Ogos dan sampai hujung. Tak perasanpun. Tak sedarpun. Waktu memang sangat cepat berlari, jenuh dok kejar. Aku jugak yang lelah.
Di mana-mana suasana sambutan hari raya Aidilfitri masih hangat terasa. Rumah terbuka memanjang ada, hari minggu lagilah.
Aku pulak kalut dok mengejar dunia yang entah bila akan lelah. Entah bila akan berhenti. Banyak benar nak kejar sampai tak terkejar. Masa pula semakin suntuk. Sangat-sangat suntuk. Nyawa-nyawa ikan. Nak beria beraya pun tak ada mood. Dalam kepala dok berselirat berserabut dengan tarikh akhir. Sepanjang masa berdebar-debar je. Menanti. Menunggu. Penuh tanda Tanya, banyak blur nya.
Namun, sebelum terkedang tak bergerak, aku perlu lakukan sesuatu. Perlu usaha sehabis daya. Orang kata, saat-saat akhir sebelum boleh putusasa dan melepaskannya. Ini perjuangan yang terakhir yang tak ramai orang fahaminya. Jadi, daku tak salahkan kalian andai kurang mengerti. Tak tuntut untuk dimengertikan, hanya…usah memaksa atau mendesak.
Kalau Tanya hati, memang hati sendiri pun tidak tahu akan bagaimanakah semua itu. Kelabu. Samar. Harapan memang tinggi, hingga titisan peluh terakhir akan diusahakan sebelum boleh mengalah. Insha Allah, bila dah berusaha sehabis daya…maka seterusnya serahkan sahaja kepada Yang Esa. Dia Maha Tahu.
Kepada rakan-rakan yang tidak mampu daku hadiri acara makan-makan dan buka-bukaan rumah itu, sepuluh jari dihulur maaf zahir batin dihulur. Waktu sekarang ni suasananya kejap okey kejap berserabut kusut masai. Semua acara kehidupan bergantung kepada "kelapangan" yang tak berapa nak lapang ni.
Kat TV, radio sekarang ni rancak dok putarkan lagu Siti Nurhaliza - Satu Malaysia. Maklumlah, bulan Ogos kan.
Siti Nurhaliza - Satu Malaysia
Macam berhantu pulak lagu ni…kian kerap didengar, makin sedap pulak. Makin merdu. Makin seronok didengar.
Komen aku: Tak sabar nak akhiri semua ni. Dah sangat lelah. Letih. Penat. Semuanya ada. Rasa nak qada tidur setahun je...Alahai, bantal dah terlalu lama mengamit untuk kupeluk!
PsssT: Selamat berhujung minggu. Selamat sambung acara raya-rayaan pada hari minggu.
6 ulasan:
Meriah kan raya di Malaysia ni? Ramadhan 29 hari, Syawal pun disambut 29 hari juga.
Di area saya, start next week banyak open office diadakan. Tak payah nak plan bawak bekal lunch apa dah.
Kita lebih tahu yang mana penting serta perlu diutamakan dalam hidup jadinya jangan fikirkan sangat pandangan org lain kerana bila kita susah ada tak yg dok cakap2 tu datang hulurkan bantuan.
Kuatkan semangat.
Semoga semuanya berakhir dgn jaya. Allah tak akan sia2kan hambaNya yg dah berusaha sedaya upaya.
Saya yakin anyss boleh lakukan. Sikit aje lagi sayang. Teruskan perjuangan!
All the best!!!
Tata: untunglah! Tinggal bawaka mulut dan kosongkan perut je lagi..
Junaina: terima kasih lalink...tak ada pun sampaj tahap tu, just rimas dengan orang yang sampai tahap memaksa. Kang kata tak sudi pulak...padahal kita ni nak tarik nafas pun terlupa hu hu hu semput!
YB: terima kasih...sedang berjuang dengan emosi hu hu hu
Catat Ulasan