Kisah dia diculik heboh sejak dua hari lepas
Kononnya Siti Fatihah diculik ketika membeli kadtambah nilai prabayar
Berita malam semalam mengatakan ibunya terima
panggilan
Beritahu dia selamat…oh gitulah pulak
Hari ini pecah tembelang bila dia buat pengakuan
kepada pihak polis
dia sebenarnya tidak diculik tetapi lari dengan
rela hati
untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun
setelah mengalami tekanan emosi.
Haaaaa kan aku dah kata Polis Malaysia pun cekap
juga
Opssss! Apalah sangat tekanan emosinya dik oiiii
kalau umur baru 15 tahun
Aku dulu masa umur ni dah keluar cari kayu api dan
tolong keluarga
macam cerita Bawang Puteh Bawang Merah tu, tak
stress pun!
Engkau stress pasai PMR ka?
Oppppssss! Tahan hati sikit ya Anyss, jangan
mencarut!
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,
Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata,
pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat
gadis itu
selepas dia ditemui di rumah keluarga teman
lelakinya
di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah
bukan diculik
setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar
dari rumah secara sukarela
dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh
mana-mana pihak.
Hebat betul lakonan adik kita ni, boleh jadi artis.
Dia dihantar ke rumah Perlindungan kanak-kanak Sultanah Fatimah
[rumah perlindungan kanak-kanak ya...bukan gadis atau wanita]
dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa
Mmmmm gitulah pulak! Buat penat je aku dok risau sama
mak bapak dia pun dia tak mau jumpa apa lagi aku
buat penat je adik kembar dia dok merindu
Dia dihantar ke rumah Perlindungan kanak-kanak Sultanah Fatimah
[rumah perlindungan kanak-kanak ya...bukan gadis atau wanita]
dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa
Mmmmm gitulah pulak! Buat penat je aku dok risau sama
mak bapak dia pun dia tak mau jumpa apa lagi aku
buat penat je adik kembar dia dok merindu
Huhhh! Gempar betul hati aku
Sila rujuk pada tajuk hu hu hu
Tahniah dik, Berjaya cipta sejarah yang tersendiri
popular satu dunia, sila simpan semua keratan
akhbar berkaitan
boleh tunjuk anak cucu nanti ya tak?
terganggu betul emosi aku petang ni!
Komen aku:
Tak nak belajar dari kes sebelum ni ke?
Banyaklah tengok drama, betul-betul kena baru tau.
Puan Nor Mala, kendurikan ajelah cepat-cepat
Walaupun bawah umur, boleh minta kebenaran dengan
Jabatan Agama Islam
Jangan lupa jemput aku ya...teringin nak tepung
tawar!
8 ulasan:
pandangan peribadi ambo pulok.... selagi tidok melibatkan kes penderaan dari segi fizikal, mental ataupun seksual, anok2 tok patut melarikan diri dari rumah menggunakan alasan tekanan. ambo nok komen banyok sbb ambo jugok turut share gambar kehilangan dio di facebook sbb konon2 nya kito prihatin.
Eelobor: komen la banyok pong tak apo...buke sokmo.
Lain kali kena share jugak, bukan semua kes "lari nak dok umah gewe" hu h uhu
anyss
sungguhkah?
tak patut sunggub kelakuan si fatihah tu
mmg semua orang risau dia,alih2 dia sendiri colek dirinya..
Kak Ayu: Tahap pemikiran budak umur 15 tahun, kira dah advance dah tu hu huhu
menyusahkan org betullah.kt punye lah duk ksian.dh berbakul2 maki kat penculik.rupanye taman laki dia.ehh bdk2 zamn skrg ni dh hilg prasaan hormat n malu pd org agaknyer.
Noorhayaty: Dia menculik dirinya sendiri hu huhu...
Ni baru betul menyusahkan mak bapak!
Azieazah: kita pun susah gak
Catat Ulasan