Monday, December 21, 2009

Bercerita Tentang Lagenda di Pulau Indah

Hari Pertama

Bumi Mahsuri kujejak petang Ahad nan indah. Lapangan terbangnya masih lagi kecil seperti dahulu walaupun dah bertaraf antarabangsa (ya ke?). Penumpang turun dari pesawat menggunakan tangga, macam naik Airasia pulak. Dah lama pulau lagenda ini tidak kujejaki. Kali terakhir awal tahun 2002 (rasanya/kalau tak silap). Banyak pembaharuan dan pembangunan telah dilakukan. Dah lebih maju, dan…lebih mahal harga barangannya berbanding pada tahun tersebut.

Acara berlangsung di Awana Porto Malai, tapi kami Rombongan Cik Kiah ni menginap di Seaview Hotel, Kuah. Manalah kami mampu nak tinggal di Awana yang harganya untuk satu malam melebihi RM240. Pada musim cuti sekolah pula. Jadinya, “kanda Jo” yang jadi ketua rombongan cik kiah telah uruskan 10 buah bilik di Seaview dengan sewa RM130 semalam dan sewa sebuah van (buruk) dengan bayaran sebanyak RM45 seorang untuk tempoh dua hari. Kira okeylah tu…sempat bernafas. Adalah juga baki budgetnya sedikit untuk beli minyak gamat huh u hu.

Dah check in dan simpan barang di bilik masing-masing, 3 orang daripada kami turun semula mencari makanan. Kelaparan. Belum makan tengahari lagi. Keropok lekor panas kami kunyah sambil tunggu nasi goreng dipesan. Makannya sedap, harganya pula murah. Apalagi, makan memang sama macam orang Somalia. Kebuluran!

Dua orang lagi balik ke hotel semula untuk rehat, manakala aku pula tunggu “kanda Jo” di lobi sambil caj telefon untuk jalan-jalan ke jeti. Kanda Jo memang plan untuk jogging, sementara aku pula nak jalan-jalan sambil ambil gambar sahaja. Akhirnya, kami pergi sama-sama sambil berjalan sambil bercerita. Jarang suasana sebegini dapat jumpa kalau masa kerja. Masing-masing sangat sibuk dan lompat sana sini. Kalau aku rasa diri ni sibuk, kanda Jo sebenarnya lagi sibuk dari aku. Merata tempat dalam dan luar negeri dia pergi. Kerja pula awal-awal pagi lagi dah keluar, dah malam buta pun belum balik lagi. Ada masa dia tak balik pun. Dahlah rumahnya di Seremban. Kan jauh tu untuk travel. Memang tabik spring dengannya, entah dari mana dia dapat tenaga dan upaya. Matahari terbenam kami nikmati di jeti. Dia hanya tunggu saja kegilaan aku yang suka ambil gambar. Orang yang dah ada anak bujang dan dah boleh terima menantu memamngmacam tu kan, sensitif dengan persekitaran dan lebih banyak toleransi. Sebab itulah sekarang ni lelaki yang dah berusia selalu jadi pilihan wanita hari ini walaupun dah ada isterikan (bukan akulah ye...aku hanya pilih yang single sahaja. Bukannya 3 kekosongan).

Selepas itu kami ke Jeti, singgah di beberapa kedai sambil tengok-tengok. Kanda Jo beli beberapa dosen sudu pelbagai jenis dan senduk. Dia memang suka beli sudu dan senduk hinggakan emaknya pernah kata “Tak payah aku kirim apa-apanya, kamu tetap beli senduk juga”. Aku pula tahan hati je tengok pinggan mangkuk yang comel-comel tu. Gatal je tangan nak beli. Mengenangkan tinggal beramai-ramai, baiklah tak payah beli...karang tak pasal-pasal kena angkut lagi! Akhirnya aku juga beli 2 dosen sudu dan satu dosen sudu teh. Cukuplah tu, sudu kat rumah memangpun dah lama kurang. Entah siapa yang kunyah!

Dalam perjalanan ke hotel, kami singgah di Langkawi Fair Shopping Mall. Melilau sana sini, kanda Jo beli kamera kecil Olimpus untuk digunakan dalam percutiannya pada cuti maal hijrah ke Bali. Aku pula beli beg pikul komputer gantikan beg lama yang aku beli di Nilai 3 tahun lepas yang dah koyak sedikit tali pikulnya. RM60, sama harga dengan beg lama. Kualitinya, entahlah. Aku pun tak reti nak nilai. Dah pasti hanya ok-ok aje. Bukannya berjenama yang dah pasti kukuh dan tahan lama. Kalau tahan hingga 2011 pun dah cukup. Tahan lagi lama, lagi bagus. Ingat nak beli juga beg bagasi gantikan beg lama yang kubeli lebih setahun lepas di Alamanda (dengan harga RM30 sahaja). Dah patah tulang belakangnya dek anak-anak buah yang lasak itu. Namun, harga di sini RM70 paling murah dengan kualiti yang kurang sedikit dari yang lama. Mintak RM60 pun tak dapat.
Gambar ni jadi indah bila...tetiba sahaja ada model sukarela yang tak sedarpun dia dah interprem ke dalam gambar senjaku ini ;)

Semasa kanda Jo urut kaki selama 30 minit, aku ambil peluang ini untuk jelajah ruang kompleks beli belah ini. Tersua satu kedai beg dan berkenan dengan beg tangan yang 50% diskaun. Beg sandang yang comel diperbuat daripada kulit juga mencuri perhatian, tapi beg itu terlalu kecil untuk diisi dengan dompet, kamera dan telefon. Dengan tiga bnda ini dah pasti sendat. Tak praktikal. Dahlah harganya masih lagi mahal walaupun dah diskaun 20%. Aku kan hanya beli barang yang ada diskaun lebih 50% sahaja hu hu hu.
Balik jam 10.30 malam. Online kerana dapat wifi percuma. Sambil borak dengan cik Bintang, sambil buat kerja sikit. Borak yang banyak, buat kerjanya sikit sahaja. Bersantai yang banyak. Akibat pindah tempat tidur, walaupun offline dengan cik Bintang dah jam dua pagi, namun mata tak mahu lelap juga hingga jam tiga pagi. Adoiiii la, perlukah diangkut tikar dan bantal serta katil setiap kali kerja luar?

Thursday, December 17, 2009

Makna Cinta

Hari ini saya terima emel dari rakan setugas yang fowardkan (blur sekejab, tak mampu nak terjemahkan perkataan foward ke bahasa Melayu...ampunkan aku ya!). Isinya ingin kukongsi dengan anda semua...

Selamat membaca.


What Love means to a 4-8 year old. .

Slow down for three minutes to read this. It is so worth it.. Touching words from the mouth of babes.
A group of professional people posed this question to a group of 4 to 8 year-olds, 'What does love mean?'

The answers they got were broader and deeper than anyone could have imagined. See what you think.



'When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore.
So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love.'
Rebecca- age 8


'When someone loves you, the way they say your name is different.
You just know that your name is safe in their mouth.'
Billy - age 4


'Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs.'
Chrissy - age 6


'Love is what makes you smile when you're tired..' Terri - age 4


'Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK.'
Danny - age 7


'Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more. My Mommy and Daddy are like that. They look gross when they kiss'
Emily - age 8


'Love is what's in the room with you as if you stop opening presents and listen.'
Bobby - age 7 (Wow!)
'If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate,'
Nikka - age 6
(we need a few million more Nikka's on this planet)



'Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday.'
Noelle - age 7



'Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well.'
Tommy - age 6



'During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling.
He was the only one doing that. I wasn't scared anymore.'
Cindy - age 8


'My mommy loves me more than anybody
You don't see anyone else kissing me to sleep at night.'
Clare - age 6


'Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken..'
Elaine-age 5

'Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford.'
Chris - age 7



'Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day.'
Mary Ann - age 4



'I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones.'
Lauren - age 4



'When you love somebody, your eyelashes go up and down and little stars come out of you.' (what an image)
Karen - age 7


'Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross.'
Mark - age 6



'You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it... But if you mean it, you should say it a lot. People forget.'
Jessica - age 8



And the final one

The winner was a four year old child whose next door neighbor was an elderly gentleman who had recently lost his wife. Upon seeing the man cry, the little boy went into the old gentleman's yard, climbed onto his lap, and just sat there.

When his Mother asked what he had said to the neighbor, the little boy said,
'Nothing, I just helped him cry'


When there is nothing left but God, that is when you find out that God is all you need. Take 60 seconds and give this a shot! All you do is simply say the following small prayer for the person who sent you this.

Please God bless all my friends in whatever it is that You know they may be needing this day! And may their life be full of Your peace, prosperity and power as he/she seeks to have a closer relationship with You.

Then send it on to five other people, including the one who sent it to you. Within hours you caused a multitude of people to pray for other people. Then sit back and watch the power of God work in your life.

P. S. Five is good, but more is better.


Sudahkan anda mencintai seseorang seperti di atas?






Selamat berkasih sayang ;) (Tak perlu tunggu bulan Februari)

Wednesday, December 16, 2009

Gambar dengan pelbagai cerita

Aku memang suka ambil gambar. Aku juga suka tengok dan simpan gambar-gambar yang cantik. Gambar-gambar yang pelik. Gambar-gambar yang unik. Gambar-gambar yang ada nilai seninya. Gambar-gambar yang tersendiri juga. gambar yang ada ceritanya yang tersendiri. Masalahnya, aku belum ada kamera. Kamera yang selalu aku pinjam dengan adik dulu tu dah rosak. Nasib baik laki dia yang rosakkan, kalau tak...penuh anak telinga aku kena leter.

Ada masa aku nak hasilkan gambar-gambar yang cantik dan penuh dengan nilai seni, tapi kamera digital yang tidak boleh nak zoom pun itu agak membataskan kebolehannya. Apa lagi bila guna telefon sahaja. Lagilah terbatas.

Pernah terfikir tak yang ada masanya gambar-gambar yang pernah kita ambil entah bila masanya tu sebenarnya menarik untuk disimpan dan ditengok semula pada waktu yang lain?

Layan je lah sebahagian daripadanya...

1. Burung pun nak makan dalam pinggan



2. Gaya seorang Tukang Sihir yang berjaya...mewariskan ilmu kepada anak-anaknya




3. Di kaki limapun jual ilmu








4. Topi keledar yang hebat









5. Nasihat yang sangat baik





6. Bukan selalu jadi sang pemula

7. Pertama kali belajar suap makanan sendiri