Memaparkan catatan dengan label pancit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pancit. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mei 2016

Bila Kereta Pancit Nak Buat Apa?



Si hitam tu, setakat ni dah 2 kali mati tengah jalan. Kali pertama masa bulan puasa tengah hari buta panas berdenting. Kat lampu isyarat pulak tu. Kali kedua masa aku dalam perjalanan nak balik Bangi musim raya, dah dekat jugaklah dengan Manik Urai tu. 

Kali ni dia tak mati, tapi…pancit. Kenangan pancit tayarpun  tak banyak kali, mungkin ini kali ke tiga je. Aku biasanya akan tukar tayar ikut keperluan. Tak sempat botak, kecuali kena paku. Itu lain cerita.

Masa servis hari tu, abang Suid (maklumat bengkel ini ada dalam link kereta mati tengah jalan tu), dah ingatkan aku untuk tukar. Aku kata tunggu servis untuk balik raya sebab sekali tengok belum botak pun. Cumanya, dah lepasi tarikh mati. Tayar yang tamat tempoh berisiko untuk berlaku kemalangan terutama kalau bawak laju, boleh meletup ataupun tak makan brek kecemasan sebab struktur fizikal tayarnya dah keras.

Sejak dua minggu lepas, aku juga perasan bila bawak laju sikit, dalam 100km/j, akan kedengaran bunyi yang pelik. Kuat sangat sampai boleh dengar masa memandu. Biasanya bunyi begitu bila bawak di jalan tak rata atau bertar lama je. Kalua guna jalan yang baru tar tak bunyi. Setiap hari aku dok set dalam kepala yang tayar tu masih sempat lagi untuk ditukar masa servis dua minggu lagi. 

Namun, semalam  tetiba dah pancit. Tak sedar pun bila. Yang aku perasan bila gerak laju bunyi macam helicopter. Terus berhenti tepi jalan ditempat yang sesuai. Memang penyek terus. Masa tu aku hanya terfikirkan kalau sportrim tu bengkok, mau puasa tiga bulan berturut-turut.

Dah ilang logonya...mana nak cari?
Tak ada pilihan, aku buka sendiri bonet dan duduk sopan je dalam bonet sambil kuis Tarik-tarik jack. Tak bergerakpun jack tu. Belakang dah lenguh ni. Cemana nak buat?  Buatlah sendiri, macam mana lagi. Tak kan nak panggil bomba pulak. Tak pepasal kena sembur dengan air, mandi free tengahari buta tu.


Alhamdulillah, masa terkial-kial bukak tayar spare dalam bonet yang ada air, (tatau cemana air boleh masuk dalam tu huhuhu) seorang ayah encem dengan anak bujang encem berenti tolong bukak tayar dan ganti dengan tayar spare. Ingatkan aku tak kuat pulas skru untuk tanggalkan tayar spare tu, rupanya memang kemas. Abang tu pun guna tenaga kuasa 5 baru dapat buka. 

Kalau depa tak berenti niatnya memang nak ganti sendiri je walaupun dok Tarik jack pun tak bergerak sikitpun dari bonet tu. Paling tidak niat kena ada walaupun upaya tadak huhuhuhu Makanya, pergilah melabur ke kedai tayar terdekatlah selepas itu. 
Alhamdulillah spot rim tak bengkok, belum masa untuk tukar lagi.

Alhamdulillah...rim masih elok!

Godek sana godek sini; tayar depan bawa ke belakang, tayar yang baru tukar pi letak depan. Masuk minyak brek baru. Tukar brekpad yang dah haus, cuci-cuci segala. Buat balancing dan aligment, akhirnya siap. Bila tengok bil, terbeliak mata sekejab. 

Yang merah tu berkilat merelip-relip memancor sinarnya...fuhhhh!

Akhirnya, ambo pulak rasa haus!
 
mana satu cantik?

Pengajaran: Bila kita naik kereta kecik, tak payahlah nak ngurat abam encem yang naik kereta besar. Bila kita naik kereta besar, tak payahlah ngurat abam bawak lori yang lagi besar tu…sebabnya, hanya orang yang bawak motor yang kita lupa nak pandang tu aje sanggup berhenti bila kereta kita rosak atau pancit tepi jalam. Abam kereta besau, abam lori atau abam kacak baju kemas tadak punya masa nak berenti kecuali ler anda tu seksi dan comey macam Nora Danish!

Aku pun tak faham kenapa nama Nora Danish ada dalam entri ni.





Ahad, 13 Disember 2009

Berkali-kali Malang


Gambar chomel ni diambil dari blog sengkenit

Selasa minggu lepas, aku terkejar pergi pejabat kerana ada mesyuarat. Hujan rintik masa kelaur dari rumah, tetapi makin melebat bila dah sampai berhampiran Hotel Equatorial, Bangi. Namun selepas itu, jalan kering. Tak ada hujan pun, dan aku jadi perhatian kerana ruyup. Macamlah jauh bebenornya rumah ke tempat kerja.

Sepanjang hari pula dok pi mai pi mai merata tempat. Turun naik turun naik dan menyelinap ke banyak tempat. Tak lekat di meja sendiripun. Entah berapa banyak kalori lemah dah dibakar. Tengaharinya pula, Kak Maznah angkut mi goreng yang lebih semasa mesyuarat dan hulur kepadaku semasa dia melintas.

Asalnya nak balik awal sebab nak rehat lebih sikit. Dah lama tak cukup rehat. Balik dari Bandung ari tu pun, lompat-lompat ke Alor Star, lompat sana sini sampai tak cukup hari nak hidup. Mmmmm macam nak beli dunia je kan, tapi...tak terbeli apa-apapun. Hidup tetap kucar kacir juga.

Masa nak balik jam 6 petang, penat selongkar merata tempat, namun kunci tak jumpa. Macam-macam kunci ada di situ termasuk kunci rumah. Nasib baik asingkan kunci kapcai, kalau tidak lagi haru cerita dunia. Ketika aku putuskan untuk balik tanpa kunci pintu, pintu utama rupa-rupanya telah dikunci. Cara terakhir, hanyalah dengan memanjat tingkap. Waktu itu dah jam 9.05 malam.

Hati berazam untuk datang awal esok pagi kerana risau kalau-kalau akan ada kecurian harta benda “hak milik kerajaan Malaysia” terutamanya komputer. Baru 500 meter kapcai buruk yang hampir tanggal kat semua bahagian kerangkanya itu, tetiba sahaja geraknya terasa teroleng-oleng. Sah, pancit! Adusssssssss! Dahlah aku tengah mod kebulur tak lunch tadi, terperangkap tak ada kunci, panjat tingkap untuk keluar, sekarang pula kapcai buat hal.

Kapcai itu aku parking di kawasan masjid dan berjalan ke hadapan UKM tunggu teksi untuk balik. Tawakal sahajalah apa nak jadipun. Lebih longlai setelah sepanjang hari perah tenaga lakukan banyak perkara agar tidak bantutkan perjalanan aktiviti selepas cuti, buatkan aku tidur awal. Jam 11 malam tu kira awallah kan?

Esok pagi-pagi dah menapak ke perhentian bas. Asalnya nak singgah di mana-mana bengkel motor, tetapi jam 9 pagi bengkel belum lagi buka. Akhirnya terpaksa pergi kerja dahulu. Di pejabat, En Din beri satu nombor untuk dihubungi bagi baiki pancit itu. Adik itu (Badri) janji untuk datang jam sepuluh, tetapi menundanya hingga jam satu tengahari. Namun jam 12.30 dia dah datang. Tukar tayar dan harga tiub harganya RM18. Bagi sesiapa yang berada di kawasan UKM dan sekitarnya, kalau perlukan tukar tiup atau motor pancit, bolehlah telefon Badri melalui 0193893824.

Isnin, 13 Oktober 2008

Sama-sama Renungkan


I


Jumaat Malam motor pancit kala tergesa mahu balik seusai berbuka dengan hanya segelas air suam dan kurma. Niat di hati nak goreng nasi untuk berbuka malam itu. Tak kesampaian. Akhirnya, terpaksa tidur di pejabat. Itupun setelah mata pedih merenung skrin komputer. Esoknya, setelah mandi dan menjelajah seadanya di internet, diri kembali ke rumah dengan teksi. Kelaparan semalam seakan mendera biarpun telah sarapan dengan secawan milo panas.


Ahad. Melilau mencari mana-mana bengkel kalau-kalau ada yang buka. Terjah dulu bengkel kepunyaan bangsaku, MELAYU. Disebabkan ramai pengunjung, tuan punya bengkel tak reti nak senyum. Tak tahu nak tanya apa keperluan pelanggan. Kalau ya pun sibuk dan letih nak kejar masa dek perlu penuhi permintaan pelangan, tidak boleh ke bertanya apa naknya pelanggan yang datang?


Tebalkan muka jugak, aku tanyalah adik pomen tu. Tanpa pandang muka (tahulah muka ni bukannya cun tara mana pun!) dia bagi tahu “Tak sempatlah, kak,”. Kemudiannya terus senyap dan boo layan aku yang tercangak masih lagi nak tanya bila akan sempat. Lastly, aku terpaksa jugalah berlalu dari bengkel bangsaku yang baru dua tiga kali aku pergi itu.


II


Beberapa meter di belakang bengkel pertama tadi, aku tersua bengkel yang lain. Melayu jugak tuan punyanya. Itupun setelah bengkel BUKAN anak bangsaku yang ada berdekatan itu tutup. Belum pun kaki aku melangkah masuk ke dalam bengkel itu, kakak itu dah tanya siap-siap apa masalah aku. Kesibukan bengkel itu tidak kurang juga dari bengkel pertama. Pekerja dia pun ada dua orang juga berbanding bengkel pertama tadi yang jadi bertiga termasuk bossnya terpaksa turun padang juga.
“Hari ni tak dapatlah, dik. Ramai orang. Pomen ada dua orang je…” kata akak tu lembut.
“Kita tak leh janji sempat pergi…nanti tak sempat kang, harap pulak orang dok tunggu,” sambungnya dengan dialek utara yang pekat.
“Kalau bukan hari Ahad, kita memang boleh pergi,” terangnya lagi tanpa aku tanya pun.

Akhirnya aku catat juga no telefon bengkel itu dan simpan dalam telefon. Dan hari ini, (pagi tadi) pekerjanya datang gantikan tiub motorku yang pancit.

Aduhaiii…begitukah anak bangsaku berniaga? Bila bangsa sendiri mencari bangsa asing, mahu disalahkan siapa?

Renung-renungkanlah!