Selasa, 20 Mac 2012

Permohonan IJAZAH SARJANA MUDA USM 2012/2013

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, SIDANG AKADEMIK 2012/2013

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM APEX) bagi Sidang Akademik 2012/2013.

Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2011.
2. Lepasan STPM 2011.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Mac 2011 (ISNIN)
Sila ke website berkaitan untuk maklumat lanjut.

Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

USM menawarkan sebanyak 67 program pengajian (tidak termasuk program Pendidikan) di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2011 dan STPM 2011, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2012/2013 di menu Panduan.


Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) yang akan diadakan di :

KATEGORI TARIKH / MASA TEMPAT UJIAN MUnSyI
Matrik BMKPM 7 April 2012 (10-11 pagi) Di Kolej Matrikulasi masing-masing
PASUM 31 Mac 2012 (10-11 pagi) Di Kolej Matrikulasi masing-masing
Asasi UiTM 7 April 2012 (10-11 pagi) Berdasarkan Pusat Ujian MUnSyI yang dipilih.
STPM 2011 7 April 2012 (10-11 pagi) Berdasarkan Pusat Ujian MUnSyI yang dipilih.
Diploma/setaraf 7 April 2012 (10-11 pagi) Berdasarkan Pusat Ujian MUnSyI yang dipilih.

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah * 2-10 Mei 2012. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada pertengahan April 2012 di pohon@usm.

Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 26-30 Mei 2012 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian.

Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/setaraf :

Peringatan bagi kategori Diploma/setaraf, calon MESTI mencetak dan menghantar dokumen-dokumen berikut :

1. Borang permohonan lengkap mengikut bilangan pengajian yang dipohon.
2. Salinan Kad Pengenalan dan sijil akademik yang berkaitan yang disahkan.
- [SPM, MUET/IELTS/TOEFL, STPM / Sijil Matrikulasi / Diploma (sila sertakan
transkrip yang lengkap)/IB /A Level / AUSMAT / SAM].
3. Pengiktirafan program pengajian daripada MQA.

Permohonan dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya USM tidak menerima Borang Permohonan dan maklumat lain yang diperlukan.

Sila hantar permohonan anda ke alamat :-

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,
BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM,PULAU PINANG

iklan permohonan 1
iklan permohonan 2

Tiada ulasan: