Tepat bulan Mac…hari pertama bulan baru
aku terima surat cinta
memang sangat bahagia kalau terima surat
cinta ni
minggu lepas terima borang BE 2011
sambil dengan manja menggoda LHDN bagi
tahu borang boleh isi online
https://e.hasil.gov.my dengan melakukan permohonan
tapi aku sangat suka isi borang manual
hu hu hu
itu cerita bulan lepas yang baru berlalu
sehari
bila masuk Mac aku terima lagi satu surat cinta dari LHDN
surat pemberitahuan bahawa bayaran balik cukai terlebih bayar LHDN
telah dikreditkan dalam akaun CIMB aku
hahhhh? Biar betik…ingatkan LHDN lupa
dah nak bayar balik
ingatkan email yang aku terima minggu
lepas tu
email memain je maklumlah sekarang ni
macam-macam email pasal durian runtuh
kita boleh dapat setiap hari
ooooo jadi ini memang benar-benar durian
runtuhlah ni ya?
terima kasih LHDN! Patutlah ada
terbanyak duit dalam akaun ari tu
Waaaaaa…bolehlah makan pizza San
Francisco kan Cik Bintang
Tak sangkalah pulak LHDN memang prihatin
akhirnya dibayar semula lebihan cukai
berkenaan walaupun lambat
ingatkan buat-buat lupa dah
aku pulak tak sempat nak pergi terjah
meroyan mengamuk bagai di LHDN
tuntutan aku tahun lepas agak banyak
lebihan
berbanding sebelumnya terlebih RM61.08
je
maklumlah bayaran yuran aku belajar tu
boleh tahan juga mahalnya
tambah lagi dengan tunggakan
semester-semester sebelumnya
sebab masih ada tunggakan, semester ni
pencalonan aku dilupuskan
jenuh aku…dahlah kurang tidur siang
malam mengadap buku
sampai naik juling dah mata kuyu biru
lebam macam Aiswarya Rai Bachan
tak kan nak biar macam tu aje,
terlari lari kangaroo lah aku turun naik
tangga uruskan semua tu
buat bayaran ribu riban, sakit mental
dengan kerenah birokrasi
kena bersabar pulak dengan minah yang
taklah berapa comelpun
tapi bajet ayu dengan mulut bak longkang
lupa dibersihkan MPPJ.
Maknanya, tahun ni dan tahun depan
aku masih lagi berpeluang untuk membuat
tuntutan
bayaran
balik cukai terlebih bayar kalau
ikutkan situasi semasa
maklumlah, potongan cukai untuk buku berjumlah RM Seribu tu
memang aku tuntut penuh…setiap bulan
beli buku,
baca belum tentu hu hu hu
tak apa beli buku, nanti boleh sedekah
ke perpustakaan
kepada rakan-rakan yang masih belum lagi
dapat
bayaran balik cukai terlebih bayar LHDN
bolehlah semak atau tanya
telefon 0362091000, fax 0362018582
Mmmmm musim nak isi borang BE2011 cukai tafsiran dah bermula ni
Tarikh akhir mengemukakan borang
dan bayaran baki cukai dibayar adalah
pada 30 April 2012
mmmmm lambat lagi. Sempat aku tulis
tesis dulu kan?
Sempat aku joli di kedai buku dulu kan?
Jommmmmmm! Moh kita!
PSSSSSSSttttttttTTT:
PM kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
mengutip RM109.7 bilion tahun lalu (peningkatan 27%)
sebab tu lah kerajaan mampu menyediakan
pelbagai kemudahan seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia,
Sara 1Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
lega hati bila tahu macam ni kan
2 ulasan:
buleh doh nok pelepah rego woh duye tuh
Eelobor: Dua butir wah duye leh beli la la la
Catat Ulasan