Jumaat, 17 September 2010

Tips ke Rumah Terbuka

Sepanjang Syawal ni, ramai yang buat rumah terbuka. Ada yang buka rumah sebab itu dah tradisi mereka, ada yang terpaksa rela buat rumah terbuka kerana semak telinga orang keliling dok tanya bila nak buat, ada juga yang kunci kemas-kemas pintu pagar sebab rumah sentiasa tertutup. Aku tergolong dalam kategori ketiga. Pagar sentiasa berkunci sama ada ada orang atau tak ada orang dalam rumah. Safety first! Alasan tak leh blah.

Sejak berzaman, aku amalkan...”tetamu by appoiment sahaja”. Jadi, sesiapa nak datang memang dialu-alukan, tetapi kena beritahu dulu. Tak kesahlah email ka, telefon ka, sms ka...cakap sendiri pun boleh. Hidangan bawa sendiri, aku hanya sediakan minuman istimewa sahaja: sky jussss hu hu hu

Hari ni aku nak kongsi tentang tips bila ke rumah terbuka.

Berteman kecuali yakin diri yang tinggi
Kalau anda masih solo, bawalah kawan walaupun seorang. Jangan bawa satu bas pula, roboh rumah orang. Bawa kawan penting untuk tidak kelihatan canggung di rumah orang. Walaupun kenal tuan rumah, belum tentu kenal tetamu yang lain. Kalau ahli keluarga tuan rumah kita kenal walaupun hanya beberapa orang, pergi seorangpun tak apa. Lainlah kalau anda memang kaki kepoh atau boleh hidup biar dibuang ke artik pun. Sekejab je boleh dapat kawan baru. Aku kenal seorang yang sebegitu. Jatuh kemanapun dia boleh dapat kawan baru. Tapi tak ramai yang macam tu kan?

Sesuaikan masa
Tahulah musim raya, musim rumah terbuka tetapi bukan setiap masa terbuka. Janganlah pula subuh-subuh sapi’e dah terpacak depan pintu pagar rumah orang. Tuan rumah tak sempat nak mandi lulur lagi tu. Belum make up, tak sterika baju raya lagi. Cucuk sanggul yang cicir semalam pun belum jumpa mana jatuhnya. Ataupun, waktu azan maghrib tengah kumandang. Anak beranak tuan rumah tengah beratur ambil nombor depan pintu bilik air, kita dah beratur depan pagar laung salam. Waktu maghrib tu waktu paling sibuk. Dah lah masanya singkat.

Awasi Anak-anak
Bukan semua orang ada anak-anak yang sopan santun dan duduk diam manis kat rumah orang. Kalau macam anak-anak buah aku tu, mmmm pening kepala dengan kelasakan mereka yang tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang dibuatnya.

Aku pernah nampak satu keadaan di sebuah rumah yang aku kunjungi. Tuan rumah tidak selesa dengan tetamu kerana anak-anak tetamu yang lasak. Berlari sana sini dalam rumah sedangkan banyak barang-barang mudah pecah. Akhirnya, tuan rumah tak dapat sembunyikan kegelisahan hatinya. Kemana sahaja budak-budak tu pergi dia akan ikut. Asal sahaja budak-budak tu sentuh barang hiasannya, dia akan mintak dan letak balik. Yang nak gelaknya, mak bapak budak-budak tu buat donno sahaja dengan alasan mendidik anak ikut gaya orang putih; pembelajaran berdasarkan persekitaran. Tak boleh tegur, larang atau nasihatkan anak. Fuihhhhhh! Kalau aku jadi tuan rumah, aku halau je tetamu tu hu hu hu Boleh gitu?

Kita tetap Tetamu
Tetamu tetap ada had dan batasnya. Kalau dah tetamu tu, buatlah cara tetamu. Bukan semua tempat dalam rumah orang boleh kita selongkar. Lainlah kalau sedara mara dekat sendiri; Adik beradik sepupu sepapat. Tak payahlah buat macam rumah sendiri hingga pergi check peti sejuk, periuk belanga...sliper jepun pun pergi belek hu hu hu

Berpadalah Lepak Rumah Orang
Dah siap makan, beramah mesra seketika...bolehlah beransur beraya rumah orang lain pulak. Kalau orang tu buat rumah terbuka di stadium tak apalah juga, tetapi kalau rumah biasa-biasa yang masuk lima belas orang dah kena berhimpit, sendiri mahu fahamlah. Acara beramah mesra boleh disambung kat blog, FB, sms dan telefon sahaja. Kesian orang lain yang baru datang terpaksa ambil nombor giliran untuk jangkau lemang.

Nak kena basuh ke pinggan?
Tengok situasi. Kalau sesuai dan boleh membantu tuan rumah, basuhlah. Tapi kalau akan lebih sepahkan ruang dapur orang, baik tak payah. Apalagi kalau dapurnya itu perlukan kepakaran tinggi untuk susun letak dan basuh lap, pisau pun kena susun ikut jenis...baik tak payah basuh. Lagi menyusahkan tuan rumah je nanti.

Itu sahaja untuk kali ini. Nak pergi sidai kain sat. Sambung lain kalilah ya. Selamat ke rumah terbuka. Ada sesiapa nak ajak aku datang rumah terbuka tak? Kempunan lemang ni, belum jamah lagi raya tahun ni.

Nota sisip: Alfatihah. M.Rajoli Meninggal Akibat Kanser: Dunia seni negara kehilangan seorang lagi penggiat seni berbakat, M. Rojoli kerana kanser pada jam 10.55pm, Jumaat 17 September 2010. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga rohnya ditempatkan bersama para kekasih. Alfatihah. Takziah untuk keluarga arwah.

4 ulasan:

azieazah berkata...

Amboiiii... panjang juga tips nyer tuh. Udah macam pakar motivasi dah, tidak pun macam Mak Nenek bagi petua kat dayang istana. Ahaks!

Tapi semua tu betul. Especially, part bawa anak lasak tuh. Kalu rasa ada baby tu, prepare kelengkapan yang ringkas dan mudah sendiri. Jangan sampai air panas nak minta tuan rumah, nak buat susu pun nak kena terjah dapur orang. uishhh..

Part basuh pinggan tu, MOKYANG sendiri tak berapa suka tamu masuk sampai dapur. Tamu tetap tamu. Tuan rumah dah bersedia mental dan fizikal untuk basuh pinggan menimbun, sebab tu dia berani buat open house. hehehehehe

azieazah berkata...

Alfatihah..

dan takziah buat keluarga arwah M RAJOLI.

anyss berkata...

AA: Tetiba je jadi Mak Tiri kawal anak buah 13 orang masa raya, terlupa lak...tunjuk bakat kat sini hu huhu

Bab kawal budak lasak dah selalu...bab keperluan baby, belum mahir. Terima kasih dengan tips tu ya...

Yup...takziah. Negara kehilangan seorang bakat seni yang besar. Saya suka bila dia berlakun jadi ustaz atau orang agama, bukan je nampak penghayatan tapi...menusuk jauh ke dasar jiwa

eelobor berkata...

wah...menarik info kali nih. bagus2

Al-Fatihah juga buat Allahyarham M.Rajoli