Khamis, 30 Ogos 2012
Mudah Benarkah Jadi Seorang Anak?
Kalau tanya aku, jawabnya memang tak mudah
ataupun sebenarnya mudah, asal sahaja ibu bapa itu masih muda
kuat lagi kederat tenaganya, segar bugar tubuh badan
Bila usia dah makin renta, tenaga dah susut
nak berdiripun payah, nak berjalan tak dapat lagi
tambah pulak dengan kelupaan dan kepongohan
sangat-sangat susah untuk jadi seorang anak
apalagi jadi anak yang menyenangkan hati ibubapa
Ketika masih sihat dan berupaya, dengar suara anak di telefonpun
dah cukup menyegarkan emosi dan minda mereka
bila dah tiada upaya dan kederat, bertambah pula tahap barannya
silap letak barangpun boleh sebabkan naik angin
lambat menyahut dipanggil pun boleh mengundang bebelan
salah atur ayat juga boleh menyimbah rasa pilu
tanyanya kita terjawab “perlahan” yang tidak didengarinya
hati tersentuh dan menjeruk rasa
terlebih keras suara dek tutur kita tak didengari juga
mengundang rajuk menyentap emosi
entah bagaimana andai sampai tahap guna lampin pakai buang
Sensitif warga emas intan berlian mengalahkan budak-budak
kita cakap perlahan, mereka tak dengar
bila suara dikuatkan, dikata menengking pula
berdepan dengan situasi serba tak kena
memang menguji tahap kesabaran
sehari dua mungkin masih mampu
sebulan bagaimana? Setahun? Bertahun-tahun?
Ohhhh! Sebab tu ramai anak-anak angkat bendera putih
hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua!
tua nanti, sama sebegitukah nasibnya?
Siapa kata mudah jadi anak-anak?
bila situasinya jadi serba tak kena
memang teruji minda…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
itulah dugaan..Allah nak bagi pahala buat si anak..walau apapun karenah orang tua perlu dilayan sebaiknya kerana dahulu mereka bersusah payah melayan karenah kita..berbaktilah dengan penuh redho dan sabar..jangan sampai menyesal apabila mereka sudah tiada..
kesepakatan adik beradik teramat perlu...apa nak buat kerenah orang berusia..kita juga akan menuju situasi sama apabila hidup dimamah usia nt...apa yang kita buat terhadap ibubapa akan dibalas juga terhadap kita..hidup ibarat roda...
kesepakatan sesama adik beradik teramat perlu..kita juga akan menuju usia emas kemuadian hari jika umur panjang, apa yang dibuat keatas orang tua akan dibalas terhadap kita..kelak..hidup ibarat roda..
kesepakatan sesama adik beradik teramat perlu..kita juga akan menuju usia emas kemuadian hari jika umur panjang, apa yang dibuat keatas orang tua akan dibalas terhadap kita..kelak..hidup ibarat roda..
sesusah memakan brg halal sesusah elak riba..nak sedia masuk perut sendiri pun remeh inikan pila nak sediakan perut org lain
opps, ,,,,,option nak sediakan masuk sendiri pun dipandang temehremeh temeh inikan pula...
Catat Ulasan