Ramai orang terlupa tentang kebesaran kuasa Allah. Aku juga!
Bila dia berbuat jahat, setiap kejahatannya itu bagaikan direstui. Lalu kita merasakan sangat tidak adil dengan situasi itu, padahal Allah lebih tahu percaturan terbaik setiap hambaNya.
Bila dia mendapat hidup yang lapang, dia tidak bersyukur. Masih jua tamak untuk menguasai. Lalunya kita merasakan sangat tidak adil dengan situasi itu, padahal Allah lebih tahu percaturan terbaik setiap hambaNya.
Bila dia dianugerahi rezeki yang mencurah, dia tidak menghargainya. Masih lagi haloba untuk mengaut laba dunia biarpun menggunakan jalan yang salah. Seakan terlupa kepanjangan usia yang kian memendek. Padahal Allah sendiri sering mengingatkan dalam kitab, mati itu pasti datang biar sejauh mana kita lari.
Ketika dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah, dia terlupa untuk menghargai hingga sanggup mengkhianatinya… Allah lebih tahu percaturan setiap hambaNya yang ada masanya terlalu sibuk untuk insafinya.
Dan ketika Allah mendatangkan musibah kepadanya, masihkah lagi dianggap ujian untuk dia yang terlalu jauh tersasar itu? Bila Allah tidak izinkan lagi, maka tamat sudah perancangan manusia. Tidakkah kita sedar, ujian untuk dia itu masih juga menjadi ujian untuk kita juga. Menguji sejauh mana empati kita selepas dikhianati. Menguji setakat mana kentalnya jiwa kita untuk memaafkan dia, memberi sedikit ruang untuk dia kembali ke pangkal jalan.
Allah maha tahu. Allah maha hebat dan berkuasa, melebihi segala jenis kehebatan yang ada di dunia.
Biarpun mahu rasanya bergembira dengan apa yang berlaku itu, namun aku tahu, antara dia dan Allah siapalah kita untuk menghakiminya. Semoga dia sempat untuk kembali ke pangkal jalan sebelum benar-benar terlambat.
Usah menganiaya orang demi kepentingan sendiri. Doa orang teraniaya itu tanpa hijab. Doa yang Mudah makbulnya. Dan doa aku saat dianiayai sebegitu pernah makbul dalam waktu yang cepat juga tanpa aku sendiri menyangkanya.
Ketika itu, aku sendiri terkedu sama ada untuk gembira dan syukurinya, ataupun bersedih.
8 ulasan:
Musibah itu menyedarkan kita dari kelalaian. Keguguran baru2 ni memang banyak mengubah hidup akak seolah2 terkejut dari mimpi yg panjang.
Junaina: semoga kita punya ruang untuk muhasabah diri kan
Penganiayaan paling besar pernah saya rasa ialah bilamana, nama saya disebut secara terbuka dan terangan dalam blog, sebelum berbincang dgn saya. Dituduh dgn tuduhan palsu semata mata mulut orang. Kawan kawan... begitulah. Mudah sangat percaya dek hasutan orang lain.
Saya cukup serik masa tu. Tapi DIA Maha Tahu, kita tak minta balasan kepada orang itu, tapi mata kita dapat melihat orang tu senang hidupnya.
anyss...
betul laaa tu...semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah....insyaAllah...
Azieazah: Daku memahaminya kerna pernah alami hal yang serupa tetapi sedikit berbeza. Hingga hilang semuanya termasuk kawan2, hilang keluarga & harta benda. Hanya Allah simpan sikit kekuatan dlm diri dan kerja...alhamdulillah, berjaya merangkak dan bina semula apa yang runtuh.
Kita lebih mengenali diri dan dunia dengan apa yg pernah terjadi. Alhamdulillah, kita tak terbabas dengan ujian sebegitu.
Azian: moga2
ujian Allah untuk menjadikan seseorang itu lebih baik..
semuanya bersifat sementara termasukalah ujian itu.. huuu.
*tika ini sedang melalui fasa getir sebuah ujian..
Anaa: Allah hanya anugerahkan ujian mengikut kemampuan kita je...jadi, usah risau. Dah tentu dikau mampu hadapinya. Semoga lebih tabah
Catat Ulasan