Khamis, 30 September 2010

Magika Macam avatar tak?


Aku kenal KRU adik beradik masa depa tetiba muncul dalam kumpulan bertiga yang mengagumkan. Waktu tu manalah ada kumpulan rap kat Malaysia ni yang nyanyi sambil lompat-lompat dan gaya lompat yang serupa. Kemas dan cantik je. Lepaas tu barulah tumbuh kumpulan lain yang sekarang ni pun dah tenggelam semula. Lepas tu, mereka buat bisnes pulak. Sekarang ni, depa pula yang teraju industri hiburan tanahair dengan lebih kukuh dan jadi “mastermind’ kemunculan artis/penyanyi baru yang meletup letup macam Eyzlnn, Adam, dan nama lain lagi.

Bila mereka buat CicakMan, aku lagi kagum. Macam tak percaya je bila kita boleh buat filem pelik-pelik macam CicakMan tu…ingatkan barat je boleh panjat-panjat bangunan macam spiderman ke, superman ke…sekarang ni pula, Edry muncul pula dengan filem Magika. Fuhhhhh! Kagum betul aku, padan benar dengan pelaburan depa yang juta-juta buat bangunan besar kat Cyberjaya tu kan?

Filem “Magika” adalah filem bercorak muzikal walaupun hanya 50 peratus sahaja nyanyian, selebihnya berlakon, tetapi kebanyakan lagu yang dimuatkan dinyanyikan sendiri oleh para pelakonnya. Ini yang menjadi kekuatan kepada filem Magika. Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle. Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

Penggambaran filem ini mengambil masa selama 30 hari dan dijalankan di beberapa buah lokasi seperti FRIM, UPM, Putrajaya , Ulu Yam dan disebuah studio di Batu Caves.


Sinopsis Filem Magika

"Magika" merupakan filem ke 5 terbitan KRU Studios yang berkonsepkan muzikal dengan muatan pelbagai elemen termasuklah romantik, komedi dan kasih sayang di bawah arahan sulung Edry Abdul Halim. Filem ini mengisahkan dua beradik, Ayu dan Malik yang sangat sedih bila ibunya meninggal. Malik sangat tertekan dengan suasana tersebut kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. Selepas bertengkar dengan kakaknya pada suatu senja, Malik telah keluar berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah perigi buta yang membawanya ke alam ghaib bernama Magika.

Malik telah ditangkap Nenek Kebayan dan pengikutnya, Awang Kenit untuk dijadikan bahan jamu awet muda. Jamu tersebut dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Fuyooooooo kesiannya kanak-kanak tu kena menangis bergelen-gelen tu...macam nak pergi pinang puteri gunung ledang pulak, kena ada air mata. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap di dalam "Magika'.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di "Magika' membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan. Mereka telah termasuk (tak sengaja ya…bukannya suka-suka main terjun perigi buta nak bunuh diri) dalam dunia Magica dan bertemu dengan pelbagai karektor popular dalam cerita dongeng, lagenda dan mitos Melayu, seperti Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah. Walau bagaimanapun, Ayu sangat bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu. Mmmmm nampak macam comel je Mawi bila ada rambut panjang yang rebonding rapi macam tu hu hu hu


Pelakon Magika

Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama yang melakunkan watak-watak dunia dongeng, hikayat, cerita rakyat Melayu dengan barisan pelakon seperti berikut;
• Diana Danielle - Ayu (Pelakon Utama)
• Mawi - Bad (Pelakon Utama)
• Shafimie Saedon - Malik (Pelakon Utama)
• Ziana Zain - Nenek Kebayan (Pelakon Utama)
• Ning Baizura - Puteri Gunung Ledang (Pelakon Utama)
• Maya Karin - Bunian (Pelakon Utama)
• M.Nasir - Penunggu Gua (Pelakon Pembantu)
• Raja Azura - Mak Andeh (Pelakon Utama)
• Norman KRU - Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
• Edry KRU - Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
• Yusry KRU - Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
• Aznil Nawawi - Pak Pandir (Pelakon Pembantu)
• Datuk Jalaluddin Hasan - Murad (Pelakon Pembantu)
• Ogy Ahmad Daud - Ija (Pelakon Pembantu)
• Sharifah Amani - Bawang Putih (Pelakon Pembantu)
• Sharifah Aleya - Bawang Merah (Pelakon Pembantu)
• Adibah Noor - Makcik Halia (Pelakon Pembantu)
• Ruminah Sidek - Tok Wan (Pelakon Pembantu)
• Sabri Yunus - Bendahara (Pelakon Pembantu)
• Saiful Apek - Hang Tuah (Pelakon Pembantu)
• Mazlan Pet Pet - Hang Jebat (Pelakon Pembantu)
• Azlee Senario - Hang Kasturi (Pelakon Pembantu)
• Hamdan Ramli - Hang Lekir (Pelakon Pembantu)
• Illya Buang - Hang Lekiu (Pelakon Pembantu)
• Vanidah Imran - Mahsuri (Pelakon Pembantu)
• Norman Hakim - Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Pelakon Pembantu)
• Nabil - Orang Minyak (Pelakon Pembantu)
• Zaibo - Nujum Pak Belalang (Pelakon Pembantu)
• Hadziq - Belalang (Pelakon Pembantu)
• Marsha Milan Londoh - Puteri Santubong (Pelakon Pembantu)
• Azhari Mohd Zain - Doktor (Pelakon Pembantu)

Filem arahan Edry Abdul Halim yang dihasilkan dengan kos keseluruhan sebanyak RM2.4 juta itu mula ditayangkan pada 23 September 2010. Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta. Filem ini tercetus apabila Edry teringat teater muzikal pertama yang ditontonnya ketika berusia 12 tahun di London berjudul Tommy. Magika hanya menyasarkan kutipan sebanyak RM 4 juta sahaja.

Aku teringin sangat nak tengok ‘Maya Karin’ yang jelita itu jadi puluhan orang bunian. Mesti comel kan…

Aku harapkan, filem ini lebih berjaya daripada CicakMan. Selama ni kita kagum dengan watak dari luar je; atromen taro, superman, spiderman, macam-macam man lagilah termasuklah doeramon. Bila cicakMan muncul, aku tahu…satu perubahan besar akan berlaku dalam industri seni negara kita. Kita tak boleh harapkan orang luar iktiraf watak-watak dongeng Melayu dalam karya mereka. Kalaupun mereka buat, tidak lain untuk menjatuhkan martabat kita sahaja. Tengok sahaja Mat Jenin, Lebai Malang dan macam-macam watak lain telah dicipta untuk lemahkan bangsa kita. Sekurang-kurangnya apabila menonton Magika, kita dan anak-anak negara ini akan lebih mesra telinga dan mata dengan nama-nama seperti Pak Pandir, Badang, Mahsuri, Nenek Kebayan, Bawang Putih, Bawang Merah, Awang Kenit, Tasik Chini, Batu Belah Batu Bertangkup dan macam-macam lagi. Itu jangka pendek, untuk jangka panjang aku rasa lebih dari itu pun KRU brothers boleh buat. Dah ada studio besar segabak macam tu kat Cyberjaya, mesti kena manfaat sebaiknya kan?

Selepas ini ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ pula mereka buat. Aku pasti tetap akan ada kelainan yang dapat diberikan kepada penonton. Dah baca Hikayat Merong Mahawangsa sejak dibangku sekolah, teringin juga nak tengok versi layar perak pula. Harap-harap taklah kena cincang lumat. Dengar khabar produksi yang lebih gah termasuk menggunakan skor muzik oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) digunakan.

Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Sleeping Beauty, Spider-Man, Cinderella, Zorro, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood. Filem ini turut menampilkan teknik janaan komputer (CGI) sama seperti filem-filem terbitan KRU lain iaitu Cicak Man I dan Cicak Man II. Jadi, tak mustahil kalau hasilnya nanti boleh buatkan kita sebut “WOW!”.
Mmmmm macam best je filem ni. Rugilah pulak kalau tak pergi tengok kan? Ini kan kali pertama filem kita bawa penonton ke dunia fantasi. Ada macam filem Narnia tak? Avatar ke…Harry porter ke…Cik Bintang, jom masuk panggung!

Sesiapa yang dah tengok tu…silalah kongsi kat sini…

Isnin, 27 September 2010

Pilihanraya di Kelantan?


Ceritera Sigek

Dun Gua Musang bakal memilih ADUN baru berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Galas, Che Hashim Sulaiman kerana kanser usus petang tadi. Beliau yang meninggal dunia di rumah sakit Al-Islam Kuala Lumpur meninggalkan dua orang balu dan 12 orang anak. Al-fatihah dan takziah kepada keluarga allahyarham.

Psssssst: Aku tak suka bab-bab politik sama ada untuk bercerita, bergosip atau menulisnya. Namun, aku tahu, kiranya berlaku pilihanraya di Gua Musang selepas ini, suasananya memang sengit. Meriah. Dan, pesanan aku kepada pengundi-pengundi di Gua Musang: tolong minta jalan raya dinaiktarafkan ya...aku nak balik dengan pecutan maksima musim raya haji nanti....boleh gitu?


Ceritera Duwak: 35 Peguam Disiasat

Berita utama sekejab tadi melaporkan bahawa seramai 35 orang peguam kini sedang disiasat kerana terlibat dalam 290 kes kesalahan-kesalahan peguam yang menyeleweng, pecah amanah, rasuah dan penipuan seperti pemalsuan dokumen, akademik, tender dan sebagainya. Jumlah ini termasuk kes pembunuhan arwah Datuk Sosilawati Lawiya.

Pssssst: Para peguam biasa berurusan dengan harta berjumlah juta-juta hinggakan terlupa nak selesaikan fail ikan bilis yang nilainya berdenting syiling...sebab itulah aku kena terjah satu syarikat guaman tersohor awal tahun dulu kan. Ada masa rasa terhina sebab punya harta denting-denting syiling je...namun masa yang lain sangat bersyukur kerana tidak menjadi sasaran oarang yang suka berurusan dengan hartawan ada juta-juta syer. Kesimpulannya: kena syukur seadanya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hanya diserahkan sesuatu yang larat untuk dipikul sahaja...

Ahad, 26 September 2010

Mengapa Aku Tak Tulis Tentang Pembunuhan Kejam Arwah Sosilawati


Pertamanya, alfatihah buat arwah Sosilawati, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang disayangiNya.

Ramai blogger berlumba-lumba kemaskini dan ceritakan kronologi pembunuhan kejam dan keji terhadap jutawan kosmetik Dato’ Sosilawati di blog masing-masing dan menjadi antara penyumbang trafik tertinggi sepanjang dua tiga minggu ini. Perincian dan kemaskini mutakhir bagaimana mangsa-mangsa dibunuh turut ditulis dan menjadi tatapan ramai pembaca. Mendapat komen-komen yang pelbagai juga. mengapa aku tak tulis hal yang sama? Mengapa aku tunggu hingga berita basi dahulu?

Bila tak tulis, bukan bermakna aku tak prihatin. Bukan bermakna aku tak sedih dengan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu. Bukan bermakna aku tak ambil kesah pasal makhluk bersifat lebih binatang dari binatang itu. Namun, aku cuba untuk letakkan diri dalam situasi keluarga arwah terutama anak-anaknya. Cuba untuk rasa kesedihan, kepedihan dan kehilangan. Cuba untuk mengerti bahawa apabila kita kehilangan orang yang disayangi, kita tidak mampu mengawal rasa tiap kali hal itu disebut-sebut. Diungkit-ungkit. Apalagi kalau musibah yang berlaku itu terlalu tragis. Tak mampu diterima dek akal yang waras. Tak akan dilakukan oleh manusia kerana kebinatangan sifatnya. Asal sahaja orang sebut benda tu, air mata pasti berderai. Akan mengalir. Hati akan hiba. Tersayat. Pilu. Jadi, tak mustahil kalau mereka jadi fobia untuk tengok tv, baca akhbar atau layari internet.

Aku tidak mahu buat spekulasi perkara-perkara yang masih lagi dalam siasatan. Biarlah pihak berkuasa jalankan tugas mereka. Sebab itu, kawasan kejadian ditutup kepada orang media, apalagi orang ramai walaupun bukan semua orang media sanggup jadi macam paparazzi.

Biarpun kita mengutuk, mencemuh, menyumpah dan mengeji orang-orang yang tidak berhati perut itu, ia tidak beri apa-apa perubahan kepada apa yang dah berlaku. Apa yang dah jadi tetap terjadi. Bila kita maki hamun mereka, kita sebenarnya telah paparkan betapa tidak sabarnya kita dengan ujian dan dugaan yang Allah beri. Biarpun kita simpati kepada keluarga arwah, makian itu hanyalah lebih jatuhkan pribadi kita sendiri.

Aku pernah terjebak dalam musibah biarpun tidak sebesar ini. Aku tahu bagaimana peritnya berhadapan dengan kenyataan. Namun aku tabik spring toing toing toing dengan anak sulung arwah, Erni yang kuat, tabah dan sangat berkeyakinan meneruskan semua usaha bonda tercinta. Sama-samalah kita doakan, dia mewarisi kekuatan dan ketabahan yang ada pada arwah ibunya. Menjadi perempuan muda yang kaya, warisi berkoyan-koyan harta dan perniagaan warisan tidak semudah yang kita anggap. Dan dia perlu lebih kuat untuk itu.

Sama-samalah kita doakan dia menjadi kuat dan tabah. Bahunya perlu kekar pikul tanggungjawab. Hatinya perlu keras menahan segala dugaan. Moga-moga dia mampu teruskan kegemilangan perniagaan bondanya. Moga-moga dia mampu pertahankan jumlah peniaga melayu yang berjaya. Mudah-mudahan. Selamat mengatur langkah Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, moga langkahnya tidak mudah tersandung.

Rabu, 22 September 2010

100Penulis Mencari Editor

Anda ada blog? Gemar menulis? Berdisiplin bila menulis, sekurang-kurangnya satu entri seminggu? 100 Penulis sedang mencari anda...

Fulamakkkkkkkk ada gaya jadi promoter tak?

Sebenarnya dah lama aku nak tulis tentang ni, tapi selalu je terlupa. Maklumlah, sejak usia jadi 18 tahun 2 setengah hari ni...daya ingatan dah makin menyusut pulak. Jadinya, kali ini aku nak beritahu tentang peluang untuk jadi ahli atau editor di 100 Penulis.

Aku dah jadi ahli sebelum puasa ari tu lagi. Tarikh dah lupa. Masa tu masih tak ramai lagi yang jadi ahli. Kalau tengok kat blog aku ni, mesti ada yang perasan ada button lip lap lip lap 100 Penulis ni.

Bila join 100 Penulis, anda boleh tulis entri satu kali seminggu mengikut jadual ditetapkan admin. Selain boleh kenal dan beramah mesra sesama editor, boleh juga tambah pembaca lain. Boleh kenalkan blog sendiri kepada orang lain.

Sekarang ni dah 95 orang penulis berdaftar yang ada, namun begitu admin mungkin boleh terima anda walaupun jumlah tu dah lebih 100 orang penulis kerana kemungkinan untuk batalkan keahlian ahli lain yang tak aktif. Setakat nak tulis satu entri seminggu, tak kan payah benar kot. Tak nak tulis panjang-panjang, bacalah terus apa yang aku salin dan tampal dari blog 100 Penulis berkenaan seperti di bawah:

Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk memberi kesempatan kepada 100 orang editor bergabung bersama-sama. Kesemua editor ini boleh menulis entry untuk apa jenis isi kandungan sekalipun. Bebas membincangkan hal isu semasa, tutorial, promosi blog, promosi produk, promosi affiliate, bisnes online dan sebagainya. Juga boleh menggunakan blog ini sebagai pengumuman kepada update terkini di blog masing-masing yang sedia ada (ala-ala sinopsis/ringkasan beserta backlink ke blog anda sendiri).

Kepada yang berminat bolehlah menghantarkan emel kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, untuk menerima undangan menjadi barisan editor blog ini. Atau anda boleh tinggalkan komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan.

Jadi jika anda juga seorang yang tidak mempunyai masa untuk menyelenggara satu blog sendiri, maka blog 100penulis.blogspot.com inilah jawapannya. Hanya taip dan tekan publish. Mudah kan? Selain dari menjimatkan masa, kita semua boleh berkongsi trafik/pelawat.

Jom kita mulakan!
» Step 1: Add our code to your website
Get banner code from the sidebar.

» Step 2: Submit your details to 100penulis[at]gmail[dot]com

Your name: (YOUR USERNAME / Nama pena blog anda)
E-mail: (BLOGGER.COM LOGIN / email untuk login ke blogger.com)
Website title:
Website URL:

JANGAN APPLY SEKIRANYA ANDA :

Tidak serius


• Mempunyai banyak email dan banyak username - mengelirukan admin dan editor lain utk tujuan rekod dan jadual


• Tidak kerap memeriksa email untuk terima invitation


• Email anda mempunyai autoresponder


• Anda sekadar mahu sertai untuk kepentingan diri sendiri


• Tidak dapat online sekurang-kurangnya seminggu sekali

Mmmmm tu amaran KERAS pihak admin. Ada berani sahut cabaran? Aku dahhhh, kalau ada sesiapa yang aktif menulis secara maya, nak asah bakat menulis kat sini...nak join, jomlah!

Selasa, 21 September 2010

Rozita Che Wan Bertudung


Rozita Che Wan memang dah sedia ayu, namun dia lebih ayu bila bertudung. Anda melihatnya? Anda tengok telefilem Hati Yang terpinggir di tv2 musim raya yang belum habis nak lepas tu? Dah lupa pulak hari apa. Tapi, dia memang sangat ayu kan bila bertudung litup macam tu?

Ramai juga artis di Malaysia ni nampak ayu, anggun dan lebih comel bila bertudung. Ayu Raudah selalu juga pegang peranan gadis sopan satun ala-ala dara pingitan, dan dia sangat serasi bila bertudung. Adik Mia Sara pun ada lakonkan scene bertudung semasa di tadika dan belajar agama. Comel je dia...sekali pandang macam ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood. Tak percaya? Cuba check semula kat sini

Dah ramai kan artis kita mula bertudung dalam drama dan diluar drama. Agaknya mereka dah tau yang bertudung tu bukan penentu glamer tidaknya sesebuah drama. Cuba tengok drama Nur Kasih, jadi kegilaan ramai bila tengok Tizz Zaqyah yang ayu tu. Ingatkan dia akan terus glamer bila berlakon dedah sana sini. Tak rupanya. Tapi, aku memang akuipun, dia lebih jelita bila bertudung litup macam dalam Nur Kasih tu. Ayu je. Sopan santun. Kira macam menantu idaman malaya gitu!

Alhamdulillah, walaupun hanya dalam drama mereka bertudung, mana tahu satu hari nanti terbuka juga hati mereka untuk bertudung. Tengok sekarang ni, kan dah ramai artis bertudung; Erma Fatima, Lidyawati, Liza Hanim, Aida Khalida, Catriona Ross, Anne Ngasri, dan ramai lagilah.

Yatt Haryati dalam kisah seram Ular Emas juga nampak menawan kan? Tu pertama kali dia berlakon menjadi isteri setia yang bertudung. Nampak sangat comel. Sebelum ni, kalau dia berlakun, sama ada jadi perempuan gedik kejam yang suka rampas laki orang, suka aniaya orang, perasan baik dan bla bla bla. Kalau jadi perempuan baikpun...taklah nampak tersangat baik dan mulia macam dalam cerita seram ni. Paling utama, dia nampak sangat ayu dan menawan. Harap-harapnya, selepas ini, akan terbuka hatinya untuk bertudung kan?

Bertudung bukannya hilang populariti. Ramai artis yang bertudungpun boleh cari makan lagi. Aida Khalida contohnya, dia lebih comel dan menawan sejak bertudung. Dia tetap berlakun juga. Peminat lebih suka dia dengan imej muslimah itu.

Drama-drama melayupun dah banyak gunakan watak wanita bertudung. Itu realiti dunia malaya sebenarnya. Namun, ada masa, drama berkenaan keterlaluan pula. Bertudung litup hingga dalam bilik tidur. Jika watak itu dipegang oleh artis yang memang bertudung kat luar drama, masih lagi kita boleh terima sebab identiti pelakon itu sendiri yang bertudung. Masih boleh maaf. Namun, kalau artis berkenaan memang tak bertudung dan seksi meksi kat luar drama, masihkah perlu bertudung litup walaupun bersama ahli keluarga sendiri dalam drama tersebut. Konon-konon nak tunjuk watak itu alim, tapi tak kena tempat. Nampak benar orang yang terlibat dalam industri ini tak prihatin...malaas nak tulis tajuk drama-drama tersebut, sila carilah sendiri. Karang kata aku fitnah pulak hu huhu

Pssssst: Ini entri aku tengah blur sebab hilang fail-fail sebab gatal tangan godek komputer. Walaupun dah tidur teramat lama semalam untuk qada rasa geram itu, dah salah sendiri...tak leh nak marah sesiapa kecuali rasa MENYESAL sedikit.

Isnin, 20 September 2010

Kembalikan Mood Kerja Selepas Bercuti Panjang

Sebahagian besar daripada kita akan mula berkerja semula esok, walaupun dah ramai juga yang mula kerja pada hujung minggu lepas, termasuk akak Azieazah kita yang turut berkerja pada hari Sabtu juga. kalau kita yang mula kerja pada hari Isnin pun sudah kehilangan mood, apa lagi akak Azieazah. Dia melenggang kangkung ke tempat kerja ketika Kuala Lumpur masih lagi lengang.
Aku? Aku dah  mula kerja pada hari Rabu lepas lagi. Namun, Selasa petang aku singgah ke pejabat sekejab; bagi buah-buahan dari kampung untuk mereka yang dah mula kerja sejak pagi. Walaupun tak ada kuih raya, buah-buah itu sudah gembirakan mereka. Maklumlah, buah segar dari ladang yang adik ipar aku petik sendiri belakang rumah. Walaupun dah kerja Rabu lepas, aku hanya buat kerja di rumah sejak dua tiga bulan lepas. Hanya sesekali sahaja ke pejabat menyemak peti surat dan hadiri mesyuarat berkaitan sahaja. Selebihnya, siang malam aku kerja di rumah.
Sempena semua orang jatuh mood untuk kerja setelah cuti panjang  ni, aku letakkan beberapa tips kat sini, moga-moga boleh membantu menaikkan semula mood kerja anda. Kan kita nak jadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020, kenalah kerja kuat. Dah tak lama lagi tu...jadi, apa kata cuba tips berikut;

Tetapkan Azam
Berkerja kerana Allah perlu sentiasa disemat dalam minda. Bila niat dah betul, secara tak langsung kita akan sentiasa cuba untuk kerja sebaik mungkin. Maklumlah, berkerja itu juga ada bonus dan saham yang boleh kita kutip di akhirat nanti. Dah tentu kita tak mahu dipersoalkan cara kita berkerja.

Kemaskini tempat kerja
Suasana baru yang lebih kemas dan teratur akan beri perasaan baru. Tempat kerja yang kemas, segar dan ceria secara tak langsung boleh percikkan semangat dalaman. Apa kata gantung kad-kad raya yang diterima, sampul duit raya yang bermacam rupa atau ceriakan meja kerja anda dengan sekuntum bunga kegemaran. Tukar skrin komputer anda dengan gambar raya ke, macam-macam boleh buat. Simple tetapi ceria.

Bawa suasana raya ke pejabat
Balang kuih raya masih penuhkan? Bawalah satu dua balang biskut raya ke pejabat dan saling berkongsi biskut raya sesama rakan-rakan. Ada sesetengah pejabat akan adakan sambutan Aidilfitri dengan berkumpul sejam dua sambil menikmati jamuan. Bagus juga begitu, dapat saling bertemu dan bersalaman, bermaafan kerana bukan setiap hari kita boleh bertemu semua rakan sekerja. Masing-masing sibuk. Ada masa bertegur sapa pun sekadar melambai dari jauh sahaja. Masing-masing sibuk dengan urusan nak beli dunia (akulah tu!). Namun,begitu...janganlah sampai bawa kawah dodol segala...itu bukan nak kerja dah tu...

Pasang lagu raya
Banyak lagu raya boleh didengari secara online atau dalam fail di komputer kan? Kalau dalam komputer kat pejabat aku tu, lebih 100 lagu raya aku simpan. Namun, aku hanya pasang lagu raya sebelum puasa dan pada musim hari raya Aidiladha sahaja. Itu dah jadi identiti. Jadi musim Syawal ni, aku dengar lagu raya kat mp3 player je, bukan kat pejabat.

Kuatkan semangat
Bila cuti dah terlalu lama (seminggu tu lama apa), minda kita sudah rasa tenteram dan gembira dengan suasana santai itu. Otak pun dah mula malas nak berfikir. Hanya semangat yang kuat sahaja bolehkan kita bersemangat semula mengembalikan mood setelah cuti panjang itu. Apalagi bila badan masih lagi penat kerana perjalanan jauh, kesesakan lalu lintas...bila balik ke rumah, banyak hal lagi perlu dibuat. Rumah bersepah nak kena kemas, barang-barang yang kita punggah dari kampung halaman juga perlu disimpan atur, pakaian berlambak nak kena cuci, sedangkan pakaian untuk ke pejabat juga belum lagi gosok.

Hanya semangat yang kuat sahaja dapat atasi semua perasaan itu. Cubalah rehat secukupnya. Badan yang sihat dan segar, dengan tidur yang cukup boleh berikan semangat dan keazaman yang kuat untuk berkerja semula.
Cukuplah kot. Semoga membantu naikkan semula mood anda untuk berkerja. Kalau ada yang nak tambah lagi, bolehlah tampal kat bahagian komen. Boleh sama-sama kita manfaatkan.

Aku? Aku dah kemas rumah. Jadinya, dah boleh mulakan kerja semula dengan gear 5. Mmmmmmm dunia masih belum mampu aku beli lagi ni...nak kena kerja lagi kuat!

Ahad, 19 September 2010

Karaoke di Rumah terbuka

Hari ini hari minggu. Hari berehat untuk aku yang dah berhempas pulas jadi pekerja bandaran. Berkarung sampah dilupuskan dalam tempoh dua hari berkemas. Barulah terasa rumah ini tidak lagi menjadi pusat pelupusan sampah. Kepada bakal mak mertua, sila risik bakal menantu ayu anda, bila kali terakhir dia pegang batang mop ya, maklumlah...jari jemari yang disalut losyen tiap hari tu akan kasar nanti kalau kerap pegang batang mop hu hu hu.

Jadinya, jommm kita tenang-tenangkan diri hiburkan hati. Bagi sesiapa yang pernah serbu panggung tengok Salaam E Ishq bersama buah hati tercinta, atau mengadap tv habiskan serdak kuih raya tu, mari kita sama-sama hayati lagu merdu ni. Sekali dengar sangat merdua, dua kali dengar cairkan kalbu. Tiga kali dengar...macam ingatkan sesuatu. Jom je lah kita dengar...

Dalam filem Salaam E Ishq ada versi baru lagu ni;
Babuji Dheere Chalna



Ni versi lamanya, kalau rasa nak dengar dengan nilai klasik....
Babuji Dheere Chalna


Kalau Versi Melayu, beginilah rupanya...Dari Kerana Mata

Dah terhibur? Mmmmm boleh juga karaoke reramai kat rumah terbuka ya...sambil isi masa, sambil kait kenangan. Pernah ke orang  buat gitu? Apa salahnya sesekali ubah cara kan, asal tidak melampaui batasan. jangan jadi pusat karaoke sudahlah ya...

Jumaat, 17 September 2010

Tips ke Rumah Terbuka

Sepanjang Syawal ni, ramai yang buat rumah terbuka. Ada yang buka rumah sebab itu dah tradisi mereka, ada yang terpaksa rela buat rumah terbuka kerana semak telinga orang keliling dok tanya bila nak buat, ada juga yang kunci kemas-kemas pintu pagar sebab rumah sentiasa tertutup. Aku tergolong dalam kategori ketiga. Pagar sentiasa berkunci sama ada ada orang atau tak ada orang dalam rumah. Safety first! Alasan tak leh blah.

Sejak berzaman, aku amalkan...”tetamu by appoiment sahaja”. Jadi, sesiapa nak datang memang dialu-alukan, tetapi kena beritahu dulu. Tak kesahlah email ka, telefon ka, sms ka...cakap sendiri pun boleh. Hidangan bawa sendiri, aku hanya sediakan minuman istimewa sahaja: sky jussss hu hu hu

Hari ni aku nak kongsi tentang tips bila ke rumah terbuka.

Berteman kecuali yakin diri yang tinggi
Kalau anda masih solo, bawalah kawan walaupun seorang. Jangan bawa satu bas pula, roboh rumah orang. Bawa kawan penting untuk tidak kelihatan canggung di rumah orang. Walaupun kenal tuan rumah, belum tentu kenal tetamu yang lain. Kalau ahli keluarga tuan rumah kita kenal walaupun hanya beberapa orang, pergi seorangpun tak apa. Lainlah kalau anda memang kaki kepoh atau boleh hidup biar dibuang ke artik pun. Sekejab je boleh dapat kawan baru. Aku kenal seorang yang sebegitu. Jatuh kemanapun dia boleh dapat kawan baru. Tapi tak ramai yang macam tu kan?

Sesuaikan masa
Tahulah musim raya, musim rumah terbuka tetapi bukan setiap masa terbuka. Janganlah pula subuh-subuh sapi’e dah terpacak depan pintu pagar rumah orang. Tuan rumah tak sempat nak mandi lulur lagi tu. Belum make up, tak sterika baju raya lagi. Cucuk sanggul yang cicir semalam pun belum jumpa mana jatuhnya. Ataupun, waktu azan maghrib tengah kumandang. Anak beranak tuan rumah tengah beratur ambil nombor depan pintu bilik air, kita dah beratur depan pagar laung salam. Waktu maghrib tu waktu paling sibuk. Dah lah masanya singkat.

Awasi Anak-anak
Bukan semua orang ada anak-anak yang sopan santun dan duduk diam manis kat rumah orang. Kalau macam anak-anak buah aku tu, mmmm pening kepala dengan kelasakan mereka yang tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang dibuatnya.

Aku pernah nampak satu keadaan di sebuah rumah yang aku kunjungi. Tuan rumah tidak selesa dengan tetamu kerana anak-anak tetamu yang lasak. Berlari sana sini dalam rumah sedangkan banyak barang-barang mudah pecah. Akhirnya, tuan rumah tak dapat sembunyikan kegelisahan hatinya. Kemana sahaja budak-budak tu pergi dia akan ikut. Asal sahaja budak-budak tu sentuh barang hiasannya, dia akan mintak dan letak balik. Yang nak gelaknya, mak bapak budak-budak tu buat donno sahaja dengan alasan mendidik anak ikut gaya orang putih; pembelajaran berdasarkan persekitaran. Tak boleh tegur, larang atau nasihatkan anak. Fuihhhhhh! Kalau aku jadi tuan rumah, aku halau je tetamu tu hu hu hu Boleh gitu?

Kita tetap Tetamu
Tetamu tetap ada had dan batasnya. Kalau dah tetamu tu, buatlah cara tetamu. Bukan semua tempat dalam rumah orang boleh kita selongkar. Lainlah kalau sedara mara dekat sendiri; Adik beradik sepupu sepapat. Tak payahlah buat macam rumah sendiri hingga pergi check peti sejuk, periuk belanga...sliper jepun pun pergi belek hu hu hu

Berpadalah Lepak Rumah Orang
Dah siap makan, beramah mesra seketika...bolehlah beransur beraya rumah orang lain pulak. Kalau orang tu buat rumah terbuka di stadium tak apalah juga, tetapi kalau rumah biasa-biasa yang masuk lima belas orang dah kena berhimpit, sendiri mahu fahamlah. Acara beramah mesra boleh disambung kat blog, FB, sms dan telefon sahaja. Kesian orang lain yang baru datang terpaksa ambil nombor giliran untuk jangkau lemang.

Nak kena basuh ke pinggan?
Tengok situasi. Kalau sesuai dan boleh membantu tuan rumah, basuhlah. Tapi kalau akan lebih sepahkan ruang dapur orang, baik tak payah. Apalagi kalau dapurnya itu perlukan kepakaran tinggi untuk susun letak dan basuh lap, pisau pun kena susun ikut jenis...baik tak payah basuh. Lagi menyusahkan tuan rumah je nanti.

Itu sahaja untuk kali ini. Nak pergi sidai kain sat. Sambung lain kalilah ya. Selamat ke rumah terbuka. Ada sesiapa nak ajak aku datang rumah terbuka tak? Kempunan lemang ni, belum jamah lagi raya tahun ni.

Nota sisip: Alfatihah. M.Rajoli Meninggal Akibat Kanser: Dunia seni negara kehilangan seorang lagi penggiat seni berbakat, M. Rojoli kerana kanser pada jam 10.55pm, Jumaat 17 September 2010. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga rohnya ditempatkan bersama para kekasih. Alfatihah. Takziah untuk keluarga arwah.

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia

Hari ni dah 16 September 2010. Hari Malaysia. Hari Sabah dan Sarawak bergabung bersama Semenanjung Tanah Melayu menjadi Malaysia 47 tahun lampau. Dah pun 47 tahun berlalu, baru tahun ini diumumkan sebagai cuti umum. Kerajaan mengumumkan mulai tahun ini, tarikh 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia dan penetapan itu diwartakan pada 9 November 2009 di bawah Akta Hari Kelepasan 1951, Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955. Aku memang suka kalau banyak cuti umum, walaupun baki cuti aku masih lagi ada hampir 40 hari belum guna, tapi bila ada cuti umum ni, rasa dia lain sikit. Tak payah mintak cuti ...sila jemput aku ke rumah terbuka korang ya hu hu hu perut tengah bunyi ni!

Pertama kali ke Sabah dan Sarawak awal tahun akhir 90-an dahulu, aku rasa peluk juga. maklumlah, perlu ikut laluan antarabangsa bila di lapangan terbang. Perlu juga ada pas masuk. Dulu-dulu kena isi borang, sekarang ni tunjuk myKad pun dah ok. Tapi tetap ambil masa kerana pegawai kastam akan rekodkan dalam sistem online sebelum diserahkan myKad itu bersama satu helai kertas putih. Kertas itu perlu diserahkan semula di lorong kastam semasa nak kembali ke KL semula nanti. Nak mudah, aku guna pasport antarabangsa. Tak perlu lagi simpan kertas putih itu yang sangat mudah pula untuk hilang.

Bila berbual dengan orang Sabah atau Sarawak, saya akan ditanya “Bila balik Malaya?”. Mulanya aku tercengang-cenang macam ungka dapat strowberi. Sanggup bertegang urat tekak dengan orang Borneo semata-mata tak puas hati dengan panggilan Malaya itu. Lama-lama, dah malas nak kesah. Sesekali rasa seronok pula...maklumlah, kembali ke zaman silam! Mana tahu tetiba je Hang Tuah muncul depan mata persembahkan Taming Sari untuk aku hu hu hu.

Itulah situasi yang perlu didepani orang Semenanjung bila berkunjung ke Sabah dan Sarawak walaupun sama-sama warga Malaysia. Ada masa, penduduk Borneo sendiri tidak tahupun wujudnya hal-hal sebegini. Kalau dia orang tu tinggal puncak Gunung Kinabalu, tak kesahlah sangat kerana kesukaran dapat line tenet, tetapi kalau terdiri daripada pegawai kerajaan berstatus bos nombor dua, tiga...rasa nak sahaja humban komputer canggih kat depannya itu. Bazir je kerajaan bagi komputer dan line tenet berkelajuan tinggi tetapi malas nak selidik maklumat.

Kini, bila ada sambutan Hari Malaysia, maknanya cukup besar kepada semua terutama rakyat di Sabah dan Sarawak. Ia akan menjadi satu titik permulaan perubahan persepsi yang akan menambah baik, mempererat serta memperkukuh jambatan muhibah di kalangan seluruh rakyat Malaysia merentasi Laut China Selatan menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Jambatan ini melangkaui batas perbezaan warna kulit dan kepercayaan ke arah membentuk satu negara yang aman dan makmur, dengan pembahagian peluang dan kemakmuran yang akan dikecapi oleh seluruh rakyat, tanpa ada yang ketinggalan,” itu kata Pairin.

Kata Aku: Biarlah hanya laut China Selatan pisahkan Borneo dan semenanjung. Aku bangga jadi anak Malaysia. Sama-samalah kita gotong royong bangunkan negara tercinta ini (bab semangat kebangsaan, semangat aku memang kental dan tinggi). Paling aku suka…kalau dapat jelajah tiap pelusuk Sabah dan Sarawak, alami pengalaman indahnya alam dan uniknya masyarakat tempatan. Entah bila akan tercapai hasrat itu…ada sesiapa sudi taja tak?

Rabu, 15 September 2010

Puisi Kantoi The Contest

Blog Aku Mencari Cinta ada menganjurkan Puisi kantoi the contest. (Boleh tak jangan manglishkan bahasa?...sempat lagi komen tu hu hu hu, sah dah aku tak akan menang!) Sila ke blog Sang Pencari Cinta untuk dapatkan maklumat lanjut. Tarikh akhir; ESOK, iaitu pada hari raya ke 7. Ntahlah nape tuan tanah kedaung si pencari cinta tu suka sangat nombor 7...mmmmm akupun suka gak nombor tu hu hu hu
Akupun tak tahu sejak bila suka masuk pertandingan maya sebegini, namun…bila nampak ada kontes pasal puisi, tambah-tambah lagi puisi sempoi nan kantoi, tetiba teringat pernah tulis puisi berkaitan dalam entri-entri lepas di Kau Biarkan Aku Sendirian Memendam Luka Ini . Bolehlah kan kitar semula?

Puisi ni aku salin dan tampal dari entri aku yang lepas, boleh baca semula. Copy puisi sendiri dibenarkan ya pencari cinta? Belasah je lah...ni dia puisi kitar semula tersebut;



Sendirian Aku Memendam Luka Ini
Aku benar-benar menderita, tidakkah kau tahu?
Aku terluka, tidakkah kau dengar rintih hati ini?

Setelah aku benar-benar mencintaimu,
saat itukah kau berpaling dan biarkan aku merintih sendirian?
Detik sebeginikah kau benar-benar tega melihat aku terkedu tanpa arah?

Aku tidak pernah hargai sesiapa sama seperti menghargaimu.
Tidakkah kau tahu, hembus nafas ini berlagukan senandung namamu?
Tidakkah kau sedar, alir darah ini hanya memuja memanggil namamu?
Dalam tidur, dalam jaga, tahukah kau yang aku terkenangkanmu?

Kau bukan sesiapa yang berikan segala.
Namun, kau terlalu banyak menyimpan nostalgia tentang kita.
Usah lupa detik kita basah dalam gerimis?
Menahan dingin tempias yang menerpa ke muka,
sekalipun perit menyentak wajah,
namun dingin itulah yang kuingat sampai bila-bila.

Sudah lupakah detik nikmati indah tepian Tasik Cempaka?
Saat bergembira merempuh angin petang dalam ria,
kau sentiasa kupuja. Sentiasa kuingat. Sentiasa kuperlukan.

Kau sentiasa kukenang biar berzaman waktu berlalu.
Selamanya.
Kau banyak mengajar aku tentang erti hidup.
Memberi keyakinan untuk terus berdiri,
biar di mata orang lain aku tidak lagi wujud.
Menyalur kekuatan untuk terus bertahan.
Aku akan sentiasa hargainya. Percayalah.

Aku menderita. Benar-benar sengsara.
Tak tertanggung dek bahu memikulnya,
tak terdaya dek rasa meratapinya.
Setega itukah biarkan rintih ini berlagu senandungkan sendu di jiwa?


Usahlah merajuk. Usahlah berduka.
Janganlah bersedih.
Kalaupun aku punya pilihan lain, tidak bererti cintaku padamu akan berubah.
Tidak bermakna kasihku berkurang.
Tidak juga bermakna kau tersisih dari hatiku...dari hidupku.
Kasih ini, ingatan ini, perhatian ini sentiasa sama seperti dahulu.
Budimu yang segunung itu sentiasa kuingat,
akan kukenang. Percayalah.

Ini tidak hanya ikrar, lebih dari janji dan akad.
Biar datang apapun yang lebih baik, kau tetap punya nilai yang tersendiri.
Tidak bolehkah kau akui itu?
Tidak bolehkah kau kenangkan penderitaan ini
kala rajukmu yang panjang itu?
Janganlah merajuk lagi ya. Aku mohon!
aku memang benar-benar nanar keranamu!
Hanya keranamu, kriss...





Boleh menang tak? Nak hadiah pertama ya sang pencari cinta hu hu hu!

Selasa, 14 September 2010

Kota Bharu Kena Serang


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hanya pada malam ini berkesempatan untuk jengah dunia maya buat seketika. Kat rumah yang tak berapa nak pedalaman ini, maxis tak ada line langsung. Nasib baik ada celcom yang boleh dibedal. Walaupun teramat perlahan rangkakannya, itu lebih baik dari tak dapat langsung kan. Dan, walaupun macam ciput khinzir, tetap juga tak boleh nak kemas kini blog. Sadis!

Biarpun satu Malaya heboh tentang arwah Sosilawati, namun... Kota Bharu tetap kena serang. Sesak merata tempat. Kalau jalan Gua Musang-KB pun dah cecah hampir satu juta kenderaan dijangka melaluinya, belum lagi ikut Ipoh-Grik dan KT-Jertih. Bila semua dah masuk...memang padat!

Aku tinggalkan Bangi pada Khamis lepas. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, hanya satu jam sahaja jem merangkak dengan kelajuan 30km sejam. Selebihnya boleh cecah 80km per jam walaupun boleh pecut lebih laju dari itu jika bijak memecut dalam acara potong memotong. Sebab aku terkenangkan nasihat sendiri “berhati-hati di jalan raya...ingatlah orang yang tersayang”, maka, paling lajupun 100km je aku tekan minyak.

Awan membiru sepanjang jalan. Cantik kan?


Mak aihhhhh panjang juga kena susur bukit ni...


Nak tengok belakang tak? Cuba tengok cermin sisi tu...panjang tak?


Jam 2.30 petang aku dah sampai di rumah dengan selamat. Entri ni aku hanya nak tampal gambar indah sepanjang perjalanan KL-KB dan KB-KL sahaja. Kota Bharu dah kena serang untuk seminggu musim raya ni. Jadi, selamat berpesta dengan kesesakan ya...itukan dah jadi lumrah pada musim perayaan di Kelantan kan? Kalau Kelantan tak sesak bila musim raya, itu memang nak kena hairan.

Interprem dengan dua orang budak ensem bagi makan angsa sat!


Isnin aku dah datang Bangi semula. Dan Bangi, lengang. Agak sunyi. UKM lagilah. Gambar ni jem masa nak masuk Raub. Depan panjang beratur...belakang pun panjang jugak...banyak-banyak sabar ikut giliran ya!


Terima kasih kepada Cik Bintang dengan tart sedap ni. Nak lagi boleh?


Di kesempatan ini, aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maaf zahir batin.

Psssst! Entri ni dah basi kan? Tak apalah...perangat balik hu hu hu

Ahad, 12 September 2010

NAK MENANG DUIT RAYA?

Ini adalah sticky post. Entry terbaru ada di bawah.
MENANG DUIT RAYA SEHINGGA RM200. Ada sesiapa nak bagi aku duit raya sampai banyak tu tak? Mana ada kecuali cdiqlife.com. Hah? Macam mana tu? Ingat sesenang tu je ke orang nak bagi duit raya?

Memang senangpun. Masuklah peraduan MENANG DUIT RAYA. Contest ini hanya memerlukan anda melengkapkan slogan dengan cara paling kreatif. Senang bukan??

Caranya?
Lengkapkan slogan dengan idea anda yang paling kreatif!
Jadinya, apa tunggu lagi? Jomlah join!



Untuk peraduan ini aku telah berhempas pulas pagi dan petang, siang dan malam untuk mencipta puisi ini;

Sesekali punya sedikit waktu
Ketika jejalan di teratak teman-teman
Kutemu MENANG DUIT RAYA CONTEST
cdiqlife.com berbesar hati berbuat amal
meriahkan musim Aidilfitri bakal menjelma.

Tidakkah cdiqlife.com tahu,
Detik ini telah lama kutunggu
Mengutip sen demi sen masukkan dalam tabung buluh
Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana
Yuran pengajian semesterku masih lagi belum langsai, cdiqlife.com
Masih berbaki hampir seribu
Masih berhutang sejak beberapa semester nan lepas
Susutnya tidak, bertambah ia setiap semester.

Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana
Tabung buluh usang di bawah katil itu
Telah lama kosong tanpa isi
Sejak dua bulan lepas
Telah kukosongkan biar hanya separuh
Dapat kujelaskan
Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana
Tabung usang itu perlukan isi lagi
Sebelum datangnya semester hadapan
Sebelum surat chenta datang lagi
Mohon lunaskan yuran

cdiqlife.com, adakah DUIT RAYA itu milikku?



Hu hu hu itulah puisi tak boleh blah yang tiba-tiba sahaja siap, entah bila aku mula tulis pun dah tak sedar. Apa-apapun, aku memang nak duit raya tu. cdiqlife.com, boleh bagi semua tak RM200 tu? Tamak kan? Hu huhu

Untuk mengetahui tentang syarat-syarat peraduan ini, silalah ke blog cdiqlife.com.

Selasa, 7 September 2010

Hati-hati Sepanjang Perjalanan Balik Kampung

Hari ini keadaan dah sibuk di Bangi terutama di bank dan pusat beli belah. Kalau ke pejabat kerajaan, syahdu je suasana. Sunyi sepi dan tenang serta damai. Walaupun masih ramai lagi yang belum mula bercuti, tetapi malam ni dijangka agak ramai juga sudah memulakan perjalanan yang panjang. Sila berhati-hati di jalan raya ya…ingatlah orang yang tersayang menanti.

Cik Bintang pun dah bertolak balik kampung pagi tadi dan dah selamat bersama-sama keluarga. Takziah untuknya yang kehilangan barang kesayangan…telefon Nokia yang baru dibelinya lebih kurang dua bulan lepas. Memang sedih bila hilang barang kesayangan, apalagi kalau barang kecintaan. Siang malam bersama. Tidurpun sama-sama.

Cicirnya itu memang telah ditakdirkan. Hanya sedikit terkilan sebab dijumpai oleh orang yang kurang nilai moral. Andai orang itu Islam, yang akan sambut Aidilfitri dua tiga hari lagi…aku doakan dia diberi nur serta hidayah Allah. Ditunjukkan jalan yang benar. Biarpun bukan hari ini, suatu masa nanti. Bukannya dia tak tahu nombor-nombor yang boleh dihubungikan? Bersepah nombor telefon aku kat dalam tu, sama ada dalam list orang yang menelefon, ditelefon, dalam folder sms dan senarai nombor yang ada. Itupun kalau dia nak telefon aku. Nombor telefon Cik Bintang sendiripun dia boleh tahu kan?

Andainya dia bukan Islam, aku doakan roh Islam meresap dalam dirinya, akhir nanti dia menjadi antara hamba Allah yang dicintaiNya. Aminnnnn.

Buat Cik Bintang, banyak-banyak bersabar. Bukan mudah untuk pujuk hati sendiri, namun ada masa kita perlu belajar untuk menjadi redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin hayatnya bersama kita hanya dua bulan itu sahaja ----à ada macam ayat memujuk ke ni? Adussssssss, ampun! Aku memang tak pandai bab pujuk memujuk ni.

Nanti saya belanja keyefsi ya …selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sabtu, 4 September 2010

Keselamatan Rumah di Musim Perayaan

Assalamualaikum,

Puasa dah sampai hujung, masing-masing dah sibuk nak balik kampung. Bersemangat nak raya kan? Sebelum balik kampung, ikuti tips keselamatan tinggalkan rumah sepanjang musim perayaan. Kalau tak nanti, kang ada pulak orang buat rumah terbuka kat rumah kita. Minta dijauhkan.

Apa yang perlu kita buat sebelum bertolak balik kampung?

Buang sampah.
Terutamanya sampah bersifat basah. Lama cuti kan? Boleh jadi tempat pelupusan sampah dapur kita kalau terlupa nak buang. Kecuali, memang anda jenis yang tak kesah dengan bau-bauan semerbak begitu.

Hentikan langganan akhbar
Habiskanlah bil dua tiga puluh sen untuk hentikan seketika langganan akhbar di rumah. Akhbar yang tidak dikutip di halaman rumah memberitahu kepada orang lain yang tidak ada sesiapa di rumah. Boleh jadi target untuk pecah masuk.

Tutup gas
Walaupun kita bukan tukang masak profesional, hanya masak megi dan anak sardin sahaja, tetap guna gas kan? Tutup dan tanggalkan kepala gas dari tongnya. Kemalangan tidak di dugakan?

Kunci pintu dan tingkap
Periksa tingkap dan pintu rumah untuk kali terakhir walaupun sebelum ini rasa macam tak pernah buka pun pintu atau tingkap itu. Mana tahu, kita pernah terlupa dan tak kuncinya. Ataupun orang lain yang buka dan lupa kunci. Kalau rasa nak lagi selamat, tambah lagi kunci pendua pada pintu utama, walaupun pencuri jarang masuk melalui pintu depan. Macam comel je kan kalau kunci pintu banyak-banyak macam pernah dibuat mr.bean.

Pasang satu lampu
Sentiasa tutup lampu memang elakkan pembaziran. Namun, bila kkita nak tinggalkan rumah untuk jangka masa panjang, pasanglah satu lampu. Orang tak perasan rumah itu kosong bila da lampu terpasang dari dalam rumah pada waktu malam. Kalau guna lampu yang boleh laras atau set untuk menyala atau padam sendiri tu lagi mudah. Kita tak perlu risau apa-apa.

Simpan barang berharga di tempat selamat.
Kita balik kampung dengan kereta sahaja, bukan boleh angkut semua barang. Barang-barang yang agak berharga sikit macam komputer ke, gelang mas berkati-kati tu ka (ehhh...bukan pakai sampai siku ke masa raya nanti?), apa-apalah yang kira berharga dan tak rela diangkut secara percuma tu...simpanlah kat tempat selamat sikit. Kalau aku, motor kapcai tu memang akan masuk dalam rumah. Kalau tinggal kat apartment, tak tau la pulak boleh masuk rumah ke tak. Ada lif kan? Hu hu hu dah mula lah aku nak bagi idea yang pelik-pelik ni.

Sms Rakan Cop atau isi borang di balai polis
Sms je lah rakan polis kita tu untuk bagi tahu bila masa rumah tu benar-benar kosong. Tak pun pergi balai polis dan isi borang. Rasanya sms tu lebih mudah dan senang kan? Lainlah kalau kita nak pi bagi kuih raya ka kat abang-abang polis sempena raya ni. Ishhh tak salah apa. Memang dia orang cukup berbangga dengan keprihatinan kita. Salah hari, 14 kali sehari abang polis tu buat kawad depan rumah kita. Selamat tu... ---> sila bagi kuih raya kat abang polis tu dengan ikhlas ya, bukan sebab nak dia kawal rumah kita 24 jam. Jasa mereka besar untuk kawal ketenteraman negara, ceeeewah semangat kebangsaan aku dah naik ni...

Pesan dengan jiran
Ada tak jiran-jiran yang beraya di sini dan tak balik kampung? Ataupun jiran-jiran yang tak sambut hari raya. Pesanlah kat depa ni untuk tengok-tengokkan rumah kita, walaupun dia orang sebenarnya tak tengokpun. Paling kurang, kalau mereka tahu bila masa kita tak ada, jika ada terdengar benda pelik atau nampak ada tetamu nak beraya kat rumah kita tu, dia orang akan lebih rasa nak tahu. Dah balik raya karang, hulurlah sebungkus dua kuih raya, walaupun kuih raya tu kita beli di Mydin je, bukannya buat sendiri. Aku? Mana boleh berbaik-baik dengan jiran tu, akak tu ingat aku nak gedik dengan laki dia.

Kunci pagar
Dah rasa semua dah periksa dan buat, akhirnya kuncilah pagar. Yang ni biasanya jarang orang lupa, walaupun ada jugak yang terlupa.

Akhir sekali, berhati-hati di jalan raya. Kereta dah servis? Semoga sampai ke kampung halaman dengan selamat.

Khamis, 2 September 2010

Kalian dah Merdeka?


31 Ogos dah berlalu. Banyak hal berlaku sempena hari kemerdekaan negara kita itu. Ramai juga yang tulis di blog masing-masing tentang semangat merdeka. Yup, memang sangat teruja untuk menulis tentang semangat kenegaraan dan keMalaysiaan, tambah lagi kita boleh jumpa dan dengar kat mana-manapun tentang segelintir orang yang cuba jatuhkan ketuanan Malaysia di mata dunia. Kita sendiri macam mana?

Sama ada kita setuju atau marah dengan Masdur yang berkobar-kobar melaung memanggil-manggil seluruh warga Indonesia yang berada di Malaysia balik berhari Raya dan tak kembali lagi ke Malaysia (tanam ubi kayu kat kebun, itupun kalau ada kebun. Kalau tak ada kebun...silalah berkebun dengan cara yang sesuai), dan mengusir warga Malaysia yang berada di Indonesia, pengertian merdeka sebenarnya lebih besar dari itu.

Aku malas nak ulas apa-apa tentang isu-isu hangit seperti ini, ataupun menyokong pendapat beberapa tokoh yang tidak pernah didendang jasa mereka mempertahankan negara semasa perjuangan untuk memperoleh merdeka negara pada 1957 lalu, walaupun sebenarnya, hati sangat meronta-ronta untuk mencatatnya. Bukan tak mahu kongsi, namun, seperti yang selalu aku katakan, bukan semua perkara boleh dan sesuai untuk dinyatakan secara terbuka. Itu juga bagi menjaga kesinambungan merdeka yang kita nikmati sekarang.

Ahad lepas, kakak ajak berbuka di rumahnya. Aku ni adik yang tak berapa nak baik pun, terpaksa menolak kerana alasan tersendiri. Memandangkan adik aku dari Sijangkang datang bertapa kat rumah bersama bayi lelakinya yang comel itu, aku suruh dia ke rumah kakak. Paling kurang terubatlah juga rindu Siti dengan sepupunya itu. Manalah aku nak tahu bahawa kakak sebenarnya hanya ajak aku seorang sahaja, ingatkan ada kenduri berbuka puasa hu hu hu ampunkanlah daku dengan khilaf ini!

Kakak kirim satu mangkuk nasi, ikan haruan bakar, kari daging dan bubur lambuk. Cukuplah sekali makan untuk sahurnya, tapi aku makan untuk dua kali...berbuka esok harinya juga. Nak buat macam mana, urat perut aku pendek sahaja kot, tak muat nak isi banyak-banyak.

Dah lama tak makan kari. Bila kakak kirim kari daging itu, rasa macam nak menangis. Aku hanya makan kari daging atau ayam tertentu sahaja, bukan semua jenis kari. Kalau kari mamak tu, dah terdesak sangat baru makan. Kari yang ada kat sini, lebih banyak kari. Pekat. Bau karinya yang kuat itu buatkan aku tak boleh telan. Tambah lagi pekat dengan kari. Kalau letak santanpun sangat sedikit santan itu. Itu yang tekak aku tak b oleh terima.

Aku hanya makan kari yang Mek buat sahaja. Atau yang seakan-akannya. Ada santan. Cair. Tak banyak letak serbuk kari atau rempah-rempahnya. Dan kari yang tak boleh untuk aku tolak adalah kari buatan Mek, walaupun bagi orang lain, kari itu layak dibuang sahaja (aku pernah nampak kari yang Mek buat dan hantar kepada seseorang dengan penuh kasih sayang dibuang begitu sahaja dari tingkap rumah selepas beberapa saat aku hantarkan kepadanya). Dan kari Mek ini, sudah lebih dua tahun aku tak rasanya.

Aku pernah balik kampung saat terlalu teringin untuk makan kari Mek. Kala itu, Mek begitu sibuk dengan beberapa uruisan keluarga hingga dia tidak berkesempatan untuk masak. Baliknya dah letih. Tak sampai hati pula nak minta Mek masak kari. Dan aku balik Bangi dengan satu rasa hampa. Walaupun cari di merata kedai makan, namun tak ada satupun rasa seperti kari yang Mek buat.

Satu kali yang lain, aku balik lagi. Kali ini aku nekad, sibuk macam manapun aku nak minta juga Mek masak kari ayam atau daging. Aku tak kira dah. Tekak aku masih belum jumpa kari yang sama macam Mek masak. Kali ini juga aku hampa. Mek tak sihat. Sampai hatikah seorang aku untuk mintak macam-macam? Tegakah aku? Hanya kerana tekak sendiri.

Aku kembali lagi ke Bangi dan belajar untuk melupakan kehendak anak tekak yang memang mengada-ngada ini. Bukankah otak boleh kawal segala? Lalu aku terus mengawal hati agar tidak terlalu mengikut anak tekak. Ada kala, mencuba juga kari di beberapa kedai makan, sekadar mengubat rindu. Namun, tiada satupun yang sesuai. Hingga kini. Bila kakak kirim kari daging, aku memang teruja. Memanglah rasanya tetap tak sama seperti yang Mek masak, dapat rasa sipi pun dah cukup.

Istimewa sangatkah kari Mek ini? Bagi orang lain, dah pasti tak lalu nak makan. Bagi aku, sedapnya itu lebih kepada disulam kenangan. Kari inilah yang kami makan sejak kecil walaupun jumpanya hanya sesekali. Maklumlah, keluarga kami bukannya senang. Orang buat bendang. Bendang pawah pula tu. Jadinya, sesekali sahaja ayah mampu beli daging. Itupun bukannya daging batang pinang. Tetapi daging yang banyak urat. Daging yang liat. Daging yang banyak lemak. Pendek kata, nak senang cerita, daging yang tidak bermutu dan murah.

Jadinya, Mek tak ada pilihan lain untuk masak daging ini selain buat kari. Kalau goreng, memang liat. Bila buat kari, mek perlu rebusnya lama-lama hingga liatnya itu jadi empuk. Nasib baik dulu guna kayu api untuk masak, kalau guna gas macam sekarang, mahu setengah tong gas kan? Bombastik lah pula ayat tu kan? Dan, kari Mek itu pula akan dipotong kecil-kecil untuk cepat empuk, banyak kuahnya pula. Untuk dirasa lebih banyak mulut. Kami 7 beradik, tujuh mulut tu pula boleh tahan juga kalau menyuap. Tak ingat dunia dah. Jadinya, walaupun daging yang berurat dan liat itu sudah habis, kami masih lagi hangatkan kuahnya itu berhari-hari. Penambah rasa bagi nasi. Itukan lebih sedap dari makan nasi berkuahkan air?

Dan kari yang kakak kirim itu, adalah kari yang seperti ini. Kari yang sedikit sebanyak mengubat rinduku. Kari yang pernah kami hadap masa kecil-kecil dahulu. Kari yang terpenuh kenangan.

Sahurnya, aku bangkit dengan penuh teruja. Panaskan nasi, panaskan kari daging istimewa itu. Ikan haruan bakar nan seekor aku simpan untuk berbuka petangnya. Cukuplah dengan kari ini sahaja, urat perut aku kan tak panjang. Kebetulan Zetty balik rumah (sesekali sahaja dia bermalam di rumah) dan sedang sahur dengan biskut. Aku ajak dia sekali. Orang kata, rezeki gajah sama dilapah.

Aku makan dengan penuh selera. Walaupun bukan seratus peratus rasanya seperti kari yang Mek masak, namun, rasa itu aku tak akan jumpa di mana-mana kedai makan di Bangi ini. Waaaa, kalau kakak aku tahu aku dah puji dia melambung-lambung sebegini, aku memang pasti tidurnya malam ini bersulam dengan sengih sampai sahur.

Saat nasi di pingganku telan langsai, aku menyedari tentang sesuatu. Zetty makan dengan payahnya. Hanya berlaukkan kuah sahaja. Daging-daging liat dan urat itu semuanya terpinggir di tepi pinggan. Dan aku, tiba-tiba sahaja diurung sesal. Menyesal kerana ajak dia turut bersahur dengan kari super sedap bagiku, namun tidak mampu ditelannya. Kami dari dunia yang berbeza.

Dia anak merdeka yang biasa makan daging batang pinang. Aku anak merdeka juga, namun dihidangkan dengan kari daging berurat, liat dan berlemak gred paling rendah. Kalaupun aku mampu beli daging batang pinang kini, namun ada kala, tekak tetap teringin daging liat itu. Tetap rindukan kari daging Mek yang dahulu. Tetap mengenang betapa sukarnya mendaki tangga demi tangga yang bawakan kami ke menara ini, walaupun kerapkali juga aku terjelepuk kehilangan nafas di anak tangga yang entah ke berapa.

Pada musim kemerdekaan ini, aku belajar dan menyedari tentang banyak perkara. Terima kasih, Tuhan...temukan aku dengan banyak perkara. Belajar tentang banyak benda. Moga aku akan lebih syukuri dengan setiap apa dimiliki. Selamat menyambut merdeka...

p/s: Tekak aku tetiba je mintak ketupat pisang. Macam mana ni? Adusssssssssss!

Rabu, 1 September 2010

SeKali Klik dapat RM1 ke Akaun Kita, Boleh Percaya ke?

Jangan tanya aku, boleh percaya ke tidak. Sebabnya, aku sendiripun baru sahaja daftar dan mencuba seketika sahaja tadi. Nak tahu betul tidaknya, jomlah cuba ramai-ramai...bukan pakai modal sesenpun.

Video Panduan Lelong

Aku dapat benda alah ni kat blog Cikgu Dahlia. Tetiba je rasa nak tampal kat sini.
Jom kita baca dan daftar ramai-ramai.

Salam 1Malaysia untuk semua…
Memang tak logik kalo 1UV bagi RM 1 kan? Kalaulah trafik berduyun-duyun ribuan setiap hari, so dapat RM ribuan ke? Memang nonsense tapi berkemungkinan boleh jadi. Masakan tidak? Dengan setiap pengunjung, mereka boleh memberi anda RM1. Aku pun tak percaya memula dengan program ni walaupun tanpa modal sesen pun, tapi bila dapat mesej dari Maybank2u ni, patutkah aku tidak percaya?

Video Panduan eBay

This is to inform you that ERUWAN GERRY has transferred RM117 to your Maybank account for Komisen EruwanGerryAffiliates.com on 08/31/10 22:44:59 via Maybank2u.com
Bukti pembayaran yang diterima
Edy Sepaku selepas 15hari, bukan aku.
Program Paid Per Lead ni adalah ilham daripada Eruwan Gerry Norsen iaitu Pakar Lelongan Online Nombor 1 di Malaysia. Eruwan merupakan seorang pembeli dan penjual veteren di laman web lelongan online No. 1 Malaysia iaitu www.lelong.com.my dan laman web lelongan online No.1 Dunia iaitu ebay.com. Eruwan juga merupakan di antara sebilangan kecil “Education Specialist trained by eBay” di Malaysia.
Dalam program Paid Per Lead ni, tak perlu keluarkan wang sebagai modal untuk membeli barangan atau daftar keahlian. Hanya perlu daftar sebagai Affiliate dan promosikan link affilate di blog, status YM, Facebook, signature dalam Forum ataupun signature dalam email. 1 pelawat bersamaan dengan RM1. Ingat, jangan fikir mudah bahawa hari ni promote, hari ni terus dapat income. Benda macam ni memerlukan masa.

eBook Import Dari China

10 pengunjung daftar bawah anda dapat RM10,
100 pengunjung daftar bawah anda dapat RM100,
1000 pengunjung daftar bawah anda dapat RM1000

Memang berbaloi untuk daftar…tak pakai modalpun. Jom cuba dafta
r
Pengunjung blog kita kan ramai, datang dari pelbagai golongan, apa salahnya kita join dan promosi menda ni? Yang penting, Zero Modal, pulangan masyukkk! Dengan Nuffnang pun nak kena klik 4 iklan baru dapat RM1 kan. Yang ni, orang daftar je terus dapat RM1.

Selain daripada peluang menjana wang daripada setiap pengunjung, setiap pendaftaran akan menerima bonus bernilai RM398 secara percuma iaitu:
1. Koleksi eBook Panduan Kejayaan
Eruwan Gerry Affiliates (bernilai RM197)
2. Temuramah
Eruwan Gerry dengan Ammar Zahar – Affiliate Muda Malaysia (bernilai RM37)
3. Kursus Email 6-Bahagian Panduan Kejayaan Affiliate (bernilai RM67) 4. Newsletter Bulanan Panduan Kejayaan Affiliate (bernilai RM97)


Tak rugi daftar kan? Jommm reramai daftar kat SINI