Isnin, 3 Januari 2011

Dah Rindu Bangi Yang Sentiasa Hidup dalam Nadi

Hari ni aku akan balik Bangi semula. Doakan moga perjalanan lancar dan tiada halangan sepanjang tempoh itu. Sambil-sambil bermalas-malas melayan batuk, aku baca akhbar online sambil juga dengar TV. Tertarik dengan dua berita dalam Berita Harian hari ini. Payah juga bila ahli sihir dah jadi kerjaya kan hu hu hu


BUCHAREST: Romania meluluskan undang-undang buruhnya yang baru dan secara rasmi mengiktiraf ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum sebagai satu kerjaya mulai semalam, sekali gus bererti mereka yang terbabit perlu membayar cukai pendapatan.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah seorang ahli sihir dikenali sebagai Brata yang memberitahu laman web sebuah stesen televisyen terkenal, Realitate.net, bahawa dia akan melakukan sihir dan memecah-belahkan kerajaan menggunakan lada hitam dan yis.
Patutpun ramai yang suka menyihir orang sekarang ni ya…dah diiktiraf sebagai kerjaya hu hu hu

Berita kedua yang buatkan aku berfikir semula beberapa detik kemudian adalah tentang Bah di Australia seburuk zaman Nabi Nuh.

Sebahagian besar Queensland dan wilayah timur laut Australia terus ditenggelami banjir dengan Keluasan kawasan banjir terbabit sama besar dengan negara Jerman dan Perancis, menjejaskan lebih 200,000 orang. Pihak kerajaan tempatan menyifatkannya seperti banjir zaman Nabi Nuh.

Mmmmm aku ni tak reti sangat bab banding membanding ni…besar tu ke banjir pada zaman Nabi Nuh a.s dahulu?


PsssT: Hujan renyai yang kemudiannya semakin lebat seakan lontarkan hiba dengan kembalinya kami ke Bangi. Usah menangis SP, ada ketika aku akan kembali semula di sini…selagi ada yang sudi menerima anak dagang ini.

6 ulasan:

Kak Amy berkata...

Semoga selamat dalam perjalanan ye n Happy new year..

Ibu Muda 30series berkata...

dunia sekarang ni macam-macam dah perkara pelik-pelik berlaku :(

Terkini: Boleh ke Solat macam ni? Mazhab mana ye?

terokai seni berkata...

klako la ahli sihir tu.. napa dia tak sihir semua pemimpin politik tu nanti dia bule jadik presiden negara sihir

azieazah berkata...

Okey, sila beritahu bila free. Tart Nenas sudah ada 5 pek untuk anda.... Jumpa di LRT pun ok.

Semalam dah hantar ke Kajang pada 2 orang, tak tercapai nak jumpa Anyss sekali...

anyss berkata...

Amy: terima kasih. Dah selamat sampai di Bangi

AIM: hu hu hu kat malaysiapun depa ni kena bayar taX jugak kan...baru meningkat pendapatan negara hu hu hu

anyss berkata...

cemomoi: hu hu hu tu la pasal.

Azieazah: Terima kasih. Nanti tengok planner dulu tang mana free.