumah dengan teksi. Kelaparan semalam seakan mendera biarpun telah sarapan dengan secawan milo panas.


Ahad. Melilau mencari mana-mana bengkel kalau-kalau ada yang buka. Terjah dulu bengkel kepunyaan bangsaku, MELAYU. Disebabkan ramai pengunjung, tuan punya bengkel tak reti nak senyum. Tak tahu nak tanya apa keperluan pelanggan. Kalau ya pun sibuk dan letih nak kejar masa dek perlu penuhi permintaan pelangan, tidak boleh ke bertanya apa naknya pelanggan yang datang?


Tebalkan muka jugak, aku tanyalah adik pomen tu. Tanpa pandang muka (tahulah muka ni bukannya cun tara mana pun!) dia bagi tahu “Tak sempatlah, kak,”. Kemudiannya terus senyap dan boo layan aku yang tercangak masih lagi nak tanya bila akan sempat. Lastly, aku terpaksa jugalah berlalu dari bengkel bangsaku yang baru dua tiga kali aku pergi itu.


II


Beberapa meter di belakang bengkel pertama tadi, aku tersua bengkel yang lain. Melayu jugak tuan punyanya. Itupun setelah bengkel BUKAN anak bangsaku yang ada berdekatan itu tutup. Belum pun kaki aku melangkah masuk ke dalam bengkel itu, kakak itu dah tanya siap-siap apa masalah aku. Kesibukan bengkel itu tidak kurang juga dari bengkel pertama. Pekerja dia pun ada dua orang juga berbanding bengkel pertama tadi yang jadi bertiga termasuk bossnya terpaksa turun padang juga.
“Hari ni tak dapatlah, dik. Ramai orang. Pomen ada dua orang je…” kata akak tu lembut.
“Kita tak leh janji sempat pergi…nanti tak sempat kang, harap pulak orang dok tunggu,” sambungnya dengan dialek utara yang pekat.
“Kalau bukan hari Ahad, kita memang boleh pergi,” terangnya lagi tanpa aku tanya pun.

Akhirnya aku catat juga no telefon bengkel itu dan simpan dalam telefon. Dan hari ini, (pagi tadi) pekerjanya datang gantikan tiub motorku yang pancit.

Aduhaiii…begitukah anak bangsaku berniaga? Bila bangsa sendiri mencari bangsa asing, mahu disalahkan siapa?

Renung-renungkanlah!

Ahad, 12 Oktober 2008

Cerpen Syawal


Di pagi Syawal, apakah yang kau cari?

oleh Malim Ghozali PK


Utusan Malaysia 28 September 2008



SEJAK zaman muda lagi dia sudah menghidapi semacam penyakit. Setiap kali berada di perut kapal terbang, dia tidak berupaya melelapkan mata, walau pun sepicin. Gelisah, cemas, dan fobia akan paras ketinggian, semuanya berpugut-pugut, dan akhirnya bangkit sebagai adunan yang barangkali boleh saja dinamakannya kesepian. Atau apakah ini yang dinamakan kerinduan? Sewaktu remaja dulu dia sering menganggap bahawa kesepian dan kerinduan itu membawa nuansa yang sama. Sampai sekarang pun dia tidak dapat membezakan pengertian kedua-dua terma itu. Ada ketikanya di dalam pesawat, dia seolah bergantung di sayap angin, menaksir seluruh awangemawan dan jagat raya. Dan bila itu terjadi, pintu besar ke kota kenangan terbuka seluas-luasnya. Fikiran pun mengembara ke segenap relung ingatan, lampias dalam ruang-waktu, dan segala pengalaman dengan cepat mekar, dan segar semula. Walau sudah bertahun-tahun berada di perantauan, entah kenapa sepanjang Ramadan al-Mubarak pada kali ini rindunya terhadap kampung halaman benar-benar luar biasa. Sungainya, bukitnya, burung-burungnya, unggas dan mergastua, lambaian pohon- pohon kelapa, dan lesung kaki tua al-marhumah nenek, semuanya meruntun perasaan.


"Fikiran manusia adalah komputer azali yang sangat aneh," kenyataan itu sering berulang- ulang di sepanjang hayat. Puisi yang mengabadikan alam remajanya tidak pernah lekang dari kotak ingatan.



Suatu waktu main perang buah sentul di sejuk kali
Tak kusangka main perang buah sentul di sejuk kali
Setiap pagi di hujung kampung suatu waktu dulu menangis
Luka di kepala dan kakiku rupa-rupanya persediaan
ilmu untuk suatu waktu kerana kini
di Kuala Lumpur setiap hari aku berperang dengan nafsu
emosi dan hargadiri aku berperang dengan bedil di mukaku
senjata tajam menikam siku ubun-ubun dan sulahku. kini tanpa tangis aku bangun mengutip peluru di dadaku seraya
tersenyum membalut luka-luka ditubuhku
kerana aku sudah dipersediakan ilmu perang
suatu waktu dulu di sejuk kali di hujung kampung
setiap pagi.



Sajak itu ditulisnya ketika masih berada di KL, sebelum dia menikahi ibu Laila. Sungguh pun sajak itu ditulis lama dulu, namun baris-baris puisi tersebut terasa seperti baru dikarangnya semalam. Dia tidak tahu sama ada rakan-rakan main perang di sungai masih lagi hidup, atau pun tidak. Entahkan Mislan, Meri, Yun dan Wok juga sepertinya - sering 'berperang dengan nafsu, emosi dan harga diri'.


Ah, betapa seronoknya menebang dan menukang meriam buluh betung, moreh, dan bertadarus di surau di sepanjang bulan Ramadan.
Tapi dia dan teman-teman harus berhati-hati, kerana nenek selalu mengomel.
"Hoi, ape ditunu mulut meroyam tu? Nak pongah muke ke? Esok hari raye, kome terperap di hospita!" sergah nenek.



Dan di pagi Syawal, sebaik selesai solat sunat Aidilfitri, dia dan kawan-kawan berbasikal ke rumah tok imam, menuntut duit raya. Saban tahun duit raya tok imam lumayan. Tapi dia meletakkan syarat terlebih awal.
"Rajin-rajin terawih, kalau kome nak duit raye…"
Tapi bukankah semua itu sudah tidak ada lagi!



Destinasi semakin menghampir. Ikon kapal terbang yang bergerak secara automatik di skrin tv kecil depannya tentulah tidak berbohong. Pesawat kini sudah melewati Laut Andaman, dan baru saja meninggalkan sempadan Thailand-Malaysia. Benua Eropah semakin kelam dalam ingatannya. Tapi dia percaya Rotterdam yang baru sebelas jam diucapkannya selamat tinggal pasti akrab selamanya dalam ingatan.



Memajamkan mata
Setiap dia cuba memejamkan mata ada-ada saja maklumat yang ingin disampaikan oleh kapten. Dua jam lalu, ketika menempuh ruang udara benua kecil India, badan pesawat bergegar, apabila bertembung dengan angin yang kencang. Dan kepten mengganggu konsentrasinya untuk cuba melenakan mata.
"Tuan-tuan dan puan-puan, kita sedang berada dalam keadaan cuaca yang kurang baik, dan tidak menentu. Sila kembali ke tempat duduk, dan pasangkan tali pinggang keledar."



Mujurlah anak muda peramah di sebelahnya juga tidak tidur di sepanjang penerbangan. Hanya isteri dan dua orang anaknya yang nampak keletihan. Katanya dia seorang guru, dan baru saja menyelesaikan tesis sarjana di sebuah kota di United Kingdom. Menurut anak muda lagi, dua tahun bergelumang dengan musim sejuk sudah cukup menyiksakan.


"Lama ke pakcik tinggal di Belanda?"


Dia tidak pasti apa yang menyebabkan anak muda mentaakulkan sebegitu. Mungkin disebabkan dia terpandangkan dua buah beg besar yang kuheret di kaunter check-in di Schipol? Dia mengagak. Menurut anak muda yang berhemah ini, dia hanya transit di Schipol. Dia sekeluarga memulakan perjalanan dari Heathrow. Mereka mengambil keputusan berhari raya di kampung. Oleh kerana agak terlewat membuat keputusan itu, akibatnya mereka hampir-hampir gagal mendapatkan tiket penerbangan pulang ke tanah air. Maklum tempahan di musim perayaan tersangat tinggi.



"30 tahun," dia menjawab pendek. Dahi anak muda kelihatan berkerut. Isterinya perlahan-lahan menjongolkan muka dari dalam selimut. Dia menduga pasti akan ada lagi reaksi dari anak muda.
"Lamanya..."
"Sudah takdir, apa nak buat."


Dia tidak mampu memberikan jawapan lain, bila saja hal itu berbangkit. Harapannya agar tidak ada soalan susulan, ternyata meleset.
"Famili…?"
"Ada…tapi sekarang dah tak ada lagi…"
"Oh, maafkan saya pak cik."
"Maksud pak cik, kami berpisah."
"Oo…"


Dia tidak dapat mengagak adakah "O" anak muda bermaksud apologetik, atau hanya sebagai penyengkang bicara sahaja. Setelah menjawab soalan anak muda, dia membiarkan kesepian bermaharaja lela semula di dalam dirinya seketika. Tak lama, dia menanyakan kepada anak muda.
"Masih ada orang tua?"
"Semua dah tak ada. Semasa saya sekolah lagi. Saya dibesarkan oleh nenek. Dah tak ada siapa di kampung. Lagi pun saya anak tunggal. Yang tinggal hanya rumah pesaka usang."
"O…"


Dia tidak tahu kenapa harus menyebut huruf saksi itu.
Tapi, kalau tak ada keluarga lagi, apakah yang dicari anak muda di kampung?
Kini dia pula yang diganggu oleh andaian yang memerlukan pewarasan.
'Err, tak ada sesiapa lagi?"
"Ya, cuma semangat desa itu sendiri pak cik. Saya dibesarkan dengan air sumur dan air sungai. Saya nak melawati pohon-pohon getah yang saya toreh semasa kecil. Semuanya berperanan mendewasakan saya, pak cik, termasuk pucuk paku, maman, dan umbut bayas."
"Elok benar tu…"
Anak muda menambah. "Isteri saya lulusan pertanian. Tapi fikir punya fikir, dia memilih untuk menjadi suri rumah saja. Kami bercadang nak memulihkan kebun getah peninggalan orang tua. Lagi pun getah ada harga sekarang."


Dia dapat membayangkan betapa anak-anak keluarga muda ini bakal membesar sebagai manusia yang cintakan ibu pertiwi.


Bila saja anak muda menyebut kebun getah, kenangan ketika dia menoreh di hujung kampung menjelma di ruang matanya dengan pantas. Di manakah Ana, yang selalu ditemui di tempat memesin getah? Tentulah dia sudah beranak-cucu, duganya. Atau masihkah dia menjadi pengungsi dunia yang fana ini?


Dia masih dapat menggambarkan kesayuan Ana apabila mengetahui dia sering ke kampung di pinggir pekan.
"Dengar khabar kau selalu ke pekan. Aku tahu, kau sayangkan orang lain," serak suara Ana ketara benar di pagi itu.
"Aku tak kata gitu."
"Tak kata bukan maknanya tak ia…lagipun dia pintar, lebih padan dengan kau. Aku…"
"Tapi Ana, kan nama-nama kita sudah terpahat di banir nering di dusun Pak Agon?"
"Pohon nering tu tak akan bertahan selamanya. Percayalah…"


Apa yang diucapkannya kepada anak muda - "Ada, tapi sekarang dah tak ada lagi" memang suatu kenyataan. Mulanya dia hanya ingin menemani ibu Laila melanjutkan pelajaran; dari satu tingkat ke satu tingkat yang lebih tinggi. Kemudian mereka mencuba untuk bekerja di perantauan. Jangkanya hanya buat mencari pengalaman. Tapi akhirnya mereka terus menetap di luar negara saja. Lagi pun anak-anak sudah mula membesar, serta mendapat pendidikan di sana. Tapi mulai saat ibu Laila memberitahunya yang dia sudah jatuh cinta dengan lelaki lain, dan minta dilepaskan, keinginannya untuk pulang ke kampung bertambah kuat setiap tahun.


Kedua-dua orang anaknya bertindak membawa diri masing-masing. Yang perempuan menyambung pelajaran di Jordan, dan yang lelaki memilih bekerja di Afrika Selatan. Biarlah mereka menjadi warga dunia. Kemanusiaanlah yang akan mendewasakan mereka, fikirnya.


Memang benar kata-kata Ana. Ibu Laila cantik dan pintar. Namun sekarang dia sedar semua itu belum tentu dapat menjana kebahagiaan hidup berkeluarga. Cuma dia kasihankan Laila, dan abangnya yang merajuk.


Ah biarlah, kalian sudah dewasa. Abah harap kalian menjadi warga dunia yang bertaqwa. Dia menyerahkan agar semuanya disimpulkan oleh benang takdir.


Saat tayar pesawat berciut mencium bumi ibu pertiwi, dia berasa dadanya sebak. Sama seperti yang pernah dirasakannya semasa membuat pilihan antara Ana dan ibu Laila. Di lapangan terbang yang ternyata lebih gah dari apa yang pernah disaksikannya di Eropah, takbir Hari Raya dari peti-peti tv menguasai suasana. Dia terasa matanya basah. Lebih-lebih lagi kini dia hanya pulang seorang diri, tanpa isteri dan anak-anak. Cepat-cepat dia ke kaunter menyewa kereta pandu sendiri. Ada tiga jam perjalanan lagi sebelum sampai ke kampung tercinta. Tapi dia tahu di pagi Syawal lebuh raya pasti lengang.


Sebaik memasuki kereta, dia menyedari ada mesej masuk di telefon bimbit. Dia tersenyum melihat pesanan ringkas itu. Dia tahu hati abang Laila akan terubat juga akhirnya.


"Assalamualaikum abah. Saya nak mohon ampun dan maaf di pagi Syawal ni. Sekarang baru jam lima subuh di sini. Pagi nanti saya nak jemput adik Laila. Dia nak raya di Jo'berg. Ada dia telefon abah tak? Mama telefon, dia kata nak raya di Rotterdam. Suatu masa nanti nak ikut abah balik kampung. OK tak?"


Ya, masa akan menyembuhkan semua luka!
Matahari sudah agak tinggi ketika dia sampai di tanah perkuburan. Di situ kedua-dua orang tua dan neneknya disemadikan. Walaupun masih ramai orang di situ, tetapi tidak ada seorang pun yang dikenalinya. Sayup-sayup kedengaran takbir Hari Raya di tv dan radio dari rumah-rumah berhampiran perkuburan, diinjing semilir pagi yang jinak. Dia ingat dengan jelas kali terakhir mengiringi al-marhumah ibu ke situ. Dia mengabadikan pengalaman itu di sebuah sajak yang ditulisnya di diari.


Mengenang ibu
Ketika kuhantarmu, ibu
di rimbun teduh rembang
lembut semilir bukit menjinjing
salam malaikat berangkat
tak betah riak sungai bangkung kita, ibu
menggetar mengulit lampias
cahaya putih
menanti di limun pagi
aku tetap merindu
marah-marah dan jerkah-jerkahmu
ketika kautuangkan
tamsil kesabaran ke dalam naluriku
potret kecil di tangga sekolah
tak puas kutitip buah rindu
di perkarangan senyumanmu
tidurlah sementara, ibu
edan dalam syahdu
dan rimbun doaku,
anakmu.


Dia amat menyayangi ibu, dan sajak itu.
Selesai membacakan Yaa Siin dan berdoa di ketiga-tiga kuburan, dia melangkah meninggalkan tanah perkuburan. Wajah seorang wanita di sisi sebuah kubur menangkap pandangannnya. Dia merasakan wanita bertudung biru gelap yang ditemani oleh sepasang remaja sangat dikenalinya. Walaupun bertudung, dia masih kenal kening, hidung dan sepasang bibir yang nipis milik wanita itu. Adakah nama pemilik wajah itu yang pernah dipahatnya di pohon nering dusun Pak Agon?


Dia memberanikan diri menyapa wanita itu.
"Ana…Ana ke?"
Wanita itu tidak menyahut pertanyaannya, tetapi dengan selamba merenung tepat ke mukanya. Dan dia membiarkan sepasang remaja beredar meninggalkan kawasan perkuburan.
"Kau tak kenal aku lagi…" dia tercenung.
"Masakan aku lupa…bukankah kau yang memahat namaku di pohon nering?"
Ya memang tepat sekali, wanita yang sedang terdiri di depannya ialah Ana. Ana masih hidup rupanya!
"Anak-anak…?" Dia mengacukan pandangan ke arah sepasang remaja yang sudah sampai ke pintu besar tanah perkuburan. Dia cuba mengalih perbualan. Ana menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Anak-anak saudara…anak kakak…ini kubur ibu bapa mereka. Kemalangan jalanraya, dah lama. Aku membesarkan anak-anak mereka."


Dia tidak tahu bagaimana harus memberikan reaksi terhadap apa yang baru didengarinya dari Ana. Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahu apa-apa lagi tentang Ana. Pertanyaan Ana selanjutnya membuatkannya tergumam semula.
"Kau mencari apa di sini?"


Fikirannya gelap. Dia tidak tahu bagaimana soalan itu harus ditangani. Memang benar apa yang diucapkan oleh Ana. Adakah lagi sesuatu yang tersisa di kampung ini buatnya?
"Ana tinggal di mana sekarang?" Dia sungguh-sungguh ingin tahu.
"Masih di kampung ini."


Ana mula meninggalkan perkuburan, dan dia mengekori Ana beberapa langkah di belakang. Sebaik tiba di pintu besar, Ana menoleh ke arahnya semula. Dia tidak tahu sama ada Ana tersenyum kepadanya atau pun tidak, kerana di benaknya ada jeritan yang kuat:
Ana, aku akan tinggal di kampung ini selamanya!


Di saat itu juga ada isyarat mesej masuk di telefon bimbit. Dia segera mengeluarkannya dari kocek seluar. Sungguh pun ringkas, dia memahami maksud Laila.
"Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Laila sayang abah macam dulu."


Sekali lagi matanya terasa basah. Di pagi Syawal yang syahdu, dia tidak lagi dapat menahan airmatanya daripada mengalir ke lurah pipinya.