Memaparkan catatan dengan label tragedi bot karam di belaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tragedi bot karam di belaga. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mei 2013

Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak?


Ada sesiapa mempunyai maklumat tentang Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak yang berlaku pagi tadi tak?

Kononnya berlaku satu tragedi berlaku melibatkan bot ekspres telah karam di Belaga kerana membawa penumpang berlebihan sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.
 
Kalau tengok di utusan online, bot ekspres tersebut dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit dan karam kira-kira 9 pagi tadi berhampiran Tanjong Giam Bungan. Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.

Jumlah mangsa setakat ini belum dapat disahkan, tetapi FB Kelab Penyokong PDRM menyatakan seramai 100 orang penumpang, tetapi ada juga yang menganggarkan bot berkenaan membawa 200 orang penumpang. Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu yang sepatutnya berkapasiti  67 penumpang. [kalau kapasiti asal 67, macam tak logik je sumbat sampai 200 orang]. 

Penumpang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.




Kemaskini:

Seramai 181 orang penumpang selamat dan kini ditempatkan di Rumah Panjang Uma Tevok and Uma Tanjong.  Seramai 25 penumpang lagi dikhuatiri lemas.

''Bot Ekspres Bakun Mas'' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi. Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga.

Menurut berita radio, hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.