Rabu, 4 Disember 2013

Kuantan Lumpuh Akibat Banjir

Sejak beberapa hari lepas, jumlah hujan yang turun memang banyak…kita kat Bangi ni pun boleh rasa. Setiap hari memang hujan, matahari malu-malu je nak muncul. Mendung sepanjang hari.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok. Hujan yang kadang kala sederhana akan berlaku di Kuala Krai, Kelantan; Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang serta Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu.
 

masa kecik dulu, musim hujan begini kami perlu sabit rumput untuk kambing...
 
 
Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Amaran hujan lebat peringkat kuning juga dikeluarkan di Jerantut, Pahang; Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu; Tumpat, Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok di Kelantan; Sik, Baling dan Padang Terap di Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Hujan itu dijangka berterusan hingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Amaran peringkat Kuning bermaksud tidak kritikal, yang melibatkan hujan yang kadang-kadang sederhana dan lebat. Peringkat Jingga juga tidak kritikal dengan hujan sederhana dan lebat yang berterusan, manakala Peringkat Merah bermaksud amaran peringkat tertinggi dengan hujan lebat yang boleh membawa banjir teruk.
 
Semoga mereka tabah dengan ujian sebegini...
 
Bekalan elektrik di bandar kuantan juga hampir pulih sepenuhnya hari ni apabila TNB memutuskan bekalan elektrik di sekitar bandar Kuantan berikutan air yang naik secara mendadak di dua Pencawang Masuk Utama TNB sejak petang Selasa. Tindakan tersebut dilakukan untuk menyelamatkan pencawang daripada mengalami kerosakan lebih teruk.

Kerajaan negeri Pahang juga sedang berusaha untuk menjaga kebajikan rakyatnya yang dipindahkan akibat banjir kali ini dengan menjadikan beberapa kem tentera sebagai pusat pemindahan baru mangsa banjir di Kuantan bagi memastikan setiap pusat pemindahan selesa dan tidak terlalu ramai. Pihak tentera juga ditugasakan untuk memasak dan membantu mangsa banjir.

Komen aku: Berita petang tadi menyatakan keadaan banjir di Kuantan semakin buruk. Beberapa batang jalan di Kuantan telah ditutup akibat banjir. Sehingga jam 5 petang tadi seramai 19,750 mangsa dipindahkan di 98 pusat pemindahan yang membabitkan 4,828 keluarga.

Penduduk Kuantan paling tinggi dipindahkan dalam banjir kali ini iaitu 12,007 mangsa di 69 pusat pemindahan, Rompin 3,982 mangsa di 13 pusat pemindahan, Pekan 2,750 mangsa di sembilan pusat pemindahan, Maran 1,005 di enam pusat pemindahan dan Jerantut enam mangsa di satu pusat pemindahan.

Sama-sama kita berdoa semoga keadaan banjir akan pulih dalam waktu terdekat. Semoga mereka yang terlibat dengan banjir juga banyak-banyak bersabar dengan ujian sebegini. Kita tahu, berkata memang mudah, hulurkan simpatipun mudah berbanding melaluinya, tetapi doa dan simpati dari rakyat Malaysia meringankan beban emosi mereka.
 
nak dapatkan info dan maklumat terkini tentang banjir, bolehlah jenguk di blog Why Always Us ni…

 
 

Tiada ulasan: