Isnin, 9 Disember 2013

Miskinkan diri di The Big Bad Wolf Book Sale 2013


Ini iklan tidak berbayar ya…

Bagi pencinta buku, mereka tertunggu-tunggu The Big Bad Bad Wolf Book Sale yang buka 24 jam tanpa henti. Sapa kata jual buku tak leh 24 jam? Sapa kata kedai mamak dan seven eleven je mampu 24 jam hu huhuhuhu Sekarang sedang berlangsung hingga 15 December di MIECC, Mines Seri Kembangan. Maklumat lanjut sila tengok gambar banner ya…malas nak taip semula.

iklan the big bad wolf

pandangan dari atas, hanya separuh je panjangnya ni...


Aku tak planpun nak pergi sana walaupun aku kutu buku. Sebabnya mudah sahaja. Dua tiga bulan ni perbelanjaan bulanan agak lari sikit dengan banyak benda yang tak dijangka. Makanya, bila tetiba TERsampai di jualan The Big Bad Bad Wolf Book Sale ni…melayang jugaklah RM105 dengan 18 buah buku berjaya aku punggah.

Namapun ulat buku, makanya tak sahlah tak beli buku walaupun masih banyak koleksi buku yang aku beli Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang aku beli masih cantik berbalut di rak. Yang penting beli dulu ya…baca kemudian tak apa hu hu huhu





Malas cerita panjang, makanya entri ini aku tulis untuk mengingatkan rakan-rakan yang ulat buku supaya turut sama memiskinkan diri di The Big Bad Bad Wolf Book Sale 2013 biar mereka juga turut papa kedana macam aku selepas beli buku. Ada agenda jahat terserlah di situ ya…

Nikmati ajelah gambar-gambar dari telefon cap ayam serama aku tu…


ohhhhhh! I Love You too

buku yang manis




Opsssss! terima kasih!

comey dak reka bentuk kulit buku ni?



semoga kerjaku jadi lebih GREAT







tang kepala nemo tu sebenarnya kain berbulu...ada lubang tang situ, korek keluar baru nampak kepala nemo

Inilah berjaya dirembat... semuanya RM105

4 biji untuk Si Ain di kampung, kalau dia tau...mesti teruja! Saje nak bagi saperais!


antara isi buku atas tu...seronoklah Ain baca bila bergambar

Ain kata English dia lemah, exam lepas dapat B je...makcik bagi novel ni suh dia baca hu huhuhu

Ini mak cik punya...entah tahun bila sempat baca

daku memang klasik hu huhuhu

bulan lepas jenuh cari pasal pemanasan global, tetiba jumpa buku murah ni...

inipun dah lama cari...kalau boleh nak belajar menyumpit juga.

susah nak jumpa ni....

antara kandungannya kat dalam...

kaunter bayaran guna kredit kad memang melimpah ruah...panjanggggg walaupun banyak kaunter

daku rakyat marhaen...bayar cash je. Sekejab je beratur dah siap!

Pada tahun ni lebih banyak buku-buku bahasa Melayu turut dijual. Kalau novel-novel tu berharga RM5 sahaja. Nak semak buku apa yang ada kat sini silalah ke website The Big Bad Bad Wolf Book Sale ataupun di facebook Big Bad Bad Wolf Book Sale


Selamat jatuh miskin huh u huhuhu


4 ulasan:

shaliza berkata...

bestnya..takder kesempatan nak pegi setiap tahun pun...mampu tengok jer member2 memborong:-)

pena rozie berkata...

Same la kite. Kalau g pesta buku x sah x memborong. Huhuhu......

akuzle ayu berkata...

Ok. Tgk kat sini terubat jua rindu nk ke sana. Citer oliver twist mmg best. Satu2nya buku BI yg saya baca sampai abis kecik2 dlu..

zana-norzana berkata...

salam..... nampaknya tahun ni tak ada kesempatan nak ke BBW walaupun dibuka 24 hours....