Anda Juga Mungkin Berkenan

Sabtu, 31 Ogos 2013

Google Merdeka




Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 56, Malaysiaku yang terchenta.



Walaupun ada profesor sejarah terkenal kata kita tak pernah dijajah, namun arwah Tok Ayah ada cerita pengalamannya pada zaman Jepun. Ayah aku lahir pada zaman Jepun, tahun 1945...

Aku tak pakar dalam bab sejarah, tapi hati terkenangkan cerita-cerita gemulah Tok Ayah. Mmmmmmmm


Jumaat, 30 Ogos 2013

Simpan Duit Untuk Disamun?


Tengah-tengah malam masa syokkkk tidur, aku rasa rumah macam bergoyang. Goyang? Siap bunyi benda jatuh gedebang gedebung atas bumbung lagi. Agak-agaknya apa ya?

Nak kata tikus kejar kucing, macam kecik sangat. Dari bunyi hempapan tu, patutnya lebih besar dan berat.

Hati hanya berdoa moga-moga gubuk kami tidak jadi sasaran penyamun tarbus. Bukan sebab banyak harta benda yang ada, tapi menyayangi nyawa sendiri. Banyak hutang belum bayar ni, mana boleh kena samun dan bunuh sebegitu cepat. Huh!

Kebelakangan ni memang banyak sangat kes samun, ragut, rompak, rampas dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Gerun pulak. Di bangi sahaja, macam dah jadi wajib pulak berlaku jenayah setiap hari. Kalau tak ada jenayah hari tu, macam pelik pulak. Tak kan penyangak penyamun tarbus dah tobat dan bercuti pulak huh u hu

Aku ada dengar beberapa orang rakan sengaja sediakan wang tunai dalam jumlah tertentu kat rumah. Konon-kononnya kalau penyamun datang dan tak ada apa yang nak disamun, mereka ni sanggup aje tebas leher tuan rumah. Pulakkkkk? Tak pepasal pulak!

Kononnya, kalau depa ni dapat sekupang dua, tuan rumah tak akan dicederakan. Mmmmm boleh pakai ke teori tu? Ntahlah! Setahu aku, bila hati dah hitam, mana ada dia dok pikir pasal orang lain. Ikut suka tok nenek dia je nak buat apapun.

Habis tu, kalau memang tadak sekupang pun? Nak buat macam mana? Penat je kita mengais pagi petang, bila malam rezeki yang tak seberapa tu disimpan untuk penyamun tarbus tu? Baik lagi pergi humban aje ke tabung masjid, dapat juga pahala.

Bagus benarlah bila PDRM buat gerakan cantas kongsi gelap seluruh Negara, paling kurang berkuranglah sikit golongan yang menyusahkan orang ni. Harap-harapnya juga, lepas ni tak adalah orang berbangga jadi geng tertentu.


Khamis, 29 Ogos 2013

Senarai 49 Kongsi Gelap Di Malaysia

Akhirnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dedahkan juga senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.

Kumpulan kongsi gelap mengikut kaum adalah seperti berikut;

kongsi gelap Melayu: Geng 007, Tiga Line dan Geng 30

Kongsi gelap India: Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.

kongsi gelap Kaum Cina di Semenanjung: Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

kongsi gelap Di Sabah: Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP.

kongsi gelap Di Sarawak: ada 16 pertubuhan: Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop.

Semua pertubuhan tersebut diistiharkan sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam dan boleh dikenakan tindakan di bawah dua akta yang diperuntukkan iaitu Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Pertubuhan. Kedua-dua akta itu akan diguna pakai kerana semua kumpulan tersebut telah diwartakan sebagai pertubuhan haram yang menjalankan aktiviti jenayah berbahaya.

Baguslah macam tu. Sekurang-kurangnya masyarakat tahu tentang perkumpulan kongsi gelap ni. Tak adalah nak ikut mengkhinzir buta, ya tak? Cumanya, tak mahu ke umumkan siapa kepala bagi semua kumpulan ni? Siapa di belakang mereka?

Tahniah kepada pihak berwajib yang sanggup menggempur habis-habisan kumpulan ni. Kalau keahliannya dah berates ribu, tu pasallah kat mana-manapun kita boleh jumpa banyak jenayah. Paling tak boleh blah, ada antara kongsi gelap ni dah mula rekrut pelajar sekolah untuk jual dadah.

Kumpulan itu kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan. Sebab tu lah mudah benarnya budak sekolah terjebak dengan dadah, benda haram tu mudah benar diseludup masuk kawasan sekolah. Hishhhhh! Punah jahanam entah berapa ganerasi!

Komen aku: Kita patut berterima kasih kepada kumpulan kongsi gelap Gee Hin dan Hai San yang tubuhkannya berzaman dulu. Lekat jugak impian mereka untuk jadi peneraju kan? Hishhhh! Sebab tu lah kena belajar sejarah!




Gatal Tapak Tangan Kiri


Orang kata kalau gatal tapak tangan ada maknanya yang tersendiri. Apa maknanya bila gatal tapak tangan? Gatal tapak tangan kanan bermakna nak dapat duit tapi bila gatal tapak tangan kiri, maknanya nak hilang @ habis duit.

Petang semalam, jenuh sepetang aku tergaru-garu tapak tangan kiri. Dah banyak kali garu pun masih belum hilang lagi. Ishhhhh!

Bukan gatal biasa-biasa tau…gatal yang memerlukan kena garu. Sekali dua garu, masih juga gatal lagi. Nak buat kerja pun terganggu.

“Kak, spek dah siap…dah boleh ambil bila-bila masa aje,” kata adik dari menara optometri bila aku jawab telefon.

Sebab tu ka tapak tangan kiri aku gatal-gatal ni?

Komen aku: Jangan terlalu percaya dengan dakyah ni hingga memesongkan akidah. Terima ajelah sebagai budaya je…
 
 
 

Semak Status Tawaran Kemasukan Ke Program Ijazah Pertama UKM


Kepada adik-adik yang tengah bersemangat untuk mendaftar pengajian di pusat pengangajian tinggi UKM, harapnya semua dah tahu keputusannya. Dah semak tak?

Semakan sepatutnya dah dibuat sejak Julai lepas lagi. Tapi kepada adik-adik yang tertinggal kapal terbang tu, bolehlah semak di Semak Status Tawaran Kemasukan Ke Program Ijazah Pertama UKM Bagi Program Prasiswazah untuk Sesi Akademik 2013-2014. Semakan tu sebenarnya telah diaktifkan sejak 10.7.2013 – 31.8.2013.

Adik-adik yang dah menerima tawaran untuk belajar ijazah pertama prasiswazah di UKM atau universiti lain dah mula mendaftar diri. Sepatutnya. Tahniah! Selamat belajar ya….semangat tu jangan pula hanya berkobar-kobar pada masa daftar masuk ni aje. Silalah bertahan dan pertahankan semangat tu hingga habis belajar ya.



Namun, begitu, kepada adik-adik yang tidak Berjaya dalam permohonan berkenaan, patutnya dah buat rayuan kan? Silalah tunggu keputusan rayuan kemasukan program ijazah pertama berkenaan. Biasanya, bila semua pelajar dah daftar, jika masih ada kekosongan, mereka yang membuat rayuan ni akan dipertimbangkan semula untuk diterima.

Anggaran masa untuk panggilan bagi pengambilan kedua ni biasanya hingga seminggu dua selepas pelajar lain daftar. Kiranya anda tergolong dalam golongan pelajar yang menerima panggilan tahap ke dua ni, usahlah rasa rendah diri. Kalian hanya tertinggal kuliah dalam sebulan sahaja. Kalau jiwa kental, tempoh belajar sebulan tu sempat lagi nak kejar. Syarat utamanya adalah kesungguhan. Asal ada kesungguhan, semuanya boleh diuruskan.

Bagi golongan yang dah kerja tetapi mempunyai niat untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi, sebenarnya peluang tetap ada. Boleh mohon untuk balajar di universiti menggunakan Saluran kedua. Setiap tahun ada iklan tentang tawaran pengajian saluran kedua ni. Biasanya Semak Status Tawaran Kemasukan Ke Program Ijazah Pertama UKM (saluran kedua) juga boleh dibuat secara online. Tapi keputusan belum ada lagi ya…

Golongan ni ditawarkan untuk sambung belajar di universiti dan dinilai berdasarkan pengalaman pekerjaan selain pencapaian akademik. Mereka akan belajar sepenuh masa bersama pelajar ambilan biasa yang lain. Abang ipar aku yang ensem tu guna Saluran kedua untuk sambung belajar ijazah pertama. Kalau nak buat master atau pHD, tak ada saluran kedua ya…hanya ada sepenuh masa atau separuh masa je. Harap maklum.

Fuhhhhh! Dah lama tak tulis entri panjang-panjang begini!
 
 
 
 
 

Rabu, 28 Ogos 2013

Jom Sambut Di Ambang Merdeka UKM Bersama "Seniman Bujang Lapok"



Setiap tahun, UKM turut adakan sambutan ambang merdeka dan ambang tahun baru. Tak ramai yang tahu. Acara tu terbuka kepada masyarakat luar, kalau nak ikut serta boleh datang. Adakala aku terpaksa pergi bila boss malas nak berembun bagai. Tidur lagi seronok dari dok melangut menunggu jam 12 tengah malam kan?

Bila boss arahkan aku pergi ke pesta pestaan sebegini, aku ikut mood sama ada nak pergi ataupun tarik gebar. Kalau acaranya sesuatu yang sama sahaja seperti yang boleh kita dapat lihat siaran langsung sambutan diambang merdeka di Dataran Merdeka, Menara Berkembar atau serata ceruk Malaya, biasanya aku lebih suka tarik gebar. Ingkar arahan tanpa rasa bersalah!

Tapi kalau acaranya yang best, mengujakan, lain dari yang lain seperti persembahan gamelan ka, konsert diraja ka, persembahan kebudayaan ka, dikir barat ka...kebiasaannya aku gigih juga pergi. Benda-benda begitu susah nak dapat.


 
Bila boss arahkan ke acara sebegitu, usahlah pula beranggapan yang aku ini sangat penting, sebab aku sendiri sedar bahawa aku merupakan orang terakhir yang boss cari dengan faktor utamanya, masih bujang. Orang bujang dan belum berkahwin ni mudah sikit nak bagi arahan. Kononnya tak perlu minta izin suami atau tinggalkan rumahtangga memalam buta.

Patutnya, orang bujanglah tak perlu dihantar ke acara sebegitu. Malam-malam buta. Sensorang. Bahaya tau!

Kali ini tak ada siapa arahkan aku. Seronok nak dengan cerita sebelum merdeka dari Pak Ajis @ Aziz Satar. Klasik tak aku? Hu huh u maklumlah, warga emas…tentulah klasik!

Sambutan Ambang Merdeka 2012 di UKM



 Cuba tengok, sopan tak mereka? Baju Melayu lagi tu...ensem bhai!

Opssss! Maaf, panjang pulak aku membebel ya. Sebenarnya entri ni hanya nak berkongsi maklumat tentang sambutan Di Ambang Merdeka yang dianjurkan dan diadakan di UKM. Jom, temui Seniman Bujang Lapok: YBhg. Dato` Aziz Satar yang akan berbicara dalam Forum/Pengkisahan Peristiwa Sebelum Kemerdekaan. Bukan senang nak dapat tu!

Maklumat lanjut acara sambutan di ambang merdeka di UKM adalah seperti berikut;

Tarikh Acara      :30/08/2013
Masa Acara       : 08:40 Malam hingga 12:00 Malam
Tempat              : Dataran Panggung Seni, UKM
Penceramah       : Seniman Dato' Aziz Satar
Tajuk Syarahan  : Forum/Pengkisahan Peristiwa Sebelum Kemerdekaan


Pengisian Acara: Forum Kemerdekaan, persembahan kesenian, acara patriotik `naikkan bendera & Laungan kemerdekaan dan diakhiri dengan persembahan Bunga Api.

Bagi sesiapa yang malas nak bersesak di Dataran Merdeka atau tempat lain dan nak tengok acara kebudayaan, jumpa Pak Ajis terutamanya, silalah datang ke Dataran Panggung Seni, UKM. Acara ni terbuka kepada orang luar juga, tapi tak ramai yang tahu.

Kalau datang ke acara sambutan di ambang merdeka anjuran UKM ni, pakaian kenalah kemas dan sopan sebab acara rasmi. Paling malas nak pakai segak pun, pakailah baju berkolar. Sila elakkan pakai pakaian macam pergi berkelah atau tengok konsert., atau pakai selipar jepun. Apalagi pakai seluar pendek.

Kalau ikut sambutan di ambang merdeka tahun 2012, boleh tahan meriahnya juga. Apa yang best, tentulah sebab tak lenguh berdiri, ada pendingin hawa bagai dan diakhiri dengan acara makan-makan. Kalau dah tengah malam macam tu, biasanya dah tak lalu nak makan pun!

Jom!

Cik Bintang, jangan lupa kamera dan lens panjang ya…kita teropong Pak Ajis!



Selasa, 27 Ogos 2013

Jalan-Jalan Sekitar KL Ditutup Untuk Raptai Dan Perarakan Hari Kemerdekaan

Sempena perarakan Hari Kemerdekaan, beberapa jalan sekitar KL akan ditutup untuk raptai dan perarakan Hari Kebangsaan. Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula esok untuk raptai sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Sempena Hari Kebangsaan Jalan-jalan ini akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula Selasa (hari ni) hingga Sabtu. Antara jalan-jalan ditutup untuk raptai perarakan kemerdekaan yang terlibat adalah;

Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama),
Jalan Travers,
Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen),
Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara),
Bulatan Hishamuddin,
Jalan Tembusu,
Jalan Cenderasari,
Jalan Perdana,
Jalan Kinabalu,
Jalan Raja,
Jalan Leboh Pasar Besar,
Jalan Hishamuddin,
Jalan Leboh Ampang,
Jalan Tun Perak,
Bulatan Dato Onn,
Jalan Parlimen,
Jalan Raja Laut,
Jalan Sultan Ismail,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Jalan Munshi Abdullah,
Jalan Dang Wangi,
Jalan Mahkamah Persekutuan dan
Jalan Raja.

Bagi sambutan Kemerdekaan pada hari Sabtu, beberapa batang jalan di Kuala Lumpur ditutup dari 9 malam Jumaat hingga 12 tengah hari Sabtu, iaitu;

Jalan Hishamuddin/Jalan Raja,
Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja,
Jalan Mahkamah Persekutuan

Kepada anda yang berkerja atau tinggal di kawasan atau jalan terlibat, dah tahu ke jalan alternatif? Mmmmmm bermula hari ni, kesesakan akan bermula bagi kenderaan yang memasuki kawasan bandaraya. Kalau boleh elak, aku memang akan elak dari masuk KL. Kecuali dah terpaksa sangat.

Pilihan lain yang ada, gunakan pengangkutan awam. Tapi, faham-faham ajelah pengangkutan awam yang ada di Malaysia ni, kena bersedia untuk leburkan barang beberapa kilogram lemak kan? Bagus apa untuk kesihatan!



Isnin, 26 Ogos 2013

Rebat Tol 20 Peratus Sempena Hari Kemerdekaan


Raya belum habis lagi kan? Untunglah sesiapa yang pergi beraya pada 31 Ogos (Sabtu) nanti sebab PLUS bagi rebat rebat tol sebanyak 20 peratus apabila membayar tol menggunakan sistem elektronik. Rebat tol tu sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56. Elektronik sahaja ya… rebat tol itu diberi kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, Touch n Go dan SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian Plus.

Rebat tu boleh dituntut di pusat-pusat khidmat pelanggan Plus apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 16 September hingga 15 Disember tahun ni, tuntutan rebat tol selepas tempoh itu tidak akan diterima.

Walau bagaimanapun, Rebat itu tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang.

Kalau aku guna tol Kajang ke Serdang, dengan rebat sebanyak 20% tu, agak-agaknya berapa banyak ditolak ya? Mmmmmm kena pergi tuntut di pusat khidmat pelanggan la pulak. Pasai apa tak otomatik je bila tambah nilai?


Ishhhh! Banyaklah komen aku kan? Mmmmmm rebat ni berbaloi-baloi untuk perjalanan yang jauh. Bolehlah raya sampai lebam ya h u huh u hu


Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung 3 September


Berita gempar! Berita terkini! Berita panas!

Hu hu hu hu dengar khabarnya kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi rebat pembelian telefon pintar 3G belia kepada golongan itu bermula 3 September ini. Sebelum ni, program tu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.

Errr…errr tengah fikir jugak ni macam mana cara mereka memantau. Cer citer! Cer citer!

Program ni dah belanjakan RM1.42 juta sejak dilancarkan. Dah berapa ramai ya yang mohon daripada anggaran golongan belia dalam lingkungan umur 21 dan 30 tahun, serta berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.

Yang aku tahu, adik aku kat kampong tu tak mohonpun. Bila aku Tanya kenapa tak mohon, selamba penyu je dia jawab gaji dia lagi tinggi dari gaji PM. Tak layak mohon. Huh u hu hu gelak ajelah!

Kalau tak mahu gunapun, apa salahnya derma kat aku kan? Aku ni budak skulah, mana mampu nak beli telefon pintar!

Bukan semua orang sudi menerima bila orang member rupanya!


Sabtu, 24 Ogos 2013

Erti Merdeka


Aku ada letak lagu best Siti Nurhaliza berkaitan kemerdekaan, anak bangsa dan semangat cintakan Negara dalam entri yang terlupa pulak aku nak letak tajuknya. Itu tajuk baru letak ya…


Siti Nurhaliza - Satu Malaysia



Sekarang kan bulan Lapan. Bulan Ogos kan bulan kemerdekaan. Semangat cintakan Negara perlu lebih ditingkatkan berbanding bulan biasa, walaupun kehangatan rumah terbuka lebih tinggi lagi dari semangat berbendera.

Apa kata kita hayati lagu dikir barat nyanyian Cikgu Naim tentang Erti kemerdekaan.

CIKGU NAIM - APA ERTI MERDEKA




Berikut aku taip lirik lagu dikir nyanyian CIKGU NAIM - APA ERTI MERDEKA

Apa erti kemerdekaan bagi umat melayu kita
Tak ser terima perubahan, anak cucu menjadi mangsa
Orang lain dok rebut peluang, Tak kan kita nak tengok saja
Masa cepat berjalan, Sesaat tak tunggu kita
dilema, dilema, dilema Melayu kita

Orang lain hidup bersatu, kita baaloh sama sekampung
Bangsa lain hidup maju, bangsa kita masih mundur
Orang kecek percaya selalu, sanggup baaloh macam Jepung
Ikut saing dulu-dulu, jadi katak bawah tempurung
dilema, dilema, dilema Melayu kita

anak orang naik kapal terbang, anak kita naik teksi
anak orang makan hotel, anak kita kedai kopi
anak orang jual barang, anak kita ladung beli

tak ada pitis rela hutang, tanah pusaka jual lagi
dilema, dilema, dilema Melayu kita

kereta orang kereta macedes, kereta kita moreh lama
kereta orang asap nipis, kereta kita asap bunga
kereta orang hidup dengan suis, kereta kita mapuh tolak sokmo
beli baru tadak pitis, beli beraspun berhutang sokma
dilema, dilema, dilema Melayu kita

anak orang baca buku, anak kita dok ralik derak
anak orang masuk ke U, anak kita masuk lokap,
Anak orang minum susu, anak kita dok tongok ubat
Macam mana kita nak maju kalau tak ser ubah sikap
dilema, dilema, dilema Melayu kita

Anak orang gi masjid, anak kita tepi jalan
Anak orang duduk mengatib, Anak kita duduk begewe
Anak orang perangai baik, anak kita serupa jembalang
dok balah cari penyakit tak ser pikir masa depan
dilema, dilema, dilema Melayu kita

apa erti kemerdekaan bagi umat melayu kita
tak ser terima perubahan, anak cucu menjadi mangsa
orang lain dok rebut peluang, tak kan kita dok tengok saja
masa tetap berjalan sesaat tak tunggu kita
dilema, dilema, dilema Melayu kita


Berikut beberapa perkataan dalam bahasa Kelantan totok yang mungkin sukar untuk difahami, jadi aku terjemahan. Kata atau perkataan berkenaan adalah bahasa Kelantan yang mungkin kalian tak faham maknanya, yang lain tu perkataan mudah yang biasa ditemui.


Baaloh= bergaduh
Orang kecek percaya selalu= orang beritahu terus percaya serta merta
Saing= kawan
kereta kita mapuh tolak sokmo= kereta kita selalu mati dan bertolak
anak kita dok ralik derak= anak kita selalu melaram lepak
dok tongok ubat= minum ubat batuk
Anak orang duduk mengatib= anak orang beribadat di masjid
Anak kita duduk begewe = anak kita dok dating dengan kekasih
dok balah cari penyakit tak ser pikir masa depan= selalu bergaduh cari pasal, tidak fikir masa depan

OK? Faham dah?
Sape kata lagu-lagu dikir barat ni mengarut dan mencarut je…kan ada yang best dan perlukan tahap pemikiran minda kelas pertama? Hu huh u jommmm berdikir barat ;)



Jumaat, 23 Ogos 2013

Entri lupa letak tajuk


Ogos dan sampai hujung. Tak perasanpun. Tak sedarpun. Waktu memang sangat cepat berlari, jenuh dok kejar. Aku jugak yang lelah.

Di mana-mana suasana sambutan hari raya Aidilfitri masih hangat terasa. Rumah terbuka memanjang ada, hari minggu lagilah.
Aku pulak kalut dok mengejar dunia yang entah bila akan lelah. Entah bila akan berhenti. Banyak benar nak kejar sampai tak terkejar. Masa pula semakin suntuk. Sangat-sangat suntuk. Nyawa-nyawa ikan. Nak beria beraya pun tak ada mood. Dalam kepala dok berselirat berserabut dengan tarikh akhir. Sepanjang masa berdebar-debar je. Menanti. Menunggu. Penuh tanda Tanya, banyak blur nya.

Namun, sebelum terkedang tak bergerak, aku perlu lakukan sesuatu. Perlu usaha sehabis daya. Orang kata, saat-saat akhir sebelum boleh putusasa dan melepaskannya. Ini perjuangan yang terakhir yang tak ramai orang fahaminya. Jadi, daku tak salahkan kalian andai kurang mengerti. Tak tuntut untuk dimengertikan, hanya…usah memaksa atau mendesak.

Kalau Tanya hati, memang hati sendiri pun tidak tahu akan bagaimanakah semua itu. Kelabu. Samar. Harapan memang tinggi, hingga titisan peluh terakhir akan diusahakan sebelum boleh mengalah. Insha Allah, bila dah berusaha sehabis daya…maka seterusnya serahkan sahaja kepada Yang Esa. Dia Maha Tahu.

Kepada rakan-rakan yang tidak mampu daku hadiri acara makan-makan dan buka-bukaan rumah itu, sepuluh jari dihulur maaf zahir batin dihulur. Waktu sekarang ni suasananya kejap okey kejap berserabut kusut masai. Semua acara kehidupan bergantung kepada "kelapangan" yang tak berapa nak lapang ni.

Kat TV, radio sekarang ni rancak dok putarkan lagu Siti Nurhaliza - Satu Malaysia. Maklumlah, bulan Ogos kan.

Siti Nurhaliza - Satu Malaysia



Macam berhantu pulak lagu ni…kian kerap didengar, makin sedap pulak. Makin merdu. Makin seronok didengar.

Komen aku: Tak sabar nak akhiri semua ni. Dah sangat lelah. Letih. Penat. Semuanya ada. Rasa nak qada tidur setahun je...Alahai, bantal dah terlalu lama mengamit untuk kupeluk!

PsssT: Selamat berhujung minggu. Selamat sambung acara raya-rayaan pada hari minggu.





Khamis, 22 Ogos 2013

Gambar Passport Nak Buat Passport

Masa pergi Warta dua hari lepas, aku melintas depan kedai kamera. Kebetulan ada pekerja kedai tu, budak tomboy dok depan kedai, terus je aku tanya. Bukan nak ambil gambar terus waktu tu, muka berminyak...boleh goreng keropok losong pun! Mestilah nak ambil gambar dengan muka lawa sikit kan hu hu hu

Aku: Dik, kalau nak ambik gambar passport, berapa harga ya?
Budak Tomboy: 6 keping RM15
Aku: Gambar passport yang syarat baru tu ya?
Budak Tomboy: akak nak buat apa gambar passport?
Aku: Buat passport.
Budak Tomboy: Ya lah…gambar passport tu nak buat apa?
Aku: Buat passport.

Suara dia dah tinggi.
Budak Tomboy: Gambar passport nak buat apa? Imigresen ka? Isi borang ke?
Aku: Buat passport…kat tempat lain lagi ke boleh buat passport kalau tak pergi imigresen?

Nampak tak? Nampak tak aku tengah blur. Kalau nak buat passport, memang kena pergi imigresen kan? Ke pergi JPJ? Balai polis? Boleh?
Budak Tomboy: Imigresen lah tu!

Errrrr! Dah nak buat passport, kenalah pergi imigresen!

Mmmmm ye lah. Aku yang salah. Aku tak faham apa yang dia Tanya. Dia pulak tak faham apa yang aku jawab.

Tak payah nak bertekak. Banyak lagi kedai gambar yang lain.
 
 
 
 
 
 



Rabu, 21 Ogos 2013

Kemalangan Bas Pesiaran di Genting Karak

 
Berita radio Klasik nasional jam 4 petang tadi aku ada dengar sayup-sayup je tentang kemalangan bas yang terjun gaung di jalan Genting Karak. Masa tu tengah mengantuk gila, Aaron Aziz kat depan pun aku buat tak tau je bila gitu keadaannya. Kalau Abam Fahrin Ahmad yang lalu depan, boleh jugak aku jeling-jeling huh u hu.

Jam 5 petang, berita tu aku dengar lagi sekali. Masa tu baru aku sedar yang kemalangan bas jatuh gaung itu memang serius. Hati memanglah nak cari maklumat dengan segera, tapi hidup ni bukan hanya berkaitan online sahaja. Jadinya, diabaikan lagi.

Lepas berbuka, sambil bersenang lenang turunkan capati ke perut, aku dengar lagi berita radio. Kali ni dengan lebih jelas lagi. Selepas tu baru buka TV dan online cari maklumat. Ohhhhhh! Memang ngeri. Memang sadis. Memang dahsyat kemalangan bas jatuh gaung di Genting Higlands tu!

Sehingga jam 6 petang tadi, 33 mangsa disahkan maut, 16 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas terhumban terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands menghala ke ibu negara kira-kira jam 3 petang tadi. Mangsa yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan, manakala 17 daripada mayat tersebut telah dibawa naik oleh pihak bomba.

Nahas berlaku ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan Genting Higlands berkenaan.

Sehingga kini, hanya itu sahaja maklumat yang ada, tetapi kalau nak tengok gambar-gambar kemalangan bas pesiaran masuk gaung di Genting, bolehlah tengok di beberapa blog macam Keris Putera yang tampalkan beberapa gambar. Kalau nak lebih banyak gambar kemalangan bas di Genting ni, silalah ke blog Tengok TV Online. Malah, ada video operasi menyelamat dalam nahas bas kemalangan di Genting tu. Blog Bulan Purnama pun ada tampal banyak gambar, baik pi tengok... Ada jugak aku terjah blog ondscene, ada maklumat asas dan beberapa keeping gambar. Tuan punya blog masih berada di tempat kejadian, Line tak elok kot, apapun, aku pasti blog ni akan siarkan lebih banyak gambar selepas ini. [Ondscene dah kemaskini maklumat dan lebih banyak gambar di tempat kejadian kemalangan bas persiaran ke gaung di Genting Higlands Karak. Lebih banyak maklumat dan situasi di tempat kejadian kemalangan bas terbabas ke gaung di genting juga dipaparkan di blog ini.].

Komen aku: bila tengokkan kerja-kerja menyelamat mangsa bas jatuh gaung di Genting Karak ni, aku memang tabik spring toing toing dengan semua orang yang terlibat dalam operasi berkenaan. Bas berkenaan menggelungsur jatuh ke gaung sedalam 50 meter, kena panjat segala. Tebingnya pulak curam, ada hutan belukar lagi…sangat susah, tetapi mereka memang dedikasi menjalankan tugas. Lebih tersentuh hati bila TV3 siarkan visual pasukan penyelamat yang mencari mangsa dalam gaung sana malam-malam buta. Siangpun dah susah, malam, lagilah. Tahniah bomba. Tahniah Polis, JPAM, doktor, jururawat, wartawan, dan semua orang yang terlibat.
 
 
 
 

Selasa, 20 Ogos 2013

Salurkan Idea Untuk Belanjawan 2014


Perdana Menteri, dalam facebooknya, Datuk Seri Najib Razak mempelawa orang ramai memberi pendapat dan berkongsi maklum balas mengenai Belanjawan 2014.

Belanjawan 2014 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober ini.

Komen aku: Tunggu apa lagi? Inilah masanya kemukakan idea dan cadangan. Nak mintak BR1M 14 kali setahun ka, mintak buat lebuhraya yang entah berapa lama dok umum tu tapi masih jugak tak Nampak sekeratpun tanda-tandanya ka, nak mintak bina jambatan ka…nak mintak tambah jumlah vouncer buku hingga seribu ka, nak mintak computer percuma ka….mintak ajelah apa-apapun. Haaaaa jangan lupa tau mintak bonus penjawat awam barang dua tiga bulan. Orang lain boleh dapat empat lima bulan bonus setahun, tak kan penjawat awam tak boleh dapat. Ye tak? Semua boleh mintak. Dapat belum tentu ya!

Kalau aku, aku hanya nak mintak peratus cukai tahunan tu diturunkan je…kalau dah cukainya juta-juta lemon kena bayar, macam mana nak bayar masuk jamban, nak bayar cukai perkhidmatan di McD…nak masuk KFC pun dah tak mampu. Apalagi nak makan satey haji samuri kajang tu…punnnnnnnnnn ada cukai!

Tak pun, penyelarasan tarif elektrik tu tangguh dulu barang 20-30 tahun boleh tak? Yang naik ari tu pun masih tercirit nak bayar walaupun ada tertulis "subsidi bahan api dibiayai kerajaan persekutuan", harammmmmm tak pernah dapat walaupun tutup semua lampu. Tak kan nak guna pelita ayan pulak hu hu hu hu 

Kesian kan kami rakyat marhaen ni! Mmmmmm apalagi, silalah bagi cadangan untuk Belanjawan 2014.

Mmmmmmm belum makan satey lagi ni. Ada sesiapa buat rumah terbuka bermenukan satey tak?


Isnin, 19 Ogos 2013

Ady Putra Dan Yusof Haslam Dikejarkan Ke Hospital


OOhhh! Pelakon kacak popular idaman Malaya Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini. Berdasarkan instagram isterinya, Zuhaidah kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, ke hospital.

Dua hari lalu, isterinya turut memuatkan gambar Adi sedang terlantar di hospital tetapi tidak menjelaskan punca Ady Putra dimasukkan ke hospital. Aidilfitri lalu pelakon kacak ini menunaikan umrah.

Jam 9 pagi tadi juga, Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, dikejarkan ke Hospital Tawakal setelah rebah di rumahnya.

Menurut anaknya, Syamsul Yusof, keadaan ayahnya masih belum diketahui kerana pihak hospital memerlukan sedikit masa bagi mengenal pasti masalah kesihatan pengarah tersebut.

Komen aku: waktu yang sama, hari yang sama…kejadian hamper sama. Sama-sama kita doakan pelakon kacak popular Ady Putra dan pengarah lagenda Datuk Yusof Haslam cepat sihat.


Kemaskini: 

Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal selepas dimasukkan ke hospital itu pagi tadi.

Menurut Datin Patimah Ismail, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah. Dia juga hampir pengsan menahan sakit selain wajahnya menjadi pucat.

Doktor mengesahkan Yusof haslam mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk.

Pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya dilakukan pada petang Isnin.


Jangan Sampai Orang Yang Teraniaya Aminkan Doanya...


Zaman dah makin canggih manggih. Semua tindakan, tingkahlaku dan perbuatan kita dah tak rahsia lagi. Tampar bini dalam lif pun orang boleh tahu dan ulang tayang tengok semula. Rompak kedai serbaneka pun orang boleh kesan. Curi tudung mahal sembunyi bawah kelangkang kat butik pun orang boleh tengok satu dunia.

Yang belum ada rakaman takat ni, orang buat dan terima rasuah billion-bilion. Kalau takat seringgit dua, wat penat pasang CCTV ya dak?

Dalam kecanggihan dunia teknologi sebegitu, pernah tak kalian terfikir yang satu hari nanti, kalian melihat, mendengar dan menonton fitnah yang tidak pernah terfikir dek akal anda untuk lakukannya, tetapi itulah yang dipaparkan? Melihat dan mendengar sendiri kalian difitnah?. Apa rasa?

Diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bermaksud:

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang.”




Ingatkan aku kuat. Rupanya tak sekuat mana. Menggigil seram sejuk satu badan. Hanya, belum sesak nafas je lagi…

Untungnya, semua tu keluarga aku dah tengok dulu. Aku mungkin jadi orang terakhir antara kami yang melihatnya. Alhamdulillah, Mek Ayah tak mudah latah untuk percaya walaupun ada juga yang percaya.


Komen aku: Doakan daku lebih tabah dan mampu kawal diri dari tergelincir dari jalanNya. Amin. 




Sabtu, 17 Ogos 2013

Salah Siapa Bila Anak-Anak Lupakan Orang Tua?

Ini cerita keluarga kami.

Sejak kecil aku melihat kesukaran hidup Mek ayah. Kami tak ada apa-apa. Malah, masa aku kecil dulu, ayah pernah kata yang dia “tak ada harta untuk bagi anak-anak, tapi…kalau nak belajar, ayah akan usahakan”.

Kamipun belajar. Ada yang Berjaya, ada yang kantoi tengah jalan. Adik yang bongsu pula ambil keputusan untuk jadi petani. Katanya nak teruskan legasi ayah.

Kami sentiasa ingat tentang kesukaran semasa kecil. Baju hanya bertukar setahun sekali. Hanya masa raya. Bila dah besar sedikit, ada kalanya rayapun tak ada baju baru. Hingga sekarang, aku dah terbiasa tak punya baju baru pada hari raya. Tak ada baju baru pun kami tetap beraya dengan cara kami.

Bila masing-masing dah kerja, kami cuba ubah taraf hidup kami. Kami tak mahu Mek ayah hidup susah dan banting tulang macam dulu lagi. Kami bantu sikit sorang. Masing-masing macam dah tahu apa tanggungjawab sendiri tanpa perlu diberitahu.

Mek ayah pun tak pernah minta apa-apa, tetapi kami sebagai anak akan berusaha untuk lengkapkan segala keperluan. Kalau sorang sikit, kan dah banyak. Anak-anak Mek dan ayah kan ramai. Menantu-menantu juga ramai.

Jadi, bila Mek ayah Nampak mewah dan segak bergaya…nak heran apa. Mereka kan ada 7 orang anak.

Jadinya, salah kami ke mewahkan mak bapak kami sendiri?

Bila ada anak-anak yang lupakan mak bapak…lupa mewahkan mak bapak macam kami buat, salah kami juga ke?

Bila ada anak abaikan orang tua, salah kami ke? Bila anak-anak pentingkan diri sendiri sahaja, kami juga yang salah?

Mmmmmmmmmmm latihlah anak kenal tanggungjawab, baru mereka bertanggungjawab. Diri sendiri juga kenalah bertanggungjawab, kepimpinan melalui tauladan. Baru jadi. Kalau takat jadi ketam, memang tak adalah!

 


Jumaat, 16 Ogos 2013

Ciri-ciri Orang Yang Muflis


Sempena Jumaat yang mulia, nak kongsikan kata-kata motivasi yang diberikan Doc Ensem Macham-Macham Adaaaa pagi tadi;

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?”

Lalu jawab sahabat:

“Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.”

Lantas Baginda s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang muflis ini. Sungguh kasihan aku dengan mereka yang muflis bukan sahaja di dunia, malah berlanjutan hingga ke akhirat. Semoga mereka ini dilimpahi taufik dan hidayah serta berkesempatan untuk kembali semula ke jalan yang lurus.

Kata Mek, biarlah hitam rupa, asalkan putih hati.

Komen aku: Mmmmmm semoga Mek bukan aje putih rupa, putih hatinya. Syukur alhamdulillah ya Allah, dahlah rupaku tak hitam (walaupun aku rasa kulitku hitam), moga-moga hatiku jua tidak ternoda diselaputi warna hitam.



Apa Nak Buat Bila Jiwa Kacau?


Semalam aku ada tulis pasal Kalau Dah Bukan Rezeki. Ya lah, kalau dah memang bukan rezeki kita, nak buat apa. Kenalah terima walaupun syahdu.

Aku selalu pun berpegangkan kepada “Kalau dah rezeki kita, memang tak ke mana…Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita”. Jadi, entri semalam bukan pasal tak puas hati dengan ketentuan itu.

Hanya rasa sayu, sendu, syahdu... sebab rasa macam tak adil. Bukan tak adil dengan ketentuan ilahi, tetapi rasa tak adil dengan pertimbangan manusia. Apapun, sendu syahdu tu dahpun dibuang jauh-jauh. Dah okey pun jiwa dan minda ni. Dah sambung buat kerja semula dengan gila-gila! Gila pun tak pa!

Bawa hati seketika mengubat rasa je. Asalnya, nak pi menabung di Parkson Alamanda. Hu huh u sila jangan amalkan shopping waktu jiwa tengah kacau, kang muflis tak pepasal.

Sebenarnya malas nak keluar. Jadi, apa nak buat bila jiwa kacau? apa nak buat bila tertekan? apa nak buat untuk ubati hati sendiri?

Kalau aku, mudah je. Makan pun boleh. Main games pun boleh. Tidurpun boleh. Kalau hati sebal sangat, pergi sental bilik air dan mop satu rumah. Banyak aktiviti bermanfaat boleh dilakukan.

Jadinya, petang semalam aku mop lantai, menyapu, sental bilik air dan mandi. Kemudian main candy crush. Alhamdulillah, lega.

Sayangnya, lega itu hanya seketika. Bila adik datang, dia bawakan berita yang buatkan suhu hati melonjak 2 ribu darjah celcius. Fuhhhhh! Kalah gunung berapi!

Ketika ini, aku sangat kesian dengan ayah. Dia memang panas baran. Dia memang bengkeng. Pongoh. Gedebe. Bering. Cik Bintang kata “pendekar”. Sangat kesian dengan dia yang tengah menahan perasaan.

Dah lama ayah tak marah orang. Tak libas orang. Aku berdoa tak ada sesiapa kena libas!

PssssT: Kami sedang lalui satu ujian yang menggugat kesabaran. Aku jadi risau bila ayah marah, sebab...ayah lambat nak marah. Bila dia marah bermakna "tiada maaf bagimu".  Namun aku faham kalau ayah tidak lagi berdiam diri kerana sudah agak lama dia buat-buat tak tahu sahaja. Sabar ayah ada hadnya. Usah melampau!

Kang menyesal makan tak habis!

 





Khamis, 15 Ogos 2013

Kalau Dah Bukan Rezeki


Petang-petang hati jadi sayu...macam mendung yang tiba-tiba aje terapung di langit Bangi.

Semalam beria-ria kerja tonggang terbalik, balik jam 9.30 malam kusyuk kerja sampai lupa nak lunch, balik rumah sampung  hingga 4 pagi. Konon semangat kerja dah mari lepas lemau beberapa hari sejak Isnin.

Petang ni lemau semula. 

Rezeki memang Allah yang tentukan, namun hati...sedikit sebanyak tetap juga terasa sayu. Sebabnya mudah sahaja...daku tahu takat mana pencapaian diri, berbanding beberapa orang itu. Tak kan nak kena tunggu umur 50 baru nak dapat? Mmmmmmm nak lari pergi Bruneilah!

Namun, macam kata Cik Bintang, "Rezeki kita Allah bagi dalam macam-macam bentuk".

Ya...macam-macam bentuk. Alhamdulillah. Aku syukurinya. Tapi, hati...macam mana nak ubati ni?

Jom, makan cendol!


Rabu, 14 Ogos 2013

Tiga Beradik Hilang di Ipoh diJumpai di KL


Sekarang ni, banyak benda pelik berlaku. Macam kes ragut masa orang tengah solat tu. Pelik tak? Tak masuk akal pun ada!

Tiga beradik didapati hilang semasa berada di rumah ibu mereka di Taman Meru 2B, Ipoh petang semalam telahpun ditemui di Kuala Lumpur. Fuhhhhhhh! Jauh gila untuk budak-budak umur bawah 12 tahun!

Semalam, ibu mereka membuat laporan polis berkaitan kehilangan Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8 , dan Syauratul Syafiyah, 6, disedari ibu dan bapa kanak-kanak terbabit, Safarela Azwa Ishak, 36, dan Rizaudin Md. Zin kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurut ibu mereka, hanya pintu pagar hadapan dalam keadaan terbuka namun tiada langsung tanda kediaman terbabit dipecah masuk. Kalau baca akhbar online lewat malam ni, ketiga-tiga kanak-kanak terbabit dah pun dijumpai di Kuala Lumpur, dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Pelik betul. Baca ajelah akhbar esok untuk tahu maklumat lanjut. Kepala dah penat nak fikir macam mana budak bertiga tu boleh berada di Kuala Lumpur.

Kemaskini: dijumpai di rumah Ibu saudara mangsa di Gombak.

Komen aku: mmmmm kot ya pun nak beraya dengan anak buah, tak kan tak habaq maknya...


Tengah Solatpun Kena Ragut!


Oh! Malaysiaku nan aman.

Ramadhan dah berlalu, zaman hantu setan dibelenggu dah tamat. Semuanya dah bebas lepas. Alahai!

Di Chendering, KUALA TERENGGANU, Kak Ani, 52 tahun nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid. Diragut ketika solat? Memang melampau!

Kejadian Sabtu lalu itu berlaku jam 8.40 malam. Semasa kejadian, dia dan jemaah lain sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid. Disebabkan jemaah tidak ramai, mereka membuat satu saf sahaja dan dia berada di kedudukan paling tengah saf.

Ketika imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua, bahu sebelah kirinya dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang. Kak Ani yang terkejut dengan situasi itu, terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

Dia menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu. Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit tetapi gagal.

Penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul kerana ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

Komen aku: bapak setan memang dah terlepas kan?


Selasa, 13 Ogos 2013

SIAPA TAK RASA MALU? SAMPAI HATI ABE PIAT GODAM!


Jangan kata lagu-lagu melayu sahaja ada versi klasik, begitu juga lagu-lagu dikir barat. Faridah Bobby ni macam lagenda zaman mak ayah era tahun 70-an dulu. Sayangnya, teknologi waktu tu tak lah canggih mana, penyebarannya terhad. Tak macam sekarang ni kan?

Berikut antara lagu klasik yang dinyanyikan semula. Kita dengar dululah ya versi klasik bagi lagu GULA IKE PUYU… dalam bahasa melayu bakunya adalah Gulai Ikan Puyu.

GULA IKE PUYU versi FARIDAH BOBBY




GULA IKE PUYU versi MAT YEH




Bila dengar dua-dua versi ni, aku lebih suka dengar yang versi klasik. Hu hu huhu ya daku memang suka benda-benda klasik ni, maklumlah, orangnya pun dah masuk era klasik jugak kan…tapi, bagi aku, penghayatan untuk versi klasik lebih mencengkam menusuk kalbu hu huhuhu.




Ahad, 11 Ogos 2013

Jalan Memanglah Sesak, Dada Pun Sesak Juga!


Hari ini memang banyak jalan sesak. Sesak. Dan sesak. Terkemut-kemut je sepanjang beratus kilometer. Dah tentu situasi itu memang dah dijangka, sama seperti dah jangka kena bantai dengan Barcelona dalam perlawanan bola sepak persahabatan yang disiarkan secara langsung di TV3. Untungnya, tak adalah teruk sangat kena bantai macam Thailand.

Petang tadi, dada makin sesak jadinya bila Chong Wei Gagal Capai Misi, dan Tarik Diri Pada Set ketiga kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, kerana kecederaan. Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika ketinggalan 17-20 pada set penentuan kepada juara bertahan, Lin Dan dari China. Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Apapun, aku sebagai anak Malaysia tetap bangga dengan usaha si ensem pemain badminton nombor satu dunia ni. Dia dah buktikan berkali-kali kemampuannya selama ini. Ini kali kedua dia tarik diri bila bertarung dengan Lin Dan.

Seminggu tak baca akhbar, tak nengok akhbar online dan tak online FB. Maklumlah, di negeri paling miskin itu…faham-faham sendirilah ya, banyak umatnya. Manalah kami mampu nak guna gajet canggih bagai ni, semuanya guna yang cap ayam punya. Jadi, tak tahu berita semasa huh u hu



Hari ni, dah tengok cerita dunia, sesak dada rasanya. Ingatkan hanya jalan je yang sesak. Kat jalan tadi ada jugak tengok status beberapa orang cerita pasal letupan bom mengorbankan seorang lelaki di Tumpat. Ingatkan dia orang buat lawak. Rupanya memang kisah benar, seorang Lelaki Maut Bila Bungkusan yang Diambil di atas bumbung MPV abang iparnya telah Meletup. Kejadian berlaku di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Kelantan.

Hish! Seminggu dua dulu, hari-hari main tembak, bermula hari ni main letup-letup pulak ya. Hishhhh! Tak cukup dengan meriam buluh musim raya ari tu kot!

Kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya. Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. dariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam Sabtu bagi meraikan Aidilfitri. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa. Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan.



Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa. Kalau ikut temuramah dengan jiran mangsa yang lain (perempuan) di berita TV tadi, letupan itu menyebabkan kedua-dua tangan mangsa putus dua dan hancur.

Menurut berita TV juga, satu lagi bungkusan mengandungi bahan letupan ditemui berhampiran semak dan Berjaya dimatikan oleh unit pemusnah bom jam 4 petang tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di ibu Negara pula, 100 orang Hilang Tempat Tinggal apabila 31 Rumah Setingan di Kampung Puah Bahagia, Sentul, terbakar. Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.50 tengah malam dan 10 jentera bomba bersama 65 anggota digegas ke tempat kejadian. Usaha memadamkan api tidak dapat dilakukan dengan pantas kerana ketiadaan pili bomba di situ.

Bomba terpaksa mengambil air di kawasan perumahan Flat Bandar Baru Sentul yang jaraknya 500 meter dari tempat kejadian sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.30 pagi. Walaupun rumah yang terlibat hampir 100 peratus terbakar, tetapi tiada mangsa cedera dilaporkan.

Ramai yang kembali semula hari ini. Jalan raya memang sesak kalaupun tak adalah sampai tak bergerak. Itu cerita petang tadi, malam ni tak tahulah masih boleh bergerak ataupun dah terkemut-kemut berpesta lampu brek. Apapun, silalah berhati-hati di jalan raya. Nyawa itu amat berharga. Bila baca tentang bas ekspres terbalik dalam kemalangan hingga Lapan penumpang cedera, boleh bayangkan tak apa perasaan ayah bonda saudara mara di kampong halaman sana?

Sebuah bas ekspres membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah terbabas sebelum terbalik di Kilometer 52.7 Lebuhraya Utara-Selatan jam 8.15 pagi tadi. Kejadian berlaku di Kilometer 52.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Johor Bahru.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan di hadapan yang berhenti secara tiba-tiba. Bas terbabit kemudian terbabas dan menggelongsor sebelum terbalik sejauh 10 meter dari jalan.

Penumpang yang cedera terdiri daripada tiga rakyat tempatan, tiga warga Myanmar dan dua rakyat Thailand, dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk mendapat rawatan, manakala penumpang lain meneruskan perjalanan menaiki bas gantian.

Di Kilometer 26 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kulaijaya pula dua maut dan seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok jam 12.10 tengah malam semalam.

Sepanjang perjalanan dari Ketereh ke Bangi siang tadi, ada 6 kemalangan berlaku termasuk dua kemalangan yang agak teruk. Kereta yang keras tu dah jadi macam tin milo je, kemik sana sini tak Nampak macam kereta dah. Ada yang terbabas redah rumpun buluh terperosok dalam longkang.Bila jalan dah banyak kereta, ramai orang hanya tengok aje berbanding berhenti tolong. masing-masing anggap akan ada orang lain yang tolong. Kita pulak, macam mana? Hanya perlahankan kenderaan untuk tengok dan menyumbang kepada kesesakan jalan raya hu hu hu tak betul ke apa yang aku tulis? Opssss! Ok...masih ramai insan yang prihatin sebenarnya!

Kes paling tak best adalah bila seorang Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat. Hish! Mai lagi dah! Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 11.45 malam, mangsa yang masih bujang dan berusia 31 tahun itumelecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat. Kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

Mmmmmm di Malaysia ni, biasanya berlaku secara bermusim. Dulu musim buang bayi. Musim kena makan dek ular sawa. Musim simbah asid. Musim tembak menembak berlanjutan hingga letup-letup bom. Mmmmm simbah simbah asid akan kembali semula ke?

Apa-apapun, Malaysia tetap antara Negara paling selamat…kata oranglah! Alhamdulillah, aku dah sampai bangi jam 4 petang tadi dengan perjalanan tahap normal. 8 Jam. Itupun sebab aku melencong ikut Felda Sungai Koyan. Jem sendat dah dekat Bentong hingga Gombak je. Mmmmm lupa pulak nak singgah beraya rumah Dato' Siti Nurhaliza dulu tadi keh keh keh.

Mmmmmmmm….seminggu tak buat entri, sekali buat huh u huhu hu



Sabtu, 10 Ogos 2013

Hari Raya Aidilfitri


Dah pun raya ke tiga ya! Errrr...entri ni berjadual ya...tak ada maknanya nak tulis entri pada musim raya ya!

Salah satu lagu raya yang macho untuk didengar, adalah suara jantannya tu adalah lagu raya M.Nasir.

SATU HARI DI HARI RAYA - M NASIR



Lagu lama Aidilfitri, sangat klasik…

NONA ASIAH & KAMSANI - AIDILFITRI



Amacam? Pernah dengar?

Jumaat, 9 Ogos 2013

Nostalgia Raya

Tiap kali lebaran, banyak lagu raya berkumandang. Namun, antara banyak lagu raya @ lebaran, aku agak suka lagu ni…jarang diputarkan dicorang radio…

Lagu Raya : Selamat Hari Raya (HQ Audio) by SUDIRMAN



Nak dengar lagu raya yang syahdu? Jommmm aku sangat suka dengar benda-benda klasik zaman ini…versi Manusia Miskin Kaya (Nona Asiah)_lagu Raya tahun 50-an



Syahdu tak?

Khamis, 8 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Alhamdulillah, setelah sebulan jalani ibadah puasa, menahan diri dari lapar dan dahaga, berjuang mengekang nafsu, tiba jua Aidilfitri untuk diraikan bersama.

Dikesempatan ini, daku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini sama ada mengenali secara individu, pernah jumpa ataupun tidak. Sama ada kalian selalu meninggalkan jejak, tinggalkan  komen ataupun hanya membaca dengan diam-diam.

Seandainya ada kata yang terkasar, ada bicara yang mengguris, mohonlah dimaafi. daku hanya insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kekhilafan, salah dan alpa.

Meriah Suasana Hari Raya - Siti Nurhaliza



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Rabu, 7 Ogos 2013

Persiapan Raya


Tiap kali raya sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, apa persiapan yang kalian buat?

Cat rumah?
Tukar langsir baru?
Sofa baru?
Bunga-bungaan baru?
Lampu kelip kelip lip lap lip lap?
Hidangan istimewa pagi raya?

Persiapan raya kami sederhana sahaja. Semua yang disenaraikan kat atas tu tak buat langsung. Guna je mana yang ada. 

Anak-anak akan belanjakan keperluan mana yang tak ada sedikit seorang. Akhirnya, seminggu raya tu sakan tetamu boleh dijamu. Sedara mara kami juga, apa salahnya merai mereka dengan lebih istimewa sikit kan?

Mmmmmmm tahun ni nak masak apa ya…spageti boleh? Ke mi hailam? Kalau malas, mehun goreng tom yam pun tak apa kan?

Sementara nak tunggu raya, kita tengoklah dulu movie raya ni ya... Misha Omar & Zahiril Adzim



Hu hu hu Cik Lina nan rupawan ;)


Selasa, 6 Ogos 2013

Sabar itu...


Mudah diucap,
Sukar untuk dibuat!

Selamat jalani Ramadhan ke 28...



Isnin, 5 Ogos 2013

Lagu Raya Versi Antarabangsa

Ni dia lagu raya versi Hindi… Eid - Mubarak song.from film Dil Pardesi Ho Gaya



Kalau nak versi yang rancak, jom kita tengok Salman Khan joget-joget pakai ketayap



Tengok je lah Gita Gutawa nyanyi, Idul Fitri aku tak mau komen banyak, kang jadi durhaka pulak ya hu hu hu




Tamil versi Eid mubarak song-album perunnal kili (by shafi patla)




Sepasang kurung biru versi ikut suka dia!



Hu hu hu hu antarabangsalah sangat kan....



Ahad, 4 Ogos 2013

Berbuka Puasa di Kampung Halaman


Asalnya, aku nak balik kampung dan mulakan puasa bersama ayah bunda, namun perancangan itu terpaksa diubah kerana banyak kekangan. Kekangan utama tentulah sebab cuti. Tahun ni aku dah guna separuh dari cuti sebelum pertengahan tahun lagi. Jadinya, kalau cuti balik kampung, paling kurang kena seminggu. Penat wooooo perjalanan 500km tu...sejak dah tua bangka menuju era senja ni, tenaga dan ketahanan pun dah makin menurun.

Nak jimat cuti, aku balik awal je. Awal pun tak adalah awal mana. Hari Ahad dah kena berkejar datang kerja.

Berbukapuasa di kampunghalaman dah tentu ada aura yang tersendiri. Ada beberapa kuihyang aku teringin sangat-sangat nak terkam makan puas-puas. Murtabak dah tentulah jadi tradisi berbuka puasa kami semenjak dua menjak ni. Akok juga. Selain itu aku mengimpikan untuk cari seri kaya. Manalah tau kan, berkat berbuka puasa dengan seki kaya berhari-hari, tetiba boleh kaya pulak kan hu hu hu hu

Mmmmmm sebenarnya semua benda nak makan. Semua benda nak cari. Dah rindu sangat nak makan macam-macam. Fuhhhhhhh! Ni gara-gara dok istiqamah dan tawaduk tidak membazir sepanjang Ramadhan gamaknya ;)

Ishhhh! suka sangat cari alasan kan!

Sabtu, 3 Ogos 2013

Balik Kampung


Hari ni, daku dah gerak balik kampong untuk habiskan baki Ramadhan bersama ayah bunda di kampong halaman, seterusnya menyambut ketibaan lebaran. Daku tinggalkan kalian dengan lagu meriah yang mengiringi perjalanan jauhku nanti.



Semoga perjalanan ini selamat tiba ke destinasi. Untuk kalian yang akan memulakan perjalanan balik kampong, tak kiralah bila rancangnya, boleh juga tengok movie di bawah. Orang nak balik kampong beraya ni hati kena cekal kan?

Nak Balik Raya



Semoga apa yang jadi kat mamat ni tak jadi kat kita. Moga selamat sampai ke kampong halaman masing-masing.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Menyambut Kemenangan Pada Syawal


Alhamdulillah. Sebahagian besar Ramadhan dah berjaya kita harung. Beberapa hari lagi Syawal @ Hari Raya Aidilfitri @ Hari Lebaran bakal menjelma. Suasana dan kehangatannya kian terasa. Paling rasa, jem di Jalan TAR dan jalan nak balik kampong.

Jom tengok kemeriahan raya UPIN & IPIN Aidilfitri 2011 nak sambut raya (Season 5) - Rindu Opah (EPISODE 6)



Jom kita tengok Tips dan amalan menjelang Aidilfitri, bagaimana kita nak sambut aidilfitri mengikut Islam;

Kapsul Ramadan USIM online - Sinar Aidilfitri



Berikut perkara sunat boleh dilakukan menjelang aidilfitri;
1. Bertakbir
2. Solat berjemaah
3. Hidupkan malam aidilfitri dengan takbir, tahmid
4. Mandi sunat aidilfitri
5. Rapikan diri seperti potong kuku
6. Berpakaian bersih dan cantik
7. Mewangikan diri
8. Menjamah sedikit makanan, makan kurma je pun taka pa
9. Pergi dan balik dari masjid melalui jalan yang berbeza
10. Solat sunat aidilfitri

Suasana Di Hari Raya - Asyiela Putri Azhar (Upin dan Ipin)



Sempatlah kita bersedia sementara belum datang Aidilfitri ni ya… masih belum terlambat. Kegembiraan dapat balik kampong dan sambut Aidilfitri bersama kaum keluarga, ibu bapa dan kaum kerabat akan lebih bermakna lagi kan bila kita tak lupakan tips dan amalan pada hari raya aidilfitri mengikut cara Islam.

Ustaz Azhar Idrus - Cara Menyambut Raya Mengikut Islam



Amalan beri duit raya kepada anak-anak



Aku sokong kata-kata UAI ni…patutnya kita bagi duit raya kepada orang-orang tua. Makcik-makcik, pakcik-pakcik.

Nak dengar Ustaz Kazim nyanyi lagu raya?



Mmmmmm mood raya dah datang kan? Hu hu hu


Khamis, 1 Ogos 2013

Balik Raya, Apa Yang Teruja Sangat?


Bagi kami yang berasal dari negeri paling miskin itu, keterujaan untuk beraya sangat tinggi kerana perlu redah jem. 

Sejak bergerak balik dari perantauan hingga kembali semula ke negeri paling maju ni, jem itu ada di serata negeri. Itu yang malas nak gerak pergi mana-mana tu huh u hu

Aidilfitri kali ini pula, kami kena gerak ke Kuala Krai untuk meraikan seorang sepupu kami kahwin. Hadiah dah beli siap-siap di negeri paling makmur, sumbat dalam bonet…nanti bagi aje kepadanya.

Selamat pengantin baru Muni, moga kekal abadi hingga syurga.

PsssT: Raya hanya meriah bila kita dapat beraya bersama-sama orang yang kita sayang kan?