Walaupun
Lahad Datu tu nun berada di seberang laut sana, dah pastilah masih lagi dalam
kedaulatan undang-undang Malaysia. Bila ada kumpulan penceroboh bersenjata dari
selatan Filipina kononnya diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III'
Agbimuddin Kiram dan berkubu di Kampung
Tanduo, Lahad Datu, perut tiba-tiba rasa macam senak.
Banyak
perkara pulak berlegar dalam batu gemala ni yang tak mampu nak jawab sendiri. Macam
peliklah pulak macam mana semudah itu mereka boleh menguasai tanah kita. Bukan seorang
dua pulak tu. Beratus.
Sejak
tengahari, dah tersebar berita yang lagi tak sedap untuk di dengar. Dua orang komando
polis khabarnya terbunuh di Kampung Tanduo Lahad Datu setelah terkena serangan mortar ketika sedang berkawal
di satu daripada pos yang menjadi kubu kumpulan
penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu.
Para
wartawan melihat mayat dua anggota keselamatan diusung oleh polis dan
dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. FBPDRM mengesahkan bahawa dua orang komando polis telah terbunuh dalam kejadian
tembakan mortar berkenaan. Pihak Polis akan mengadakan sidang media di Lahad
Datu kira-kira 5 petang ini berhubung operasi pasukan keselamatan terhadap
kumpulan penceroboh bersenjata itu.
Jam
2 petang tadi, pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar dari kawasan
berkenaan kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih
berlaku. Insiden tembakan berlaku setelah tamat tempoh rundingan dan kumpulan
ini pula enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di situ lebih
tiga minggu dengan membuat beberapa tuntutan.
Tiga minggu tu lama. Bayangkan ketakutan dan rasa tak aman penduduk kampung yang perlu berdepan dengan situasi ini. Siang malam tidur tak lena.
Tiga minggu tu lama. Bayangkan ketakutan dan rasa tak aman penduduk kampung yang perlu berdepan dengan situasi ini. Siang malam tidur tak lena.
Sama-sama
kita doakan ketegangan yang berlaku ini dapat diatasi dengan sebaiknya pihak
berkuasa kita. Moga tidak ada lagi berlaku pertumpahan darah. Kedaulatan Negara
tanggungjawab kita bersama tak kira parti politik apa yang kita sokong ya. Sila
sayangi Negara sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan