Anda Juga Mungkin Berkenan

Khamis, 30 Mei 2013

Senarai Penumpang Bot Karam Yang Masih Hilang


Susulan kejadian bot karam di Sungai Rajang, berikut senarai nama 11 penumpang yang masih hilang yang dikeluarkan oleh polis Sarawak.

Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

1. Anuar Margaret (lelaki)

2. Akong Empam (lelaki)

3. Handry Linggi (lelaki)

4. Mejerin Bantan (perempuan)

5. Ricky Sunus (lelaki)

6. Robert Angih (lelaki)

7. Roslin Jati (perempuan)

8. Simon Patrick (lelaki)

9. Tommy Ubing (lelaki)

10. Welson Lat (lelaki)

11. Wesly Belaja Nelson (lelaki)


Kemaskini:

Menurut Bernama, Sebelas penumpang bot ekspres ini berjaya diselamatkan, menjadikan jumlah penumpang yang terselamat dalam tragedi itu 192 orang, kata Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau.

Kumpulan terbaru mangsa itu diselamatkan lewat malam tadi oleh sebuah tongkang yang lalu di kawasan itu dan kemudiannya dibawa ke pusat perlindungan sementara di sebuah rumah panjang berhampiran lokasi kejadian



Rabu, 29 Mei 2013

Mior Juara Kilauan Emas Musim Ke 3


Ramai tak peminat rancangan realiti TV Kilauan Emas?

Aku? Kadang-kadang je tengok. Tak teruja mana bila tengok kadang-kadang gitu. Tapi final konsert Kilauan Emas aku tengok juga. Itupun selepas habis The Apprentice Asia, ada ramai jejaka hensem di situ huh u hu

Apa yang best, sebab ada Dato’ Shake yang maintain hensem la la la

Empat peserta akhir Kilauan Emas adalah Idris, Silah, Mior dan Alina bertarung hebat untuk menjadi juara

Jadi siapakah juara Kilauan Emas musim ke 3 kali ini? Nama juara dah ada pada tajuk entri huh u hu malas nak taip banyak kali la la la

Juara bakal membawa pulang trofi Kilauan Emas, wang tunai RM50 ribu, gitar, langganan majalah Midi selama setahun dan sebuah kereta Nissan livina.


Video Kekecohan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA antara Pahang dan JDT


Berikut adalah rakaman video saat-saat awal berlaku kekecohan di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam tadi, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit, kemudiannya ditunda:





Dari Astro:




Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kejadian kekecohan penonton semasa perlawanan separuh akhir kedua piala FA antara Pahang dan JDT yang dikumpulkan dalam bentuk video:




Kat bawah ni video penyokong pasukan Trengganu keluar dari Stadium selepas perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Kelantan dan Trengganu petang semalam. Aku sangat percaya tak banyak video ini disebarkan kerana bila libatkan pasukan Kelantan, hanya kejahatan penonton dan penyokong kelantan sahaja yang orang ambil tahu atau sengaja dibesar-besarkan.



Komen aku: tak perlu komen lagi kot...kang ada pulak pihak rasa hati hu hu huhu


Penonton Pahang-JDT Perang Atas Padang


Tajuk hanya nak panaskan pagi yang mendung je…sebenarnya atromen yang perang atas padang. Sila percaya!

Bola punya pasal…
Di Malaysia ni memang istimewa. Bila beli tiket untuk melihat perlawanan bola sepak, kira satu pakej dengan acara baling membaling. Selama ni, pasukan Kelantan yang selalu kena, kononnya penyokong tak berdisiplin yang adakalanya sengaja disalahkan.

Kali ini, bila berlaku di Pahang, tetiba ada jugak yang salahkan penyokong Kelantan yang buat onar…tiba-tiba aku gelak besar sebab “dari celah mana pulak penyokong Kelantan datang” tah. Huih! Memang hebatlah penyokong Kelantan nak pergi sokong JDT, gamaknyalah!

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk. Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Awalnya, wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, tetapi kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT, menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera.


Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) malam tadi terpaksa dibatalkan selepas berlaku kekecohan penonton yang menyaksikan lebih 7,000 penyokong membanjiri trek Stadium Darul Makmur, dan beberapa orang tercedera akibat balingan objek keras.

Persoalannya: macam mana boleh berlaku lebihan penonton. Bukan sikit, 7 ribu tu!



Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh dilangsungkan jika ada penonton duduk terlalu hampir dengan padang kerana dibimbangi bakal mencetuskan keadaan tidak selesa pemain terutama membabitkan keselamatan masing-masing.

Kalau ada yang perasan, Semalam, FAM telah mengumumkan berkemungkinan pasukan Kelantan akan bermain tanpa penyokong di Stadium Muhammad IV pada perlawanan akan datang sekiranya Kafa gagal mengawal tingkah laku penyokongnya.

Kafa didenda RM62,500 atas empat pertuduhan yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim pada 15 Januari lalu, iaitu:

- Denda RM20,000 kerana membaling mercun dalam stadium
- Denda RM2,500 kerana penonton membaling objek ke dalam padang
- Denda 20,000 penyokong Kelantan membaling objek kepada penyokong Johor
- Denda RM20,000 kerana gagal mengambil langkah keselamatan dalam stadium


Pertanyaan aku: Ooooo ini yang perlawanan JDT bawak komando masuk stadium tu ya? JDT tak kena denda pulak ya? Aku tanya ni tau...sila jawab. 

Errrr…semalam JDT tak bawak komando ka ke Kuantan? Itu pasallah pelawanan tunda. Lain kali kena bawak Komando tu…baru boleh lawan. Fuhhhhhhh! Aku tengah bayang ni apa jadi kalau ada pasukan Komando…penuh keliling padang dengan komando, jadi perlawanan boleh berlangsung. Tak payah tangguh-tangguh dah. Tak ada baling membaling. Sesiapa yang buat aksi membaling bakal ditembak dengan M-16 haaaaaa boleh bayangkan?

Sebenarnya, dalam entri ni aku nak tulis: Aku sangat kagum dengan semangat penyokong pasukan Kelantan yang hebat itu. Bila menang, bukan main hebat lagi sokongan padu penyokong pasukan kelantan, bila kalah pun hebat juga hu hu hu 

Errrr....Tahniah Kelantan, menang petang semalam dalam perlawanan separuh akhir ke dua dengan Trengganu.


Selasa, 28 Mei 2013

Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak?


Ada sesiapa mempunyai maklumat tentang Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak yang berlaku pagi tadi tak?

Kononnya berlaku satu tragedi berlaku melibatkan bot ekspres telah karam di Belaga kerana membawa penumpang berlebihan sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.
 
Kalau tengok di utusan online, bot ekspres tersebut dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit dan karam kira-kira 9 pagi tadi berhampiran Tanjong Giam Bungan. Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.

Jumlah mangsa setakat ini belum dapat disahkan, tetapi FB Kelab Penyokong PDRM menyatakan seramai 100 orang penumpang, tetapi ada juga yang menganggarkan bot berkenaan membawa 200 orang penumpang. Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu yang sepatutnya berkapasiti  67 penumpang. [kalau kapasiti asal 67, macam tak logik je sumbat sampai 200 orang]. 

Penumpang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.




Kemaskini:

Seramai 181 orang penumpang selamat dan kini ditempatkan di Rumah Panjang Uma Tevok and Uma Tanjong.  Seramai 25 penumpang lagi dikhuatiri lemas.

''Bot Ekspres Bakun Mas'' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi. Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga.

Menurut berita radio, hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu. 




Isnin, 27 Mei 2013

Kita Diuji Tanpa Sedar


Biasanya, bila musibah datang…kita (akulah tu!) sedar kita (akulah tu!) sedang diuji Allah. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. Kita (akulah tu!) tabah.

Bila kita (akulah tu!) sakit, kita (akulah tu!) tahu kita (akulah tu!) sedang diuji. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. (akulah tu!) Kita tabah.

Bila kita (akulah tu!) susah, bila kita (akulah tu!) lapar…bila kita (akulah tu!) miskin papa kedana, kita (akulah tu!) sedar kita (akulah tu!) sedang diuji. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. Kita (akulah tu!) tabah.

Tetapi kita (akulah tu!) sering terlupa bahawa kita (akulah tu!) sebenarnya diuji pada ketika yang lain.

Bila kita (akulah tu!) kenyang, kita (akulah tu!) lupa ujiannya adalah tentang kekenyangan itu. Kita (akulah tu!) lupa untuk bersyukur. Kita (akulah tu!) lupa untuk berkongsi kekenyangan itu dengan orang lain.

Kalau tak ada anak, kita (akulah tu!) anggap itu ujian. Maka kita (akulah tu!) tabah dan sabar. Namun, bila kita ramai anak (errrr…ni bukan aku!), kita terlupa bahawa anak-anak jua ujian bagi kita. Sejauh mana kita adil untuk setiap dari mereka. Sejauhmana tanggungjawab dan kasih sayang dah kita tunaikan? Ataukah, kita akan ungkitnya semula pada saat anak itu tidak lagi mahu mengikut kehendak kita, lalu lebelkan anak-anak sebagai anak derhaka semata-mata kerana mereka anak dan kita (juga bukan aku) ini ibu bapa.

Bila kita (akulah tu!) ada kelulusan tinggi, ada pangkat (tapi aku tadak pangkat…aku kuli biasa-biasa je), ada jawatan…kita (akulah tu!) lupa itu bahawa semua itu juga ujian. Menguji adilnya kita(akulah tu!). Menguji agama kita (akulah tu!), menguji ketekalan diri kita (akulah tu!), menguji mabuk kuasa atau menindasnya kita (akulah tu!). Sejauhmana keputusan kita itu memberi kebaikan kepada seluruh anak buah kita, ataukah hanya untuk kita seorang, atau untuk kroni semata-mata? Sejauh mana menindasnya kita, sejauh mana adilnya kita.

Bila kita senang (senang ka? Alhamdulillah…tak merempat, tapi masih belum senang), kita (akulah tu!) lupa saat itu kita juga sedang diuji. Kita (akulah tu!) diuji dengan harta. Kita (akulah tu!) sayang dengan harta, macam boleh bawa ke kubur. Rumah agam kita yang kukuh. Kereta kita yang besar dan mewah. Ujian kesenangan dan kemewahan itulah paling sukar untuk kita hadapi berbanding masa kita miskin papa kedana hidup susah.

Pernah terfikir tak yang kita (akulah tu!) juga diuji dengan musibah orang lain? Kita (akulah tu!) diuji pada ketika orang lain diuji? Bila orang keliling kita diuji dengan kemewahan, kebahagiaan dan kegembiraan, tak terujikah kita (akulah tu!) bila setiap hari hati terasa bengkak dengan itu? Ataukah hati kita (akulah tu!) sentiasa rasa bangga, gembira dan seronok dengan kegembiraan dan kebahagiaan itu?

Bila orang diuji dengan musibah dan aib, tak terujikah kita (akulah tu!)? Adakah kita (akulah tu!) membantu dia untuk menutup aib itu, ataukah kita (akulah tu!) antara orang yang akan sama-sama sebarkannya? Ataukah kita (akulah tu!) antara orang yang akan memberi hukuman “Hah, padan muka! Itulah…dulu derhaka dengan orang tua. Kahwin tak dapat restu,”.

Bila orang diuji dengan kelaparan, kesusahan dan kesedihan, adakah kita (akulah tu!) turut sama hulurkan bantuan barang, wang ringgit…atau kata-kata perangsang untuk dia sentiasa tabah dan sabar? ataukah, doa pun kita (akulah tu!) kedekut dan hulur?

Pernahkah kita (akulah tu!) terfikir, waima di jalanraya sekalipun kita (akulah tu!) sedang diuji? Pernah terfikir tak, betapa bongkaknya kita (akulah tu!) semasa guna jalan raya bagaikan kita (akulah tu!) seorang sahaja yang bayar cukai jalan dan insuran? Padahal, bukan besar manapun kereta kita (akulah tu!) kalau nengokkan lagaknya itu!

Banyak perkara yang berlaku sekeliling kita (akulah tu!) ini berlaku untuk menguji. Adakah kita (akulah tu!) Berjaya lepasinya? Ataukan semuanya terbarai tanpa satupun Berjaya kita (akulah tu!) lepasi.



Ahad, 26 Mei 2013

Selamat pengantin Baru Ustaz Azhar Idrus


Pagi ni tersebar di Facebook yang ustaz Trengganu Kita yang glamer ini, Ustaz Azhar Idrus dah kahwin lagi. Isteri ke tiga Ustaz Azhar Idrus tu...


Apa nak komen? Tak payahlah komen apa-apa. Kalau betulpun ustaz Azhar Idrus kahwin isteri ke tiga hari ini, alhamdulillah. Tahniah. Selamat pengantin baru ustaz.




Terang benderang satu dunia tahu tu, tak payah main sorok menyorok sebab ramai suami suka main sorok sorok macam tikus dan kucing bila nak kahwin lagi.


Masa makan beradap pun, ustaz Azhar idrus diapit oleh ketiga-tiga isterinya. Kau ada? 
Sangat kagum dengan ketiga-tiga isteri ustaz azhar idrus ni...bukan macam drama kat TV tu yang akan baling-baling barang, tarik-tarik rambut. 

Semoga bahagia dunia akhirat.

Untuk baca kisah sebenar dari tempat kenduri berkenaan, melihat gambar-gambar semasa majlis nikah dan jamuan, bolehlah baca di blog Enche Yunus Badawi.




Sabtu, 25 Mei 2013

Bila Suami Orang Itu Sudah Tidak Cam Daku Lagi


Bagi yang dah baca entri-entri lama pasal mengapa aku belum kahwin, dan beberapa entri lain lagi berkaitan kahwin…maklumlah sekarang kan musim orang kahwin. Musim cuti sekolah. Memasing dapat undangan hingga tak tahu mana nak pergi…hingga tak sempat kan.

Aku memang tak akan bercinta dengan suami orang, (sila elakkan juga untuk bercinta dengan isteri orang ya…kok ya pun nak bercinta, carilah yang masih solo, jangan dok kalut main sebat je tak kira siapa), walaupun ada jugak suami orang yang mengejar terutama bagi golongan yang beranggapan aku tak akan kahwin kalau tak kahwin dengan dia. Kononnya dia jadi penyelamatlah tu kan.

Pertengahan tahun lepas, aku terima email dari seseorang yang aku kenal juga dia masa belajar dulu. Masa itu, aku memang bersangka baik dengan dia sebab aku kenal isterinya dan 5 anak mereka (waktu itu), dia juga berasal dari Kelantan. Jadi dia gunakan sama negeri sebagai alasan untuk jumpa dan borak-borak.

Setelah beberapa kali batal sebab masa dan tempat yang tak sesuai, maka suatu petang, lebih kurang jam 3 petang, maka berjumpalah kami di satu kedai makan kat Bangi. Disebabkan sebelum itu aku ada beritahu dia “ngeteh ramai-ramai seronok juga,”, mati-mati aku ingat dia datang bersama geng, sekurang-kurangnya dua orang. Sayangnya, dia datang seorang. Alahai!

Rasa seronok nak jumpa orang yang kita kenal yang dah lama tak jumpa dah kurang sedikit. Dia seorang yang agak BERilmu agama, kira waraklah berbanding aku, (pada anggapan akulah!). Jadi aku tak jangka langsung dia akan datang seorang. Aku memang amat jaga pergaulan, kalau dengan perempuan boleh je jumpa dengan sesiapa. Tapi kalau rakan lelaki, aku tak akan jumpa berdua sahaja. Biasanya kawan-kawan aku tahu benda tu, termasuk isteri masing-masing. Sila jumpa aku secara berjemaah ya hu hu hu 

Akhirnya aku tahu jugalah dari mana perkembangan pasal aku dia tahu, orang itupun aku kenal juga (kenal gitu-gitu je…seorang ustaz yang selalu beri ceramah agama. Beristeri dua. Kedua-dua isterinya tinggal serumah). Dia juga selalu pergi dengar tazkirah ustaz ini, malah turut mengajak aku ikut sama. Baguslah kan, tambah ilmu agama. Pada masa itu, aku menolak dengan baik dengan alasan kena pulun buat kerja sekolah sampai habis.Dah siap semua, barulah banyak plan baru dalam hidup aku akan bermula. Banyak sangat benda yang aku nak buat ni...

Lama jugak kami borak, sejam lebih kurang. Bila balik, aku perasan seperti dia tidak mahu orang tahu yang dia datang jumpa aku. Gayanya terendap-hendap macam tikus takutkan kucing. Pada masa itu, hati aku yang jahat ini dibisikkan syaitan yang direjam ini kata aku usah leka dengan dia. Karang aku kena ngap!

Bermula saat itu, dia selalu kirimkan SMS lembut manis wangi siang malam untuk selalu berjumpa. Namun ketika itu, aku selalu sahaja ke Seremban untuk beberapa gerak kerja department dan terpaksa menolaknya. Masa tidak pernah serasi untuk kami jumpa lagi selepas itu untuk acara bersosial dan makan-makan seperti diingininya. Adakala sebab memang aku sibuk. Ada masa yang lain, aku tak ada di bangi. Ada waktunya juga, sebab aku tak ada mood nak jumpa dia. Akhirnya dia menyepi. Senyap. Sunyi.

Nak jadi cerita, aku pernah bertembung dengan dia beberapa kali dalam kawasan kampus, tetapi tiada apa-apa reaksi dari wajahnya. Macam tak kenal. Tak ada tegur sapa seperti kita jumpa orang yang kita kenal. Tak ada basa basi. Kali pertama aku anggap dia tak Nampak, sebab dia juga rabun macam aku. Tapi kalau dah beberapa kali, hingga ada masanya jarak berselisih itu bukanlah jauh sangat…aku tiba-tiba jadi keliru juga.

Allah itu maha kuasa. Allah temukan juga kami dalam lif di Hentian Kajang. Juga tiada komunikasi yang berlaku. Kali ini, aku sematkan dalam otak bahawa dia memang dah tak cam aku. Nak tahu kenapa?



Sebab aku dah ambil suplemen makanan tambahan, sebab tu aku dah makin jelita. Sekarang ni pula…aku tengah berusaha keras untuk jadikan 3 Cixty Plus sebagai ramuan rahsia makanan tambahan aku. Sila dapatkan di Sihat Store.

Minggu lepas bagi tau Cik Bintang pasal cerita ni, dia bantai gelak tak henggat. Adoiiii la! 

Pada pendapat kalian, kenapa dia jadi gitu? Apa salahku ya? Cer huraikan... (macam soalan periksa akhir semester pulak ya)






Khamis, 23 Mei 2013

RON97 Dah Turun Harga Mulai Malam Selasa Lepas: Cerita Rakyat Marhaen


Entri ni bukan nak salahkan sesiapa, bukan entri politik, juga bukan entri parti pembangkang. Entri ni hanya wakili hidup aku sebagai rakyat marhaen yang tinggal di sebuah Negara aman makmur dengan indeks jenayah paling rendah. Itu intronya ya!

RON97 dah turun harga di seluruh negara sebanyak 20 sen seliter. Dah jadi RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum Selasa lepas. Alhamdulillah. Walaupun aku tak gunapun minyak jenis ni. Aku rakyat marhaen yang tak mampu. Lainlah kalau aku menteri atau barisan pemerintah yang baru dapat kenaikan gaji tiga kali ganda. Dengan hidup rakyat marhaen, walaupun RON97 dah turun harga 20 sen, aku masih lagi tidak mampu nak guna.

Menurut menteri yang bijaksana Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran, jadi penurunannya kerana dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat. Situasi penurunan harga minyak disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Sebagai rakyat marhaen yang perlukan pembelaan pihak kerajaan yang dipilih secara demokrasi dalam pilihanraya, maka aku sangat berterima kasih dengan kerajaan yang mewakili rakyat marhaen seperti aku ini. Tetiba rasa macam “diri disayangi” pula.

Dulu aku pernah tulis tentang kenaikan harga barang. Bila satu barang itu naik, maka akan disusuli oleh kenaikan barang yang lain. Harga Petrol naik sepuluh sen, semua barang lain mencanak naik dengan alasan kos penghantaran dah naik. Bila harga gula naik lima sen, semua barang makanan dan minuman turut naik bersen sen walaupun kemanisannya tak terasapun. Bila tepung naik harga, maka semua makanan kuih muih roti canai segala pun turut naik harga. Bila ayam naik harga, maka sate pun turutlah naik harganya hinggakan secucuk sate pun dah jadi 70 sen. 

Maka, jadilah rakyat kelas atasan sahaja yang mampu makan sate, makan roti canai atau makan kuih. Golongan marhaen macam aku dah semakin tak mampu untuk menikmati kesedapan roti canai, keenakan sate ataupun merasa kuih muih. Telan ajelah angin yang masih lagi percuma, walaupun dah termasuk juga dengan debu dan partikel halus jerebu.

Dijangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON97 dalam masa terdekat ini. Baguslah begitu. Kami rakyat marhaen tak mampu nak hadapi semua perkara yang naiknya melambung-lambung (kecuali gaji yang tak naik-naik, ataupun naik mengikut tahap keprofesional bodeknya). 

Adakala aku terfikir, sepanjang masa hanya berkerja sahajakah kita? Nak kata kaya dengan kerja tonggang terbalik siang malam, jauh benar nak sampai ke tahap itu. Kalau boleh hidup dengan selesapun dah syukur. Setahun mampu balik beberapa kali jumpa ayah bonda, relekskan minda sekali dua bercuti dalam Negara lepaskan lelah dan beli hadiah untuk diri sendiri setahun sekali pun cukuplah. Nyatanya…jauh sekali untuk aku.

Hidup bergaya mewahkah aku? Berjenama hebatkah aku? Bila belek setiap barangan keliling, aku dapati: bajuku dari pasar malam. Tshirt pasar malam itu aku beli dengan harga lima ringgit sahaja. Cukuplah, sekadar pakai di rumah. Barang basah juga jenama pasar malam. Kasut jenama bata. Tudung jenama nilai. Beras jenama econsave. Terlebih jolikah aku?

Sekali harga ayam naik, harga satey juga naik. Bila harga ayam turun semula selepas itu, hingga sekarang harga satey masih lagi tak turun-turun. RON97 dah turun harga, selepas ini, dah tentulah harga barangan akan turun juga kan? Bolehlah aku beli gelang emas, dengar cerita emas di kelantan tengah murah. Ke sama je macam harga satey yang tak reti nak turun tu?

Entri ini bukan tentang ekonomi Negara kita yang stabil itu, tetapi tentang kehidupan aku, seorang rakyat marhaen yang berasal dari negeri paling miskin di Malaysia yang di bawah buminya ada banyak petroleum tetapi dinafikan haknya, dan kini berhadapan dengan kemelut hidup tiap kali berlaku perubahan harga petrol walaupun sesen dua. Gali sendiri belakang rumah, aci tak?



Kes Bunuh Sosilawati Lawiya: Pathmanabhan Digantung Sampai Mati


Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.



Aku pernah tampal kes ini dalam 3 entri iaitu Mengapa Aku Tak Tulis, Bunuh sebab duit dan 4 didakwa bunuh.

Komen aku:
Sekalipun semua yang terlibat dalam kes pembunuhan ini telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati, adakah ia akan ubah tragedi itu? Tidak mungkin. Usahlah kita kata, “padan muka”, semoga pembunuh lain akan rasa takut. Bagi aku, hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada Pathmanabhan masih belum setimpal dengan kekejaman yang dilakukan. Bukan manusia sanggup buat sebegitu kejam.

Aku lebih suka untuk meneliti kesannya kepada keluarga mangsa yang dibunuh. Memanglah hukuman itu mencegah si pembunuh untuk berterusan membunuh orang lain, namun sudah semestinya masih belum mencukupi. Sangat besar impaknya kepada keluarga mangsa. Anak-anak. Tanyalah apa perasaan Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, dah pasti rasa kehilangan ahli keluarga mereka tidak setimpal dengan hukuman yang pembunuh itu dapat.

Keluarga mereka hilang orang yang disayangi, tempat mereka bergantung, tempat berkongsi kasih sayang. Setelah tiga tahun berlalu, pernah tak kita tanyakan, bagaimana kehidupan keluarga tiga lagi mangsa bunuh tersebut? (Kehidupan keluarga arwah Sosilawati agak kerap juga kita jumpa di majalah dan TV), keluarga yang lain? Anak-anak mereka? Keperluan mereka terpenuhikah?

PsssT: Aku tetap mengharapkan hukuman ini masih juga boleh memberi kesan kepada orang lain yang tak serik buat jenayah. Jangan risau, Negara kita aman…kejadian begini tak akan berlaku lagi. 


Rabu, 22 Mei 2013

Video Dan Gambar Kemusnahan Akibat Taufan Di Moore, Oklohama


Semalam dengar macam tu je berita perdana pasal taufan yang melanda Moore (Amerika Syarikat). Pada masa tersebut, TV tayang visual kawasan rumah yang dilanda taufan tersebut. Hanya tinggal tapak rumah sahaja. 

Jumlah kematian tentukan semakin meningkat, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma.

Berikut adalah rakaman video semasa taufan melanda Oklahoma Amerika Syarikat dan beberapa kawasan seperti video taufan di Moore,  Carney, Texas dan Dallas.





Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda negeri Amerika Syarikat (AS) itu selama sejam. Puting beliung tersebut selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma. Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.

Beberapa ahli meteorologi yang dihubungi agensi berita The Associated Press memberitahu, tenaga puting beliung tersebut ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.

Kalau tengok gambar-gambar Bandar Moore, Oklohama selepas taufan yang melanda…dah jadi macam padang jarak padang tekukur dah. Mmmmmm lama dah tak guna peribahasa ni.

Semua rumah ranap, tetapi jalannya masih cantik dan bersih je…insaf sekejab!




Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menaikkan kiraan kekuatan ribut itu berkata ia adalah EF5 yang jarang berlaku, senarai paling kuat dalam Skala Fujita. 

Kali terakhir puting beliung gergasi menyerang kawasan itu adalah pada 3 Mei 1999 yang membunuh lebih 40 orang dan memusnahkan ribuan rumah. Ia juga disenaraikan sebagai EF5.


Nak tengok dengan lebih jelas?



Yang di bawah ni lagi real walaupun agak menyakitkan mata. Namun perasaannya…subhanallah!:


Selepas taufan…inilah kesannya:





Komen aku: Alhamdulillah. Kena syukur sangat-sangat betapa Negara kita ni sangat banyak terlindung dari bencana alam. Lingkaran api pasifik pun tak lalui Negara kita. Banjir sekali sekala itupun kita dah merungut kan? Musim panas beberapa minggu tu pun kita (aku ler tu!) dah dok merungut panjang. 

Lalu, nikmat manakah yang engkau dustakan?


Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik Tiga Kali Ganda


Tiba-tiba aku rasa macam nak jadi menteri di Sarawak walaupun hanya menteri air liur je. Apa taknya, gaji dan elaun mereka naik tiga kali ganda.

Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas, berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. 

Bilalah agaknya gaji aku boleh capai RM9 ribu (jumlah paling rendah tu!). Rasanya, masa tu, aku masih hidup lagi tak? Hu huh u 


Isnin, 20 Mei 2013

Cara penyeluk saku berkerja


Raja Penyeluk Saku…Bob Arno…membuat kajian tentang bagaimana golongan penyeluk saku beroperasi. Mereka ini berkumpulan.



Namun, dah namapun raja kan? Bob Arno sendiri tidak perlukan ahli kumpulan yang ramai. Dia seorang pun dah cukup. Tandingi kepantasan dia menyeluk saku orang;




Ini di Malaysia. Mereka bukan sehebat Bob Arno, tapi…kegiatan mereka ni menyebabkan kita boleh sakit mental.



Kena belajar macam mana cara untuk bantai penyeluk saku ni...




Ahad, 19 Mei 2013

Belajarlah dari Lahad Datu


PRU13 dah lepas. Suasana politik masih panas, walaupun sepatutnya dah suam. Patutnya kita semua dah mula teruskan kehidupan dan memajukan negara semula.

Kita (akulah tu!) amat mudah lupa…Lahad Datu masih lagi berdarah, tapi apa yang berlaku sudahpun dilupakan. Mudah benar kita lupa ya…JOMMMMM! Kenali sejarah Negara kita.

Sila buka minda kita untuk teliti

Temu ramah khas isu Lahad Datu-Sulu bersama Asree Sug (penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu) berdasarkan persoalan orang awam yang telah diambil secara survey di laman sosial facebook.

Eksklusif Isu Lahad Datu-Sulu oleh Asree Sug

6 soalan terpilih yang diajukan kepada Asree Sug adalah:

1. Siapa Asree Sug?
2. Apakah perbezaan antara Tausug & Suluk?
3. Kenapa Tausug tidak mengaku diri mereka Filipino?
4. Apakah keunikan buku yang ditulis oleh Asree Sug?
5. Apakah komen Asree Sug berkenaan isu Lahad Datu-Sulu?
6. Apakah ada penyelesaiannnya dari kaca mata Asree Sug?





Selepas insiden berdarah Lahad Datu berlaku, kesan insiden itu tidak hanya dirasai oleh rakyat Malaysia, tetapi juga masyarakat Suluk yang tinggal di Sabah. Bersama Asree Sug, Penulis buku Tausug dan Kesultanan Sulu bagi membincangkan kesan serangan dan kaedah penyelesaian yang harus diambil oleh semua pihak agar kejadian di Lahad Datu tidak berulang.

Ini namanya perjanjian yang telah dikhianati…silalah kaji ya:




Pendapat Ngos Islam

Temu ramah ringkas isu Lahad Datu-Sulu bersama aktivis kemanusiaan iaitu Saudara Ahmad Azam Ab Rahman. Beliau merupakan Pengerusi Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan juga Ahli Majlis The Union of NGO's of Islamic World (UNIW).

Persoalan yang akan dijawab adalah:

1. Apakah sejarah perjuangan Tausug & apakah yang diperjuangkan mereka?

2. Apakah kesan daripada peperangan yang telah mereka hadapi selama beratus-ratus tahun ini?

3. Apakah peranan NGO Islam dalam isu ini?




Pautan Global Peace Mission Malaysia: www.gpm.com.my
Pautan UNIW: http://www.theunity.org/en/
Pautan Future Global Network: http://www.futureglobalnetwork.com/


Sultan Brunei Hadiahkan Sabah kepada Kesultanan Sulu




Sebahagian dari sejarah kesultanan Sulu yang menyerahkan Sabah kepada Malaysia;



Nak lebih fakta? Ini dia…



Nak baca tentang ulasan berkaitan dokumen penyerahan Sabah, boleh tengok di Kajian Sejarah Sabah yang agaknya ditulis oleh pelajar sekolah. Merujuk kepada bibliografi yang digunakan, dah tentulah maklumat berkenaan kuat dan boleh dipercayai. Ulasan dan penulisan tentang Pajakan Sabah oleh Sultan Sulu menarik juga untuk diteliti.

Ada sesiapa faham bahasa Tagalog?

Komen yang ditinggalkan di bawah video rakaman berkenaan buatkan aku teruja untuk tahu apa yang sedang mereka kupas. Nak tahu apa komennya? Cer baca:

“Please dig the history and facts of the case.history without facts/evidence is a waste of time.Did Brunei really gave Northern Borneo (not whole of sabah at that time). No evidence that Brunei gave the territory to Kirams.Nobody brought up the evidence”

Silalah terjemahkan 3 video berikut:

Sabah Inside Out part 1 - PTV Special Forum - [March 6, 2013]




Sabah Inside Out part 2 - PTV Special Forum - [March 6, 2013]



Sabah Inside Out part 3 - PTV Special Forum - [March 6, 2013]





Komen aku:
Dengan suasana politik sekarang ni, beratus tahun akan datang, usahlah terkejut kalau anak cucu kita (walaupun ramai juga orang tak ada anak) terpaksa berjuang menuntut kembali tanahair yang tergadai seperti Tausug. Jadilah Sabah sebagai pengajaran dari pelbagai sudut.

Bila dah terlepas, mungkinkah diperolehi semula?

Apa yang kita putuskan hari ini, kesannya diterina anak cucu pada masa hadapan. Jadi, jangan jadi pengkhianat yang sanggup jual negara semata-mata untuk kepentingan diri sahaja. Silalah belajar dari sejarah dunia. Sejarah negara kita, sejarah orang lain. Semoga kita tak akan ulangi kesilapan orang lain yang akan jadi sejarah dikesali seluruh keturunan sendiri, anak bangsa sendiri...



Jom sambung kerja majukan negara. Tak payah nak memanaskan telinga dan hati orang lain dengan isu yang ntah apa-apa.

PsssT: Entri ini tidak berkaitan dengan politik, tetapi sangat menjurus kepada tanggungjawab setiap warganegara untuk memastikan kita tidak jual negara sendiri, tidak khianati tanahair sendiri. Jadilah warganegara yang bertanggungjawab untuk mempertahankan tanahair yang tercinta ini.




Jumaat, 17 Mei 2013

Nak Merajuk bawa Diri dan Hati


Khamis lepas, maknanya semalamlah kan?...banyak perkara kena buat hingga terlepas untuk buat semuanya.

Kelam kelibut sejak awal pagi hingga jengah waktu makan tengahari. Nasib baik dalam dok kalut pi mai pi mai itu, aku sempat terjah masuk kafe dan bungkuskan beberapa jenis kuih kerana seorang rakan mengunjungiku. Terima kasih, Dina!

Pada hari tersebut juga, tersebar merata dah yang aku dikeloi dek "rakan tak nampak" kat pejabat kami, boleh baca di entri Bila Hantu Mengilai. Jadinya, asal kelibat aku muncul kat mana-mana aje, mesti kena tahan. Kena interview pasal kejadian berkenaan. Tapi, tak adalah pulak yang mintak tandatangan autograf bagai. maknanya, masih belum glamer tahap retis lagilah tu kan?

Penyebaran maklumat tersebut berlaku ekoran aku ada bertanyakan seorang staf tentang kejadian yang sama berlaku kepadanya sebelum ini. Dia sahkan memang sama sahaja unsur bunyi dan jenisnya. Selepas itu, merebaklah berita berkenaan. Punca rebakannya memang dah tau lah kan dari siapa hu hu hu tapi bagi aku, tak kesahpun kalau mamat itu buka mulut cerita kat sesiapapun. hanya risau, selepas ini akan ada orang yang lemah semangat pula.

Berita tentang seorang rakan kami bakal berpindah bulan depan ke sebuah universiti lain kerana naik pangkat buatkan aku terdiam seketika. Terfikirkan sesuatu juga. Dulu, masa pihak atasan "dengan sengaja" mencipta alasan semata-mata untuk melengah-lengahkan pengesahan jawatan aku, aku pernah merajuk seketika walaupun tak siapa tahu. Pada hari aku isi borang untuk lari ke Brunei, tetiba aku dapat surat pengesahan jawatan. Aku urungkan niat untuk ke negara kecil ditimbuni emas hitam itu seketika.

Kali ini, perlukah aku merajuk lagi? Tempatnya masih lagi sama...Brunei Darussalam?
Apa pendapat kalian?
Kalau Doc faizi nak berhijrah ke Ostralia, apa salahnya aku bawa rajuk hati ke Brunei kan? Dekat je pun...



Psst: Nak tengok liriknya, sila rujuk entri Temani Tidurmu dalam Lena Beradu.

Mmmmmmm ada sesiapa nak pujuk tak?





Semuanya Bermula dari dalam Diri


Pernah dengar siri motivasi hati Prof. Muhaya?

Aku suka dengan cara Prof Muhaya memotivasikan orang. Caranya mudah sahaja “apa yang kita beri akan kita dapat. Tengok diri sendiri dulu sebelum tengok orang lain”. Pendek kata, semuanya bermula dari diri kita.

Setiap kali anak beranak setan mula menyucuk hati, kepala, telinga dan perasaan, selalunya aku akan telan kata-kata prof. Muhaya ni. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Jangan nak salahkan orang. Kita tak boleh ubah diri orang lain, tapi kita boleh ubah diri sendiri.




Khamis, 16 Mei 2013

Surat Kepada Cikgu: Satu Pengakuan


Cikgu,
Terimalah pengakuan ihklas ini...semoga cikgu lebih memahami anak murid cikgu ya...


Terima kasih kepada seluruh guru Malaysia yang sentiasa berbakti kepada negara dan agama.

16 Mei Datang Lagi


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia.



Sangat suka dengan lagu hari guru yang ini…



Ucapan hari guru sebelum ni boleh tengok di Puisi Hari Guru, Dedikasi untuk semua guru, ucapan dari seberang dan selamat hari guru.

Rabu, 15 Mei 2013

Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2013


Dalam tempoh 5 tahun ini, orang-orang berikut telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui pemerintahan Malaysia iaitu senarai penuh anggota Kabinet Malaysia bagi 2013 selepas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya petang tadi.

Perdana Menteri: Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (UMNO)

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Yassin (UMNO)


Jabatan Perdana Menteri:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)

(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)

(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)

(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)

(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)

(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)

(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)

(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:

(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)

(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)


Kementerian Kewangan:

(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

(3) TIMBALAN MENTERI: YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

Menteri Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:

(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)

(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)


Kementerian Pertahanan:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)


Kementerianpengangkutan:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)


Kementerian Dalam Negeri:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)


Kementerian Kerja Raya:

(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)


Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

Kementerian Luar Negeri:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan:

(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)


Kementerian Komunikasi Dan Multimedia:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)


Kementerian Sumber Manusia:

(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)


Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)



Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan:

(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)


Kementerian Belia Dan Sukan:

(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)


Kementerian Kesihatan:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)


Kementerian Wilayah Persekutuan:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)


Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air:

(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)


Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani:

(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)


Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan:

(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi:

(1)MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2)TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)


Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar:

(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat:

(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)


Tengah dok tunggu senarai ahli undangan negeri Kelantan pulak...dah ada ke belum?

PsssT: entri ini hanya sebagai rujukan masa akan datang, tak ada sentimen kepartian atau politikpun.



Jiran Siapalah Buat Hal Niiiiiii?


Sila mengaku ya...jiran siapa sedang buat hal ni?


Hishhhh! ni mesti kes dah tak tahan hati dok  menahan perasaan ni.
Sila banyak-banyak bawak bersabar ya...bincang elok-elok. Tak baik tau kenakan jiran.




Selasa, 14 Mei 2013

Bila Hantu Mengilai Tak Ada Maknanya Lari Sampai Terkucil Dalam Kain


Fuhhhhhh! Tajuk tak leh blah!
Entri ini akan jadi sangat panjang…sila tetapkan hati anda untuk cekal menelaah huh u hu

Kisahnya berlaku Isnin lepas, 13 mei 2013… begini ceritanya:

Sejak kebelakangan ini, lebih kurang beberapa minggu lepas ataupun sebenarnya dah masuk sebulan lebih, terdengar suara-suara dari staf am tentang kawasan pejabat kami yang sudah tidak begitu tenteram lagi. Dah tak tenteram dek gangguan makhluk Allah yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kejadian misteri!

Kata si A, dia selalu dengar suara menangis kesedihan dan kesakitan setiap kali bertugas mengunci pintu-pintu di kawasan pejabat. Kejadian berlaku ketika lewat senja atau purata jam tujuh petang.

Si B pulak kata, badannya kerap ditiup angin panas seperti nafas seseorang di bahagian belakang telinga. Ada kala terdengar bisikan yang tidak begitu jelas buah butirnya.

Si C pulak cerita, dia pernah Nampak kelibat tertentu di kawasan pejabat terutama di bahagian belakang. Semasa mereka bermesyuarat di bilik perbincangan ketika jam sudah menghampiri jam lima petang dan ke atas, kelibat berkenaan terlihat melintas di luar jendela. Dah tentulah itu bukan kelibat manusia kerana jendela tersebut sangat tinggi untuk dilihat sekiranya berada di luar bahagian belakang itu. Ada ketika yang lain, beberapa orang yang lain pernah nampak kelibat dari arah belakang seorang perempuan berambut panjang di kawasan lorong bangunan. Sebenarnya, di pejabat kami, tak ada seorangpun staf perempuan yang tak bertudung.

Semasa mengetahui tentang cerita-cerita mistik seram berkenaan, aku tidak hiraukan sangat kerana sering juga hal sebegini aku alami. Sila rujuk entri aku berjudul Misteri Kaki Kena Sepak untuk ketahui pengalaman misteri yang aku pernah alami sebelum ini.

Hari Jumaat sebelum PRU13 dulu, tetiba terdapat surat edaran majlis Bacaan Yaasin dan doa selamat supaya kejadian-kejadian mistik dan menakutkan sebegini serta gangguan tidak lagi berlaku. Aku tak dapat hadirinya kerana mula bercuti untuk acara yang lain.

Hampir sebulan sebelum itu, sebahagian ruang pejabat kami kepanasan kerana masalah penghawa dingin…ke pendingin hawa? Mana satu betul ni? Jadi, agak lama juga aku merempat buat kerja kat tempat lain, merata tempat jadi tempat lepak. Bila dah dibaiki, aku sangat teruja untuk kembali ke tempat kerjaku semula. Jadinya, balik dari cuti yang panjang, aku sudah bersedia untuk balik lambat dari pejabat untuk siapkan banyak kerja.

Malangnya, selepas manghrib, iaitu kira-kira dalam jam 7.45 malam, telingaku mula terdengar hilaian dan ketawa perempuan yang panjang. Awalnya, aku tidak hiraukan sangat kerana tidak begitu mengganggu. Ingatkan ada sesiapa tengah berseronok bersukaria, tetapi bila tengok jam dan masa sebegitu, aku padamkan volume speaker computer yang sejak tengahari aku kumandangkan THR gegar secara online.

Suasana yang senyap sunyi buatkan suara mengilai dan ketawa panjang pada waktu maghrib itu sangat jelas ke pendengaranku. Ngeri. Bulu romaku automatik menegak dan rasa seram sejuk badanku. Dadaku berdegup kencang. Rasa macam nak luruh jantungku sekejap.

Semakin lama, semakin galak pula dia mengilai. Aku tarik nafas panjang dan lepaskannya perlahan. Aku ulang beberapa kali sambil pejamkan mata. Masa itulah aku ingat semula pesan para ustaz yang aku dengar: “makhluk itu hanya boleh menakut-nakutkan kita sahaja, tetapi dia tak boleh ambil nyawa kita. Hanya Allah sahaja yang boleh cabut nyawa kita”. Jadinya, kalaupun aku mati hari itu, matiku itu bukan sebab hantu tersebut tetapi sebab serangan sakit jantung.

Arwah Tok Ayah dan ayah juga selalu pesan “perkara paling susah nak buat adalah untuk jadi berani pada ketika kita tengah takut. Bila berdepan dengan musuh, jangan biarkan musuh tahu kita tengah takut. Kita kena tunjukkan kepada musuh yang kita tak pernah takut kat dia…jadi, secara psikologinya, musuh tu akan takut dengan kita,”.

Tiba-tiba sahaja aku jadi berani. Kena berani sebenarnya. Pura-pura berani. Berlakon jadi berani, padahal…lutut sudah goyang pun hu huhu. Lalunya, ketika edisi mengilai-ngilai menjerit terpekik terlolong itu berlangsung, daku tampalkan status berikut di facebook:

Aku kuatkan volume speaker dan pasang bacaan surah al-baqarah, kemudian buat kerja. Aku nekad untuk balik jam 9 malam, walaupun asalnya bercita-cita nak tawan jam 10 malam.

Antara komen di FB:
 

Walaupun dah pasang surah al-baqarah dengan kuat, hilaian dan pekik lolong makhluk yang tidak kutahu di mana tempatnya dan siapakah gerangannya itu semakin galak pulak mengilai, memekik. Kuat pulak tu. Suara-suara itu hanya diam lebih kurang jam 8.30 malam apabila azan isyak berkumandang dari masjid berhampiran.

Aku pula Berjaya balik hingga jam 9 malam. Persoalannya: suara siapakah itu? Mengapa nak kena mengilai-ngilai bagai pepetang hari menjengah ke malam itu? Apa yang dia nak? Apahallah dia tak duduk diam-diam je kat rumah. Bisinglah!

Nasib baik dia tak tunjukkan wajahnya...kalau tak, tak cukup tanah aku nak lari!
Siapa kata aku berani? Aku pun penakut juga sebenarnya, hanya pura-pura je jadi berani...