Tiba-tiba aku rasa macam nak jadi menteri di Sarawak walaupun hanya menteri air liur je. Apa taknya, gaji dan elaun mereka naik tiga kali ganda.
Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas, berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.
Bilalah agaknya gaji aku boleh capai RM9 ribu (jumlah paling rendah tu!). Rasanya, masa tu, aku masih hidup lagi tak? Hu huh u
14 ulasan:
telan air liur nengok eh...tunggakan dr tahun lepas tu:-)
Rezeki memasinglah!
apa motifnya naik sampai 3 kali ganda?
mmm...naik sampai 3x ganda...apesal sarawak je ek?
Beruntung la depa.
byk tu.. untung la jd menteri..
gaji naik tuh sebab nak suh kerap2 sket byr duit flight turun tgk kawasan mereka.. ye lah.. maswings kan mahal..
*cuba bersangka baik*
Shaliza: Dah berapa gelen ayaQ lior telan tu? hu hu hu hu itu je la pun yg boleh kita buat kecuali kita pulak pi jadi menteri huhuhuhu
Junaina: Alhamdulillah, moga rejeki mereka juga berkat
Daddy ziyyad: motifnya, tahun depan kita pun kenalah jadi menteri jugak la la la
Azian: sarawak ni lain...kebal dia pun lain macham sikit. Panjanggggggg kalau nak criter ;)
Azieazah: lepas ni ramai lah pakat nak jadi menteri di sarawak ;) moh kita!
Amanina: hu huh u sebenarnya...celah gigi depa je tuh ;)
Cik Reben merah: tiket flight n hotel bagai depa boleh klaim...tinggal lagi nak pi ke tidak aje la la la
Catat Ulasan