Sabtu, 4 Mei 2013

Antara Akujanji Tan Sri Annuar Musa di Ketereh dan Manifesto Pakatan Rakyat Rafizi Ramli

Aku jadi kawan FB Tan Sri Annuar Musa sebab nak ikuti perkembangan bola sepak Kelantan The Red Warriors. Tak sangka pulak dia akan bertanding semula dalam pilihanraya umum PRU13 Ahad nanti.

Berikut adalah akujanji yang dibuat Tan Sri Annuar Musa yang dipetik dari FB beliau. Tak ada tujuan untuk mempolitikkan apa-apa di entri blog ini, sekadar catatan yang akan aku belek semula lima tahun nanti sekiranya beliau menang kerusi Parlimen P 026 [Parlimen Ketereh pertandingan antara calon Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN), Annuar Musa (BN)].

Azam saya buat rakyat Ketereh:

Azam 1: Bersuara dengan berani demi rakyat; di dalam DAN di luar parlimen

Azam 2: Berkhidmat untuk semua, tanpa mengira parti melalui pengwujudan KHADAM Ketereh (Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Ketereh)

Azam 3: Mewujudkan muhibah semua rakyat Kelantan untuk merealisasikan prinsip "Orang Pas dan UMNO adalah bersaudara".

Azam 4: Membawa kemajuan ke kawasan Ketereh untuk membuka peluang pekerjaan, perniagaan, pelajaran dan lain-lain.

Azam 5: Bekerjasama dengan semua pihak untuk membangunkan DUN Kok Lanas, Kadok dan Melor.

Azam 6: Membantu rakyat menerima pelbagai bantuan tanpa pilih kasih.

Azam 7: Berusaha untuk membina sebuah stadium bola sepak yang baru untuk Kelantan dan sebuah Akademi TRW di Ketereh.

Azam 8: Mewujudkan Pusat Pelajaran Al-Quran yang moden dan PECUMA bagi segenap lapisan masyarakat Ketereh.

Azam 9: Memastikan komuniti minoriti terus mendapat layanan yang adil dan saksama.

Azam 10: Menjaga dan membela Perajurit, Polis, Guru dan Penjawat Awam sejajar dengan besarnya jasa mereka memajukan Ketereh.

Azam 11: Memastikan seluruh rakyat Ketereh dibela sepenuhnya.

Insya Allah jika dberi peluang dan kepercayaan, kita boleh bersama-sama menjadikan Ketereh kawasan yang disegani dari segi kemajuan agama Islam, perniagaan, sosial dan akademik.


Komen aku: Aku malas nak komen apa-apa dalam bab politik ni, sebab kalau aku komen, memang akan ada pihak yang terasa hati. Aku pernah hidup dalam pentadbiran BN, termasuk semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi wakil rakyat kami. Aku juga pernah hidup sepanjang 20 tahun negeri Kelantanku terchenta itu berada di bawah pentadbiran PAS.

Silalah jangan auta aku tentang kemajuan, kemiskinan atau apa-apa berkaitan politik BN atau PAS di kawasan Ketereh ni, aku lebih makluminya walaupun sekali sekala sahaja aku balik kampung. Konco-konco ramai kat sana untuk ceritakan semua benda yang berlaku di kawasan sekitar.

Ini pula manifesto Pakatan Rakyat. Hanya ini je yang aku TERjumpa;



Selamat mengundi kepada adik kakok semua di Parlimen Ketereh. Sila buat pilihan yang tepat ya...




8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Ingat jgn kerana 'gula-gula' yg ditabur membawa penyakit 'diabetic' yg berpanjangan. Kakak percaya rakyat dah maklum. Rakyat Kelantan ramai yg dah celik berbanding saudara kakak di JB ini Anyss.

Sharinginfoz berkata...

selamat mengundi

anyss berkata...

kakzakie: gula2 dah byk kami mkn, tgh tunggu bapak gula ;)

anyss berkata...

Sharinginfo: selamat mengundi . sila pilih calon yg sesuai

Dr K berkata...

Beria ia tau Najib berucap 2 hari lepas kat kelantan, gigih ajuk slang Kelate...hahahahahahah...

Selamat Mengundi :)

shaliza berkata...

tak terfikir nak cari aku janji ini..tup2 keputusannya..huhu nak amik save jugaklah..mana tau kan:-)

anyss berkata...

Daddy ziyyad: kagum dgn kesungguhan dia.

anyss berkata...

Shaliza: 4 thn lg entri ni kena buka balik tp akujanji ni general je, x bahaya sgt utk dia