Rabu, 7 Mac 2012

Jom Tengok Bunohan!


Hari ni Rabu, patutnya tanpa kata
Tapi…nak berkata-kata jugak
Tunggu minggu depan untuk gambar yang berkata-kata

Wahhhh berlambak lah pulak keluar filem-filem baru
berlumba-lumba masuk panggung
boleh pilih genre mana yang nak tengok
nak kekal remaja tengoklah Filem Cinta kura-kura
nak jadi lebih muda, boleh tengok kartun Seefood
kalau nak lebih pahlawan dan pendekar
terjah je Filem Bunohan ni…ore kelate kan gedebe!

Hu hu hu banyak peristiwa juga berlaku 8 Mac 2012 ni ya
Tayangan filem Seefood pun tarikh ni juga
Haaaaa sesiapa yang tertunggu-tunggu bunohan tu
Juga ditayangkan pada 8 Mac ini…
semua benda nak buat pada tarikh cantik ni ya…

Bunohan tu satu tempat di Tumpat Kelantan
memang dekat pun dengan Siam (Thai) sana
bila tengok google maps, tetiba hari ni baru aku tahu
ada pulak satu kampung namanya “kampung Kaki itek”
hu hu hu cer google tak percaya…dekat dengan Bunohan
tak pernah tahupun sebelum ni


The making Of @ Disebalik Tabir Filem Bunohan

Filem Bunohan ambil masa 4 tahun untuk dihasilkan,
filem ini guna latar belakang kampung Bunohan
mengisahkan tentang tiga adik beradik lelaki
terlibat dalam kancah penipuan, pengkhianatan dan pembunuhan.
Campur dengan elemen mitos…ni kan kesukaan orang kita la la la
dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim,
Namron, Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Shoffi Jikan,
Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.

Tulisan pasal filem ni dah banyak, maklumlah
Errrr…bukan orang kita gitu ek?
bila orang luar puji bagus, maka kita pun kata bagus
macam Filem Kaki Bakar dan Jogho…dulu tak boleh tayang
dah menang merata dunia, baru boleh tayang
sama juga macam novel pun
novel Salina kena kecam hebat dan dapat hadiah ke tiga je
bila barat kata novel tu bagus
terus dipuji melambung-lambung hingga tenggelam
pemenang pertama dalam peraduan menulis novel tersebut
Opsss! Sowiii…terkutuk lak!

Filem genre drama aksi ini diterbitkan Apparat Sdn Bhd,
dengan kerjasama Tim Kwok Hiburan Convergence Entertainment
berjaya menembusi festival antarabangsa seperti
mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011,
Festival Filem Taipei Golden Horse 2011,
Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011,
Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 (Bali),
Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan
Fantastic Fest 2011 di Amerika Syarikat.
dipasarkan hampir 30 negara termasuk United Kingdom (UK),
Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Kalau nak ulasan yang lebih mencabar minda,
Boleh baca di blog Fadz dalam entri berikut:
Aku belum mampu ulas apa-apa lagi
sebab baru rancang nak tengok
kalau bagus dan ada banyak masa aku akan ulas
kalau tak bagus: aku diam je
tak elok besarkan kelemahan orang
kalau ada komen yang boleh tingkatkan mutu
nanti hantar komen terus kepada penerbit untuk dibaiki masa depan
itu lagi afdal, ye tak?

PssssT: tak kesahlah semua orang dok teruja nak tengok
gambar Lisa Surihani dan Yusry tengah bulan madu @ honeymoon di Swizz,
atau kecoh dengan gambar Fasha Sandha dan jejai
berdua ambil kursus perkahwinan...macam dah sahih tu Fasha-Jejai akan nikah,
bukan gosip aje...tuan punya badanpun dah mengaku
errr ramai jugak artis tamatkan zaman bujang tahun ni kan?
sikit masa lagi Misha Omar, Elly Mazleen pulak...
aku tetap gak nak tengok Bunihan dan Seefood hu hu hu JOM!!!

PsssT 2: Hari ni Keputusan STPM 2011 diumumkan
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya
yang kurang cemerlang, boleh ambil semula tahun ni
baiki lagi hingga puas hati...
semak keputusan STPM melalui SMS
taip STPM result [no kad pengenalan] hantar ke 15888
semak keputusan STPM online di
http://www.mpm.edu.my

6 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

orang kite ni memang suka amik kata2 barat jadik benchmark. huh!

citer cinta kura kura tu saya rasa nak tengoklah! seefood pun. bunohan...tak pasti.

tapi cuci cuci last kopek saya wajib tgk. dah last kopek ni!

anyss berkata...

GB: Jom memanggungkan diri...

Unknown berkata...

ada orang dah cop awal2 nak tengok seefood.heheh

eelobor berkata...

tunggu nok download gok nih... huhuhu

anyss berkata...

Diana: saya dah dapat tiket untuk Bunohan dan Seefood fuuuuuuu tak sabaQ nak joli sepanjang hari sabtu la la la

anyss berkata...

Eelobor: sesekali masuk panggung best tau...sila bawak Muaz tengok Seefood, mesti dia suka la la la cer try kalu tak caya hu hu hu