Jumaat, 1 Julai 2016
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Isnin, 30 Mei 2016
Cuti Sekolah
Sabtu, 12 Oktober 2013
Nantikan Ketibaan Kami
Selasa, 23 Oktober 2012
Suara Tak Sedap Pun Nak Nyanyi Jugak
Hati di dalam dah lama menyanyikan lagu ni....dah tak sabar
Hari ni nak balik awal, nak pack bagasi...mmmmm macamlah nak balik sebulan ya tak? 3 Hari je pun!
Ohhhhhh! sangat teruja!
Ahad, 20 Mei 2012
Berat Je Hati Nak Balik Bangi
Alhamdulillah, sejak Selasa lalu aku berkampung di kampong
Dah lima bulan tak balik…masa memang cepat benar
Aku jugak masih terkial-kial bagai
Macamlah tahun 2012 baru semalam datangnya
Mmmmm banyak betul urusan dunia nak kena buat
Nak kena selesaikan…belum jadi Perdana Menteri lagi tu
Opssss! Jadi PM tak apa, ramai balachi tolong buat kerja
Kita bagi arahan je huh u hu tu statement orang jeles la la la
Hari ni pagi-pagi seawal jam 8 akan gerak balik Bangi
Doakan perjalanan berjam-jam ini dirahmati
Dan tiada aral yang melintang
Moga-moga masih selamat sampai di Bangi
Dan sambung hidup dengan segala kecelaruan dunia
Kalau balik kampong, aku gerak lima minit sebelum jam 5 pagi
Sampai di pekan Ketereh dan singgah makan rumah kakak ipar
Dah jam 12.45 tengahari…lepak sekejap
Jam 2 baru sampai rumah buat semua terkejut badak sekejap
Hu huh u tak cakap pun aku balik...bertuah betul kan?
Tak nak bagi dia orang excited sangat terutama Ain
Mmmm macamlah ada orang nak excited hu huh u
Tapi, bila gerak balik Bangi semula
Paling awal bertolakpun jam 8 pagi
Tak boleh lagi awal dari tu dah huh u hu
Nampak sangatkan berat hati nak datang semula
Hampir seminggu balik kampong
Ikut hati memanglah tak puas
Curi-curi buat kerja juga walaupun lebih banyak joli
Paling penting…hati lapang, kepala otak pun lapang
Hidup macam orang lain dalam masa seminggu ni
Bukan macam burung hantu atau beruang koala la la la
Ada sesiapa nak buat laksa utara?
ada bawa bunga kantan, segar dari ladang
pengerasnya hanya: semangkuk laksa yang sedap je
la la la nampak macam tak ikhlas je kan nak bagi
he he he mood tengah berbunga-bunga
walaupun dalam hati taman dah lama gersang
oohhhhhhhhhhhhh pokokku, dah matikah???
Khamis, 29 Disember 2011
Iringkan Perjalanan Ini dengan Doa
Jumaat, 11 November 2011
Negeri Kelate Comey Senghoti
Sabtu, 27 Ogos 2011
Selamat Pulang Ke Kampung Halaman
Pastikan rumah yang ditinggalkan selamat
Selasa, 7 September 2010
Hati-hati Sepanjang Perjalanan Balik Kampung
Cik Bintang pun dah bertolak balik kampung pagi tadi dan dah selamat bersama-sama keluarga. Takziah untuknya yang kehilangan barang kesayangan…telefon Nokia yang baru dibelinya lebih kurang dua bulan lepas. Memang sedih bila hilang barang kesayangan, apalagi kalau barang kecintaan. Siang malam bersama. Tidurpun sama-sama.
Cicirnya itu memang telah ditakdirkan. Hanya sedikit terkilan sebab dijumpai oleh orang yang kurang nilai moral. Andai orang itu Islam, yang akan sambut Aidilfitri dua tiga hari lagi…aku doakan dia diberi nur serta hidayah Allah. Ditunjukkan jalan yang benar. Biarpun bukan hari ini, suatu masa nanti. Bukannya dia tak tahu nombor-nombor yang boleh dihubungikan? Bersepah nombor telefon aku kat dalam tu, sama ada dalam list orang yang menelefon, ditelefon, dalam folder sms dan senarai nombor yang ada. Itupun kalau dia nak telefon aku. Nombor telefon Cik Bintang sendiripun dia boleh tahu kan?
Andainya dia bukan Islam, aku doakan roh Islam meresap dalam dirinya, akhir nanti dia menjadi antara hamba Allah yang dicintaiNya. Aminnnnn.
Buat Cik Bintang, banyak-banyak bersabar. Bukan mudah untuk pujuk hati sendiri, namun ada masa kita perlu belajar untuk menjadi redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin hayatnya bersama kita hanya dua bulan itu sahaja ----Ã ada macam ayat memujuk ke ni? Adussssssss, ampun! Aku memang tak pandai bab pujuk memujuk ni.
Nanti saya belanja keyefsi ya …selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sabtu, 4 September 2010
Keselamatan Rumah di Musim Perayaan
Assalamualaikum,
Puasa dah sampai hujung, masing-masing dah sibuk nak balik kampung. Bersemangat nak raya kan? Sebelum balik kampung, ikuti tips keselamatan tinggalkan rumah sepanjang musim perayaan. Kalau tak nanti, kang ada pulak orang buat rumah terbuka kat rumah kita. Minta dijauhkan.
Apa yang perlu kita buat sebelum bertolak balik kampung?
Buang sampah.
Terutamanya sampah bersifat basah. Lama cuti kan? Boleh jadi tempat pelupusan sampah dapur kita kalau terlupa nak buang. Kecuali, memang anda jenis yang tak kesah dengan bau-bauan semerbak begitu.
Hentikan langganan akhbar
Habiskanlah bil dua tiga puluh sen untuk hentikan seketika langganan akhbar di rumah. Akhbar yang tidak dikutip di halaman rumah memberitahu kepada orang lain yang tidak ada sesiapa di rumah. Boleh jadi target untuk pecah masuk.
Tutup gas
Walaupun kita bukan tukang masak profesional, hanya masak megi dan anak sardin sahaja, tetap guna gas kan? Tutup dan tanggalkan kepala gas dari tongnya. Kemalangan tidak di dugakan?
Kunci pintu dan tingkap
Periksa tingkap dan pintu rumah untuk kali terakhir walaupun sebelum ini rasa macam tak pernah buka pun pintu atau tingkap itu. Mana tahu, kita pernah terlupa dan tak kuncinya. Ataupun orang lain yang buka dan lupa kunci. Kalau rasa nak lagi selamat, tambah lagi kunci pendua pada pintu utama, walaupun pencuri jarang masuk melalui pintu depan. Macam comel je kan kalau kunci pintu banyak-banyak macam pernah dibuat mr.bean.
Pasang satu lampu
Sentiasa tutup lampu memang elakkan pembaziran. Namun, bila kkita nak tinggalkan rumah untuk jangka masa panjang, pasanglah satu lampu. Orang tak perasan rumah itu kosong bila da lampu terpasang dari dalam rumah pada waktu malam. Kalau guna lampu yang boleh laras atau set untuk menyala atau padam sendiri tu lagi mudah. Kita tak perlu risau apa-apa.
Simpan barang berharga di tempat selamat.
Kita balik kampung dengan kereta sahaja, bukan boleh angkut semua barang. Barang-barang yang agak berharga sikit macam komputer ke, gelang mas berkati-kati tu ka (ehhh...bukan pakai sampai siku ke masa raya nanti?), apa-apalah yang kira berharga dan tak rela diangkut secara percuma tu...simpanlah kat tempat selamat sikit. Kalau aku, motor kapcai tu memang akan masuk dalam rumah. Kalau tinggal kat apartment, tak tau la pulak boleh masuk rumah ke tak. Ada lif kan? Hu hu hu dah mula lah aku nak bagi idea yang pelik-pelik ni.
Sms Rakan Cop atau isi borang di balai polis
Sms je lah rakan polis kita tu untuk bagi tahu bila masa rumah tu benar-benar kosong. Tak pun pergi balai polis dan isi borang. Rasanya sms tu lebih mudah dan senang kan? Lainlah kalau kita nak pi bagi kuih raya ka kat abang-abang polis sempena raya ni. Ishhh tak salah apa. Memang dia orang cukup berbangga dengan keprihatinan kita. Salah hari, 14 kali sehari abang polis tu buat kawad depan rumah kita. Selamat tu... ---> sila bagi kuih raya kat abang polis tu dengan ikhlas ya, bukan sebab nak dia kawal rumah kita 24 jam. Jasa mereka besar untuk kawal ketenteraman negara, ceeeewah semangat kebangsaan aku dah naik ni...
Pesan dengan jiran
Ada tak jiran-jiran yang beraya di sini dan tak balik kampung? Ataupun jiran-jiran yang tak sambut hari raya. Pesanlah kat depa ni untuk tengok-tengokkan rumah kita, walaupun dia orang sebenarnya tak tengokpun. Paling kurang, kalau mereka tahu bila masa kita tak ada, jika ada terdengar benda pelik atau nampak ada tetamu nak beraya kat rumah kita tu, dia orang akan lebih rasa nak tahu. Dah balik raya karang, hulurlah sebungkus dua kuih raya, walaupun kuih raya tu kita beli di Mydin je, bukannya buat sendiri. Aku? Mana boleh berbaik-baik dengan jiran tu, akak tu ingat aku nak gedik dengan laki dia.
Kunci pagar
Dah rasa semua dah periksa dan buat, akhirnya kuncilah pagar. Yang ni biasanya jarang orang lupa, walaupun ada jugak yang terlupa.
Akhir sekali, berhati-hati di jalan raya. Kereta dah servis? Semoga sampai ke kampung halaman dengan selamat.
Rabu, 8 Julai 2009
Jerebu...
Masa sendukkan hidangan, hati memang kuat bisikkan yang aku akan makan banyak kali ini. Bekal untuk tengahari yang telah kuisi siap-siap dalam perut. Namun, akhirnya, tiga senduk sarapan (kucampurkan nasi goreng, mehun goreng dan me goreng dengan sejuring telur goreng...macam itupun dah RM5 ke?) sebab terlalu awal pagi, tak mahu kerap berhenti untuk ke tandas, jadinya aku putuskan hanya untuk makan sahaja. Dah berada di lebuh raya semula, rasa menyesal tak batai nescafe khaw supaya buka mata luas-luas sepanjang jalan.
Jam tujuh dah lepasi Raub, Padang Tengku sebenarnya, tapi...suasana masih lagi kelam. Mataharipun malu-malu nak keluar. Nampak macam berkabus. Aku memang suka suasana macam tu. Segar. Dingin. Boleh rasa bau udara yang wangi berbaur dengan bungaan semulajadi. Namun bila buka tingkap...mak oiiiii hangit! Panas dan berkuap!
Baru sedar bahawa semua itu jerebu, bukannya kabus. Bau hangit dan terbakar dengan udara yang panas dan tepu dengan habuk buatkan aku pasang pendingin hawa sepanjang perjalanan. Nikmati ajelah gambar-gambar ni...
Jam 12 lebih dah sampai rumah kakak ipar kat Pekan Ketereh. Sempat makan tengahari lagi (dengan ikan singgang). Dah lama tak hirup kuah ikan singgang. Sambil tu call kakak yang memang dah ada kat rumah, minta dia bersiap. Nanti boleh terus sahaja ke Tabung Haji di Kota Bharu. Esoknya Jumaat, cuti hujung minggu. Hanya hari ini sahaja ada masa. Ikutkan kepala memang dah ting tong kerana penat, bangun awal dan tahan mengantuk. Disebabkan Sabtu dah nak bertolak balik KL semula, kenalah pergi juga pada hari itu. Adik akhirnya yang memandu.
Balik Tabung Haji, singgah Perodua. Terus booking viva RM500. Dapat kunci nanti bayar baki deposit RM1500 lagi. Hujung bulan (beberapa hari lagi) dijangka dapat, tapi bila tengok salesmannya itu, hati aku memang tak yakin. Tengoklah nanti macam mana.
Aku balik bila dapat tahu Mek jatuh. Dua kali pulak tu. Masa balik hari tu, dia dah ok. Jalan merata siap pergi kenduri lagi. Aku yang risau dengar dia jatuh di bilik air dan di halaman rumah, macam anak kucing hilang anak kat Bangi. Panas je bontot nak duduk diam-diam. Nak aje terjun balik kampung cepat-cepat. Bila fikir ada hal yang memang tak boleh elak, terpaksa kurungkan niat balik kampung. Akhirnya Khamis tu, terus terjah balik kampung tanpa sesiapa tahu. Dah nak sampai rumah baru call beritahu kakak untuk pergi Tabung Haji. Semua tu sebab aku fikir tak ada kelapangan lagi nak balik. Minggu berikutnya kan dah kena pergi Kota Kinabalu. Empat hari pulak tu.
Malamnya tidur macam tak mahu bangun. Memang betul-betul penat dan letih. Biasanya balik kampung sekurang-kurangnya seminggu, baru sempat kaver balik tenaga. Kali ini dua malam saja. Penatnya payah nak cerita. Ikutkan hati, nak aje menjelepokkan diri kat lantai sepanjang masa hinggakan tak peduli langsung dunia lain. Ni bukan nak cerita pasal jerebu pun...hanya nak bagi tau, masa balik kampung tu, ada jerebu je skit kat Pahang....saje je buat tajuk pelik skit. Gambar-gambar jerebu tu aku upload lain kali je lah ye, lupa nak copy dari lap top. Sori!
Selasa, 9 Disember 2008
Sepanjang Perjalanan...
Dalam perjalanan pulang ke kampung untuk Aidiladha, aku ditemani dua orang anak buah, Along dan Angah. Awal-awal lagi Angah dah tanya, jam berapa kami akan sampai. Jangkaannya jam satu petang, namun, beberapa hal sebabkan jadual asal terganggu.
Awal perjalanan, mereka tidur. Dikejutkan jam 5.05 pagi, dah tentu mengundang kantuk untuk anak-anak seperti mereka (11 dan 10 tahun). Bila dah bangun, dah sarapan pula dengan bekal roti bersalut tuna (nudget yang kubeli semalam untuk bekal mereka tidak dapat digoreng kerana kehabisan gas. Jam 5 am, tiada kedai gas buka. Jadinya, nudget itu kubawa balik mentah sahaja. Karang dia orang mintak nak goreng kat kampung nanti, tak perlu aku kalut ke pasar raya mencari), sepanjang jalan ditemani pula celoteh mereka.
Along tak banyak cakap berbanding Angah yang banyak komen itu ini. Asal sahaja meter mencecah 100 km/jam, mulutnya bising beri amaran. Bayangkanlah perjalanan lebih 500 km dengan kelajuan 80 km/jam, entah berapa lama baru boleh sampai. Aduhhhhhh!
Berikut antara dialog yang berlaku antara kami;
Aku: Baru 100 lah, Angah. Meter ni ada 180...masih banyak lagi belum guna. 180 baru kira laju.
Angah: Kena ikut had laju di papan tanda...
Aku: Mana ada papan tanda!
Along: (ketawa) Jalan ni tak ada papan tanda had lajulah, Angah.
Angah: Nanti excident...
Aku: Tak boleh ke excident?
Angah: Kalau excident, Angah tak bertanggungjawab!
Aku: Apa pulak angah tak bertanggungjawab. Kalau polis tanya, nanti Cik Na cakap angah yang bawak kereta laju...
Kami ketawa serentak.
Angah: Janganlah bawa laju...excident nanti susahlah.
Aku: Kenapa pula angah susah?
Angah: Angah ni belum besar lagi...belum pun UPSR. Belum kahwin lagi ni...
Tak terkata aku dibuatnya!
Ahad, 7 Disember 2008
Keropok
Suasana dan kesesakan di pasar tani tidak dapat aku upload sebab cuaca memang hujan. Cahaya tak cukup dan suasana memang tak sesuai untuk aku petik picu kamera.
Petangnya aku ke gerai jual keropok untuk beli berkilo-kilo keropok keping (ikan dan udang). Bila musim raya macam ni, orangmemang ramai beli. Kalau tidak beli awal-awal, risau aku tak punya banyak masa lagi untuk datang beli. Persiapan raya belum buat lagi. Esok pula nak kena tolong Mek buat ketupat pulak. Jadinya, hanya hari ni aku ada masa untuk beli keropok tu.
Bagi sesiapa yang nak beli keropok losong atau keropok keping, bolehlah ke gerai adik manis tu. Gerainya terletak di tepi jalan antara Batu 10 dan simpang Chengal, jalan Kota Bharu – Kuala Krai. Di gerai ni juga ada dijual sos pencicah, keropok segera dan keropok lekor. Harganya lebih murah sedikit dari di pasar Ketereh. Hari ini adik itu jual keropok ikan dengan harga RM7.50 setiap kilo (di pasar Ketereh RM8 sekilo), manakala keropok udang RM7.00 sekilo.