Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru Dato’ Angkasawan

Pasangan raja sehari Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr. Halina Yunos pun dah selamat mendirikan masjid mereka. Doa-doakan sahaja perkahwinan itu kekal abadi hingga syurga. Aku tampal ajelah gambar mereka yang aku petik dari mstar, yang sangat comel ini.


Sangat kagumlah dengan angkasawan Sweden yang jadi hensem bila berbaju melayu tu... ;)

Beberapa saat sebelum lintas langsung ke PICC sempena perkahwinan kayangan Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr. Halina Yunos, hati terkedu seketika dengan kemalangan 2 buah bas, 1 van dan 3 buah kereta di lebuh raya Utara Selatan. Salah sebuah bas berkenaan dipercayai milik Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila terpa ke blog ondscene, hanya maklumat awal sahaja dipaparkan.

Harapnya apa yang berlaku di lebuhraya sana dapat segera diselesaikan. Moga-moga ramai yang membantu. Moga-moga mangsa yang cedera segera mendapat rawatan.

pstttt: rancang nak tidur awal, namun macam ubah fikiran pula. Kena tunggu berita jam 12 tengah malam nanti.

6 ulasan:

IMANSHAH berkata...

selamat pengantin baru dato'

eelobor berkata...

ada gak mendapat perkhabaran dari seorang kawan katanya bas JKM dan melibatkan 11 kematian. tak tahu sejauh mana lagi kebenaran, nak tunggu berita malam nie gak.

anyss berkata...

imanSyah: sama2 kita doakan mereka bahagia

Eelobor: Yup...sungguh ngeri...mengorbankan lebih 14 mangsa. Subhanallah.

Un Phat Lee berkata...

dah kahwin gak ea semalam.ehe :P

Unknown berkata...

semuga mereka berdua berbahagia sehingga ke akhirnya.

al fatihah buat yang beragama islam.

anyss berkata...

Phat Lee: Errrrr...errr...

Kak Ina: Selamat datang. Moga2 mereka bahagia selamanya.

Sama2lah kita doakan mereka ditempatkan bersama kekasih2 Allah (utk yang islam). di beri kesabaran kepada ahli keluarga