Ahad, 4 Mac 2012

Mop Lantai Dengan Kura-kura Hensem?


Sambil mop lantai yang dah melekit semalam
buka TV9 kuat-kuat dan dengar promo pasal filem Cinta Kura-Kura
aku memang suka tengok di Sebalik Tabir pembikinan sesebuah filem
tak tengok filem keseluruhannya pun tak apa
dapat tengok pembikinan sesebuah filem lagi buat teruja
sebab semua tu tak ada dalam filem

dari sebalik tabir ini juga boleh buat aku teruja
nak tengok filem sebenar sebab nak tengok juga hasil
setelah macam-macam cara mereka buat
kalau filem luar terutama bila Jacky Chan berlakon
aku memang tak akan lepaskan peluang
sebabnya aksi pelakon selama beberapa hari itu
bila ditonton tak sampai seminitpun

Cinta Kura-Kura
   


Filem Cinta Kura-Kura diterbitkan KRU Studios Sdn. Bhd.
tak kan tak tahu siapa yang empunya tak lain tak bukan
adik beradik Norman, si pengantin baru Yusry dan Edry Abdul Halim
pelakonnya terdiri daripada Aeril Zafrel, Tiz Zaqyah, Zizan Raja Lawak,
Shy8 (Ucop Wilcha), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz dan lain-lain
manakala pengarah dan penulisnya Nizam Zakaria
filem cereka ini dikategorikan dalam genre komedi romantik
filem ni dah ditayangkan pada 01 Mac 2012 lepas
setakat ni aku belum sempat nak tengok komen
orang yang dah pergi tengok kehebatan kura-kura ni di pawagam


 Pencinta Terbaik OST Cinta Kura-kura


Sinopsis filem Cinta Kura-Kura:

Nani (Tiz Zakyah) baru berpindah ke rumah abangnya, Amin
bersama binatang peliharaannya seekor kura-kura bernama Nico.
Adam yang menjadi jirannya telah jatuh hati pandang pertama
tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha
mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Nico adalah spesies kura-kura terancam yang mempunyai kelebihan luar biasa
iaitu boleh bercakap (sekiranya mahu)
pada masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya, Fadzly
Fadzly ni seorang pengurus kedai haiwan, tetapi
dia sebenarnya mempunyai motif jahat iaitu nak culik Nico
yang akan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.

Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini
menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico,
disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
dalam filem ini juga Tiz Zaqyah Nampak menjiwai watak Nani
seorang anak gadis berusia 21 tahun yang ceria
comel je dia…yang aku perasan adalah,
filem ini mempunyai pengarah konsep dan pakaian
bukannya pakai tangkap muat aje
maklumlah, bukan mudah nak tampilkan konsep remaja
bukan mudah nak tonjolkan suasana ceria
tak percaya? Jom kita tengok pakaian Tiz yang warna warni tu…

Errr...sebenarnya taklah teruja sangat nak masuk panggung
berbanding filem Merong mahawangsa dan Magika sebelum ni
mungkin...sebab aku dah tak remaja lagi kot
Opsssss! bukan umoQ aku masih 17tahun ke?



6 ulasan:

Unknown berkata...

harap2 filem ni tak mengecewakan...

jemput singah ke blog saye ye... follow dan komen la di mana-mana...

eelobor berkata...

ambo tngu nok dwld filem bunohan

azieazah berkata...

Alaaa.. semalam kami tengok Adnan Sempit 2. Kalu tahu citer ni best, harus kami tengok Cinta Kura-Kura ni!

anyss berkata...

Sam benjamin: selamat datang...

ramai mengharapkan Malaysia mampu keluarkan filem yang bermutu. Nengokkan genrenya remaja....daku yang dah jadi remaja purba ni agak berat sikit nak masuk panggung ;)

anyss berkata...

Eelobor: bukan dah ada ke di youtube? macam pernah tengok tapi x tau lah penuh ke promo je

anyss berkata...

Azaieazah: tak tahulah best ke tak..kena tengok dulu baru tau