Belum reda lagi dengan kes pembunuhan menyayat hati
Dirang @ Nurul Nadirah Abdullah dicekik, dibunuh dan dibakar
dalam lubang di kebun kelapa sawit
semalam 18 Mac 2012 seorang pelajar perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi
Telah diculik ketika keluar bersama dua adik kembarnya
masa beli kad tambah nilai prabayar berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan.
Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan
keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adik kembarnya;
Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman, 11 tahun.
Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, terkejut diberitahu anak anak kembarnya
memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.
mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis honda berwarna gelap
oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali.
orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa
diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran @ hubungi
Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.
Kepada anda yang prihatin, sebarkanlah maklumat ini
moga-moga usaha kecil kita ni dapat menyelamatkan remaja comel tu
moga-moga juga, tak ada manusia bebal yang cuba ambil kesempatan
atas kesulitan orang lain dengan menambah beban kepada keluarga mangsa
dan anggota polis yang menyiasat
Kalau tak mampu nak membantu, tolonglah jangan membebankan pula!
Kalau tak mampu nak membantu, tolonglah jangan membebankan pula!
Kemas Kini 20 Mac:
Ibu Siti Nur Fatihah Mahadi menerima panggilan (perbualan selama2 jam)daripada seorang lelaki dikenalinya kira-kira jam 2 pagi
memberitahu anaknya berada dalam keadaan selamat.
"Lelaki @ remaja itu (tingkatan 4) mendakwa seorang wanita telah menghubunginya
dan memberitahu anak mak cik berada di sebuah rumah ibu angkat
seorang daripada mereka dan akan pulang ke rumah 'esok-esok'
kerana kehilangannya kini telah menjadi kes polis,"
Polis masih
menjalankan siasatan daripada segenap sudut
kes itu disiasat
mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan
kerana menculik
dari penjaga yang sah
Kalau betul begitu, Alhamdulillah.
Risau kalau-kalau jadi macam kes Nazatul Fardiana yang masih trauma
walaupun dah diselamatkan Polis Thailand selepas berjaya melarikan diri
daripada sekumpulan anggota sindiket pelacuran
di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok minggu lalu.
4 ulasan:
negara aman & selamat
Eelobor: Berkat pimpinan pemerintah yang adil dan saksama
Kita semakin bimbang. Semoga tiada yang buruk berlaku lagi. Kita sudah tak sanggup membaca dan mendengar berita sebegitu lagi.
Azieazah: Ngeri je nengok berita ni di TV tadi...
Catat Ulasan