Khamis, 22 Ogos 2013

Gambar Passport Nak Buat Passport

Masa pergi Warta dua hari lepas, aku melintas depan kedai kamera. Kebetulan ada pekerja kedai tu, budak tomboy dok depan kedai, terus je aku tanya. Bukan nak ambil gambar terus waktu tu, muka berminyak...boleh goreng keropok losong pun! Mestilah nak ambil gambar dengan muka lawa sikit kan hu hu hu

Aku: Dik, kalau nak ambik gambar passport, berapa harga ya?
Budak Tomboy: 6 keping RM15
Aku: Gambar passport yang syarat baru tu ya?
Budak Tomboy: akak nak buat apa gambar passport?
Aku: Buat passport.
Budak Tomboy: Ya lah…gambar passport tu nak buat apa?
Aku: Buat passport.

Suara dia dah tinggi.
Budak Tomboy: Gambar passport nak buat apa? Imigresen ka? Isi borang ke?
Aku: Buat passport…kat tempat lain lagi ke boleh buat passport kalau tak pergi imigresen?

Nampak tak? Nampak tak aku tengah blur. Kalau nak buat passport, memang kena pergi imigresen kan? Ke pergi JPJ? Balai polis? Boleh?
Budak Tomboy: Imigresen lah tu!

Errrrr! Dah nak buat passport, kenalah pergi imigresen!

Mmmmm ye lah. Aku yang salah. Aku tak faham apa yang dia Tanya. Dia pulak tak faham apa yang aku jawab.

Tak payah nak bertekak. Banyak lagi kedai gambar yang lain.
 
 
 
 
 
 



7 ulasan:

JunAina berkata...

Wakakkaakaa...sib baik tak ada yg makan penampo. Akak buat kerja mudah, gi je Pejabat Imigresen pas tu ambik je gambo kat kedai gambo area situ mesti ado punya.

t.a.t.a berkata...

Laa ni orang dok kata gambar passport, gambar passport, tapi ukuran mana yang betul pun tak tahu. ada yang kecik besar, semua label gambar passport.

Yunus Badawi berkata...

Jom pergi makan angin bila anyss dah free ..... hehe

anyss berkata...

Junaina: biasanya kedai gambor dekat2 area imigresen tu buka lambat. Ingatnya nak pi tunggu subuh2 lagi...sejam dua leh amik dah

anyss berkata...

Tata: padahal sblm tu dah tau dah imigressn suh wat gambar baru, ada syarat2nya...itu yang tanya. Tak pepasal dok gaduh tang tu...

anyss berkata...

YB: kalau bab makan angin, x free pun sanggup free kan masa la la la

anyss berkata...

YB: kalau bab makan angin, x free pun sanggup free kan masa la la la