Memaparkan catatan dengan label cerita hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita hantu. Papar semua catatan

Ahad, 5 Januari 2014

Hantu Memandu Kereta



Antara trafik yang masuk ke blog ni adalah carian tentang cerita hantu di asrama ataupun apa-apa sahajalah pasal hantu. Tetiba pulak blog ni jadi blog paranormal pulak.

Banyak kali aku teliti video hantu memandu kereta dalam klip di bawah;



Ada apa-apa komen tak? 
 
Serius, aku kagum dengan cik adik comey yang sanggup menyamar jadi hantu sampai tahap tu semata-mata nak masuk dalam kawasan parking ni hu hu huhu Tak cukup tanah itu pak Gad lari takutkan hantu yang  merayap atas bumbung kereta tu...





Selasa, 14 Mei 2013

Bila Hantu Mengilai Tak Ada Maknanya Lari Sampai Terkucil Dalam Kain


Fuhhhhhh! Tajuk tak leh blah!
Entri ini akan jadi sangat panjang…sila tetapkan hati anda untuk cekal menelaah huh u hu

Kisahnya berlaku Isnin lepas, 13 mei 2013… begini ceritanya:

Sejak kebelakangan ini, lebih kurang beberapa minggu lepas ataupun sebenarnya dah masuk sebulan lebih, terdengar suara-suara dari staf am tentang kawasan pejabat kami yang sudah tidak begitu tenteram lagi. Dah tak tenteram dek gangguan makhluk Allah yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kejadian misteri!

Kata si A, dia selalu dengar suara menangis kesedihan dan kesakitan setiap kali bertugas mengunci pintu-pintu di kawasan pejabat. Kejadian berlaku ketika lewat senja atau purata jam tujuh petang.

Si B pulak kata, badannya kerap ditiup angin panas seperti nafas seseorang di bahagian belakang telinga. Ada kala terdengar bisikan yang tidak begitu jelas buah butirnya.

Si C pulak cerita, dia pernah Nampak kelibat tertentu di kawasan pejabat terutama di bahagian belakang. Semasa mereka bermesyuarat di bilik perbincangan ketika jam sudah menghampiri jam lima petang dan ke atas, kelibat berkenaan terlihat melintas di luar jendela. Dah tentulah itu bukan kelibat manusia kerana jendela tersebut sangat tinggi untuk dilihat sekiranya berada di luar bahagian belakang itu. Ada ketika yang lain, beberapa orang yang lain pernah nampak kelibat dari arah belakang seorang perempuan berambut panjang di kawasan lorong bangunan. Sebenarnya, di pejabat kami, tak ada seorangpun staf perempuan yang tak bertudung.

Semasa mengetahui tentang cerita-cerita mistik seram berkenaan, aku tidak hiraukan sangat kerana sering juga hal sebegini aku alami. Sila rujuk entri aku berjudul Misteri Kaki Kena Sepak untuk ketahui pengalaman misteri yang aku pernah alami sebelum ini.

Hari Jumaat sebelum PRU13 dulu, tetiba terdapat surat edaran majlis Bacaan Yaasin dan doa selamat supaya kejadian-kejadian mistik dan menakutkan sebegini serta gangguan tidak lagi berlaku. Aku tak dapat hadirinya kerana mula bercuti untuk acara yang lain.

Hampir sebulan sebelum itu, sebahagian ruang pejabat kami kepanasan kerana masalah penghawa dingin…ke pendingin hawa? Mana satu betul ni? Jadi, agak lama juga aku merempat buat kerja kat tempat lain, merata tempat jadi tempat lepak. Bila dah dibaiki, aku sangat teruja untuk kembali ke tempat kerjaku semula. Jadinya, balik dari cuti yang panjang, aku sudah bersedia untuk balik lambat dari pejabat untuk siapkan banyak kerja.

Malangnya, selepas manghrib, iaitu kira-kira dalam jam 7.45 malam, telingaku mula terdengar hilaian dan ketawa perempuan yang panjang. Awalnya, aku tidak hiraukan sangat kerana tidak begitu mengganggu. Ingatkan ada sesiapa tengah berseronok bersukaria, tetapi bila tengok jam dan masa sebegitu, aku padamkan volume speaker computer yang sejak tengahari aku kumandangkan THR gegar secara online.

Suasana yang senyap sunyi buatkan suara mengilai dan ketawa panjang pada waktu maghrib itu sangat jelas ke pendengaranku. Ngeri. Bulu romaku automatik menegak dan rasa seram sejuk badanku. Dadaku berdegup kencang. Rasa macam nak luruh jantungku sekejap.

Semakin lama, semakin galak pula dia mengilai. Aku tarik nafas panjang dan lepaskannya perlahan. Aku ulang beberapa kali sambil pejamkan mata. Masa itulah aku ingat semula pesan para ustaz yang aku dengar: “makhluk itu hanya boleh menakut-nakutkan kita sahaja, tetapi dia tak boleh ambil nyawa kita. Hanya Allah sahaja yang boleh cabut nyawa kita”. Jadinya, kalaupun aku mati hari itu, matiku itu bukan sebab hantu tersebut tetapi sebab serangan sakit jantung.

Arwah Tok Ayah dan ayah juga selalu pesan “perkara paling susah nak buat adalah untuk jadi berani pada ketika kita tengah takut. Bila berdepan dengan musuh, jangan biarkan musuh tahu kita tengah takut. Kita kena tunjukkan kepada musuh yang kita tak pernah takut kat dia…jadi, secara psikologinya, musuh tu akan takut dengan kita,”.

Tiba-tiba sahaja aku jadi berani. Kena berani sebenarnya. Pura-pura berani. Berlakon jadi berani, padahal…lutut sudah goyang pun hu huhu. Lalunya, ketika edisi mengilai-ngilai menjerit terpekik terlolong itu berlangsung, daku tampalkan status berikut di facebook:

Aku kuatkan volume speaker dan pasang bacaan surah al-baqarah, kemudian buat kerja. Aku nekad untuk balik jam 9 malam, walaupun asalnya bercita-cita nak tawan jam 10 malam.

Antara komen di FB:
 

Walaupun dah pasang surah al-baqarah dengan kuat, hilaian dan pekik lolong makhluk yang tidak kutahu di mana tempatnya dan siapakah gerangannya itu semakin galak pulak mengilai, memekik. Kuat pulak tu. Suara-suara itu hanya diam lebih kurang jam 8.30 malam apabila azan isyak berkumandang dari masjid berhampiran.

Aku pula Berjaya balik hingga jam 9 malam. Persoalannya: suara siapakah itu? Mengapa nak kena mengilai-ngilai bagai pepetang hari menjengah ke malam itu? Apa yang dia nak? Apahallah dia tak duduk diam-diam je kat rumah. Bisinglah!

Nasib baik dia tak tunjukkan wajahnya...kalau tak, tak cukup tanah aku nak lari!
Siapa kata aku berani? Aku pun penakut juga sebenarnya, hanya pura-pura je jadi berani...

 


Jumaat, 15 Jun 2012

Ratu Tidur?


Bila baca tentang kisah aneh dan pelik yang berlaku kepada
seorang remaja perempuan di London yang tidur selama 2 bulan,
hambek kau! Dua bulan tu...mana ada orang lain pernah buat
dah pecah rekod aku tu hu hu hu macamlah aku pernah buat rekod!
tetiba je aku terkenang semula kisah suka tidur yang aku alami
masa belajar tingkatan enam dulu hingga digelar “Ratu Tidur”
cikgu ekonomi kami, cikgu Zainal yang gelarkan begitu
dah sakit hati sangatlah tu…asyik tidur ajelah kerja aku dalam kelas
semua orang tahu pasal tu dari kelas sastera hingga sains tulen
cikgu-cikgu juga…cikgu kelas dah malas berleter
cikgu sejarah Islam pun dah malas nak ambik tahu
sama juga cikgu geografi fizikal…marahpun bukannya aku heran
bila ngantuk, tidur ajelah kerja aku walaupun cikgu tengah mengajar.

Cikgu Fauzi yang mengajar geografi fizikal adalah cikgu paling garang
Kawan sekelas lain menggigil je sepanjang masa kelas
Tapi aku yang duduk meja paling depan, sempat tidur
Padahal, cikgu tu berdiri sebelah aku je huh u hu
Cikgu Fauzi pernah uji aku tiga kali…
Mula-mula dia mengajar, kemudian dia soal aku yang tengah tidur
Ketiga-tiga ujian tu aku lulus…walaupun tidur dengan bagusnya
Tiap kali kena soal, aku boleh jawab dengan panjang lebar dan betul
Akhirnya, cikgu Fauzi hanya biarkan sahaja aku tidur masa dia mengajar
Gamaknya dia hairan macam mana aku yang tengah kusyuk tidur itu
Mampu jawab soalan dia yang susah sedangkan orang lain yang tak tidur
Tak boleh jawab pulak…ni bukan sebab aku pandai ya
Tapi sebab aku dah baca semua tu sebelum topic tu dia ajar huh u hu

Berbalik kepada kes remaja di London ni,
dia dikatakan menghidap penyakit gangguan saraf, Sindrom Kleine Levin
atau dikenali juga sebagai Sindrom Sleeping Beauty menyebabkan dia akan
tertidur secara tiba-tiba tanpa amaran, Stacey yang menjadi
antara 1,000 penghidap, pernah dijumpai tertidur di lantai dapur

Stacey memang ada sindrom tu, tapi aku tak ada
Kes aku masa sekolah dulu lain
Aku alami sindrom tinggal di asrama huh u hu pernah dengar?
Sesiapa yang pernah tinggal di asrama zaman dulu
Kebanyakannya akan alami sindrom ni sebab tak cukup tidur

Kalau ikut undang-undang atas kertas, memanglah patutnya cukup
Jadi kenapa tak cukup?
Apa nak cukupnya kalau ada kegiatan bawah tanah
selepas lampu dipadamkan jam 11 malam
apakah itu? Hu huh u biasalah tinggal di asrama kan…
air kena potong tu perkara biasa…nak tak nak kena bangun awal
untuk dapatkan sebaldi air buat mandi…jam 4 pagi dah bangun
lambat bangun, maknanya mandi macam P.Ramlee lah
bangun awalpun bukan main payah lagi nak dapat sebaldi
air paip meleleh lebih perlahan dari kita kencing
bayangkan berapa lama nak kena tunggu penuh sebaldi
bayangkan nak kena berebut dengan beratus orang
itu belum termasuk aktiviti siapkan kerja sekolah
dengan lampu suluh…atau menghafal dalam gelap
atau juga belum campur aktiviti dikejar hantu la la la

baca sendirilah cerita hantu di asrama ya…kena sorok hantu
termasuk kes kena tampar hantu Jepun
mmmm nak lagi misteri boleh check kaki kena sepak

Errrr dua tiga hari lepas sorang rakan sekerja mengusik
"Bangunan sebelah dah dua kali baca yasin"
Opsssss! bangunan indah tu baru sahaja beroperasi dan dikatakan ada gangguan
mmmmm perlukah aku risau untuk balik  lambat?
bangunan sebelah kan? bangunan sini ok je pun kan?
la la la...


Isnin, 28 Mei 2012

Hantu Tompang Kereta Sinar Harian?


Nak percaya ke tak nak percaya?
Kalau baca Sinar Harian edisi utara hari ni
Ada ditulis pasal Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar
Siap ada dua keping gambar lagi sebagai bukti
Haaaaaaaaaaa nak kata apa?
Nak komen apa? Tak terkata…lebih baik tak payah komen apa
Macam-macam komen boleh kita tengok kat bawah artikel tu.

Aku tampal je berita berkenaan, pandai-pandai koranglah nak kata apa
Nak komen apa…nak percaya ke idaknya:


28 Mei 2012

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan. Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. “Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok. Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Komen aku: tak payah komen kalau kita tak tahu apa-apa
Kalau salah komen tunjukkan betapa tak bertamadunnya kita
Boleh gitu? Hu huh u