Khamis, 23 Ogos 2012

Bakal Adik Ipar Kami


Masa tengah makan ramai-ramai
adik bongsu kata nak bawa balik bakal adik ipar kami
kakak ipar pesan, minta bawa ke rumahnya juga
nak kenal bakal biras

Aku cakap dengan adik;
nak cari bini, muka tak cantik tak apa
asal reti bawa diri, tahu bermasyarakat dengan orang lain
ringan tulang buat kerja dapur tolong kami
sebab aku bukanlah bibik tak bergaji
tak perlulah cari gadis Melayu comel ayu lawa menawan
anggun bukan main mengalahkan model di pentas catwalk
namun nak basuh pinggan sebiji pun payah
dek risau kukunya patah,
jari jadi kasar untuk tenyeh muka dengan bedak
lenggang turunnya bila makanan dah terhidang

tetiba adik aku kata:
sebenarnya nak kata kat sapa?

Opsssss! Bukan semua orang dianugerahkan IQ dan EQ
Ada ramai juga yang kurang IQ dan EQ, lebihnya tang perasan dan Ego je!

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Anak kakcik semuanya lelaki. Harapnya nanti kakcik sempat mendapat menantu yang boleh sedikit sebanyak meringankan kerja kakcik. :)

yana lyana berkata...

Selamat Hari Raya :)

ForestOrchid berkata...

Betul tu..

Maiyah berkata...

slmt hr rya
maaf zahir batin

anyss berkata...

kakcik: wanita sngat berperanan menentukan hala tuju hidup seorang lelaki...kalau dapat yang baik, sangat beruntunglah. kalau hanya ada MUKA je...ohhhhhh sangat menderita!

anyss berkata...

kakcik: wanita sngat berperanan menentukan hala tuju hidup seorang lelaki...kalau dapat yang baik, sangat beruntunglah. kalau hanya ada MUKA je...ohhhhhh sangat menderita!

anyss berkata...

Yana Ilyana: selamat datang...selamat hari raya

anyss berkata...

Hani: Selamat datang & selamat hari raya aidilfitri...

mmmm kalau hani ni seorang yang rajin, bolehlah jadi adik ipar saya ;)

anyss berkata...

Maiyah: selamat hari raya aidilfitri akak...