Fuhhhhhh! Tajuk tak leh blah!
Entri ini akan jadi sangat panjang…sila tetapkan hati anda untuk cekal menelaah huh u hu
Kisahnya berlaku Isnin lepas, 13 mei 2013… begini ceritanya:
Sejak kebelakangan ini, lebih kurang beberapa minggu lepas ataupun sebenarnya dah masuk sebulan lebih, terdengar suara-suara dari staf am tentang kawasan pejabat kami yang sudah tidak begitu tenteram lagi. Dah tak tenteram dek gangguan makhluk Allah yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kejadian misteri!
Kata si A, dia selalu dengar suara menangis kesedihan dan kesakitan setiap kali bertugas mengunci pintu-pintu di kawasan pejabat. Kejadian berlaku ketika lewat senja atau purata jam tujuh petang.
Si B pulak kata, badannya kerap ditiup angin panas seperti nafas seseorang di bahagian belakang telinga. Ada kala terdengar bisikan yang tidak begitu jelas buah butirnya.
Si C pulak cerita, dia pernah Nampak kelibat tertentu di kawasan pejabat terutama di bahagian belakang. Semasa mereka bermesyuarat di bilik perbincangan ketika jam sudah menghampiri jam lima petang dan ke atas, kelibat berkenaan terlihat melintas di luar jendela. Dah tentulah itu bukan kelibat manusia kerana jendela tersebut sangat tinggi untuk dilihat sekiranya berada di luar bahagian belakang itu. Ada ketika yang lain, beberapa orang yang lain pernah nampak kelibat dari arah belakang seorang perempuan berambut panjang di kawasan lorong bangunan. Sebenarnya, di pejabat kami, tak ada seorangpun staf perempuan yang tak bertudung.
Semasa mengetahui tentang cerita-cerita mistik seram berkenaan, aku tidak hiraukan sangat kerana sering juga hal sebegini aku alami. Sila rujuk entri aku berjudul Misteri Kaki Kena Sepak untuk ketahui pengalaman misteri yang aku pernah alami sebelum ini.
Hari Jumaat sebelum PRU13 dulu, tetiba terdapat surat edaran majlis Bacaan Yaasin dan doa selamat supaya kejadian-kejadian mistik dan menakutkan sebegini serta gangguan tidak lagi berlaku. Aku tak dapat hadirinya kerana mula bercuti untuk acara yang lain.
Hampir sebulan sebelum itu, sebahagian ruang pejabat kami kepanasan kerana masalah penghawa dingin…ke pendingin hawa? Mana satu betul ni? Jadi, agak lama juga aku merempat buat kerja kat tempat lain, merata tempat jadi tempat lepak. Bila dah dibaiki, aku sangat teruja untuk kembali ke tempat kerjaku semula. Jadinya, balik dari cuti yang panjang, aku sudah bersedia untuk balik lambat dari pejabat untuk siapkan banyak kerja.
Malangnya, selepas manghrib, iaitu kira-kira dalam jam 7.45 malam, telingaku mula terdengar hilaian dan ketawa perempuan yang panjang. Awalnya, aku tidak hiraukan sangat kerana tidak begitu mengganggu. Ingatkan ada sesiapa tengah berseronok bersukaria, tetapi bila tengok jam dan masa sebegitu, aku padamkan volume speaker computer yang sejak tengahari aku kumandangkan THR gegar secara online.
Suasana yang senyap sunyi buatkan suara mengilai dan ketawa panjang pada waktu maghrib itu sangat jelas ke pendengaranku. Ngeri. Bulu romaku automatik menegak dan rasa seram sejuk badanku. Dadaku berdegup kencang. Rasa macam nak luruh jantungku sekejap.
Semakin lama, semakin galak pula dia mengilai. Aku tarik nafas panjang dan lepaskannya perlahan. Aku ulang beberapa kali sambil pejamkan mata. Masa itulah aku ingat semula pesan para ustaz yang aku dengar: “makhluk itu hanya boleh menakut-nakutkan kita sahaja, tetapi dia tak boleh ambil nyawa kita. Hanya Allah sahaja yang boleh cabut nyawa kita”. Jadinya, kalaupun aku mati hari itu, matiku itu bukan sebab hantu tersebut tetapi sebab serangan sakit jantung.
Arwah Tok Ayah dan ayah juga selalu pesan “perkara paling susah nak buat adalah untuk jadi berani pada ketika kita tengah takut. Bila berdepan dengan musuh, jangan biarkan musuh tahu kita tengah takut. Kita kena tunjukkan kepada musuh yang kita tak pernah takut kat dia…jadi, secara psikologinya, musuh tu akan takut dengan kita,”.
Tiba-tiba sahaja aku jadi berani. Kena berani sebenarnya. Pura-pura berani. Berlakon jadi berani, padahal…lutut sudah goyang pun hu huhu. Lalunya, ketika edisi mengilai-ngilai menjerit terpekik terlolong itu berlangsung, daku tampalkan status berikut di facebook:
Aku kuatkan volume speaker dan pasang bacaan surah al-baqarah, kemudian buat kerja. Aku nekad untuk balik jam 9 malam, walaupun asalnya bercita-cita nak tawan jam 10 malam.
Antara komen di FB:
Walaupun dah pasang surah al-baqarah dengan kuat, hilaian dan pekik lolong makhluk yang tidak kutahu di mana tempatnya dan siapakah gerangannya itu semakin galak pulak mengilai, memekik. Kuat pulak tu. Suara-suara itu hanya diam lebih kurang jam 8.30 malam apabila azan isyak berkumandang dari masjid berhampiran.
Aku pula Berjaya balik hingga jam 9 malam. Persoalannya: suara siapakah itu? Mengapa nak kena mengilai-ngilai bagai pepetang hari menjengah ke malam itu? Apa yang dia nak? Apahallah dia tak duduk diam-diam je kat rumah. Bisinglah!
Nasib baik dia tak tunjukkan wajahnya...kalau tak, tak cukup tanah aku nak lari!
Siapa kata aku berani? Aku pun penakut juga sebenarnya, hanya pura-pura je jadi berani...
16 ulasan:
ni kes insa yang celupar nak cari hantu dan usik hantu, padahal dia dah aman di situ, celupar atas alasan :-)
bisnes
atau cari makan
masuk tv
Kalau akak pelan2 tutup pc, pelan2 angakt handbeg dan jalan laju2.
mak aaiii.beraninya.. kalau i nak keluar awal lagi dah..
huhuuuu... jangan kata dengar sora, dengar bunyik kerusi berkeriot taim takde orang kat ofis pun dah buat dakut cabuuuuuttt.. huhuu..
saya sering tertanya tanya, bagaimana bunyi hilaian tu? adakah sebijik macam bunyi hilaian hantu dlm tv?
huhu...sangat misteri nusantara. anyss memang berani...kalau daku...dah lama ca alif ba wau ta! huhu....
ZZ: Biarkan ajelah insan itu...nak buat lagu mana, daya ingin tahunya terlampau tinggi. mana tahu, dengan cara itu dia dapat hidayah untuk terus syukuri erti kehidupan
Junaina: Tang jalan tu je yang LAJU ya...lain semernya perlahan ek? ;)
Azian: Hu hu hu bukan berani...tapi rasa macam pelik pulak lari dari sesuatu yang tak dapat tengok
Anaa: hu hu hu dikau lari LAJU...tu pasal terus cabutttt hu huhuhu
Daddy Ziyyad: jawapannya tak sama...depa tu melebih2kan cerita je.
hilaian yang daku dengar tu macam seseorang yg tengah melepaskan perasaan kecewa & sayu
Murni: hu hu huh u tak de la berani sangatpun...macam rasa takut juga. Buat2 berani je
takut jugak rupanya..ingatkan berani..tp mmg saat2 mcm tu kena beranikan diri..rasanya kalau kita takut..lagi dia suka sakat kitakan..hihi..
berjaya stay sampai kol 9.00 kira dah berani la tu.. kalau cabut sebaik dengar bunyi itu kira normal la hehe
dah tau dia diam bunyi azan..
pasang je bunyi azan berulangkali..
hehehehe..
tapi kan.. amalkan bila masuk keje baca ayat kursi pusing ruang keje dulu..
InsyaAllah..
waduhh...berani bangat kamu anyys
tak ada jaga ke kat opis tu
kak ati ni jenis yg sgt pengecut
pernah kena sekali tapi hanya bunyi
gendang dan terus masuk dlm badan
kak ati ...terus histeria ..
uhh..tak sanggup ku kenang...tatuttt
Catat Ulasan