Sabtu, 14 Disember 2013

Hak Ekslusif Tinggal Di Bangi


Orang Bangi ni hebat-hebat belaka. Aku sorang je tak berapa nak hebat. Mereka boleh tutup jalan awam sesuka hati macam jalan itu mak bapak dia orang yang punya. Maklumlah, mereka kan orang kaya raya…kami yang marhaen ni hanya mampu memandang;

mula-mula itu Bangla tepi jalan juga ada duduk...sekarang mari, itu pondok juga ada!

Haram hukumnya menutup jalan laluan orang ramai walaupun jalan tersebut di atas tanah kita sendiri.



Kalau laluan tu memang jalan umum, rasanya apa hukum? Cerdik pandai ramai di Bangi…silalah berikan jawapannya.

sudah ada pondok ;)

katanya penutupan sementara...pondok pengawal tu dah berlumut, masih sementara kot!

Bila orang Mutiara Bangi tutup jalan, melekat pulak fiil tu ke syeksen 9. Berbakul jugaklah sumpah seranah penduduk yang nak pergi maybank tu. Dahlah nak pusing balik ikut jalan sehala tu bukan main payah lagi….bila pusing belakang kedai-kedai tu, macam-macam halangan pula ada, salah hari tayar boleh pancit terkena paku atau entah apa-apa sampah sarap belakang tu. Dah dapat komplen dek rakyat marhaen, akhirnya jalan itu dibuka semula. Cepat tindakannya sebab kawasan syeksen 9 ni bukan dari golongan orang kaya, baru nak jadi kaya...

jawapan MPKJ

Aku ada juga ambil gambar sekatan atau jalan berpalang di syeksen 9 ni...dah simpan dalam komputer, jenuh cari tak jumpa tak tau tang mana save. Jadi...abaikan ajelah bukti tu sebab jalan tu pun dah boleh dilalui rakyat marhaen macam aku ni.

Untungkan tinggal di Bangi ni. Esok pagi aku nak tutup jalan depan rumah ni lah...tak leh sesapa lalu. Sapa nak lalu kena bayar tol seringgit seorang. Boleh gitu?

Komen aku mudah aje: Tinggal kat syeksen berapapun di Bangi ini memang terdedah dengan pecah rumah walaupun Malaysia ni Negara yang aman. Dalam sehari, kalau tak ada 3-4 kes ragut, pecah kereta, pecah rumah, memang pelik. Kalau kasutpun ada operasi pemungutan, apalah sangat dengan harta benda lain.

Bukan tak boleh palang atau tutup jalan, tapi bukalah untuk waktu puncak bagi kegunaan orang ramai.  Waktu lain tu hangpa nak tutup tak mau buka pun tak ada siapa nak halangpun. Hangpa bayar pak Bangla tu mahal-mahal, mintaklah depa pi ronda secara berkala. Aku pun nak jadi guard kalau boleh membuta tepi jalan, kerjanya hanya angkat palang tu je hu hu hu hu 



5 ulasan:

Unknown berkata...

bila crita pasal tutup jalan ni teringat kt rumah abg di kg..belakang rumah abg ada satu saja laluan untuk keluar masuk ..kalau motor bole lalu depan rumah mak..tapi punya busuk hati anak jiran sebelah tu tutup jln belakang (jalan tu belakang rumah jiran tu kira tanah dia tp langsung tk jejas apa2)mula2 letak kayu2 dan batang kelapa..masa nk raya dia terus pagar batu..alasannya masa dia kecik dulu abah selalu marah dia lalu depan rumah..
sekarang rumah dia dah jadi rumah hantu sebab tkde org duduk..tp dia tetap tk buka jln..tak ke busuk hati..macam tanah tu milik kekal abadi dia..bukan nk doakan yg buruk2 tapi takut mati nanti tanah kubur dia sempit sebab anaiaya org dn tutup laluan jiran atas dunia ni..

Cetusan berkata...

Awok tutp dek kerna awok nok kawin pasang kemoh bilo,,hiii sedapnya:-)ayat..assalmmm

anyss berkata...

Kak ida nyanyi sunyi: semoga kita tak terikut perangai sayangkan reta mcm dia

anyss berkata...

Zz: bila awak nak mai pasang khemah tu? Ambo wat kenduri kahwin rumah ayahbonda, kalu di bangi sewa padang bola...tak halang orang ramai

Ayat yg mana bunyi sedap tu, cer royak mari

Murni Alfathunnisa berkata...

kalau duduk dalam gated community, takpa la..dah jatuh wajib tutup laluan utama. kawasan tu bukan zon komuniti berpagar..awat depa tutup suka hati macam tu...