Isnin, 12 Mac 2012

All England 2012: Chong Wei Tarik Diri Lin Dan Juara

Ketika ini dah setengah jam Datuk Lee Chong Wei
Berjuang di tengah gelanggang menentang musuh tradisinya
Lin Dan dari China dalam usaha memburu gelaran hatrik kejuaraan
Seluruh England di Birmingham.

Perlawanan akhir kesemua kategori bermula 8 malam waktu Malaysia
(12 tengah hari waktu England).
Chong Wei dan Lin Dan adalah perlawanan terakhir
dalam jadual perlawanan akhir Kejohanan Seluruh England,
sekitar jam 12.30 tengah malam

Pada pertemuan tahun lalu, Chong Wei menewaskan Lin Dan
mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17.

Sangat seronok menonton siaran langsung All England di TV1 kali ni
Bukan sahaja sebab hero Malaya bermain dengan bagus
Walaupun cedera tapi sebab penyokong Malaysia yang gamatkan suasana
aku kagum benar dengan penyokong kita
bendera Kelantan pun dikibarkan tau!
baru betul Gomo Kelate Gomo!

nanti kita tunggu keputusannya macam mana ya:
Keputusan set pertama: 
Chong Wei: 19  Lin Dan: 21

Hero Malaya kita, Lee Chong Wei telah menarik diri 
dari perlawanan All England dalam set ke dua dengan 36 minit permainan
kerana kecederaan yang dialaminya
apa-apapun, kita harapkan kecederaan itu tidak menggugat
perlawanan lain yang bakal dihadapinya
tahniah juga kepada semua penyokong Malaysia
yang sporting walaupun permainan berkenaan
terhenti pada set ke dua
mereka tetap bangga melaungkan nama Chong Wei
walaupun Lin Dan diistiharkan juara All England


PsssT 1:
Skuad hoki kebangsaan beraksi cemerlang
dalam perlawanan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012
di Dublin, Ireland apabila meraih kemenangan 6-2 ke atas Rusia.
saingan pertama menentang Chile, Malaysia menang dan dapat 6 mata
Malaysia bakal menentang Ukraine Selasa ini, Korea Selatan pada Khamis





Tiada ulasan: