Ahad, 10 Mac 2013

Awak Tak Akan Kahwin Sampai Bila-Bila Kalau Tak Kahwin Dengan Saya


“Awak tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan saya”

Apa perasaan kalau dengar ayat begitu?

Kongsi sedikit kisah pribadi kat blog ni, walaupun sebenarnya malas nak cerita bab-bab peribadi ni.

Kisahnya begini:

Aku pernah diperkenalkan oleh seseorang yang aku kenal dengan seorang lelaki ni. Menurut kakak tu, lelaki ni kawan dia masa kat kampong dulu. Dia kenal dan berkawan sejak sekolah rendah lagi. Menurutnya, kawannya itu dah berkahwin dan ada seorang anak lelaki. Isterinya sakit, jadi isterinya itu benarkan suaminya untuk kahwin seorang lagi dengan syarat tidak diceraikan. Bakal madunya itu pula mesti LEBIH berbanding dia dari segala sudut.

Aku jumpa lelaki tu sebab tak boleh nak mengelak dengan kakak itu. Tapi aku dah beritahu awal-awal lagi kat kakak tu bahawa kalau ada pilihan, aku memang tak akan pilih suami orang. Lainlah kalau dah ditentukan Ilahi, dah tertulis di Loh mahfuz yang aku memang dijodohkan dengan suami orang, memang tak boleh tolak dah.

Jadi, akupun jumpa juga dengan lelaki itu walaupun dengan hati yang berat. Maklumlah, dia kan suami orang.

Lelaki ini biasa-biasa sahaja. Bukan YB, tapi bercita-cita nak jadi YB juga suatu hari nanti. Katanya dia suka berpolitik. Dia perlukan seorang isteri muda yang boleh dibawa dalam majlis-majlis rasmi dihadiri orang-orang besar, yang boleh dibawa ke tengah dan ke tepi, boleh sentiasa senyum dan kelihatan berprestej. Bila bercakap, isteri mudanya itu perlulah kelihatan hebat. Sama hebatnya dengan gayanya.

Malangnya, aku bukanlah seorang yang cantik, gaya apalah lagi memang ke laut. Make up tak pernah calit kecuali medak nipis dan gloss. Lipstick pun jarang pakai, apalagi untuk kelihatan segak bergaya. Tak reti nak bergaul dengan orang-orang besar sebab sentiasa hidup dikalangan orang-orang kecil sahaja. Tak ada prestej. Tak ada gaya. Bercakap pun tak hebat. Pendek kata, tak ada satu ciripun yang dia nak itu aku miliki.

Masa dua jam kami makan malam di kedai makan yang biasa-biasa sahaja itu sepenuhnya dia isi dengan manifestonya. Dengan impiannya. Dengan cita-citanya. Dengan senarai isteri impiannya itu.

Hanya setengah jam terakhir itu sahaja aku terangkan bahawa aku sudi bertemunya hanya kerana hormatkan kakak itu sahaja. Kakak itu pun tahu aku cuba mengelak untuk memilih suami orang. Alasannya mudah sahaja, keluarga aku tentu tak akan izinkan. Nak kena parang dengan ayah, bolehlah cuba huh u hu

Tanpa bertanya aku yang aku ingini dalam sebuah ikatan, apa yang aku harapkan, apa yang aku dambakan…apalagi nak tanya apa yang aku tak suka, dia kemudiannya menuturkan:

“Awak tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan saya..awak rasa ada ke orang nak kahwin dengan awak?”



Aku hanya senyum. Urusan jodoh urusan Allah. Usahlah masuk campur.

Sebelum berpisah dia berpesan: “Fikir dulu, kalau rasa ok…telefon saya”

Aku senyum lagi. Macam cari kerja pulak. Jawatannya: menjadi isteri terhebat BAKAL wakil rakyat.

Malangnya, dia tak tahu aku paling anti bila diugut. Malam itu juga aku hapuskan nombor telefonnya. Bagaimana dia boleh kuhormati dalam rumahku andai dia sendiri tidak pernah mencuba untuk kuhormati di luar rumahku.

Mungkinkah aku tak akan kahwin sampai bila-bila kalau tak kahwin dengan dia? Aku sendiri tak tahu. Tengoklah macam mana nanti. Mana kita tahu, kalau-kalau dia dapat panggilan telefon dari malaikat yang membuka loh mahfuz melihat jodohku dengan siapa. Aku sendiripun tak tahu. Kalau tahu, agak mudah juga ya…tak payah fikir apa-apa, tak perlu tertanya-tanya.

Semoga dia dah jumpa pengisi jawatan isteri yang sebegitu. Maaf, aku bukanlah pilihan yang terbaik. Aku kurang segala-galanya.








31 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

sape mamat tak sedar diuntung tuh??? ingat dia tuhan ke apa??? ke dia yang desperate???

shaliza berkata...

amboiii 'bakal' YB katanya...biar tak kawin klu lagu tu.

Murni Alfathunnisa berkata...

kalau saya jadi anyss...saya pun buat perkara yang sama. awal-awal lagi dah mula bagi kata dua. jodoh tu urusan Allah..dia manusia biasa (walaupun bakal wakil rakyat..) itu tak menjadikan dia tahu dengan pasti kita takkan kawin sampai bila-bila..

tiba2 geram membuak-buak pulak...dok kontrol ayat je ni..haha

Kakcik Seroja berkata...

Jodoh maut ajal pertemuan urusan Allah. Siapalah dia nak memandai2 'merampas kuasa' itu...

Tie HT berkata...

elok berhati-hati dengan orang macam tu..

Cetusan berkata...

ayat dari mulut bibir geram tak boleh simpan, kecuali laa pernah sentuh bibir dia..ahakkk

anyss berkata...

GB: hu hu hu tertunggu-tunggu jugak kot2 namanya meletop kat mana2 jadi YB...belum lagi hu hu hu

anyss berkata...

Shaliza: Saya tak kisah siapapun dia, tapi sangat kisah dengan orang "rasa dirinya terlebih hebat" padahal ciri-ciri itu sebenarnya tak ada. kalau dia mmg benar2 hebat, lainlah pula ceritanya

anyss berkata...

Murni: saya hanya terima seorang lelaki yang boleh saya hormati ----> kalau tak mampu untuk dihormati, bagaimana untuk daku dapat tiket syurga?

anyss berkata...

murni: sabaQ! sabaQ! itu memang dugaan untuk org yg TERLALU lambat jodohnya hu hu hu bukan pertama kali berlaku

anyss berkata...

kakcik: tak ramai orang sedar tentang tu, terutama bila DITOLAK sebegitu...

anyss berkata...

Tihara: semua dah jadi sejarah...insha allah tak akan jumpa lagi kot orang ni

anyss berkata...

ZZ: Sebab tu daku tak banyak cakap masa jumpa dia tu...sebab sentiasa berharap tiada kata2ku mengguris egonya

Biarlah hatiku yg terluka ....ceeewahhhh!

azieazah berkata...

Kurang segalanya hari ini, mungkin dilihat sempurna di hari akan datang di mata orang.

Tak perlu fikir pun. DIA Maha Mengetahui.

Yang penting happy!

Unknown berkata...

Bagus jgn terima org mcm tu. Akibatnya menyusahkan diri sendiri.

Rina Rahamat berkata...

amboiii..berlagak sunggoh mamat tu..blum jd yb dh berlagak

hehe..salam kenal dari kka..pes time jengah blog sis

Unknown berkata...

Boleh blahh dgn org mcm tu..mcm.bagus sgt...

anyss berkata...

Azieazah: paling utama, dia rasa tercabar sbb ditolak dlm senyuman

anyss berkata...

nea lopah: ciri2 akan menyusahkan diri & memakan hati sdiri dah ada, itu yg malas nak campur hu hu hu hu

anyss berkata...

Rina avail: terima kasih menyinggah...bermesra-mesraan di KKA, entah bila bersua wajah ya

sbb dia blm YB lagilah jd gitu ...kalau dah jadi YB n tahu beratnya nak tanggung, cool je dia

anyss berkata...

Ida @ Nyanyisunyi: Itu yang blah awal2 tu hu huhuhu tak sudi nak menjerut rasa ;)

ellynadyra berkata...

Xpelah x kawin kalau camtu gayanya. Ingat kita ni patung berhias pe? Jodoh ajal maut ditangan Allah. Allah dh atur yg terbaik utk kita. Sabar ye anyss.

Cetusan berkata...

ralat, nikah lagi elok dari kahwin,,ada sepuluh versi kahwin, kahwin cara hindu cara jawa, cara melayuhindu cara meksaleh. .

Acik Erna berkata...

Alhamdulillah ..anyss dah buat keputusan yang tepat..jodoh pertemuan ajal maut ditangan tuhan..siapa dia yang pandai2 ugut orang macam tu..

anyss berkata...

Elly Nadyra: Bukan semua orang boleh buat keputusan begitu. Ramai rakanku sanggup je kahwin asal boleh ubah status

anyss berkata...

ZZ: daku tak arif tentang kahwin dan nikah. Definisinya berbeza ikut zaman, iaitu setelah ada orang boleh aje hidup tanpa nikah yang kononnya "dah kahwin tapi blm nikah"

Terpulang bagaimana ingin dimaknakan...bagiku masih juga definisi lampau iaitu "apabila kahwin bermakna dah nikah"

anyss berkata...

Acik Erna: Banyak faktor yg mempengaruhi keputusan tu...pertama dah tentu kena ada restu ibu bapa. Ciri2 tu tak ada langsung ;)

Mak Wardah berkata...

Salam kenal. Jgn fikirkan kata2 itu kerana ajal maut jodoh pertemuan segalanya di tangan Allah

Misz-ella berkata...

Dia lupa yang jodoh itu rahsia Allah. Kita sapa nak menafikannya?

anyss berkata...

mak wardah: selamat datang...
kata2 hanyalah hembusan angin dr dua bibir dek lidah yg tak berulang. Dia bukan sesiapa, jadi tak terkesanpun

anyss berkata...

KC Ella; Ramai orang lupa tang tu...mungkin dia jenis orang yg tak boleh terima bila DITOLAK