Selasa, 28 Ogos 2012
Bila SEsekali Balik Kampong Awal…
Bukan selalu aku boleh balik kampong
yang wajib balik dua kali…Aidilfitri dan Aidiladha
walaupun ada kalanya terbabas juga tak TERbalik
lainnya, kalau aku balik sebab kerja
kalau nak balik sesaje dok melangut tanpa apa-apa hal,
memang payah nak bilang untuk cukupkan bilangan jari
Semua orang hairan bila raya Aidilfitri tahun ni aku cuti sakan
14 hari cuti bukan alang-alang, dan cuti masih lagi berbaki 18 hari
boleh simpan untuk aidiladha nanti,
itupun kalau boleh cuti sepanjang itu
tapi aku agak, kalau boleh cuti seminggu pun memang dah lama
masa tu antara masa yang sangat sibuk
Belum tentu lagi 18 hari baki cuti itu
mampu akau habiskan tahun ni…biasanya
lebih 25 hari cuti tahunan terpaksa dibawa ke hadapan
hujung tahun nanti baru boleh tengok berapa hari berbaki
paling sikit pernah aku bawa baki cuti ke hadapan
sebanyak 15 hari…
Bila balik kampong awal minggu lepas
sempat berbuka dan berpuasa di kampong halaman
dengan makanan idaman anak tekak walaupun semuanya beli
tapi tetap puas hati dek kesedapannya
terutama murtabak yang tiada tandingannya itu
memang tak akan jumpa di Bangi punya!
Balik awal juga bolehkan aku ziarahi keluarga dan sanak saudara
lebih awal…sebelum Aidilfitri lagi
tanya khabar dan bertemu mata pada Ramadhan
sambil bawa sedikit buah tangan setakat termampu
untuk persediaan mereka sambut raya
taklah terkejar-kejar musim raya nanti dengan segala lorat gaduh
mana nak urus tetamu, mana lagi nak menziarahi saudara mara
Sesuatu yang aku mula sedar bahawa
saudara mara warga emas dah makin ramai
warga intan berlian umur melebihi 70 tahun semakin kurang
dahulu mereka cergas bertandang ke rumah kami
kini kian dipagut usia, lutut mula sakit kesihatan makin uzur
ingatan makin menipis, mata juga kian kabur
suatu hari nanti, bagaimana perjalanan hidup aku gamaknya?
Siapa akan jaga bila dah tua renta
Siapa akan ziarah bila tulang belulang makin lemah
Siapa pula berbesar hati membantu kala tenaga kian susut?
Ataukah tiada bezanya antara aku dengan mereka?
Mereka punya anak-anak dan cucu cicit itu
sendirian hidup melawan takdir dan dimamah usia
Aku yang bersendirian ini, akan bagaimanakah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Berdoalah agar di hujung usia, kita tidak akan menyusahkan sesiapa. :)
Banyaknya baki cuti. Cuti tahunan kakcik 30 hari setahun macam tak pernah cukup! :(
Kakcik: Itulah yang diharapkan, tambah lagi macam saya yang sendiri2 ni.
Cuti saya pun 30 hari jugak setahun tapi jarang dapat bercuti, itu yang terkumpul banyak.
Catat Ulasan