Anda Juga Mungkin Berkenan

Khamis, 23 Februari 2012

Bercinta dengan Suami Orang?

Seronok sangat ke bercinta dengan suami orang?
hebat sangat ke jadi macam kucing yang sentiasa terhendap-hendap?
nak keluar tengah malam buta dating pun terhendap-hendap nyorok dari aku
(macamlah aku tak tahu ada tikus sedang terendap keluar)
nak masuk rumah waktu subuhpun terhendap-hendap lagi
(macamlah aku tak tahu ada tikus berdecit masuk rumah pepagi buta)
masa orang berderet balik dari masjid
tak sedarkah aku memang suka bergerak dalam gelap?
kalian anggap aku masih lena diulit mimpi pada waktu subuh gajah itu?
tak tahukah telinga ini sangat mudah menangkap bunyi
pagar terusik sedikitpun boleh jagakan aku
walaupun jam loceng gempita tepi telinga masih belum cukup kejutkan saban pagi
mahligai ini gelita bukan bermakna aku masih diulit mimpi)

Seronok sangatkah bercinta dengan suami orang?
Siang membuta malam berjaga
macam burung hantu
untungnya usia masih muda...masa masih panjang
untuk lakarkan arah hidup
andai masa disiakan, bekalan apa disimpan untuk hari tua
ataukah seribu sesalan tidak begitu cukup untuk dikenang?

Opssss! Maaflah ya
Sesekali seronok juga buka jerangkap samar
Sekadar beritahu semua tingkah itu bukannya aku tak tahu
bukan cemburu kalian berbahagia
hanya sedikit gusar kalau-kalau   awal tahun depan
ada bayi tak sah taraf dilahirkan
kemudian terbuang macam sampah
tidak juga jeles cemburu buta
kalian nak poligami madu perang lesung melayang puting beliung melanda
tak ada maknapun untuk aku kesah
namun usah jadikan rumah ini sebagai markas

Duhai para isteri budiman,
pernah tak sesekali suami tercinta kalian hilang dari bantal sebelah
sedar tak? perasan tak? bila masa dia keluar tengah malam buta setelah anda lena?
bila masa dia balik dengan siangnya terisi kantuk…
tiada niat untuk hasut anda yang dia sedang bercinta semula
hanya sedikit ingatan
perempuan zaman maju ini lebih suka suami orang
tak tahu kenapa
kalian tahu?
cer citer...

jangan jadi tikus, boleh?
masuk jerangkap samar, aku tak tau...sendiri tanggung!

8 ulasan:

siti murni berkata...

kenapa pulak daku yang terasa..hukhuk...

sekadar peringatan kan anyss..:) tq..

zeqzeq z berkata...

Mewah uwang:-) lomentik:-) itu lebihnya:-):-) kalu dua x lima kan enak

azieazah berkata...

Ahaaa amaran nih.

I pun suka bercinta dengan suami orang. Orangnya itu adalah saya! hehehehe

anyss berkata...

Siti Murni: Rasa pahit ke pedas? Ini kesah benar berlaku dalam rumah ni...rasa sangat tak selesa sebab kita hidup bermasyarakat.

anyss berkata...

ZZ: Kalau mewah wang, keretanya lebih besar dari lori...lomantik? Mungkin. Kalau bukan 2x5, tak jadi...

anyss berkata...

Azieazah: Yerrr amaran dari seorang andartu yang tak suka skandel dengan suami orang hu hu hu

Tak apa bercinta dengan "suami orang" asalkan "orang" itu adalah dirimu hu hu hu

gadisBunga berkata...

hmm.

sebenarnya jgn cari pasal saja. atau mungkin peluang. kalau ada peluang pun, lari.

kite tak tau adakah kita cukup kuat diuji. kalau dah terlanjur bercinta dgn suami orang, sebaiknya fikir kalau kite di tempat mak kita sendiri, atau di tempat isteri orang yang jadi mangsa tu.

selebihnya terpulanglah...

anyss berkata...

GB: Terpulanglah sanggup poligami ke tidak, tapi...jangan tunjuk sangat yang hubungan tu hanya untuk isi masa lapang dan keseronokan sahaja. Kalau dah sampai dating pun jam PAGI waktu embun menitik, cer tanya dunia ikhlas nak kawin ke hanya skandel semata2?