Rabu, 28 Mac 2012

AirAsia Big Big Sale Lagi!!!!!! Stressnya Aku!!



Macam biasa, AIRASIA Bhd (AirAsia),
syarikat penerbangan tambang murah tu tetap juga tawarkan
tiket penerbangan lebih murah berganda-ganda
sempena AirAsia Big Sale, serendah RM25 sehala
untuk laluan domestik dan RM55 sehala bagi laluan antarabangsa.

tempahan bermula 28 Mac hingga 1 April 2012, hari lah tuuuu
perjalanan pula dari 1 Oktober 2012 hingga 31 Januari 2013.
apa tunggu lagi...jangan lupa serbu laman web airasia
tapi kalau jem, sesak atau tak dapat masuk
kena tunggu berejam kat “bilik menunggu maya”
nasiblah ya!

Bagi aku yang taklah ada lebihan wang banyak sangat
masa ni lah boleh terjah kutip tiket murah
bayar tahun ni...sempat lagi untuk kumpul duit belanja
sebelum muncul tarikh perjalanan
kalau tak buat macam tu, payah sikitlah nak jalan-jalan
tapi untuk tahun ni....tak ada aktiviti jalan-jalan
kecuali jalan-jalan pergi ofis je ya hu hu hu sedih tak?

kadar serendah RM25 adalah Pulau Pinang, Alor Setar,
Johor Bahru, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuching & Kota Kinabalu
laluan antarabangsa meliputi destinasi seperti Bali,
Jakarta dan Batam, Singapura, Hat Yai, Krabi,
Phuket, Da Nang dan Hanoi.

tiket AirAsia X tambang serendah RM225 sehala ke China
dan RM295 sehala ke destinasi di Jepun, Korea, Taiwan dan Australia.
perjalanan jarak jauh tempat duduk premium harga RM949 ke China.

Aku dah cuba ke Guilin, China
RM440 untuk pergi balik fuyoooooooooooooo
Errrr kenapa air liur aku dah menitik ni?
Mmmmm macam best kan kalau boleh pergi Pulau Jeju ke
Krabi pun dah ok apa....
La la la hu hu sadisnyaaaa! Hati, tahanlah!


6 ulasan:

azieazah berkata...

Betul. Tempah sekarang, pastu kumpul duit sehingga tarikh perjalanan.

Kak Azie dah tempah tiket masa sale bulan Januari lalu. Perjalanan Julai nanti.

Kalu tak buat gitu, memang tak merasa laaa...

Unknown berkata...

hah.. kalau rasa susah nak nak masuk laman tu... apakata buat nes dahulu.. boh gula kurang ya..
hehehehhe

dik............ tempahlah ke johor... hehehe

anyss berkata...

Azieazah: Tahun ni graf kemiskinan amat tinggi, kena tunda tahun depan...sabaQ je la hati hu huhu

anyss berkata...

Kak Ayu: kalau pi Johor...drive baru best...boleh redah segala pelosok negeri ;)

!eNa PnG berkata...

huish... geram jugak nie.. semua tempat nak p.. tapi keja la bajet jugak kan....

Ruggedmom com berkata...

rajin pi jalan ek, sale kali ni sy tak belilah sebab dah terbiasa beli yang lagi murah hehhe... lagipun januari baru bukak sekolah wang tarak