Memaparkan catatan dengan label kita sedang diuji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kita sedang diuji. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

Kita Diuji Tanpa Sedar


Biasanya, bila musibah datang…kita (akulah tu!) sedar kita (akulah tu!) sedang diuji Allah. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. Kita (akulah tu!) tabah.

Bila kita (akulah tu!) sakit, kita (akulah tu!) tahu kita (akulah tu!) sedang diuji. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. (akulah tu!) Kita tabah.

Bila kita (akulah tu!) susah, bila kita (akulah tu!) lapar…bila kita (akulah tu!) miskin papa kedana, kita (akulah tu!) sedar kita (akulah tu!) sedang diuji. Maka kita (akulah tu!) bersabar. Kita (akulah tu!) tekal. Kita (akulah tu!) tabah.

Tetapi kita (akulah tu!) sering terlupa bahawa kita (akulah tu!) sebenarnya diuji pada ketika yang lain.

Bila kita (akulah tu!) kenyang, kita (akulah tu!) lupa ujiannya adalah tentang kekenyangan itu. Kita (akulah tu!) lupa untuk bersyukur. Kita (akulah tu!) lupa untuk berkongsi kekenyangan itu dengan orang lain.

Kalau tak ada anak, kita (akulah tu!) anggap itu ujian. Maka kita (akulah tu!) tabah dan sabar. Namun, bila kita ramai anak (errrr…ni bukan aku!), kita terlupa bahawa anak-anak jua ujian bagi kita. Sejauh mana kita adil untuk setiap dari mereka. Sejauhmana tanggungjawab dan kasih sayang dah kita tunaikan? Ataukah, kita akan ungkitnya semula pada saat anak itu tidak lagi mahu mengikut kehendak kita, lalu lebelkan anak-anak sebagai anak derhaka semata-mata kerana mereka anak dan kita (juga bukan aku) ini ibu bapa.

Bila kita (akulah tu!) ada kelulusan tinggi, ada pangkat (tapi aku tadak pangkat…aku kuli biasa-biasa je), ada jawatan…kita (akulah tu!) lupa itu bahawa semua itu juga ujian. Menguji adilnya kita(akulah tu!). Menguji agama kita (akulah tu!), menguji ketekalan diri kita (akulah tu!), menguji mabuk kuasa atau menindasnya kita (akulah tu!). Sejauhmana keputusan kita itu memberi kebaikan kepada seluruh anak buah kita, ataukah hanya untuk kita seorang, atau untuk kroni semata-mata? Sejauh mana menindasnya kita, sejauh mana adilnya kita.

Bila kita senang (senang ka? Alhamdulillah…tak merempat, tapi masih belum senang), kita (akulah tu!) lupa saat itu kita juga sedang diuji. Kita (akulah tu!) diuji dengan harta. Kita (akulah tu!) sayang dengan harta, macam boleh bawa ke kubur. Rumah agam kita yang kukuh. Kereta kita yang besar dan mewah. Ujian kesenangan dan kemewahan itulah paling sukar untuk kita hadapi berbanding masa kita miskin papa kedana hidup susah.

Pernah terfikir tak yang kita (akulah tu!) juga diuji dengan musibah orang lain? Kita (akulah tu!) diuji pada ketika orang lain diuji? Bila orang keliling kita diuji dengan kemewahan, kebahagiaan dan kegembiraan, tak terujikah kita (akulah tu!) bila setiap hari hati terasa bengkak dengan itu? Ataukah hati kita (akulah tu!) sentiasa rasa bangga, gembira dan seronok dengan kegembiraan dan kebahagiaan itu?

Bila orang diuji dengan musibah dan aib, tak terujikah kita (akulah tu!)? Adakah kita (akulah tu!) membantu dia untuk menutup aib itu, ataukah kita (akulah tu!) antara orang yang akan sama-sama sebarkannya? Ataukah kita (akulah tu!) antara orang yang akan memberi hukuman “Hah, padan muka! Itulah…dulu derhaka dengan orang tua. Kahwin tak dapat restu,”.

Bila orang diuji dengan kelaparan, kesusahan dan kesedihan, adakah kita (akulah tu!) turut sama hulurkan bantuan barang, wang ringgit…atau kata-kata perangsang untuk dia sentiasa tabah dan sabar? ataukah, doa pun kita (akulah tu!) kedekut dan hulur?

Pernahkah kita (akulah tu!) terfikir, waima di jalanraya sekalipun kita (akulah tu!) sedang diuji? Pernah terfikir tak, betapa bongkaknya kita (akulah tu!) semasa guna jalan raya bagaikan kita (akulah tu!) seorang sahaja yang bayar cukai jalan dan insuran? Padahal, bukan besar manapun kereta kita (akulah tu!) kalau nengokkan lagaknya itu!

Banyak perkara yang berlaku sekeliling kita (akulah tu!) ini berlaku untuk menguji. Adakah kita (akulah tu!) Berjaya lepasinya? Ataukan semuanya terbarai tanpa satupun Berjaya kita (akulah tu!) lepasi.